bila hatiku berbicara

Mohammad Nizar mohon semua pihak hormati keputusan Sultan Perak

Posted on: Mac 12, 2008

Johari Jaafar
Wed | Mar 12, 08 | 11:21:09 pm MYT
IPOH, 12 Mac (Hrkh) – Bakal Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin meminta semua pihak menghormati keputusan yang telah diputuskan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berhubung perlantikan ketua kerajaan negeri berkenaan.”Ketiga-tiga parti, DAP, KeADILan dan PAS telah menamakan calon-calon masing-masing untuk jawatan calon Menteri Besar. Tuanku telah meneliti senarai nama calon yang dihantar, dan hari ini Tuanku telah memberi perkenan untuk melantik saya sebagai Menteri Besar. Oleh itu, setiap kaum perlu menghormati keputusan dari istana,” ujar beliau.Menurut Mohammad Nizar, pimpinan ketiga-tiga parti alternatif telah berjanji untuk akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. Dengan itu, tambahnya, mana-mana pihak tidak perlu meragui keputusan tersebut.”Saya minta rakyat bertenang dan tidak terpengaruh dengan sistem pesanan ringkas (SMS) sejak dua tiga hari kebelakangan ini. Kita minta rakyat negeri ini menerima peralihan kuasa dengan baik dan tidak cuba mencetuskan perkara-perkara yang boleh memburukkan suasana,” ujar beliau.Sebelum ini ketiga-tiga parti telah mengemukakan nama seorang calon dari parti masing masing untuk diserahkan kepada Sultan Perak. DAP menamakan Pengerusi DAP Perak, yang juga Adun Sitiawan, Ngeh Hoo Ham, manakala KeADILan pula menamakan Adun Behrang yang juga Bendahari KeADILan Negeri, Jamaluddin Mohd Radzi.Pada petang tadi jam 5.00 petang ketiga-tiga calon Menteri Besar itu telah menghadap Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah di Istana Kinta.Sultan Perak, Sultan Azlan Shah melalui pemangkunya telah memperkenaankan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang baru dan majlis angkat sumpah Menteri Besar akan diadakan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar jam 4.00 petang esok.Beliau berjanji kerajaan baru yang dibentuk nanti adalah sebuah kerajaan yang mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum atau agama. Sehubungan dengan itu beliau bercadang untuk melantik dua orang Timbalan Menteri Besar dari kaum Cina dan India.

“Saya akan berbincang dengan Penasihat Undang-Undang Negeri Perak mengenai perkara tersebut,” ujarnya.

Dalam pada itu, Bernama melaporkan, Mohammad Nizar yang menang kerusi Dun Pasir Panjang pada pilihan raya Sabtu lepas merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyertai parti tersebut pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Datuk Seri Rafidah Aziz.

Beliau dan isteri Fatimah Taat, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.

Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.

Menteri Besar Perak yang baru ini memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo-Chinese School(ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Anglo-Chinese School Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.

Beliau memulakan kerjayanya di Jabatan Kerja Raya (JKR) sebelum berkhidmat sebagai jurutera di Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang PDC).

Anak sulung dan kedua beliau merupakan penuntut lulusan BA Syariah Universiti Mu’tah di Jordan manakala dua lagi anaknya merupakan Hafiz Quran yang menuntut di Lubnan dan Syria.

Insyaallah bila ada kesempatan saya/aku akan bercerita dengan lebih lanjut lagi, ini cuma ringkasannya sahaja…… alhamdulillah akhirnya negeri saya/aku masih lagi di terajui kepimpinan ulamak, orang Kelantan ni biarpun balik naik bas yang di taja oleh BN tetapi tetap balik pangkah PAS. Doa itu senjata orang mukmin,di saat Pak Lah n the geng begitu angkuh hendak merampas Kelantan, di saat media massa memukul canang dengan propaganda basi, akhirnya Allah telah membalas keangkuhannya dengan jatuhnya beberapa buah negeri ke tangan pembangkang. Itu kehendak rakyat, rakyat yang menentukan segalanya. Tiada dalam sejarah Kedah jatuh ketangan PAS tetapi dengan izinNYA segalanya mungkin. Insyaallah cerita lain kali bila ada kesempatan, memandangkan anakku pun masih bercuti,…rasanya masa itu berharga untuk bersamanya…….sebelum dia ke asrama…

saya/aku memang sokong 100%kalau Mohammad Nizar jadi MB Perak………salah satunya kerana anak-anaknya belajar di sekolah tahfiz……

p/s rasa kekok nak tukar ganti nama aku ke saya?rasa macam tak sesuai la pulak

Advertisements

4 Respons to "Mohammad Nizar mohon semua pihak hormati keputusan Sultan Perak"

gunalah kata ganti nama yg mencerminkan diri sendiri…
bg org jawa mcm ‘aku,’
perkataan AKU itu sangat sopan apa bunyinya…
hihi….

hihihihi anak kawi kalau cakap dengan kekawan sekampung ganti nama aku or saya adalah kita, ingat nak bagi sopan sikit menulis blog tukar ke saya..tp bila dah enam tahun berjiran dengan orang2 Indon di Bandar Countryhomes..aku adalah ganti nama yg paling sopan hihihihi…….

kagum dengan ir

selain anak2nya hafiz diapun berpendidikan agama…boleh menyampaikah kuliah dan pandai pulak berbahasa cina n tamil…rasanya takde sebb kenapa pkr org nak tolak ir…kalau org cina boleh terima ir kenapa dia tak boleh?ke lagu mana?nak gi baca harakah sat……harap2 semuanya oklah……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: