bila hatiku berbicara

Archive for Februari 12th, 2008

Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my
KLANG: “Berderau darah saya melihatkan seorang daripada penunggang lelaki terbabit menarik tangan kanak-kanak perempuan itu dan saya serta-merta teringatkan wajah Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang masih hilang sejak 30 hari lalu.

“Saya terus menjerit ke arah mereka supaya melepaskan tangan kanak-kanak sebaya Sharlinie itu menyebabkan mereka terkejut dan memecut laju dari situ. Apabila ditanya, kanak-kanak comel berkenaan berkata, dia berlari di jalan raya kerana mencari ibunya di Klang Parade,” kata Mohamad Yassin Fateh Mohamad, 45, di sini, semalam.

Bekas pegawai polis Cawangan Khas berkenaan ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, semalam, ketika membuat laporan polis berkaitan cubaan menculik yang berjaya digagalkannya pada 27 Januari lalu.

Mengimbas kejadian, Mohamad Yassin, berkata beliau bersama beberapa rakan minum di restoran berhampiran Klang Parade apabila tiba-tiba terlihat kelibat kanak-kanak perempuan berlari di jalan raya.

“Saya curiga apabila terlihat dua lelaki bermotosikal mengekori kanak-kanak berkenaan dari belakang dan terus mengejar mereka.

“Pada masa sama, sampai di persimpangan, seorang daripada lelaki terbabit terus menarik tangan kanak-kanak perempuan berkenaan,” katanya.

Mohamad Yassin yang kini menjalankan perniagaan sendiri terus menjerit ke arah lelaki terbabit supaya melepaskan tangan kanak-kanak itu menyebabkan mereka terkejut dan memecut laju dari tempat kejadian.

Kanak-kanak itu hanya menangis dan Mohamad Yassin kemudian membawanya ke restoran berhampiran sebelum diberi minuman.

“Kanak-kanak itu memberitau namanya Ain dan sedang mencari ibunya di Klang Parade. Saya kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian dan meminta mereka datang ke tempat kejadian.

“Polis sampai dan terus membawa Ain dari situ. Saya tidak membuat laporan polis ketika itu dan melakukannya selepas mendapatkan pandangan rakan yang juga ahli Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan (Perisi),” katanya.

Mohamad Yassin gagal mendapatkan nombor pendaftaran motosikal ditunggang kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit kerana menumpukan perhatian untuk menyelamatkan Ain pada ketika itu.

“Saya tidak dapat bayangkan apa akan berlaku kepada Ain jika dapat diculik kedua-dua lelaki terbabit dan mungkin seluruh negara perlu melakukan usaha mencarinya sama seperti dilakukan pada Sharlinie.

“Saya berharap ibu bapa lebih prihatin dalam memastikan keselamatan anak kecil masing-masing kerana pelbagai perkara boleh berlaku jika mereka dibiarkan berjalan berseorangan di pusat beli-belah dan di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusuf, berkata kejadian berlaku ketika ibu bapa kanak-kanak berkenaan sibuk membeli-belah di Klang Parade.

“Dua anggota polis peronda yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian membantu mencari ibu bapa kanak-kanak berkenaan di pusat beli-belah itu.

“Ibu bapa kanak-kanak itu terkejut apabila polis menyerahkan anak mereka dan memaklumkan tidak sedar anak mereka itu hilang,” katanya.

Polis sedang berusaha menjejak dua lelaki terbabit dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

~Nampak gayanya tinggal di Malaysia ni dah tak selamat dah,kanak-kanak tidak bebas seperti zaman kita kecil-kecil dulu. Yang menjadi sasarannya kanak-kanak perempuan, apa motifnyaTuhan sahaja yang tahu, tetapi tidak lain dan tak bukan kerana hilangnya nilai-nilai kasih sayang sesama insan, tiada iman biarpun senipis kulit bawang sekalipun, kekejaman bagaikan mainan, mereka bagailkan kerasukan memburu mangsa, pantang melihat mangsa bersendirian pasti di sambarnya bagaikan helang yang menyambar mangsanya di bawa terbang, andai bernasib baik selamatlah dia. Ya Allah kembalikanlah adik Sharlinie Mohd Nasyar dengan selamat kepangkuan keluarganya berilah petunjuk di manakah adik ini berada, lembutkanlah hati si penculik itu ya Allah…………..

Advertisements

Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 845,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada