bila hatiku berbicara

Archive for Februari 26th, 2008

AZMIL MUSTAFA

Written by Siti Mashitah
Sunday, 03 February 2008

APABILA disebut nama Azmil Mustapha , majoriti generasi muda tidak akan dapat mengecam siapa orangnya. Tetapi sebut saja Ali Setan , ‘berkat’ daripada siaran ulangan filem tersebut di kaca televisyen , semua orang tidak kira yang kecil atau dewasa dari kalangan peminat filem Melayu pasti mengenal pelakon tersohor Malaysia dekad 80-an ini. Azmil, 55 (umur yang dikira beliau  mengikut takwim hijri 22 Safar 1375H) adalah antara sebilangan artis di Malaysia yang melakukan ‘penghijrahan’ daripada kehidupan yang penuh ‘lagha’ kepada pengabdian diri kepada Allah. Penampilan terakhirnya adalah sebagai Pengiran Demak dalam filem ‘Puteri Gunung Ledang’; watak yang diilakonkan setelah syarat-syaratnya yang ketat diterima penerbit. Duda (mempunyai seorang anak dengan bekas isteri pertama dan empat dengan isteri kedua) dari Shah Alam, Selangor ini telah musafir ke Syria sejak setahun lalu untuk mempelajari bahasa Arab dan ilmu agama. Wartawan Global Media Channel (GMC) berkesempatan menemuramah Azmil di Kota Bharu (beliau kembali ke Malaysia sempena cuti semester pengajiannya) yang hadir memenuhi undangan untuk menyampaikan ceramah kesedaran Islam anjuran PAS Kawasan Ketereh baru-baru ini.

Kenapa saudara memilih untuk ke Syria?
Saya buat solat hajat, minta dengan Allah, saya nak cari tempat belajar, Allah berikan petunjuk belajar di Syria. Dengan duit yang saya dapat dari menyampaikan ceramah-ceramah kesedaran Islam sebelum itu di Malaysia, saya terbang ke Syria dengan anak-anak saya. Saya belajar Bahasa Arab di Maahad Taalim Lughatal Arabiah Lil Ajnabi (Institut Pengajian Bahasa Arab Bagi Orang Asing).Kalau saya terus masuk kelas (pengajian agama) anjuran syeikh-syeikh pun saya tak reti Bahasa Arab. Jadi saya belajar Bahasa Arab dahulu. Sementara itu saya belajar Al-Quran, tajwid dan tasmi’ dengan syeikh-syeikh. Saya juga belajar dengan pelajar-pelajar Malaysia yang ada di Syria.

Sejak bila sebenarnya saudara ke sana ?
Sudah setahun. Saya pergi redah sahaja. Tak ada buat rancangan. Dengan empat orang anak saya turut bersama (tiga perempuan dan seorang lelaki). Yang sulung kemudiannya balik untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sini. Jadi kekallah tiga orang yang tinggal bersama saya di sana. Anak saya Noramalia Batrisya ,15, dan Mohd. Bazli Shafri, 13, belajar di Jami’ Abu Nur, sebuah kolej Islam antara yang termasyhur di Syria. Yang kecil baru masuk umur tujuh tahun dan belajar di darjah satu. Enam bulan pertama mereka dimasukkan dalam kelas bahasa Arab. Tidak ada masalah untuk mereka mengikuti pengajian dan sekarang sudah fasih berbahasa Arab. Saya amat puas hati dengan perkembangan mereka.

Puas hati macam mana?
Dengan perubahan perwatakan. Di Malaysia, dekat Shah Alam tempat kami tinggal dahulu banyak pengaruh yang tidak sihat. Cara hidup moden . Tapi di sana mereka mengaji Quran tiap-tiap hari, solat tidak tinggal dan pergaulan dijaga. Malah mereka sempat menasihati kakak yang pulang ke Malaysia “jangan tengok lelaki” bukan berkawan, tengok pun mereka tak bagi.
Di sana pergaulan antara lelaki dan perempuan amat dibatasi. Kita payah nak lihat pergaulan secara bebas berlaku . Duduk satu meja pun tak ada.
Kalau di Yaman, negeri yang berjiran dengan Syria, dalam bas kalau hanya ada seorang wanita yang menjadi penumpang , yang lelaki tidak akan naik dan sanggup tunggu bas yang lain datang untuk dinaiki. Bimbang timbul fitnah walaupun hanya sebagai penumpang. Masing-masing sangat prihatin untuk menjaga perkara ini. Antara perubahan yang ketara saya dapat lihat adalah pada anak perempuan saya, Noramaliya. Dia sebenarnya pelajar yang lemah. Semasa bersekolah di Malaysia, biasanya dia mendapat kedudukan 35 ke bawah. Dulu tinggal di Shah Alam, dia selalu ponteng sekolah. Tengok wayang di KLCC. Pergi ke sekolah tapi dalam beg ada pakaian lain untuk ditukar. Itu dah memang menjadi tabiat pelajar sekolah di Malaysia. Sampai di Syria, dia jadi pelajar yang terbaik. Padahal dalam kelas ada pelajar-pelajar luar negara yang lain seperti dari England, Afrika Selatan, Kazakhstan , China dan lain-lain. Dia yang muncul pelajar terbaik

Bagaimana saudara menyara kehidupan di Syria?
Tidak ada pendapatan tetap tapi saya sangat bernasib baik kerana mendapat bantuan. Saya diberi tempat tinggal percuma oleh seorang Syeikh di sebuah apartmen di pinggir Damsyik. Saya akui duit pun tak banyak tapi diam tak diam sudah sampai setahun saya di sana dan tidak timbul sebarang masalah besar. Kita kena yakin rezeki itu datang daripada Allah. Ada saja duit yang masuk. Sentiasa ada bantuan diterima kerana saya dan anak-anak dikira orang yang sedang menuntut ilmu. Malah ia sampai ke tahap saya kadang kala terpaksa buang makanan yang diberi oleh jiran kerana terlampau banyak.
Dan di sana kita yang pergi belajar dengan Syeikh ini bukan kita yang membayar Syeikh tapi mereka pula yang memberi duit pada kita. Perkara ini sudah jadi kebiasaan orang Syria . Jika tidak pun, dia akan beri kita roti setiap kali pergi belajar. Pergi solat Jumaat pun dapat duit. Budaya memberi amat dititikberatkan. Paling kurang, yang dewasa akan menyediakan gula-gula dalam poket untuk diberi kepada kanak-kanak. Saya juga terkejut kerana kadang-kadang menerima sumbangan yang nilainya mencecah RM1000. Kalau yang kaya lebih lagilah mereka sumbangkan. Anak kepada Syeikh yang menyediakan rumah percuma untuk saya pernah menyumbang jutaan ringgit kepada fakir miskin dalam bulan Ramadhan.

Kenapa saudara fikir perubahan-perubahan positif sama ada kepada anak atau saudara sendiri boleh berlaku? Adakah perbezaan antara Syria dan Malaysia ini begitu ketara sekali sedangkan kedua-duanya adalah bumi orang Islam?
Bumi Syria ini ada kelebihan. Saya daripada kecil sampai besar memang belajar di sekolah yang tidak berasaskan kepada Islam. Saya menuntut di dua buah sekolah mubaligh Kristian iaitu La Salle Institution dan St John Institution. Dari situ saya menyambung pula pelajaran ke Indiana University di Amerika. Daripada kecil sehingga dewasa, saya tidak pernah belajar dan khatam al-Quran. (Di Amerika , Azmil belajar dengan pengkhususan dalam penerbitan televisyen, radio dan filem. Beliau hanya tinggal tiga lagi jam kredit untuk dihabiskan sebelum dihantar pulang ke Malaysia oleh Jabatan Imigresen Amerika. Tindakan itu diambil ketika Amerika membuat penapisan orang-orang Islam dari negara luar berikutan kemenangan kumpulan Islam (Syiah) menjatuhkan kerajaan beraja Shah Mohammad Reza Pahlavi. Azmil dikesan bekerja sambilan walaupun syarat hanya membenarkan pelajar luar yang mempunyai 12 kredit atau lebih sahaja untuk berbuat demikian. Ayahnya Dato¢ Mustapha Kamil Yassin, bekas pensyarah di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia tidak mahu Azmil mengambil biasiswa kerana kedudukannya sebagai kakitangan kerajaan gred A.
Mula-mula saya berubah dulu nak baca surah al- Fatihah pun tak boleh. Kena baca mengikut tulisan rumi. Nak sembahyang semua ayat kena ditulis ke huruf rumi. Tak pernah dapat hafal. Sehinggalah apabila saya ke Syria. Di sana, anak-anak saya belajar Al-Quran dengan seorang syeikhah (ustazah) di rumahnya. Selepas sebulan syeikhah tersebut datang melawat ke rumah. Dia mahu melihat keadaan keluarga macam mana. Bila datang dia meminta saya mengajar anak-anak. Dia suruh saya baca satu surah. Bila “check” ayah baca pun tak betul, dia pun minta anak muridnya yang lain tolong ajarkan anak-anak saya. Tapi alhamdulillah berkat mengaji tiap-tiap pagi, kini saya sudah boleh menghafal satu, dua muka surat dengan senang. Ini memang saya pelik. Saya rasa ini memang kesan tinggal di bumi Syam (Syria), bumi para anbiya’.
Dahulu negara ini tertutup. Sebab ia mengikut pengaruh Rusia. Jadi negara lain menyisihkannya. Apabila Syria disisihkan, ia sebenarnya terselamat.
Macam di Malaysia, apabila dibuat dasar terbuka, semua pengaruh dapat masuk, ia merosakkan kita. Budak-budak sekarang budaya sendiri pun tak kenal . Dan dia tak mahu ikut. Dia lebih seronok ikut budaya asing, budaya Barat. Budaya ini di Melayukan dengan bahasa. Tapi isinya tetap dari pengaruh yang menyimpang dari ajaran Islam.

Adakah kerana saudara bimbangkan keadaan begini sehingga sanggup membawa anak-anak jauh dari Malaysia ?

Sebab benda inilah saya bawa anak-anak keluar. Bila saya bawa anak-anak keluar, ada kawan-kawan yang tegur saya ” Jadi anak kamu ini tidak ada SPM. Macam man nak cari kerja?” Saya jawab balik, “Rezeki itu kerana Allah bukan kerana SPM”. Orang ada SPM pun berlambak tak ada kerja. Ada ijazah UM pun tak ada kerja. Ada Master USM pun tak kerja. Kita kena ingat rezeki itu dari Allah. Sekarang anak-anak saya sudah hafal Juzuk Amma. Saya percaya dalam tiga empat tahun lagi, Insya Allah satu Quran tu dpat habis dihafal. Itu lebih berharga. Kalau dia jadi arkitek atau jurutera tapi Quran pun tak tahu buat apa. Macam saya dulu jadi pengarah filem tapi Quran pun tak tahu, buat apa?

Memberi pendidikan Islam pada anak-anak sehingga sampai berhijrah ke Syria. Orang lain mungkin tak berpeluang berbuat demikian macam saudara.?
Saya rasa kalau kita ajar anak kita cara Islam tak ada kekurangannya bagi saya. Malahan Allah mungkin akan mecurahkan kemudahan kepadanya.
Sekarang kita kongsi raya, kia kongsi hukum, kongsi taraf atau standard Islam dengan yang lain. Kita membandingkan ajaran Islam dengan yang Barat. Kalau tak seperti Barat, kita anggap standard kurang. Kita campur aduk hukum Allah dengan hukum kafir. Inilah yang saya nampak masalah kita pada hari ini.
Ini pun nak berlaku di Syria pada hari ini. Kalau di negara kita lama dah dijajah 500 tahun dahulu dan kita masih ¡terjajah¢. Syria ini dia baru terbuka tak sampai 10 tahun. Jadi generasi dia sekarang dia baru rosak. Kalau kita di Malaysia, kerosakan bermula sejak dari generasi bapa kita dahulu. Mareka agungkan England dan Amerika. Tetapi bagi saya , kalau orang Syria nak ikut barat pun, agaknya kena juga dengan fizikal mereka itu. Tapi kita Melayu pun nak mata warna biru, rambut warna perang. Tak kenalah. Nampak janggal sangat kalau yang Melayu nak tiru.

Bagaimana kita hendak menghadapi perubahan budaya sebegitu ?
Di Syria, guru-guru yang pegangannya kuat masih bertahan. Kita di Malaysia, lebih banyak yang kebaratan daripada Islam. Kita di sini mereka yang nak kepada Islam sedikit, yang nak kepada barat banyak.  Dari sekolah itu yang diajar. Supaya kita bersedia dengan pengaruh dan sistem barat. Sekolah-sekolah kita, tamat persekolahan kita berpeluang belajar sampai ke universiti di Amerika, di England. Tetapi kalau kita keluar dari pondok atau sekolah agama, peluang sambung belajar itu tidak seberapa. Apa yang kita lakukan adalah untuk menyesuaikan diri kepada budaya barat. Dan ini kita tak sedar. Kita seolah-olah nak menyediakan diri masuk ke institusi dan sistem yang kerap kalinya meruntuhkan jati diri Islam..  Dan yang peliknya, orang tidak bimbang kalau yang keluar tingkatan enam sekolah biasa tak boleh baca Alif Ba Ta. Nak masuk sekolah tahfiz pun payah sebab tak kenal huruf walaupun tamat tingkatan enam. Benda ni dah berlaku sejak zaman dulu lagi dan kita tidak sedar. Saya cakap kepada seorang sahabat di Syria kenapa kamu ghairah nak buka peluang kepada barat. Saya dah tengok keadaan di negara saya apa yang berlaku. Dia kata mereka pun nak moden. Moden apa? Moden nak tengok anak-anak terbuang di tong sampah. Moden nak tengok anak-anak mati sia-sia kerana terlibat denbgan lumba haram. Itu moden buat apa. Pembangunan sedemikian yang membangun hanya bangunan dan jalan raya. Akhlak runtuh. Akhlak diruntuhkan kerana nak mencantikkan bangunan dan jalan. Sebab itu fikirlah, kerana tak ke mana kita dengan pembangunan sebegitu.

Kenapa remaja dan kita sendiri sebenarnya cenderung untuk meminati budaya hiburan?
Sebab memang sudah disediakan sejak daripada dulu. Pendidikan dan cara hidup disediakan untuk membolehkan anak-anak bersedia menerima sistem yang menyimpang dari bukan untuk menjadi hafiz atau ulama’. Penyediaan dilakukan untuk membawa masyarakat ke arah keseronokan.  Kalau kita tengok babak dalam filem Melayu, babak minum arak , berdansa, sejak dari zaman P Ramlee sudah ada. Sejak sekolah lagi , anak-anak dibiasakan dengan budaya Barat. Ada sukan gimnastik sampai terkangkang anak-anak diajar guru; sukan renang, jadi separuh bogel. Kita disediakan untuk menerima budaya barat. Mana kita amalkan hukum syariah ? Itu masalah kita.

Pada pandangan saudara, masalah keruntuhan akhlak ini bagaimana nak diselesaikan?
Sekarang kita taat pada hukum yang tidak berpaksikan Islam. Undang-undang yang dimulakan oleh British dahulu. Cuba kita gunakan hukum syariah, saya percaya gejala sosial yang teruk dalam negara dapat dikurangkan sebab kita menyediakan masyarakat untuk ke akhirat. Sekarang kalau membabitkan hukum Allah, ia dikira hak persendirian. Anda hendak buat atau tidak, itu pilihan anda sendiri.Tapi mereka (kerajaan) tak galakkan pun. Itulah masalah sekarang.

Bagaimana kita nak menyedarkan masyarakat?
Islam ini mesti dijalankan bermasyarakat. Tapi tanggungjawab itu tetap pada diri sendiri. Kita sendiri mesti mulakan dahulu . Contohnya kita dilatih berpuasa sama ada di dalam atau dil luar rumah. Walau di mana pun kita tahu Allah melihat. Sebab itu kita kena buat pilihan. Dua sahaja pilihan kita. Sama ada ikut jalan Allah atau ikut syaitan.Tidak ada jalan tengah. Tidak ada kompromi. Setiap benda yang berlaku dalam masyarakat dunia hari ini kita kena buat pilihan antara yang benar dengan yang tidak. Gunakan akal. Islam ini agama untuk yang tahu berfikir. Bukan taat buta tuli. Kalau kita gunakan akal fikiran baru kita sedar. Kita kena fikir tentang keesaan Allah. Ini yang kita kena ajar anak-anak. Sekarang apa yang diajar kena cari duit banyak-banyak. Bila ikut cara Islam barulah ada keberkatan.

Berbalik kepada dunia hiburan, adakah tidak ada ruang sebenarnya untuk ia menjadi lebih baik?
Boleh kalau industri kita industri yang beriman. Tapi industri kita meniru Bollywood, Hollywood, Hong Kong dan lain-lain. Kita menuju ke arah keruntuhan. Ini yang bahayanya.

Nasihat kepada rakan artis
Pendek sahaja ; Allah melihat apa yang kamu buat.

Dari grup UZAR

~Pernah juga beberapa kali aku menonton filem Ali Setan ni, alhamdulillah Allah telah mencampakkan hidayah untuknya berhijrah di jalan yang benar. Hari jumaat lepas sempat juga aku menonton peringkat akhir teman musabah al hidayah, pengacaranya Raja Mazian dan Ustaz Akhil Hayy~

Advertisements
Salam
Kehidupan di bumi ini, ada yang di duga Allah SWT dengan kemewahan, kemiskinan, kehilangan, kematian, penyakit, kekacauan,  dlll
Biasanyalah yang di duga dengan kemewahan dan kemakmuran ini, SERINGtenggelam dalam kemewahan dan kemewahan sehingga MELUPAKAN saudaranya yang di duga dengan pelbagai kesukaran/kemiskina n/kesedihan.
Mereka2 ini kurang sensitif terhadap penderitaan orang lain. Kes2 seperti Nurin, atau yang kes culik yang baru2 ini. Semuanya menunjukkan kepincangan dalam masyarakat kita, dan kelemahan pemerintah mendidik rakyatnya.
What do we get from voting? Sekurang2nya kita telah berusaha untuk menentukan arah tuju Malaysia. Menang/kalah, kita serahkan pada Allah SWT. Nabi2 as pun tak semuanya berjaya. Ada yang kalah dan shahid dibunuh. Siapalah kita ni.
Harapannya.. Moga2 kita di anugerahkan Allah SWT negara sepertimana yang telah di anugerahkan kepada Umar Abdul Aziz ra.
Dibawah ini saya sertakan petikan kisah2/keperihatina n semasa pemerintahan Umar Abdul Aziz ra terhadap rakyatnya. Bandingkanlah dengan yang memerintah Malaysia ketika ini.
WAllahua3lam
Wassalam
Hizamri
x.x ) Serigala / singa pun tidak khianat.
============ ========= ========= ========= =====
Malik bin Dinar ra berkata :
Setelah Umar Abdul Aziz, maka bertanyalah pengembala2 kambing di puncak gunung :
Siapakah khalifah SOLEH yang memerintah ketika ini?
Diantara mereka bertanya kembali :
Bagaimanakah engkau tahu khalifah sekarang soleh?
Kata mereka :
KEBIASAANNYA, apabila sesebuah kerajaan itu di perintah khalifah SOLEH, maka serigala dan singa akan menjauhkan diri dan tidak mengganggu ternakan kami.
x.x ) Sangat mudah menangis
============ ========= ========= ========= =====
Fudhail bin ‘Iyadh meriwayatkan :
Orang bertanya kepada Umar Abdul Aziz :
Apakah yang menyebabkan engkau SANGAT mudah menangis?
Jawab Umar ra :
Sesungguhnya, aku merasakan kalaulah ada seekor anak biri-biri yang mati di tebing sungai Furat di sebabkan kecuaian aku, NESCAYA Allah SWT akan mempertanggung jawabkan aku di akhirat kelak.
8.3 ) Perut yang lapar lebih utama daripada baitullah
============ ========= ========= ========= =====
Pengurus/penjaga kaabah mengutus surat kepada Umar Ibnu Abdul Aziz meminta kelambu kaabah ditukar sebagaimana telah dilakukan Khalifah sebelumnya.
Umar Abdul Aziz menjawab :
Sesungguhnya perut2 yang lapar itu lebih utama dari kelambu kaabah.
8.4 ) Keperihatinan terhadap orang miskin.
============ ========= ========= ========= =====
Beberapa orang penduduk Madinah mengunjungi Khalifah Umar, lalu ditanya Umar akan penduduk Madinah :
Apakah perkejaan orang2 miskin yang tinggal di sekian2 tempat?
Jawab mereka :
Orang2 miskin itu telah berpindah randan, ya Amirul Mukminin, kerana mereka telah dilimpahkan kekayaan oleh Allah SWT.
Sebelum itu mereka hanyalah pencari kayu yang menjualkan kepada musafir yang singgah di perkampungan mereka.
Suatu ketika orang2 musafir itu kembali untuk membeli kayu, tetapi orang2 miskin tersebut telah berkata :
Sesungguhnya kami tidak lagi menjual kayu api, kerana Allah SWT telah melimpahkan kekayaanNya kepada kami dengan harta yang telah diberikan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz kepada kami.
9) Pakaian & Cara Pemakaiannya
9.1 ) Sebelum vs Selepas
============ ========= ========= ========= =====
Seorang ulama’ Quraish meriwayatkan :
Sesungguhnya Khalifah Umar Abdul Aziz sebelum dilantik menjadi khalifah pernah berkata :
Sesungguhnya aku bimbang kalau2 rezeki yang dikurniakan Allah kepadaku tidak mampu untuk membeli pakaian2 kesukaanku.
Sebelum dilantik menjadi khalifah, aku tidak pernah memakai pakaian yang dianggap masyarakat sebagai lusuh, bahkan aku sentiasa dianggap berpakaian baru.
Setelah umar menjadi Khalifah, beliau telah membuang sikap & perangai demikian.
9.2 ) Pakaian solat
============ ========= ========= ========= =====
Seorang pengawalnya berkata :
Suatu ketika, Umar Abdul Aziz telah solat Jumaat bersama kami dengan berpakaian yang bertampal poket depan dan bahagian belakangnya.
Ketika dia sedang berehat, beliau telah di sapa seorang lelaki :
Wahai Amirul Mukminin, Sesungguhnya Allah SWT telah membuka bagi mu pintu kemewahan. Alangkah baiknya jika tuan menggunakan peluang tersebut untuk menghiasi diri dengan pakaian hebat.
Umar menundukkan kepalanya sebentar, kemudian menjawab:
Sesungguhnya SEBAIK2 niat yang ikhlas untuk berzuhud, adalah ketika memiliki kemewahan.
Dan masa yang paling sesuai untuk memberikan keampunan, ialah ketika mampu membalasnya.
9.3 ) Harum lagi Bergaya
============ ========= ========= ========= =====
Raja’ bin Haiwah meriwayatkan :
Sebelum Umar Abdul Aziz menjadi Khalifah, beliau merupakan lelaki paling harum tubuh dan pakaiannya serta paling bergaya cara berjalannya.
Setelah menjadi Khalifah, mereka telah menilai harga pakaiannya ( baju, serban, kain, pakain luaran & dalaman, kain baldu ) hanya sekadar 12 dirham sahaja.
9.4 ) Pakaian Ketika sakit
============ ========= ========= ========= =====
Salamah meriwayatkan :
Suatu masa aku menziarahi Umar Abdul Aziz yang sedang sakit. Aku melihat dia memakai baju yang sudah kotor.
Lalu aku berkata kepada Fatimah :
Wahai Fatimah, Tolong basuhkan baju Amirul Mukminin.
Jawab Fatimah :
InsyaAllah, kami akan laksanakan.
Keesokan harinya, aku berkunjung lagi. Aku dapati bajunya masih seperti kelmarin. Lantas aku bertanya :
Wahai Fatimah, Bukankah aku telah menyuruh menbasuh baju Amirul Mukminin. Sepatutnya engkau menukarkan bajunya, kerana orang ramai sentiasa mengunjunginya.
Jawab Fatimah :
Demi Allah, HANYA baju itulah yang beliau ada.

16.7) Dimanakah mereka yang …:
============ ========= ========= ========= ========= ===
Setiap hari seorang pegawai Khalifah Umar Abdul Aziz akan berseru :
Dimanakah mereka yang berhutang, tetapi tidak mampu melangsaikannya?
Dimanakah mereka yang ingin berkahwin, tetapi tidak berkecukupan?
Dimanakah mereka yang miskin?
Dimanakah mereka yang yatim?
Umar akan memenuhi permintaan mereka apabila mereka mengadu kepadanya.

tulisan asal oleh saudara hizamri@yahoo.com dari grup relexjap saya suka artikel ni menarik………

KUALA LUMPUR 25 Feb. – Mohd. Nashar Mat Hussain tidak berkecil hati dengan cerita bahawa anaknya, Sharlinie yang hilang sejak 48 hari lalu sudah mati tanpa dapat dikesan.

Jelas beliau, masyarakat tidak boleh dipersalahkan kerana tempohnya sudah terlalu lama dan sehingga kini tiada petunjuk kukuh bagi membantu pihak berkuasa untuk mengesannya.

Namun baginya, sebagai bapa beliau tetap yakin anak bongsunya itu masih hidup hanya masa yang menentukan dia akan ditemui.

”Saya terpaksa menolak tanggapan seperti itu kerana ia bukan sahaja melemahkan semangat malah menyebabkan pihak lain yang membantu turut berputus asa,” katanya ketika dihubungi di sini hari.

Sharlinie hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya setelah bermain di taman permainan di Taman Medan, Petaling Jaya pada 11.30 pagi, 9 Januari lalu.

Mohd. Nashar, 29, menjelaskan demikian apabila diminta mengulas mengenai spekulasi orang ramai sejak akhir-akhir ini bahawa anaknya itu sudah mati.

Katanya, cerita-cerita seperti itu tidak pernah sedikit pun melemahkan beliau sekeluarga untuk terus bekerjasama dengan pihak berkuasa mengesan penculik Sharlinie.

Malah katanya, usaha mencari sentiasa dipertingkatkan dengan bantuan semua pihak dengan menggunakan kepakaran masing-masing.

Semua usaha itu tambah beliau, amat dihargai kerana mereka membantu dengan ikhlas agar Sharlinie ditemui segera.

”Jasa mereka tidak mampu dibalas dan saya hanya mampu mengucapkan berbanyak terima kasih, ” ujarnya.

~Kalau ibu bapa mereka berhati walang aku juga sedih kerana adik Sharlinie sampai ke hari ini masih belum ada apa-apa berita tentangnya, semoga dia masih hidup dan selamat walau di mana sahaja dia berada~

Bahang pilihanraya makin terasa….di takdirkan PC aku dah masuk ICU. Ni terpaksa guna komputer anakku, aku sememangnya tak berapa gemar nak kongsi komputer hehehe. Memang dah perangai aku macam tu biarpun PC aku tak canggih atau mahal sekalipun aku tetap nak yang aku punya jugak. Bukannya apa dah biasa dengan PC kita nak guna yang lain rasa tak seronok lah pulak. Biarpun suamiku suruh mengunakan lap topnya tapi aku nak yang aku jugak memandangkan PC ku bakal berkubur kalau ada rezeki beli baru, untuk sementara guna ajelah mana yang ada kat rumah.

Ni kira sambungan cerita tentang semua lagilah, cuma tajuknya lain. Alahai pilihanraya dah semakin dekat, situ sini dan sanun berkempen. Kebetulan ahad lepas ayah dan mak mertuaku dari utara datang. Wah.. kemainlah lagi ayah mertuaku duk sembang pasal pilihanraya, erm tak payah cakaplah apa yang kami sembang tu…yang pasti diorang ni penyokong kuat PAS. Manakala aku ni hanya menjadi pendengar dan sekali sekala menyampuk.

Biasalah kalau dah mak dan ayah mertua datang tak keluar dari dapurlah masak dan masak itu dan ini. Rasaku semenjak anakku ke asrama aku jarang masak memasak, kalau masakpun simple aje…kalau tidak beli aje. Pernah juga aku tak makan kerana aku tak lapar minum air dan makan buahpun dah cukup bagiku. Selalunya aku kalau tinggal di rumah keseorangan aku duk mengapa komputer ajelah…tetapi bila komputer aku rosak aku begitu malas untuk mengunakan lap top suami aku…tetapi aku sentiasa merindui blog-blogku dan blog teman-teman. Namun begitu aku tak pernah ketinggalan blog-blog politik terutama sekali blog Ustaz Nik Abduh dan sewaktu dengannya. Rasa memang tak sah kalau tak jenguk blognya. Biasalah dah dekat pilihanraya apa salahnya nak tahu perkembangannya. Kalau nak harap aku menonton berita dan propaganda kat tv minta maaflah, banyak betul yang merapunya, lebih baik aku menonton sinetron Nabila dan Liontin dan Pak Pandir dari aku buang masa tengok berita kat tv, banyak yang berat sebelahnya…yang menjadi sasarannya negeri Qlatelah. Tapi tak usah layanlah propaganda tu udah basi…selalunya kalau nak dekat pilihanraya itu ajelah yang di tayang dan itu ajelah yang di canang pihak media, Qlate itulah inilah buruk-buruk semuanya Qlatelah, jenayah seperti merampok, merogol, penceraian semuanya di Qlate, biasalah gimik pilihanraya. Tetapi yang pasti ramai orang luar yang suka pergi ke Kelantan, anak-anak rakan seofis suamiku pun ramai yang menghantar anak-anak depa belajar di sekolah agama dan tahfiz di sana. Untuk mencari maklumat yang betul sekarang ni aku cuma baca harakah daily dan sewaktu dengannya aje. Harian Metro tu baca untuk mencari maklumat lain……
Sabtu lepas anakku pulang dari asrama, dia ni memang suka bercerita itu dan ini. Kebetulan ketika ayahnya tiba di perkarangan sekolahnya ada beberapa buah khemah di dirikan. Kata anakku mufti Perak Datuk Harunsani datang…. untuk meraikannya di adakan kenduri. Alhamdulillah senang hatiku bila mendengar yang anakku gembira belajar di sana. Ceritanya lagi kawasannya penuh dengan bulan purnama, biasalah tempat belajarnya pun tak jauh dari markas PAS di Taman Melewar.

Dalam aku duk berblog, sekali sekala aku rasa berjauh hati jugak bila kenangkan rakan-rakan lamaku di alam maya yang pernah aku jumpa sudah semakin jauh dariku, terus terang aku katakan tidak seperti aku mula-mula mengenali dunia blog kami saling bersembang di cbox. Aku faham mereka sibuk dengan tugas masing-masing, agaknya duk berkempen dalam bloglah kot hihihi….tetapi entahlah biarlah….tak apa terima kasih hehehe dailog pak pandir tu. Baru aku tahu rupanya aku tak ada teman, yang ada cuma blog sahaja, itulah aku memang tak boleh duduk kalau aku tak jenguk blogku ini.

Malam tadi suamiku bersama emak dan ayah mertua tiri aku bersembang sampai jam dua belas pagi, ketika inilah aku mengambil kesempatan menjenguk blog aku. Alahai mak mertua dan pak mertua tiri aku ni ingat aku tak reti lah bab komputer ni? yalah pada pandangan mereka orang yang belajar tinggi-tinggi dan balik luar negara macam anak dia ajelah yang tahu komputer nih? Sekarang ni budak darjah satupun tahulah. Tetapi aku tak boleh marah dan kecik hati dengan pak mertua tiri aku tu kerana memanglah dia macam tu. Huhuhu suri rumahpun boleh berblog lah….

Pagi ini mereka berangkat pulang, sebelum mengemas pinggan mangkuk ke dalam almari, basuh kain baju ambil masa mengadap komputer sebentar. Nampaknya sejuk aje pagi ni…nyaman gitu malam tadi hujan turun begitu lebat sekali setelah lama tiada hujan alhamdulillah…syukurlah…

sambung sikit lagi 27.2.2007

Pagi tadi aku terima sms dari seorang teman cyberku Z ermm inilah smsnya

“nak puasa lihat bulan, nak raya lihat bulan,nak beranak cukup bulan, nak tinggi naik ke bulan nak gaji cukup bulan, TAPI UNDI KENA TOLAK BULAN UNDILAH BN”.

tapi kata aku

‘Bagitau depa jangan lupa undi PAS la, sayang’ naaa

hehehe tiru mesej bini Pak Lah dia suruh undi bn aku tukaq jadi undi PAS…jangan marah naaaaaa….amboi bersayang-sayanglah pulak..yalah sapa tak sayang bini comey wooo….

maaflah ceritaku dah lari pada tajuk asal dah sorilah tak tahu nak tulis apa la sekadar cerita ringkas boleh lah…tetapi kalau dah ada blog tu kenalah up date selalu…..


Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 845,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada