bila hatiku berbicara

Apa nak jadi nie?

Posted on: Januari 29, 2008

Punk pengotor

Oleh Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my
KOTA BHARU: Kumpulan remaja yang mengamalkan cara hidup ‘punk’ di sekitar bandar ini dikesan mengamalkan tabiat buruk apabila memakan sisa makanan serta membuang air kecil di kawasan terbuka.

Kehadiran mereka mendatangkan rasa kurang senang penduduk setempat kerana sering mengganggu ketenteraman awam selain tidur di kaki lima bangunan.

Pergaulan bebas antara ahli kumpulan itu juga dikhuatiri boleh membawa kepada hubungan seks luar nikah.

Berikutan itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu yang memandang serius gejala berkenaan melakukan pemantauan khas dalam usaha membanteras penularan kegiatan itu.

Setakat ini, 34 pemuda yang dipercayai mengamalkan budaya hidup ‘punk’ ditahan dalam operasi di sebuah pasar raya antara jam 3 hingga 6 petang, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zahruddin Abdullah, berkata hasil ujian air kencing mendapati tiga daripada mereka positif dadah.

Menurutnya, semua yang ditahan adalah penduduk tempatan dan berusia antara 16 hingga 32 tahun.

“Mereka juga diberi kaunseling supaya tidak terjebak dengan gejala sosial itu,” katanya, semalam.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Serah dan Terima Tugas Ketua Balai Polis Binjai antara Sarjan Mejar Mohamed Mohd Zain dan Sarjan Mejar Maimunah Abdullah.

Pelantikan Maimunah sebagai ketua balai itu turut mencatat sejarah sebagai wanita pertama mengetuai balai polis di Kelantan.

Zahruddin berkata, pihaknya sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa, terutama kawasan yang menjadi tumpuan golongan ‘punk’ di daerah ini.

Justeru, beliau menasihatkan ibu bapa supaya mengawasi pergerakan anak masing-masing dan tidak mengambil sikap tidak apa bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

Menurutnya, kegiatan itu dibimbangi boleh menyebabkan mereka menjadi lebih teruk termasuk mengamalkan budaya songsang seperti Black Metal.

~ Kalau dahulu aku selalu menonton edisi siasat di NTV7 Wan Kamaruddin yang ketika itu mengendalikan rancangan tersebut selalu mengunakan perkataan “apa kejadah semua ini?” perkara sebegini pastinya berlaku di bandar-bandar besar seperti kuala lumpur dan sewaktu dengannya tetapi sekarang gejala ini tak kira walau di manapun. Anak sapalah gamaknya? Aku tak faham kenapa ini semua berlaku…apakah ianya pergaulan atau ianya satu keseronokan? memanglah buat benda tak baik tentulah seronok giler biarpun jiwa sebenarnya kosong, tiada iman dan tiada rasa malu dengan Allah s.w.t apa lagi dengan manusia, dengan mak ayah. Na’uzubillah minta di simpang jauhlah anak cucu cicitku. Apa yang berlaku membuatkan aku menjadi takut, bukan sahaja aku ada anak lelaki tetapi aku masih lagi mempunyai ramai anak-anak buah di kampungku.

Sekali sekala pulang ke kampung pastinya aku bertanya khabar anak-anak jiranku yang mana ketika aku masih di kampung akulah yang mengajar mereka mengaji Al-Quran. Ada berita gembira dan ada juga berita yang tidak seronok di dengar tentang perkembangan mereka ini. Yang menyedihkan ada anak buahku sendiri yang pulang dari Kuala Lumpur untuk berhari raya sudah jauh berubah( alhamdulilah sekarang dah kawin dah ada anak dah) rambutnya di cat merah menyala,( agak-agaknya cap nipponlah kot) tak pernah berlaku dalam keluarga kami, dia ini berani berkelakuan begini, memang mengejutkan padahal sebelum dia berhijrah ke bandar tidak pernah dia berkelakuan begini, biasalah anak kampung(segelintirnya sahaja) bila jauh dengan ibu bapa, apa lagi sudah terkena kejutan budaya dan tidak pandai memilih kawan pasti berlaku benda-benda begini, bukannya dia seorang tetapi masih ramai lagi anak-anak kampung keluar bandar terkena kejutan budaya. Selalunya budak remaja ini dia tak berapa suka di tegur dengan perkataan yang menguriskan hati mereka, apa lagi bila ibu bapa yang menegur mereka dengan secara kasar, aku mengambil pendekatan bersembang sebagai seorang rakan dari hati ke hati. Bukan untuk mengejinya, alhamdulillah dia kini sudah berubah dari berselendang ke bertudung litup, dari berbaju ketat ke baju yang agak sopan, (dalam setandang pisang tak semuanya elok, inilah ujian buat ibu bapa, bukan salah ibu mengandung). Dah beranak pinak tak kan lah masih nak buat perangai seperti remaja lagi, tetapi masih ada segelintir manusia yang tidak sedar yang umurnya dah lanjut, perangainya masih seperti orang muda. Itulah dalam kita duk sibuk bercerita kain orang itu koyak dan kain orang ini koyak rupanya kain kita sendiripun terkoyak kita tak sedar. Bukan senang untuk menghadapi insan-insan sebegini perlu banyak kesabarannya dan doa dari ibu bapa itu yang penting, di samping memberi kauseling supaya mereka-mereka yang tersesat jauh ini kembali kepangkal jalan. Kalian pernah baca tak kisah seorang pembunuh yang membunuh hingga 99 orang? akhirnya dia bertemu dengan orang yang menunjukkan dia ke arah jalan kebaikan, akhirnya dia mati dalam keadaan Allah redha……

Begitulah juga dengan budak-budak ini kalau dia ingin menjadi seorang insan dia perlu bermuhasabah dirinya kembali kepangkal jalan, pergi belajar ilmu agama, dia memerlukan pembimbing yang membimbing dia kearah jalan kebaikan. Banyak pondok-pondok di Kelantan, pergilah belajar…antara mahu dengan tidak saja… dalam soal ini ibu bapalah memainkan peranan , jangan di biarkan mereka terus hanyut di buai keseronokan dunia yang sementara sebelum nafas terhenti…………..

“Kalau kita jauh dengan Allah, Allah akan uji ibu bapa melalui anaknya yang bermasalah. Sebagai ibu bapa sentiasa berdoa dan perbanyakkan membaca al Quran” itulah pesanan dari seorang doktor yang selalu keluar dalam program hidayah di tv3, (nama apa dah lupa dah), selalu berfikir positif semoga anak-anak yang bermasalah akan berubah jua satu masa nanti kerana doa itu adalah senjata bagi orang-orang mukmin. “Sebagai hamba-NYa kita di uji, cuma ujian itu berbeza-beza, Allah menguji hamba-NYa kerana Allah sayangkan hamba-NYA” itu pula dari Ustazah Fatma Az Zahra dalam usrah di tv9……..

Ya Allah moga-moga di campakkan iman dalam hati-hati kami…andai kami di takdirkan bertemu denganMU dalam keadaan kami bersedia ya Allah. Sesungguhnya biarpun kami ni tidak layak untuk syurga-MU tetapi kami takut menghadapi api neraka-Mu Ya Allah. Jadilah kami ini orang-orang yang bertaubat di atas segala dosa-dosa yang telah kami lakukan. Ampunkanlah dosa-dosa kami yang kecil dan yang besar, baik di sengajakan atau tidak di sengajakan yang telah lalu dan di masa akan datang sedari kami akhil baligh hingga ke masa kini. Tuntunlah kami ke jalan yang Engkau redhai ya Rabbi, ampunkan segala kekhilafan kami ya Allah.

Raihan

Iman Mutiara

Iman adalah mutiara
Di dalam hari manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: