bila hatiku berbicara

– Kenapa PAS Tak Jemu Berjuang

Posted on: Mac 5, 2008

Assalamulaikum

Saya ada membaca sebuah buku karangan Imam Al-Qurtubi berkenaan dengan akhir zaman. Garapan beliau dalam buku itu sungguh menyedarkan saya. Sememangnya di saat ini, alam semakin hampir kepada kemusnahanya. Antara tandanya ialah sesuatu kaum/bangsa itu ditadbir oleh mereka yang bukan haknya, hukum agama di perlekehkan, ulama di persendakan, dan akan tiba satu saat di mana ilmu akan diangkat dari bumi sehingga manusia tidak mampu membezakan halal dan haram.

Saya tahu apa yang menjadi dasar PAS dalam memperjuangkan Agama. Dulu saya amat benci parti ini. Saya sering tertanya kenapa PAS tak jemu berjuang sedangkan mereka sering kalah. Saya melihat parti ini seperti miskin. Sehinggakan saya pernah bertanya mampukah parti yang miskin ini membangunkan negara? Dan sekiranya parti ini memerintah, adakah semua nikmat dunia yang kita sukai ini seperti artis glamour, sosial yang melampau dan pelbagai ini dinikmati lagi.

Tetapi sekarang saya faham kenapa PAS terus berjuang walau pun mereka di cemuh. Saya faham kenapa Nik Aziz tak pernah jemu dan sering tersenyum walau pun beliau di keji. Semuanya kerana dengan niat yang satu iaitu untuk mengelakkan kemusnahan itu berlaku akibat dari kelalaian manusia yang semakin teruk.

Pasti ada yang berkata kalau alim sangat Nik Aziz tu, kenapa beliau sanggup mencemuh orang lain. Saya nak tanya pembaca semua, jika kita tidak suka melihat keburukan itu terus berlaku, adakah kita harus berdiam diri sahaja dan jadi seperti batu dan hanya bertindak bila natijah dari keburukan tersebut kelihatan? Dan adakah kita harus memandang sahaja sesuatu keburukan itu sehingga akhirnya kita juga yang rasa akan kesakitannya. Sedangkan di dalam Islam bukan begitu. Kita dinasihatkan seandainya kita tidak suka kita harus tunjukkan dengan perbuatan, jika kita lemah kita boleh berbicara dan sekiranya kita tidak berdaya menghalang keburukan itu, kita menolaknya di dalam hati. Saya bersyukur sebab parti BA tidak menggunakan kaedah yang pertama sebab otak mereka ini masih berfungsi dan waras.

Saya amat sayangkan Malaysia ini, saya juga terlalu mencintai Agama ini. Banyak perkara yang berlaku disekeliling amat menyedarkan saya dan membuatkan saya semakin matang. Sepupu saya yang berkelulusan Al-Azhar dalam bidang Tahfiz hancur ditangan BN bila di sogok dengan segala kemewahan. Anak saudara kakak ipar yang bijak pandai dalam bidang undang-undang musnah di tangan BN bila diberi kemewahan. Dan sekarang gah memegang jawatan tinggi dalam kabinet. Undang2 dipraktiskan utk kroni dan bukan berjuang untuk rakyat. Abang2 saya berkelulusan Tahfiz pernah di pelawa menyokong kerajaan tetapi di tolak dengan dasar Islam itu harus dijunjung. Mereka masih dgn PAS dan hidup sederhana. Hidup mereka tidak melarat, sentiasa tersenyum, amat merendah diri, begitu tenang dalam keadaan apa sekali pun. Mereka amat disukai oleh masyarakat sekeliling dan saya bersyukur kerena menjadi adik mereka.

Cerita ini bukan dongeng dan juga bukan untuk bermegah diri tetapi untuk memberitahu kepada teman-teman semua, duit itu boleh dicari, kekayaan itu boleh dicari, segala nikmat dunia boleh dicari tetapi jangan kita tertipu bahawa nikmat dunia yang Allah beri adalah 1% sahaja dari 100% nikmat yang Allah sediakan dan lebih 99% itu akan dicampur kembali dgn 1% = 100% dan akan diberi semuanya kepada mereka yang berhak di syurga nanti. Itulah janji Allah pada makhluknya.

Pada penganut agama lain, usahlah takut sekiranya BA menang. Dalam agama apa pun menyeru kepada kebaikan. Sekiranya anda ditadbir oleh mereka yang betul2 memerintah secara Islam, anda akan melihat sendiri betapa indahnya Islam itu. Dan anda akan mengakui bahawa sekiranya Malaysia ini ditadbir mengikut Islam sebenarnya dari dulu lagi, pembangunan itu akan lebih pesat dan lebih berjaya serta lebih bermakna.

Wassalam

Penulis asal zurayuni@hotmail.com dari group relexjap, saya telah meminta izin dari tuan empunya penulisan ini, terima kasih kerana memberi keizinan untuk saya copy n paste penulisannya di blog saya. Banyak yang membuatkan saya tertarik dengan penulisannya, pertamanya kerana PRU12 dan satu lagi bila dia tulis ni (Abang2 saya berkelulusan Tahfiz pernah di pelawa menyokong kerajaan tetapi di tolak dengan dasar Islam itu harus dijunjung. Mereka masih dgn PAS dan hidup sederhana. Hidup mereka tidak melarat, sentiasa tersenyum, amat merendah diri, begitu tenang dalam keadaan apa sekali pun. Mereka amat disukai oleh masyarakat sekeliling dan saya bersyukur kerena menjadi adik mereka.) Ya Allah saya terkenangkan anak saya, saya bersyukur kerana anak saya redha belajar di maahad tahfiz, mudahan dia menjadi anak yang soleh yang tidak akan mudah terpedaya dengan kehidupan duniawi semata-mata hinggakan melupai segala hukum hakam agama………

Ini dari zurayuni “Silakan…. Oh ya… anak saudara/saudari belajar dalam bidang Tahfiz. Alhamdulillah…. sungguh saya berbangga dan amat bertuahnya diri saudara mempunyai anak2 yang begini sebab para Hafiz dan Hafizah akan diberi syafaat untuk membantu saudara mereka di akhirat nanti seramai 6 hingga 7 orang.

Aduhai perut-perut yang melahirkan anak-anak di dalam bidang Tahfiz ini, sememang beruntunglah kalian. Sesungguhnya sejuk rahim yang mengandungkan anak-anak begini. Tahniah saya ucapkan untuk saudara. Moga ilmu tahfiz ini digunakan dijalan yang betul sebab diceritakan ada 3 golongan yg akan masuk neraka dan salah satu darinya ialah ahli Tahfiz sebab mereka tidak gunakan ilmu itu di jalan yang betul. Moga-moga kita dijauhkan dari fitnah kubur, fitnah di padang mahsyar nanti dan kita diletakkan dalam golongan yang diredhai Allah s.w.t.

Amen mudahan di makbulkan oleh Allah s.w.t…………..

p/s blog ini bukannya blog politik tetapi mengikut perkembangan semasalah, biasalah dah dekat nak PRU ceritalah tentang PRU…….nama lagi bila hatiku berbicara¬† cerita tentang semua……..

Advertisements

1 Response to "– Kenapa PAS Tak Jemu Berjuang"

K SAMA2 KITA BERJUANG PERTAHANKAN APA YG BETUL………
EH ORE KELATE JUGOK? DUK MANO?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: