bila hatiku berbicara

Pemergian bekas Mufti Selangor satu kehilangan besar kepada rakyat

Posted on: Januari 31, 2008

Anis Nazri
Thu | Jan 31, 08 | 2:04:47 am MYT
KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) – Suasana sayu menyelubungi perkarangan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sungai Buloh yang menempatkan bekas Mufti Selangor, Almarhum Dato’ Ishak Baharom, setelah disahkan meninggal dunia pada jam 3.05 petang semalam.Suasana sedih menyelubungi sanak saudara, teman-teman seperjuangan dan kenalan almarhum yang sejak beberapa hari lalu mengikuti perkembangan kesihatan almarhum.Orang ramai turut berada di hospital tersebut untuk mengikuti perkembangan dan menziarahi almarhum.Anak sulung almarhum, Shahmun Ishak yang ditemui Harakahdaily berkata, doktor yang merawat almarhum mencabut alat bantuan pernafasan almarhum pada jam 2.45 petang, setelah keadaannya tidak menunjukkan sebarang tindak balas dan disahkan meninggal dunia selepas itu.

Sebelum itu, pihak doktor telah meminta ahli keluarga almarhum untuk membawanya pulang setelah pihak doktor tidak boleh berbuat apa-apa untuk menyelamatkan almarhum.

Almarhum meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri dan koma akibat masalah tekanan darah dan dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang pagi 29 Januari sebelum dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh apabila keadaannya semakin kritikal.

Tepat jam 4.00 petang, jenazah almarhum dibawa keluar dari ICU dan ditempatkan di Bilik Forensik untuk urusan membawa pulang jenazah.

Di bilik berkenaan, sanak-saudara dan orang ramai berkesempatan melihat dan memberi penghormatan terakhir kepada tokoh Islam negara itu, menjadikan suasana ketika itu lebih memilukan.

Almarhum kemudiannya dibawa ke kediamannya di Taman Sri Andalas, Klang dengan kereta jenazah.

Ketika jenazah tiba, orang ramai sudah mula membanjiri kediamannya untuk menziarahi almarhum. Turut berada di situ untuk memberi penghormatan terakhir ialah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali.

Dr Hassan ketika ditemui berkata, almarhum merupakan kenalan rapatnya selama lebih 20 tahun dan pernah bersama-sama dalam suasana kerja ketika di Majlis Agama Islam Selangor (Mais) sebagai Ahli Majlis.

“Almarhum juga merupakan seorang tokoh ulama yang menghormati orang lain, walaupun mereka yang lebih muda daripadanya. Pengalaman saya bersamanya ketika lawatan kerja ke Rusia dulu serta pengalaman sebilik dengannya ketika itu jelas menunjukkan sifat almarhum,” tegas beliau.

Dr Hassan menyifatkan kematian almarhum sebagai satu kehilangan besar kepada rakyat.

Beliau turut melahirkan rasa terkilan atas sikap kerajaan yang tidak menggunakan kepakaran, kebijaksanaan, keilmuan yang terdapat pada almarhum dalam usaha mengembangkan dakwah di negara ini, khususnya di Selangor.

“Saya begitu terkilan dan merasakan kerajaan BN bertindak bodoh apabila menafikan hak almarhum untuk berkhutbah di masjid-masjid, kampung almarhum sendiri ketika hayatnya, sedangkan tiada tokoh ulama yang sama posisi sepertinya yang berani berkata yang benar dan komited dalam mengembangkan dakwah kepada rakyat dan negara,” tegas beliau lagi.

Sementara itu Bernama melaporkan, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor Dato’ Abdul Rahman Palil menyifatkan Allahyarham sebagai tokoh ulama yang disegani.

“Ketika masih menjadi mufti dahulu ceramah yang disampaikan Allahyarham sangat berkesan dan mudah diterima. Semoga jenazahnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman,” katanya.

Mufti Selangor Dato’ Mohd Tamyes Abdul Wahid berkata pemergian Ishak adalah satu kehilangan besar dan semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya.

“Saya ucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga tabah menerima ketentuan Allah S.W.T,” katanya.

Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Seri Andalas, Klang pada jam 9.30 pagi ini (Khamis 31 Januari 2008), dan dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21./wann.

~Perginya seorang tokoh agama yang di segani. Dialah yang berani bersuara tatkala Malaysia galak mengadakan pertandingan ratu cantik melibatkan wanita muslim, akibatnya beliau di pecat..pergimu sukar untuk di cari ganti. AL FATIHAH semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t……

Tak lupa al Fatihah buat penulis lirik Loloq…yang telah kembali ke rahmatullah pada hari yang sama dengan Dato Ishak. AL FATIHAH.Aku suka lakonannya………..

Advertisements

3 Respons to "Pemergian bekas Mufti Selangor satu kehilangan besar kepada rakyat"

teringat ketika mendengar kuliah almarhum pada tahun 1997.
Muka beliau bersih…
khutbah beliau seronok di dengar..
dulu selalu solat aidilfitri dan aidiladha di masjid negeri..
saat2 yang paling di tunggu ketika khutbah hari raya..
mufti yang akan baca….
ketika beliau membaca khutbah, berderai air mata mendengarnya..
suara nya yang lunak dan tegas…
tergiang2 lagi suara almarhum membaca kan khutbah…
ini lah di katakan rindu seorang anak murid dengan mufti nya….
saya rasa bangga kerana negeri selangor pernah mempunyai mufti seperti almarhum dato ishak baharom….

Ya Ridwanto..akakpun rasa bangga dengan dia..dia berani kerana benar .akak selalu mendengar ceramahnya dalam kaset..pemergiaanya sukar di cari ganti….

[…] National Defence University of Malaysia (UPNM/NDUM) perform a “Solat Jenazah Ghaib” for Almarhum Dato Ishak […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Januari 2008
I S R K J S A
« Dis   Feb »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: