bila hatiku berbicara

Budak nyaris diculik 2 lelaki

Posted on: Februari 12, 2008

Oleh Nazarali Saeril
nazarali@hmetro.com.my
KLANG: “Berderau darah saya melihatkan seorang daripada penunggang lelaki terbabit menarik tangan kanak-kanak perempuan itu dan saya serta-merta teringatkan wajah Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang masih hilang sejak 30 hari lalu.

“Saya terus menjerit ke arah mereka supaya melepaskan tangan kanak-kanak sebaya Sharlinie itu menyebabkan mereka terkejut dan memecut laju dari situ. Apabila ditanya, kanak-kanak comel berkenaan berkata, dia berlari di jalan raya kerana mencari ibunya di Klang Parade,” kata Mohamad Yassin Fateh Mohamad, 45, di sini, semalam.

Bekas pegawai polis Cawangan Khas berkenaan ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, di sini, semalam, ketika membuat laporan polis berkaitan cubaan menculik yang berjaya digagalkannya pada 27 Januari lalu.

Mengimbas kejadian, Mohamad Yassin, berkata beliau bersama beberapa rakan minum di restoran berhampiran Klang Parade apabila tiba-tiba terlihat kelibat kanak-kanak perempuan berlari di jalan raya.

“Saya curiga apabila terlihat dua lelaki bermotosikal mengekori kanak-kanak berkenaan dari belakang dan terus mengejar mereka.

“Pada masa sama, sampai di persimpangan, seorang daripada lelaki terbabit terus menarik tangan kanak-kanak perempuan berkenaan,” katanya.

Mohamad Yassin yang kini menjalankan perniagaan sendiri terus menjerit ke arah lelaki terbabit supaya melepaskan tangan kanak-kanak itu menyebabkan mereka terkejut dan memecut laju dari tempat kejadian.

Kanak-kanak itu hanya menangis dan Mohamad Yassin kemudian membawanya ke restoran berhampiran sebelum diberi minuman.

“Kanak-kanak itu memberitau namanya Ain dan sedang mencari ibunya di Klang Parade. Saya kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian dan meminta mereka datang ke tempat kejadian.

“Polis sampai dan terus membawa Ain dari situ. Saya tidak membuat laporan polis ketika itu dan melakukannya selepas mendapatkan pandangan rakan yang juga ahli Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan (Perisi),” katanya.

Mohamad Yassin gagal mendapatkan nombor pendaftaran motosikal ditunggang kedua-dua lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit kerana menumpukan perhatian untuk menyelamatkan Ain pada ketika itu.

“Saya tidak dapat bayangkan apa akan berlaku kepada Ain jika dapat diculik kedua-dua lelaki terbabit dan mungkin seluruh negara perlu melakukan usaha mencarinya sama seperti dilakukan pada Sharlinie.

“Saya berharap ibu bapa lebih prihatin dalam memastikan keselamatan anak kecil masing-masing kerana pelbagai perkara boleh berlaku jika mereka dibiarkan berjalan berseorangan di pusat beli-belah dan di tempat lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusuf, berkata kejadian berlaku ketika ibu bapa kanak-kanak berkenaan sibuk membeli-belah di Klang Parade.

“Dua anggota polis peronda yang bergegas ke lokasi kejadian kemudian membantu mencari ibu bapa kanak-kanak berkenaan di pusat beli-belah itu.

“Ibu bapa kanak-kanak itu terkejut apabila polis menyerahkan anak mereka dan memaklumkan tidak sedar anak mereka itu hilang,” katanya.

Polis sedang berusaha menjejak dua lelaki terbabit dan setakat ini, tiada tangkapan dibuat.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999 atau balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

~Nampak gayanya tinggal di Malaysia ni dah tak selamat dah,kanak-kanak tidak bebas seperti zaman kita kecil-kecil dulu. Yang menjadi sasarannya kanak-kanak perempuan, apa motifnyaTuhan sahaja yang tahu, tetapi tidak lain dan tak bukan kerana hilangnya nilai-nilai kasih sayang sesama insan, tiada iman biarpun senipis kulit bawang sekalipun, kekejaman bagaikan mainan, mereka bagailkan kerasukan memburu mangsa, pantang melihat mangsa bersendirian pasti di sambarnya bagaikan helang yang menyambar mangsanya di bawa terbang, andai bernasib baik selamatlah dia. Ya Allah kembalikanlah adik Sharlinie Mohd Nasyar dengan selamat kepangkuan keluarganya berilah petunjuk di manakah adik ini berada, lembutkanlah hati si penculik itu ya Allah…………..

Advertisements

6 Respons to "Budak nyaris diculik 2 lelaki"

Thank you for dropping by.

Dengar cerita budak hampir di colek ni memanglah seriau. Semoga Sharlinie di kembalikan dengan selamat.

Teruk betul sekarang ni kan kak?
Saya ni takde anak lagi, tapi bila ingatkan sume pasal kes-kes ni, sayu betul hati untuk rakyat Msia skrg ni.

Hilang dah fokus dek kes-kes yang x sepatutnya terjadi.

Semoga keamanan yg saya pernah nikmati semasa kanak-kanak dapat dirasai jugak oleh anak-anak saya nanti.

Minahsongeh

waduh comel bangat nama kamu ek…harap2 adik Shariline selamat…sypun seriau jugak…zaman sekarang ni anak lelaki ke pompuan ker sama aje….bukan anak pompuan saja yg di risau kan..

Mr Ah Fa

Masa akak kecik2 dulu kita bebas bermain dengan kanak2 sebaya dengan abang bapa saudara dan sepupu sepapat, tetapi zaman sekarang sudah hilang nilai kasih sayang sesama insan…..yg ada hanyalah kerakusan kerana di buai nafsu duniawi yg hanya sementara..agaknya itulah terjadinya perkara2 sebegini…manusia sudah hilang rasa takut….kalau dgn manusia tak takut apa lagi dengan Tuhan…………kerana terlalu berani hingga melanggari hukum2 tuhan……….

kak.. jomlah kita solat hajat hari2.. at least 2 rakaat sehari.. kita doa agar Sharlinie Mohd Nashar selamat kembali.. kesian kat mak ayah dia..dahlah orang susah..skrg si Mohd Nashar tak kerja.. dok mencari anaknya yg hilang tu.. manalah dia nak ambil duit nak sara ahli keluarga dia dengan keadaan hati risau walang teringat anak yg hilang.. nak ajak sapa lagi ek mita solat hajat ni?

mendengar berita2 begini membuatkan saya terfikir betapa lekanya ibu dan ayah membeli belah, sehingga anak yang dibawa tidak terjaga. agaknya barang yang dipilih lebih penting dari nyawa anak. saya setuju sekiranya mereka ini diberi hukuman atas kelalaian sendiri, bukannya mereka yang sudah kematian anak seperti kes arwah nurin jazlin. ini sebagai iktibar buat semua ibubapa yang pergi membeli belah. pentingkan nyawa anak2 bukannya barang2 yang ada diskaun.

Umi Sufina

Tidak lupa ku panjatkan doa selepas bersolat dan juga di susuli dengan bersolat hajat utk adik Sharlinie..juga untuk keselamatan anak akak di kg padang balang…dekat tp jauh..rindu tuhan saja yg tahu….moga semuanya selamat……
anak akak tahu di mana dia berada tp adik Sharlinie tidak di ketahui untung nasibnya…harap2 kepada si penculik itu moga2 di lembutkan hati menghantar balik adik Sharlinie………….mmg tak dapat nak gambarkan perasaan ibu bapa adik ini kerana kita bukan berada di tempat mrk..ttp atas rasa simpati hanya doa semoga dengan izin allah dia akan kembali dengan selamat……

Melati…..

Sepatutnya ibu bapa tidak membawa anak2 mereka di pusat2 membeli belah yg penuh pesat dgn manusia..kalau ya pun nak bawa tolonglah jangan lepas tangan anak2…kalau boleh ikat tali kat pinggang sebagaimana yg telah di sarankan oleh setengah2 org………ttp benda dah terjadi ini pengajaran buat kita semua. simpati sangat2…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: