bila hatiku berbicara

Aku tak tau nak tulis apa

Posted on: Februari 1, 2008

Kalau boleh tiap-tiap hari aku nak update di blog ni, tetapi idea pulak tiada, seperti biasalah kalau dah tak tahu nak tulis apa-apa aku suka merayau ke blog orang. Erm… merayau sajalah aku di alam maya ini, nak merayau seperti orang lain tak boleh, nasib baik ada blog ni. Inilah dunia aku, inilah teman aku huh ayat-ayat yang sama.

Blog yang paling aku tak pernah lupa hinggap tiap-tiap hari ialah blog anak MB negeri aku iaitu blog Ustaz Nik Abduh dan juga blog-blog politik yang lain( tetapi aku takde ilmu nak beri komen baik diam ajelah)tak lupa juga blog teman-temanku. (Apa lagi malam tadi aku menonton buletin di tv3 (yang jarang aku menontonnya) Pak Lah Badawi menwar-warkan pilihan raya yang ke 12 lepas raya cina dan sewaktu dengannya lah kot atau itu cuma gimik aje entah ler. Kalau betuilah amboi tak sabaq-sabaq lagi lah noooohh. Memang aku suka ke blog ustaz kerana banyak yang aku pelajari dengan membaca hujah-hujah yang penuh dengan ilmiah, bernas dan senang untuk aku memahaminya. Bagi yang tidak berapa banyak ilmu sepertiku ini memang sewajarnya kena banyak belajar. Memandangkan untuk pergi seperti orang lain agak sukar, makanya di alam mayalah aku mencari ilmu, senang petik di hujung jari aje ianya datang, alhamdulillah dengan teknologi canggih masa kini memberi kemudahan kepadaku juga insan senasib yang lainnya.

Terkenang nostalgia masa kecik-kecil dulu ayah selalu bawak aku dan mek mendengar ceramah di kampungku juga kampung yang berjiran denganku, kalau jauh ayah dan mek pergi dengan geng-geng mereka naik van atau kereta. Masa tu ayah mana ada motosikal lagi, abang akupun takde kereta lagi….naik sajalah basikal tua kami tiga beranak hehehe, (lani orang kampungku pun dah banyak yang pakai kereta BMW, aku aje yang duk kat bandar cukup makan pakai aje, sedangkan depa jadi petanipun boleh beli kereta mewah…apa lagi yang duk motong getahpun boleh beli kereta laaagiiii lah yang mahai wooo yang koyak dalam kertas wooo. Adalah kakak dan abang aku duk felda senang lebih dari orang duk makan gaji kat bandar Kolumpur nih huhuh… sabar ajelah aku). Basikal seperti dalam lagu yang di nyanyikan oleh Allahyarham Sudirman basikal tua, manakala abang dan kakakku naik basikal mereka masing-masing bersama geng mereka. Wah, aku masih ingat lagi kalau dekat nak mengundi abang dan kakak aku sibuk nak buat pos/mini markaslah kot ( orang Kelate panggil)… ke apa orang panggil? entah,) kecil di halaman rumah kami hehehe, aku tumpang sekali le bersama anak-anak jiran ku, saja suka-suka. Masa ni mek rajin buat bubur kacang hijau jamu kitorang cecah dengan roti. Yang aku ingat dari aku kecil hingga aku dewasa ayah dan famili aku memang bersemangat ke arah tu. Dekat nak mengundi penuh di jalan kampung kami dengan bendera termasuklah di rumah aku penuh dengan bendera. Bagiku sejuk mata memandang sebab aku suka warna hijau putih. Abangku memang seorang penyokong kuat pembangkang sebab tempiasnya dari ayah aku. Dia pernah di lantik menjadi penghulu di tahun 90 an dan dia meletakkan jawatannya kerana katanya kalau ada yang tak senang lebih baik lepas sajalah. Memanglah manusia ni ada sifat dengki sesama mereka so bila di lepaskan bagi kat diorang senang cerita, lagipun ketika itu abangku masih muda, bagilah kepada mereka yang lebih berusia begitulah lebih kurangnya……….

Sekarang suasana begini sudah lama lenyap dalam hidup aku tetapi tetap subur di hati aku. Ketika tinggal di Bandar Countryhomes dahulupun seronok juga tinggal di rumah flet, bila dekat pilihan raya adalah orang-orang kuat di flet kami mengundang penceramah seperti Ann Wan Seng, Dr Hatta Ramli dan cucu Tun Ghafar Baba nama apa dah lupa dah. Oleh kerana rumahku berdekatan dengan padang permainan dapatlah mendengar dengan jelas biarpun duduk di dalam rumah. Yang seronoknya di tengah-tengah An Wan Seng duk berceramah tiba-tiba elektrik padam, An Wan Seng kata apa, elektrik padampun tak apa kita berceramah sampai pagi malam ni. Lepas tu terdengar suara laungan hidup Mahathir hehehe. Wah nak tergelakpun ada dengan gelagat mereka ni macam-macam. Teringat zaman kecilku ketika bersama ayah dan mek. Rasaku kini biarpun ayahku agak keuzuran tetapi semangatnya tetap membara.

Hah nak cerita apa lagi? Aku rasa inilah posting pertamaku selama berblog cerita zaman kecil ku tatkala dekat pilihan raya sebelum ni takde pun( sorilah) . Sabar ajelah aku sebab aku tak tahu nak tulis apa…tetapi jiwa ragaku tetap nak hentakkan juga jejari di keyboardku usang ini. Sekadar pengelaman yang tidak pernah padam dalam ingatan. Aku berdoa kalaulah di takdirkan ada pilihan raya dalam masa terdekat ini, PP tempat tumpah darahku dapat di rebut semula dari tangan orang tu. Orang tu pun orang kampung aku, mukanya dan keluarganya pun aku kenal. Mak ayah dia memang penyokong kuat pembangkang, cuma dia aje ketegaq tak ikut cakap mak dan ayah dia. Erm… korang tahu sapa dia, aku tak payah cakaplah sebab korang dah tahu. Dan aku berdoa juga semoga segala hantu jerangkung, hantu geng saka, hantu raya dan sewaktu dengannya tak datang buat kacau di PP, sebabnya takut banyak kena rasuk……..

Huh apa yang aku merapu nih? Buat malu aje kekeke….yang pastinya hari ini aku hepi bangat kerana anakku pulang dari asrama sempena cuti hari wilayah, sementara raya cina dia tak cuti, yalah dia bukannya sekolah biasa buat apa nak cuti bila cina yang raya. Lagipun belajar sekolah tahfiz kena tumpu banyak masa kepada pengajian. Selama tiga minggu aku tak nengok dia rindunya tak tertahan. Terkenangkan keluarga adik Sharlinie dan cuba menyelami hati dan perasaan ibu bapanya, pun begitu kerana kita bukan di tempat mereka kita tidak dapat menyelami kesengsaraan dan penderitaan mereka. Anakku tinggal di asramapun aku rindu yang amat sangat inikan pula adik Sharlinie yang hilang entah di mana, lagilah ibu bapanya bimbang dan resah gelisah menanti kepulangan anak tercinta. Semoga dia selamat…dan di pertemukan semula dengan keluarganya………….

Advertisements

5 Respons to "Aku tak tau nak tulis apa"

singgahlah blog me yg itteww walopun blog me yg itteww bukan blog politikus.. uhuhu

akakpun bukan politikus gak hehehe sekadar citer pengelaman di masa lalu..eh selalu singgah kat blog En Me..saja nak buat kecoh ihihihih………

Cik kak x tau nak tulis apa pun bole tulis sepanjang ini šŸ˜€

Lucu la kakak ni, singgah le ke blog Mr Ah Fa yang tak seberapa ittew šŸ™‚

sapa Mr Ah Fa ittew rasa macam kenal hihihi..biasalah tulis merapu boleh ler……….

Nice…tp kalau bleh edit sket biar ader perenggan
mudah readers nak baca… =)
thx yea

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 853,977 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: