bila hatiku berbicara

Pak Ngah dalam kenangan

Posted on: Mac 1, 2008

Sudah lama tak menulis
Tuesday, December 25, 2007
Assalamualaikum …

Sudah lama blog ini tidak dapat dikemaskini, ya hampir 3 bulan lebih. Ini kerana saya secara tiba-tiba atau mengejut diserang sakit buah pinggang. Pada bulan Ramadhan/ puasa lalu saya mengalami sesak nafas. Pada mulanya saya menyangka cuma sakit asma atau lelah. Selama seminggu saya mengalami sesak nafas dan ke hospital berhampiran untuk menyedut oksigen.

Selepas itu saya mengambil darah untuk diuji dan didapati bacaan urea tinggi. Doktor mengesyaki saya mengalami kerosakan pada buah pinggang. Lalu saya dikejarkan ke hospital Teluk Intan, Perak.

Pada malam itu juga satu pembedahan kecil dibuat di paha kiri saya untuk membuat fistula (AVF) bagi tujuan haemodialisis. lebih kurang pukul 10 malam pada 18 september 2007 saya pun buat pertama kalinya membuat haemodialisis selama 2 jam. Pada minit-minit terakhir saya pening dan tidak sedarkan diri selama beberapa jam. Mungkin terlalu letih.

Biasanya pesakit buah pinggang akan mengalami kesukaran untuk tidur. Begitu juga dengan saya yang sudah beberapa minggu tidak dapat tidur kerana sesak nafas.

Selepas haemodialisis barulah saya dapat tidur lena dan saluran oksigen yang sentiasa berada dihidung ditanggalkan. Beberapa hari kemudian saya menjalankan haemodialisis selama 4 jam. Saya menerima rawatan di dalam wad selama 19 hari.

Selepas itu saya akan menjalani dialisis 3 kali seminggu di pusat dialisis swasta di selangor kerana biasanya di hospital-hospital kerajaan telah penuh dan ramai yang menunggu giliran untuk mendapat rawatan di sana kerana faktor kos yang agak murah.

Sebelum keluar atau discharge, sekali lagi saya menjalani pembedahan kecil AVF, mengantikan fistula di paha kiri iaitu kali ini di leher kanan. Fistula kali ini terus menuju aorta di saluran jantung.

Bila seseorang rosak buah pinggang secara automatik dia akan mengalami darah tinggi. Begitu juga dengan saya.

Pada 1 november 2007, saya sekali lagi menjalani pembedahan AVF di hospital Teluk Intan. Kali ini untuk membuat fistula kekal ditangan kiri. Pembedahan kali ini gagal kerana saluran darah vena dan arteri saya bersaiz kecil.

Saya dirujuk ke hospital Kuala Lumpur. Pada 29 November 2007 saya menjalani pembedahan AVF. Kali ini satu saluran plastik disambungkan pada vena dan arteri.

Mungkin apabila kesihatan saya semakin baik, saya akan mengemaskinikan blog ini pada tahun depan, 2008.( tulisan terakhir dari arwah Pak Ngah)

~Ya Alah kenapalah aku tidak menjenguk blognya? kenapa hari ini baru tergerak hatiku untuk menjenguk blognya?setelah dia sudah tiada lagi.Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t… aku pernah juga berchatting dengannya melalui ym dan pernah juga berbalas-balas emel, itupun kerana dia banyak memberi nasihat tentang grup GOKUM  ketika sedang ribut-ribut dulu. Sebagai kawan satu komuniti biarpun tidak rapat, tetapi pemergiaannya tetap di rasai. Itulah lumrahnya manusia bila sudah tiada baru nak kenang. Semoga di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman~

Advertisements

8 Respons to "Pak Ngah dalam kenangan"

Innalillahi wa innailaihi raji’un… Pernah kontak beberapa kali dengan pak Ngah, namun tak llanjut. Rupanya beliau tenngah menghadapi musibah. Kiranya semua kesakitan itu tak lain untuk meringankan bebannya ke Rahmat Allah. Semoga diterima disisiNYA dan beroleh tempat terbaik.

Semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t amen…

dari Allah kita datang, dari Allah kita kembali.
Salam ziarah..
Semoga akak sekeluarga sihat sejahtera. Aman hendaknya..
Amin

Ya Ridwanto semoga rohnya di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang2 yg beriman…pak ngah ni penyokong kuat PAs. apa khabar alya dan ibunya sihat ke? tentu sudah besar dia kan?

akak sihat alhamdulillah

Bersabarlah atas segala dugaan dan cabaran yang Allah kurniakan. Segalanya penuh dengan hikmah dan kasih sayangnya Nya.

http://penamaya.wordpress.com

nuriman..
pakngah ni kawan saya rasanya ( abdul malek othman) betol ke??…saya tahu berita kematiannya melalui web alumni HIUTM..rakan seusrah suami saya masa di kampus dulu..pak ngah yang tu ke ni??

ya ummu hanah pak ngah yg itu lah..abdul malek othman…kami bertemu dalam satu komuniti oku…dia banyak menyumbang artiekl ke grup kami..moga2 rohnya di sisi org2 yg beriman amen…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: