bila hatiku berbicara

kenapa nafsu degil

Posted on: Februari 1, 2008

kisah nafsu berjumpa Allah di akhirat nanti


Dalam kitab karangan Usman b Hassan b Ahmad ada menceritakan Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, “Wahai akal! mengadaplah engkau. Aku ingin tahu darimu siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?” Lalu akal pun menjawab, “Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah hambaMu yang lemah.” Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri. Begitulah sehingga tiga kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap. Allah berfirman padanya, “Siapakah engkau dan siapakah Aku?”

Jawab nafsu, “Engkau adalah Engkau, aku adalah aku.” Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal. Allah menyoal lagi, “Siapakah engkau dan siapakah Aku?” Jawab nafsu, “Aku adalah aku, engakau adalah engkau.” Allah lalu memasukkannya kedalam neraka juu’ pula selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya untuk disoal. Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya, katanya, “Aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya.” Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.

“Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia”, dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat.” (Al Baqarah : Ayat 200) “Dan di antara mereka ada yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka.” (Al Baqarah : Ayat 201)

Waallahhualam

~Kerana nafsulah manusia sanggup melakukan kejahatan~

Advertisements

7 Respons to "kenapa nafsu degil"

insyaAllah xde arah melintang sy akan apply ke mesir. trima kasih ats take care kak iman, sbnrnye sy memang xde mase nak menulis blog, smpaikan nak bukak blog pon jarang2 je.baru hari ni sy bukak blog stelah beberapa mnggu xbukak, mklumla nak dkt PRU12 jd mase padat sikit, insyaAllah sy akn tulis maniefesto PAS kpd rakyat dlm blog sy dan tawaran BA selangor kpd penduduk selangor..tu pon kene la pndai curi2 mase skit..

Alhamdulillah semoga segalanya tercapai dan selamat..doakan juga untuk adik Hafiz…teruskan perjuangan dalam apa jua bidang yg diamanahkan..moga semuanya berjalan dengan lancar dengan izin-NYA amennnn

amenn..thanx kak iman

Sesungguhnya nafsu itu sentiasa menyuruh kita berbuat kejahatan kecuali nafsu yang tenang……..

Itulah ustaz Kamal diri ini insaf akan kelemahan diri…semoga dapat mendidik nafsu kearah kebaikan……….

untuk mendidik nafsu tidak lah sukar… tetapi ingin mengekalkan nya payah… panajngkan ilmu yang ada, jangan merasakan diri itu berilmu dengan satu perkara aje… maksud saya… kita sudah tahu apa itu halal dan haram… apa salahnya kalau kita kenal diri pula? lepas kenal diri baru lah kita akan kenal kepada nafsu-nafsu ni… insya allah… dari amarah hinggalah kamaliah… selepas kita kenal baru kita dapat kawal nafsu-nafsu… kerana ia sudah di kenali dari sebelum ini yang tidak di kenali walaupun berada dalam diri….

terima kasih sahabat..sebenarnya untuk mendidik nafsu kearah kebaikan tu sikit punyalah payahnya,kalau masuk waktu solat jarang sangat nak solat awal waktu..kekadang sampai jam dua tiga…..sebabnya nafsu tu degil, agaknya nafsu tu kitalah kot…kalau kita lawan dia kalah lah dia…
sy terbaca dalam majalah asuh anak saya..lucu tau kartun nih..dailog nafsu dengan iblis/syaitan..”.ermm nafsu.. ingat pesan aku ni kau buatlah apa yang patut supaya manusia ni terlalai leka dalam mengerjakan ibadah di bulan ramadhan ini sementara aku masih dalam tahanan”…begitulah lebih kurang..maksudnya kerana segala iblis dan syiatan telah di rantai..jadi dia menyuruh nafsulah yg menjalankan jarumnya…itulah saja…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: