bila hatiku berbicara

fesyen tudung yg menjadi idaman hawa…

Posted on: Mac 7, 2008



 wahai( para muslimah) kekasihku terdiri daripada kaum ibu, adik-adik, kakak, isteri dan kekasih serta ka wan -ka wan marilah sama-sama memerhatikan beberapa gelaran jenis tudung yang boleh dilihat dalam realiti masyarakat hari ini yang perlu diperbetulkan oleh kalangan kaum hawa (dipetik daripada laman web ibnyusof.blogspot. com):-1.Tudung ‘Mickey Mouse’

-Pemakaian tudung yang hanya menutup bahagian rambut dan kepala tanpa menutup kedua-dua telinga.Barangkali untuk menunjukkan subang atau apa-apa perhiasan. Pemakaian yang lebih teruk ialah apabila tudung tersebut dililit sehingga menampakkan leher.

2.Tudung Lilit

-Jenis tudung ini jika dilihat telah menutup keseluruhan kepala termasuk telinga tetapi tidak dilabuhkan menutup dada dan hanya dililitkan di leher sahaja.Kriteria menutup dada tidak dipenuhi seolah-olah ingin menayangkan kurniaan yang tidak diberikan kepada kaum lelaki.

3.Tudung ‘See Through’

-Salah satu jenis tudung yang popular ini banyak dilihat di merata tempat,kain tudung yang nipis menampakkan leher dan telinga walaupun telah menutup lengkap.Lebih teruk jika tidak memakai anak tudung kerana ianya seperti tiada beza dengan mereka yang tidak bertudung.

4.Tudung Jambul

-Pemakaian jenis ini banyak dipromosikan dalam drama-drama Melayu yakni menutup separuh rambut di bahagian belakang dengan membiarkan yang depannya tersembul keluar seperti jambul unta.

5.Tudung ‘Singlet’

-Tudung yang sempurna tetapi dengan hanya memakai lengan pendek menyebabkan aurat dan lain-lain perhiasan yang sepatutnya ditutup daripada menjadi tatapan umum.Tiada kelongaran hukum tentang penutupan aurat di kawasan awam hatta hanya untuk bersukan.

6.Tudung Saji

-Sekejap pakai,sekejap tidak.Tudung atau lebih tepat dikatakan selendang yang hanya menjadi perhiasan leher.

Boleh dilihat di kenduri-kenduri kematian yang mana selendang tersebut akan turun dan naik diangkat si pemakai seolah-olah menjadikannya seperti tudung mengikut keperluan situasi.

Inilah serba sedikit pemakaian tudung yang kurang sempurna dan perlu diperbetulkan bagi menepati roh syariat yang sebenar sekaligus menggapai hikmah disebalik penetapan kewajiban menutup aurat. Sesungguhnya Rasulullah telah bersabda :

“Pada akhir umatku nanti akan ada wan ita- wan ita yang berpakain namun (hakikatnya) telanjang. Di atas kepala mereka seperti pundak unta. Kutuklah mereka karena sebenarnya mereka adalah kaum wan ita yang terkutuk.”(At- Thabrani Al-Mujamusshaghir : 232)

Selain itu kata laman web terbabit ada juga muslimah bertudung di kalangan kita yang memakai seluar jeans dan sebagainya sehingga menampakkan susuk tubuh mereka dan alasan kepada pemakaian tersebut tidak lebih hanya sekadar untuk menjalani rutin harian.

“Inilah kejayaan musuh Islam apabila perkara ini ummat Islam menganggapnya sesuatu perkara yang biasa dan remeh dalam masyarakat.Perkara yang dianggap biasa ini menular dalam pemikiran masyarakat sehingga konsep penutupan aurat yang sempurna itu dicabuli dengan mudah,” kata laman ibnyusof.blogspot. com

Semoga kaum hawa tidak lupa kepada Firman Allah yang jelas:-“Katakanlah kepada wan ita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.Dan hendaklah mereka menutupkan Al-Khimar kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka…”

Biar susah, jangan menyusahkan. .
Advertisements

15 Respons to "fesyen tudung yg menjadi idaman hawa…"

sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.

mcm2 fesyen skrg yek!

sayapun agak sukar utk membeli tudung…nampak cantik tp nipis…

Pendapat saya kalau dah pakai T-shirt lengan pndek atau baju body fit tu, takyah la pakai tudung. Bukan saya nak menggalakkan supaya jgn brtudung, tapi biarlah brketepatan dgn landasan syarak ciri-ciri prempuan yg menutup aurat.

erm kalau dah pakai baju sendat, pendek dan ketat tu memanglah tak memenuhi tuntutan agama. Tetapi itulah yang berlaku pada masa kini. Tudung zaman sekarang ni terlalu nipis/jarang. kalau tak pakai anak tudung dan tutup leher rasanya tak pantas hendak memakainya sebagai muslimah sejati.

Tetapi tak mengapalah Ahmad Zafir mungkin depa baru belajaq nak pakai tudung. Insya Allah suatu masa nanti mereka akan memakai tudung kerana Allah. Bukan kerana berfesyen……………

Ahmad Zafir ada blog tak kasilah. Boleh la akak merayap ke blog Ahmad Zafir pula…….

betul ape yg d katakan ahmad zafir..skrg nie mcm2 jnis tdung yg ade..tp biarlah b’tdung mengikut syariat islam..bkn mengikut kcntikan dan hawa nfsu smta-mata

err…maaplah kak nur, saya takdak blog. WordPress pon takdak.

buatlah blog, best jugak berblog ni…terutama sekali bila baca komen2..

kuzairy ,kau ni kawan baik hisyam ke, tuan empunya blog delete komen2 dia ni tak membina langsung. awak ni nyah betul ke buat2? jangan jadi macam azwan ali sudahlah.

kuzairy bye..mat, hisyam mana tu eh?

Kalu kita brcakap tntang bab tutup aurat ni, ia mesti meliputi keseluruhan tubuh seseorg itu. Bukan takat tudung saja. Sedangkn rambut itu mrupakan aurat yg paling ringan menurut ulama. Jadi mengapa kita kata org yg brtudung itu dah cukup menutup auratnya?. Sebenarnya prkataan ‘bertudung’ itu adalah perkataan yg menunjukkan simbol seseorg yg menutup aurat oleh kbanyakan masyarakat. Saya nak bandingkan satu contoh… Trdapat 2 org prempuan. Seorang tak memakai tudung, tapi bajunya labuh, longgar menutupi seluruh tubuhnya dan tak jarang. Seorang lagi, pakai tudung tapi ia mengenakan baju body fit lengan panjang yg jelas menampakkn susuk tubuhnya. Sementara seluar jeansnya juga ketat di punggung dan paha….
Pada pndapat anda, prempuan manakah yg lebih menutup aurat dari segi peratusnya????????

yg pakai baju longgar tu patut pakai tudung biarpun berpakaian sopan…yg berbaju body fit dan jeans yg ketat x yah pakai tudung…nampak huduh sangat pompuan yg tayang body…nampak habis segala bentuk badan.

haiii kak nur..saya stju dgn pe yg d katakn oleh Ahmad Zafir tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: