bila hatiku berbicara

Sudahkah 50 bomoh menemui Sharlinie?

Posted on: Februari 5, 2008

Azamin Amin
Mon | Feb 04, 08 | 3:07:49 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) – Dengan pelbagai ‘kepakaran’ dan teknik, masyarakat umumnya masih tertanya akan hasil kemampuan para bomoh memberi khidmat dan menjanjikan ‘1001’ janji manis untuk menemui Sharlinie yang sudah hampir sebulan hilang.Lebih mengecewakan, beberapa bomoh sanggup menetap tarikh Sharlinie akan ‘muncul’ namun janji tersebut hanyalah omongan kosong sahaja dan menghampa keluarga mangsa.Mengulas isu yang seumpama ini, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman dalam laman webnya menyatakan bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang dan dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat.”Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut,” katanya yang pernah mengulas ‘fenomena’ bomoh menawarkan khidmat dan kepakaran mengesan kehilangan Nurin Jazlin Jazimin yang wajar dielak oleh masyarakat khususnya yang beragama Islam.Beliau berkata masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini kerana bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.Zaharuddin meminta umat Islam merujuk Firman Allah SWT dalam surah Al-A’raaf ayat 180 yang bermaksud:

“Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu dan tinggalakanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.”

Beliau juga turut menyelitkan hadis riwayat Sofiyyah Abu ‘Ubaid daripada sebahagian isteri Nabi s.a.w , daripada Nabi s.a.w, bersabda:

“Barangsiapa yang mendatangi ‘arrofan (iaitu org yg mendakwa memiliki ilmu untuk mencari benda yang hilang ) kemudian memintanya utk mencarikan utknya barang yg hilang itu, kemudian mempercayainya, maka Allah tidak akan menerima sembahyangnya selama 40 hari.”

Terdahulu Penganalisa Jenayah Kamal Effendi Hashim turut menasihati supaya para bomoh mahupun paranormal yang menawarkan khidmat mengesan Sharlinie Mohd Nashar yang hilang agar tidak memberi harapan palsu kepada kepada keluarga mangsa.

Kamal berkata dalam beberapa kes penculikan, terdapat ramai bomoh tampil memberi jaminan dengan khidmat yang diberikan akan dapat menemui mangsa culik dengan segera sedangkan sebaliknya merupakan harapan palsu yang menyebabkan keluarga mangsa akan merasa lebih tertekan dan derita.

“Jangan memberi harapan palsu dan mencipta syirik kepada Allah SWT,” katanya dalam satu wawancara dengan Harakahdaily.net.

“Dalam kes lepas sejumlah 73 paranoramal, pawang atau bomoh telah berjanji akan menemui mangsa namun satu pun tidak berjaya,” katanya.

~Hanya Allah sahaja yang tahu di mana adik Sharlinie berada, bomoh hanyalah manusia biasa tiada kuasa apa-apapun. Tetapi dek kebuntuan manusia sanggup melakukan apa sahaja biarpun terpaksa berbomoh. Di mana Sharlinie berada hanyalah Dia sahaja yang Maha Mengetahui, kita cuma ikhtiar mencarinya, mohonlah bantuan dari Allah s.w.t semoga adik Sharlinie akan di pertemukan juga. Di kampung saya( hehehe entah sejak dua menjak nih rasa suka benar  ganti nama aku ke saya hihihi) dulu-dulu( masa saya kecil-kecil) ada juga segelintir jiran saya yang percayakan bomoh, sikit-sikit bomoh sakit itu ini bomoh, hinggakan sanggup melakukan benda-benda khurafat menjamu pulut kuning dan ayam panggang di bawah pokok, lepas itu ayam dan pulut itu di ambil kembali dan di makan…bukannya pokok tu makanpun, alhamdulillah sekarang ni dah tak de dah. Benar-benar tahyul percaya benda karut marut tu. Memanglah berat mata memandang berat lagi bahu yang memikulnya……tumpang simpati dan berdoa semoga adik Sharlinie akan kembali jua satu masa nanti kepangkuan keluarganya. Senanglah kita bercakap kerana ini semua tak terjadi pada keluarga kita, hanya mereka yang melalui sahaja akan merasai penderitaan dan kesengsaraannya. Erm, satu lagi ni dah dekat-dekat nak pilihan raya ni ada masa ke pak polisi nak mencari adik kita yang hilang ini? ……..opsss maaflah tersasul plak…….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: