bila hatiku berbicara

Dia suruh Insaf

Posted on: Mac 14, 2008

BN tidak harus terus usaha tawan Kelantan, Umno perlu insaf – Zainuddin Maidin

Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Mar 14, 08 | 10:08:40 am MYT
KUALA LUMPUR, 14 Mac (Hrkh) – Tanpa disangka-sangka bekas Menteri Penerangan, Dato’ Seri Zainuddin Maidin membuat kenyataan bahawa BN khasnya Umno dinasihatkan tidak lagi berusaha untuk menawan Kelantan setelah rakyat memuktamadkan keputusan mereka untuk terus bersama PAS buat kali kelima.Kenyataan ini satu yang mengejutkan ramai pemerhati politik dan Zainuddin yang sebelum ini cukup ‘alergi’ dengan PAS seakan cuba melembutkan hatinya terhadap PAS.Kenyataan Bekas Menteri Penerangan yang tersiar dalam sebuah akhbar versi internet Khamis lalu antara lain berbunyi, sudah sampai masanya untuk Umno insaf, bahawa masa dan wag yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu, adalah satu usaha yang sia-sia.Zainuddin juga berkata, wang yang dicurahkan untuk perjuangan politik di Kelantan itu lebih banyak menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin Umno di negeri itu.Bagaimanapun kekalahan BN di Kelantan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk meneruskan pembangunan di negeri itu, sekiranya ada satu kerjasama yang rapat antara kerajaan PAS Kelantan dan kerajaan Persekutuan, katanya.”Kemenangan PAS di beberapa buah negeri dan kawasan bukan Melayu juga menunjukkan bahawa parti itu boleh bersikap rasional sekiranya menghadapi tekanan politik demi meneruskan kuasa.”Pilihan raya kali ini juga menunjukkan bahawa PAS sanggup untuk berganjak dari dasar-dasarnya yang bersifat ketaksuban kepada rasional dalam realiti politik Malaysia,” katanya dalam laporan tersebut.Zainuddin percaya usaha untuk membantu rakyat Kelantan tidak akan menjadi satu usaha yang sia-sia kerana mereka adalah terdiri daripada masyarakat yang rajin bekerja dan sentiasa menunggu peluang perniagaan.”Saya percaya kerajaan Kelantan juga akan bertukar sikap dan lebih terbuka apabila menghadapi kerajaan pusat yang bersifat mesra” katanya.

Nak cerita sikit boleh?

~tu lah jangan terlalu ghairah nak tawan Kelantan apa salahnya Kelantan di bawah kepimpinan ulamak, ni tidak dek kerana terlalu ghairah sangat nak tawan Kelantan hinggakan terlalu yakin yang negeri lainpun dia yang empunya, tu lah yang di kejar tak dapat yang di kendong jatuh berciciran, negeri sendiripun dah jadi milik orang. Nampaknya negeri Tun dan Pak Lah dah jatuh ketangan pembangkang.Tahun ni Dun Limbongan jatuh ke tangan Cikgu Din( Zainuddin Awang Hamat, bermakna YB sebelum ini Che Min sudah angkat kaki.

Ada beberapa orang kampungku yang merupakan penyokong PAS (bekas penyokong semangat 46 dulu)sudah berpaling tadah dengan menyokong BN untuk PRU12, berkempen ke sana sini, tetapi tidak berani berkempen ke rumah ayahku kerana agak malu kerana sebelum ni di rumah ayahkulah tempat diorang melepak, hinggakan larut malampun sanggup bersembang. Tetapi malangnya hanya kerana dia sudah beralih parti hinggakan lalu di depan rumahku pun dah tidak berpaling muka dah.

Lain benar dengan anak arwah Mak Aji di kampungku, kedua suami isteri ni bekas guru besar yang sudah menetap di Kelantan beberapa tahun yang lalu, sebelum ni tinggal di Penang. “Sapa suruh duk tampal poster bulan kat dinding nih? di koyak poster bulan yang di tampal oleh menantu Mak Cik Imah di dinding rumahnya, Mak Cik Imah ni merupakan adiknya, bagi mereka abangnya seperti BANK bergerak untuk adik-beradiknya, selain dari orang berada dia ni bermurah hati meminjamkan adik-adiknya wang ringgit di saat terdesak. “Yang mung duk pakoh pah ni mung buleh masuk syurgo ko?( tolong jawab ustaz kalau tersinggah ke blog ni)………seperti biasa dia tidak berkempen di rumah ayahku kerana malu atau hormat agaknya, baginya ayah dan ibuku tak ubah seperti ibu bapanya, tetapi mereka pergi berkempen di tempat lain……..

Nira bekas penuntut di UM yang selalu datang kerumahku melahirkan perasaan gusarnya. “Lagu mana ni cikgu besar suruh pakoh bn kalu tidak dia nak hantar ngajar jauh, Kata ayahnya mung pakoh pah Nira, mung nak takut gapo dengan ugutan”.

“Eh… Jusoh tu kita ni salah gapo hinggakan lalu jah depan rumah kita tak paling muka? kata mek aku. “Allah …ikut dialah nanti kalu dah puas bermasam muka dia maghilah tu, agaknya dia malulah tu, masuk amnu terus kalah” balas ayah.

itulah di antara dailog-dailog yang mencuit hatiku……….

Kata aku…….. aku tak berapa sukalah orang yang suka bermasam muka hanya kerana perbezaan parti ni, apa yang mereka dapat dengan membuang kawan sendiri? Kalau selama ni duk baik anak-anak merekapun duk mengaji dengan ayahku, kenapa bila tibanya hari mengundi dan kerana berlainan parti nak bermasam muka? tak wajar, yang berbeza cuma parti kerana itu pilihan masing-masing, tetapi kawan tetap kawan. Ayahku biarpun Che Min dan keluarganya berlainan parti tetapi tetap bertegur sapa kalau bertemu, kalu ada kematian tetap pergi ziarah. Kita ni sekampung, tak kan lah kerana mengundi sehari nak bergaduh bertahun? begitu jugak dalam berkawan tak kan kerana berlainan parti sanggup buang kawan. Terus terang aku katakan aku memang suka berkawan dengan sesiapa sahaja tak kira walau apa parti sekalipun. Pengelaman tinggal di Countryhomes bertemu dengan berbagai manusia dan bangsa( maklumlah duk rumah flet murah banyak pendatang tinggal di situ tetapi kebanyakan yang aku kenal baik) banyak mengajarku erti persahabatan yang sejati apa lagi di saat suami terlantar sakit di hospital berjauhan dengan keluarga, merekalah yang menghulurkan bantuan sebelum keluarga dari kedua belah pihak tiba, saling bantu membantu bagaikan saudara di kala suka dan duka. Erm tak taulah kalau aku jugak sudah kehilangan kawan dengan memasukkan banyak cerita parti pilihanku dan tentang PRU12 di blogku ini. (nak buat macam mana pilihanraya cuma lima tahun sekali apalah salahnya kalau nak cerita sikit-sikit. biasalah tu, lagipun tak boleh nak salahkan aku jugak kerana dari kecik hingga  dewasa aku di tayangkan dengan bulan dan hijau). Tetapikan seingatku sedari kecil  hingga  dewasa aku tidak punya ramai kawan……sekarang ni kawanku ni ajelah BLOG, kalau orang tak masukpun tak apa terima kasih…kalau yang sudi jenguk pun terima kasih………….terkeluar topik pulak sorilah……

p/s buang yang keruh ambil yang jernih itu kata aku tp kata korang????……..kita islam bersaudara biarpun berbeza parti tu pun kata aku tapi kata korang( ada yang sanggup bercakaran kerana berbeza parti tak kira siapa)???…sedangkan dengan orang yang bukan islampun kita di tuntut membuat kebaikan inikan sesama islam. Pade doh berilah peluang ke pembangkan pulak mentadbir Perak, Kedah dan Selangor…tunggu dan lihat ajelah.

Banyak aku terima sms dari rakan-rakan suamiku yang masih dalam BN. Salah satunya”Satu persatu tempat di negeri aku(Perak) jatuh ketangan bulan dan roket, kalu PAS merintah aku tak kisah tp kalu DAP aku takut jadi seperti Singapura? Kalu kat Penang rasa aku lebih baik BN yang merintah?”

aku nak kata apa? lalu aku baca Harakah insyaallah segala baik-baik belaka…….tanyalah kepada mereka yang lebih pandai…….jangan bimbang yakinlah segala yang berlaku atas kehendak-NYA DIA lebih mengetahuinya, Kalau nak jawapan yang lebih tepat pergi tanya Ustaz Nik Abduh……..

maaflah dah tak tau nak komen apa dah…pade doh setakat ni…

Advertisements

2 Respons to "Dia suruh Insaf"

kita semua perlu insaf…

ya perlu insaf tp ada yg xreti2 nak insaf, suka cari kesilapan org lain bila dah jatuh……hidup ini ibarat pusingan roda sekali ke atas dan sekali ke bawah…sekali sekala jatuh tu bagus paa…utk muhasabah diri….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: