bila hatiku berbicara

Archive for Februari 29th, 2008

Oleh Wan Noriza Meor Idris
wannoriza@nstp.com.my


KUALA LUMPUR: Akibat terpedaya dengan helah rakan sembang di Internet, seorang gadis berusia 15 tahun dipercayai mengikut seorang lelaki sebelum menjauhi keluarganya di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan dekat sini.

Marziah Mohamed Mukhter (gambar) yang tidak bersekolah tidak pulang ke rumah selepas keluar tanpa disedari keluarganya, Ahad lalu.

Kakak tirinya, Noorhizaidayu Mohd Noor, 24, berkata dia menyedari adiknya tiada di rumah kira-kira jam 9 malam dan sehingga kini masih belum pulang.

“Saya terkejut melihat dia tiada di bilik sedangkan sebelum itu, dia langsung tidak menunjukkan tingkah laku seperti hendak lari dari rumah. Kami tidak mempunyai sebarang masalah dengannya manakala bajunya tidak dibawa bersama.
“Marziah juga tidak mempunyai rakan lain berikutan dia baru sebulan tinggal bersama saya di sini. Sebelum ini, dia tinggal bersama mak di Kuantan,” katanya, semalam.

 

Ayu berkata, adiknya tidak mempunyai rakan di ibu kota, sebaliknya hanya meluangkan masa mengenali rakan baru di dunia siber menerusi komputer di rumah.

Marziah tidak mahu bersekolah menyebabkan Ayu membawanya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur, namun tidak sampai sebulan dia hilang.

“Saya cuba menghubungi telefon bimbitnya, tetapi gagal sebelum ke syarikat telekomunikasi untuk menjejaki semua perhubungannya menerusi telefon,” katanya.

Menerusi kad modul pengenalan pengguna (SIM) yang diberi syarikat telekomunikasi berkenaan, dia dapat membaca semula SMS terakhir yang diterima adiknya sebelum hilang.

“SMS itu agak menakutkan dikirim daripada nombor (pengirim) yang tidak dikenali. Adik saya tidak menyimpan nombor itu dalam telefon bimbitnya.

“SMS itu berbunyi ‘boleh tak aku menggatal dengan kau, kalau tak boleh, aku nak keluar’ dan itu adalah SMS terakhir diterimanya sebelum hilang,” kata Ayu yang risaukan keadaan Marziah yang belum lagi mengenali selok-belok ibu kota.

Sebelum kejadian, Marziah dikatakan pernah keluar rumah dipercayai untuk berjumpa rakan sibernya, namun pulang semula sehari kemudian.

Bagaimanapun, Ayu berkata, kini sudah hampir seminggu adiknya tidak pulang.

Ayu yang sudah membuat laporan polis berharap orang ramai yang terserempak dengan Marziah hubungi segera talian 013-2605244.

“Dia terlalu lurus. Segeralah pulang e pangkuan kami sekeluarga,” katanya.

~Semuanya terletak kepada keikhlasan hati seseorang biarpun di alam maya, kalau dah rasa niat tu tak baik, pandai memujuk rayu benda-benda macam ni pasti akan berlaku. Kalau kita benar-benar ikhlas nak berkawan tetapi di salah ertikan pulak itu yang payah tu, so kalau macam tu lebih baik henti sahajalah, tak payah berchatting-chattinglah, apa lagi yang sudah berumah tangga. Biarpun di alam maya tetapi yang berchatting dengan kita itu tetap manusia bukannya hantu. Kalau bertemu dengan orang yang berniat baik seribu kali baik…tetapi kalau bertemu dengan yang menulispun agak gelenyar tu rasanya selamat tinggal sajalah. Apa lagi remaja yang masih muda, mudah terpedaya dengan pujuk rayu….cair dengan ayat-ayat cinta lah kot. Sekali teman berchatting tulis yang bukan-bukan kat kita lebih baik ucapkan selamat tinggal sahaja kepadanya sebelum dia melalut lebih jauh lagi…………..

Advertisements

Kalendar

Februari 2008
I S R K J S A
« Jan   Mac »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
2526272829  

Blog Stats

  • 851,418 hits

Shoutbox