bila hatiku berbicara

Umno-BN perkuda artis untuk lariskan kempen

Posted on: Mac 7, 2008

Zein el-Din Rawanji
Fri | Mar 07, 08 | 9:15:05 am MYT
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) – “Saya tidak akan pilih calon daripada kalangan ulama atau calon-calon parti Islam, khuatir periuk nasi saya tertutup dan sukar menjalani kehidupan normal,” demikian pendapat seorang artis yang disiarkan dalam sebuah media arus perdana baru-baru ini.

Pilihan raya kali ini menyaksikan ramai golongan artis diperkuda untuk berkempen bagi kemenangan calon-calon BN termasuk di Parlimen Kepala Batas yang ditandingi Pengerusi BN, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berdepan dengan seorang pendakwah bebas, Ustaz Subri Arsyad.

Begitu juga di Permatang Pauh, kempen rumah ke rumah dilakukan bagi kemenangan bekas Imam Masjid Negara, Dato’ Pirdaus Ismail yang berdepan dengan Presiden Parti KeADILan Rakyat, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada percubaan kali kedua.

Mereka turun padang bagi memastikan Imam Islam Hadhari dan bekas Imam Masjid Negara menang agar dapat membela nasib mereka dalam bidang hiburan yang mereka ceburi.

Seorang wakil artis daripada sebuah kumpulan nasyid memberi nasihat kepada mereka yang berkempen untuk BN dengan berkata, “apakah mereka (artis) tidak beriman kepada Allah yang Maha Memberi rezeki kepada hamba-Nya, bukan BN yang beri rezeki, mereka tidak perlu takut.”

Seorang lagi artis berpendapat, jika takdir menentukan bahawa calon-calon ulama menang dan memimpin negara, “saya yakin bidang hiburan tidak dimansuhkan, sebab hiburan ada dalam Islam, cuma mereka akan lebih cermat dan teliti sesuatu hiburan itu boleh membawa pengajaran pendidikan kepada golongan penonton dengan lebih beradab sebagai penghibur beragama Islam.”

Beliau juga berpendapat, artis tidak perlu campur tangan dalam urusan politik. Mereka juga tidak perlu berkempen untuk calon-calon tertentu, kerana ia dilihat berat sebelah dan menyebabkan populariti mereka terjejas, sebab pengundi pada pilihan raya kali ini lebih bijak dan bertindak lebih matang dalam menentukan pemimpin yang layak menerajui negara.

Apa yang diharapkan katanya, pilihan raya adalah medan yang betul memilih pemimpin, yang lebih cenderung kepada agama adalah lebih menjamin kepada keselamatan, keamanan dan kemakmuran negara. – lanh

~ kesiannya artis-artis ni kerana terlalu menjaga periuk nasi rela diri di perkudakan, jadilah diri sendiri bukannya seperti lembu di cucuk hidung~

Advertisements

5 Respons to "Umno-BN perkuda artis untuk lariskan kempen"

panas panas panas..

syukur politik m,sia banyak dah berubah rakyat pun dah berani bersuara dan tukar pemimpin……….. takbir!!!!!!!! pas kel kita menang bergaya kali ni……syukuralhamdullilah

alhamdulillah…semoga terus kekal di bawah kepimpanan ulamak…allah hu akbar…ttp agak kecewa kerana penang dapat kat dap..alangkah baik kalau dapat kat PKR….

He…blog sy tak panas ler…

[…] UMNO-BN perkuda artis untuk lariskan kempen […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: