bila hatiku berbicara

Salam Maulidur Rasul

Posted on: Mac 18, 2008

Terkenang suasana di kampung tatkala tibanya mauludirasul, selama sebulan ayah tidak makan di rumah kerana menghadiri undangan kenduri kendara sambutan mauludilrasul. Sambutannya begitu hebat sekali, tetapi padaku mengingati junjungan besar kita Nabi Muhammad S.aW bukannya bermusim tetapi sentiasa mengingatinya setiap masa……..

Kelebihan berselawat
1. Mendapat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, dia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ”
Nasib kita di akhirat memang tidak pasti. Kalau dilihat pada diri kita umat akhir zaman yang banyak cacat cela dan kekurangan ini, rasa-rasanya kita adalah lebih layak untuk masuk neraka daripada masuk ke syurga. Oleh itu kita sangat memerlukan syafaat Nabi Muhammad untuk menolong kita di akhirat nanti.
Syafaat Nabi di akhirat nanti ada 5 jenis
i) Syafaat Nabi untuk membebaskan ummat manusia daripada kedahsyatan Padang Mahsyar.
ii) Syafaat Nabi untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa hisab dan perhitungan apa pun.
iii) Syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukumnya yang setimpal, agar dicabut hukuman itu.
iv) Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa, dari azab neraka.
v) Syafaat untuk menaikkan ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
2. Mendapat perlindungan dan pembelaan dari Nabi s.a.w. (dengan izin Allah jua)
Rujukan :
Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. ”
3. Mendapat keampunan dosa dari Allah.
Rujukan :
Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya. ” Rujukan :
Riwayat Ad-Dailami: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun. ”
4. Diberi pahala dari Allah s.w.t.
Rujukan :
Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari ummatmu, Allah s. w. t. mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya.”
5. Mendapat ketenangan jiwa
Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa dan penghapus dosa) bagimu.”
6. Mendapat rahmat dari Allah
Rujukan :
Riwayat Muslim; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali. ”
7. Mendapat hajat dunia dan akhirat.
Rujukan :
Riwayat Ibnu Majar dari Jarir r.a. ; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk dunianya. ”
8. Digembirakan dengan syurga.
Rujukan :
Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a: Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka dia tidak akan matt sehingga dia digembirakan dengan syurga. ”
9. Menjadi orang yang terdekat kepada Nabi s.a.w. di akhirat nanti.
Rujukan :
Riwayat An-Nasai dan Ibnu Hibban; Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan akupada hari kiamat adalah merekayang lebih banyak berselawat kepadaku”
Kelebihan selawat mengikut para ulama
1) Memperolehi limpah rahmat dari Allah.
2) Ditulis sepulus kebajikan.
3) Dihapuskan sepuluh kesalahan.
4) Diangkat sepuluh darjat.
5) Memperolehi kesempurnaan iman.
6) Menjauhi dari kerugian dan penyesalan.
7) Tergolong sebagai orang-orang yang soleh.
8) Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.
9) Memperoleh syafaat Nabi s.a.w.
10) Memperolehi hubungan yang rapat dengan Nabi s.a.w.
11) Menghilangkan kesusahan dan melapangkan rezeki.
12) Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
13) Menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
14) Terselamat dari kebingungan di hari kiamat.
15) Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu (orang miskin pun boleh dapat pahala sedekah)
16) Terhindar dari kefakiran.
17) Dipandang sebagai orang yang mencintai Nabi Muhammad s.a.w.
18) Memperolehi keberkatan dalam hidup.
19) Terhindar dari orang-orang bakhil.
20) Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah s.w.t.
21) Memudahkan jalan bagi memasuki syurga.
22) Menjadi zakat dan pembersih diri.
23) Memperolehi selawat dari Allah dan para malaikat.
24) Memperolehi puj ian seluruh makhluk di bumi dan langit.
25) Memenuhi hak Nabi sebagai suatu tugas ibadah.
26) Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
27) Tergolong dalam orang-orang yang tidak melupai Nabi s.a.w.
28) Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
29) Dapat meneguhkan telapak kaki ketika meniti Titian Siratul Mustaqim di akhirat.
30) Terkabul segala hajat dan cita-cita.

Gelaran orang yang tidak berselawat
i) Gelaran penghinaan.

Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Hinalah hidung orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku. ”
ii) Gelaran bakhil (kedekut)

Rujukan :
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. :
“Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. “

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: