bila hatiku berbicara

‘Selamat hari jadi Sharlinie’

Posted on: Januari 29, 2008

5 tahun hari ini, Sharlinie idam basikal

Oleh Tuan Nazuri Tuan Ismail dan Ifwan Tun Tah

PETALING JAYA: Sharlinie Mohd Nashar (gambar) yang hilang sejak tiga minggu lalu, genap lima tahun hari ini tetapi hanya doa yang mampu diberikan ibu bapanya sebagai hadiah hari jadi.

Bapa kanak-kanak itu, Mohd Nashar Mat Hussin, 29, berkata beliau sekeluarga sebelum ini tidak pernah ketinggalan membuat sambutan kecil-kecilan bagi meraikan hari jadi Sharlinie.

“Kali ini kami sangat terkilan kerana tidak dapat berbuat demikian. Tahun lalu kami belikan Linie kek coklat… dia yang pilih sendiri.
“Dia sangat suka kek itu,” kata Mohd Nashar menahan sebak apabila bercerita mengenai ulang tahun anaknya itu, di rumahnya di sini, semalam.

Beliau berkata, kira-kira sebulan sebelum hilang, Sharlinie sering memintanya membelikan anak patung Barbie dan basikal baru sebagai hadiah hari jadinya kali ini.

“Dia teringin sangat anak patung itu. Selain itu, dia minta saya belikan basikal kerana basikal lamanya sudah rosak. Ketika itu, saya tidak terlalu mengambil berat mengenai permintaan itu.

“Tapi dalam keadaan ini, saya sanggup membelikan apa saja yang dia minta. Saya tidak kisah berapa harganya atau apa barangnya, asalkan Linie selamat dan berada di depan mata,” katanya penuh hiba.

Ibu Sharlinie, Suraya Ahmad, 28, yang duduk di sisi suaminya juga tidak dapat menahan sebak.

Mohd Nashar berkata, walaupun hari ini genap 22 hari anaknya hilang tanpa sebarang petunjuk, beliau dan isterinya tetap yakin Sharlinie masih hidup dan sentiasa mendoakan kesejahteraannya.

‘Selamat hari jadi Sharlinie, 21 hari kami merinduimu’

PETALING JAYA 29 Jan. – Esok usia Sharlinie Mohd. Nashar genap lima tahun. Esok juga genap 21 hari anak kecil itu hilang.

Apa nasib kanak-kanak malang itu ketika ini tiada siapa yang tahu.

Kehilangan Sharlinie sejak 9 Januari lalu mendapat perhatian meluas media dan rakyat Malaysia yang kemudian sama-sama membantu pihak polis mencarinya.

Malah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengambil berat kes penculikan tersebut.

Namun, setelah berjuta-juta poster diedarkan termasuk di sempadan negara dan beratus-ratus ribu buah rumah serta premis perniagaan di Lembah Klang diperiksa, Sharlinie masih belum ditemui.

Selepas tiga minggu, belum ada sebarang petunjuk di mana dia berada ketika ini.

Sempena ulang tahun kelahirannya yang kelima esok, keluarga Sharlinie tentu terbayang-bayang permintaan anak kecil itu.

Seminggu sebelum diculik dia sempat berpesan kepada ibunya, Suraya Ahmad, 28, supaya jangan lupa membelikan hadiah anak patung ‘Barbie’ pada sambutan ulang tahun kelahirannya yang kelima.

Beberapa jam sebelum hilang pada 9 Januari lalu ketika dalam perjalanan pulang bermain bersama kakaknya, Sharliena, 8, dari padang permainan tidak jauh dari rumah mereka di Taman Medan di sini, Sharlinie juga meminta dibelikan telefon bimbit mainan.

Esok sudah tentu tiada suasana riuh dan keriangan di rumah Suraya, tidak seperti lima tahun sebelumnya ketika Sharlinie dilahirkan tepat pukul 7.58 malam 30 Januari 2003.

Suraya memberitahu, dia teringat-ingatkan Sharlinie yang sering berbaju cantik pada hari ulang tahun kelahirannya.

Kanak-kanak itu sukakan kek coklat kegemarannya. Kegembiraan dan suara nyaringnya ketika memotong kek menggamatkan rumah.

Menurut Suraya, Sharlinie gemar mengambil krim coklat di atas kek dan suka mencampakkannya ke arah kakaknya, Sharliena.

Kemudian mereka akan sama-sama tergelak besar.

“Esok (hari ini) pasti kami sangat terasa ketiadaannya,” kata bapanya, Mohd. Nashar Mat Hussain, 29.

Mohd. Nashar merayu: “Kepada siapa yang ambil Sharlinie, saya tahu kamu pun makhluk Allah yang ada perikemanusiaan.

“Tolonglah pulangkan dia, kami tidak tahan lagi menanggung derita merinduinya.”

Berikutan kehilangan Sharlinie, sambutan ulang tahun kelahirannya esok akan digantikan dengan majlis bacaan Yasin, doa selamat dan solat hajat.

Bagi mengubat rindu, kata Mohd. Nashar, setiap malam isterinya akan mencium batal peluk Sharlinie yang tidak dibasuh sejak kehilangannya.

~Semoga Sharlinie selamat walaupun di mana dia berada, di panjangkan umurnya. Andai di tukar dengan emas dan permata ku pilih anak kerana itulah harta yang tidak ternilai besarnya bagi ibu bapa. Hargailah anak-anak. Kepada ibu bapa di luar sana, kisah tragis yang menimpa adik Nurin sudah cukup membukakan mata semua..tetapi dengan kehendaknya ianya berlaku jua. Inilah akibatnya bila bersikap tak apa, tak apa….padahal sebelum kejadian culik Linie sudah berlaku penculikan ke atas adik Fatihah di kawasannya itu, bukan untuk menyalahkan ibu bapa tetapi sebelum perkara ini terjadi lebih baik berhati-hati sebelum nasi menjadi bubur. Zaman sekarang ini manusia sudah hilang pertimbangan sanggup melakukan apa sahaja untuk kepuasan sendiri. 

Advertisements

2 Respons to "‘Selamat hari jadi Sharlinie’"

salam alaikum kak, sehat ? dah berminggu tak online, baru hari ni dapat menjengok-jengok ….. biasalah kat rumah takda internet …. moga informasi-informasi terkini diupdate setiap hari 🙂

waalaikumusalam Ustaz,alhamdulillah sy sihat seadanya…moga2 ustaz juga begitu hepi bertemu keluarga tercinta di tanah air…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 840,937 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: