bila hatiku berbicara

Upah bongkar suami curang

Posted on: Mac 27, 2008

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Amir Abd Hamid
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Beberapa agensi penyiasat persendirian tempatan kini menjadi buruan kalangan isteri orang kenamaan (VIP), artis dan ahli perniagaan bagi membongkar kegiatan suami masing-masing yang disyaki gemar ‘makan luar’.

Isteri yang sering kesunyian itu sanggup membayar upah hingga puluhan ribu ringgit semata-mata mahu membuktikan perilaku sumbang atau hubungan sulit suami yang selama ini sukar dibuktikan.

Apa yang menakjubkan, penyiasat persendirian yang dilengkapi pelbagai peralatan canggih seperti pengesan peribadi, kamera, video pengintip, alat perakam suara mini dan perakam video pin tali leher berjaya membongkar rahsia yang dianggap hampir mustahil didedahkan itu.

Mereka turut menggunakan taktik menyamar pekerja syarikat telekomunikasi, penghantar pos kurier, pekerja pembersihan atau kakitangan pembasmi serangga perosak untuk menyusup ke dalam premis tertentu bagi mendapatkan bukti.

Penyiasat persendirian yang juga Pengurus Delta Force Security Services and Consultancy Sdn Bhd, Kapten (B) Amerruddin Nordin, berkata keupayaan menyelesaikan kes sulit dan peribadi membuatkan masyarakat kini semakin yakin terhadap fungsi penyiasat persendirian.

Menurutnya, sebagai penyiasat persendirian selama 17 tahun, skop tugasnya bukan saja merangkumi penipuan perniagaan, mencari individu hilang, mendapatkan bukti salah laku dan memberi perlindungan kepada individu tertentu, malah mengesan kecurangan suami golongan VIP.

Beliau yang mendapat lesen khas daripada Kementerian Dalam Negeri, berkata kebiasaannya golongan isteri VIP mengesyaki suami masing-masing menjalin hubungan sulit dengan wanita lain atau memiliki perempuan simpanan, namun si suami licik menyorokkan bukti.

“Saya didatangi ramai isteri Tan Sri, Datin, artis dan ahli perniagaan untuk mendapatkan perkhidmatan.

“Biasanya perbincangan diadakan terlebih dulu secara sulit bagi memudahkan kami mendapatkan butir terperinci ‘sasaran’ dan kehendak pelanggan.

“Selepas segalanya lengkap, penyiasat yang dipilih akan memulakan siasatan bagi mengumpul bukti dikehendaki. Setakat ini kami mempunyai lima penyiasat persendirian yang bekerja sepenuh masa, manakala empat lagi bertugas separuh masa,” katanya.

Beliau yang pernah bertugas sebagai perisik Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) mendakwa berupaya menyelesaikan kes dalam tempoh antara tiga hari hingga dua minggu, bergantung pada tahap kesukaran dan keaktifan sasaran.

“Kami pernah diupah menyiasat seorang VIP berstatus Tan Sri yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan seorang personaliti terkenal.

“Kami mengekori VIP berkenaan setiap hari dari awal pagi ketika dia keluar rumah untuk bermain golf di sebuah kelab terkemuka. Selesai bermain golf sekitar jam 10 pagi, VIP berkenaan didapati pergi ke sebuah kondominium mewah di Bukit Bandaraya, Bangsar,” katanya.

Hasil siasatan mendapati kondominium itu didiami seorang personaliti jelita yang kerap muncul di televisyen untuk pelbagai rancangan.

“Kami terpaksa bersabar beberapa hari sebelum mengekori pasangan ‘kekasih’ itu ke sebuah hotel lima bintang di Jalan Sultan Ismail.

“Aksi pasangan itu akhirnya dirakam sebelum salinan rakaman itu dipindahkan ke dalam cakera padat (CD) dan diserahkan kepada isterinya sebagai bukti,” katanya.

Ditanya sama ada siasatannya mampu menghancurkan rumah tangga pelanggan, Amerruddin berkata, bukti yang diperoleh digunakan hanya untuk membuat suami mengaku kesalahannya.

“Malah, kepakaran kami turut pernah digunakan pelanggan untuk menyelesaikan kes perbicaraan mahkamah syariah berikutan kekurangan bukti kecurangan dilakukan pasangan,” katanya.

Terbaru, beliau menyelesaikan kes seorang VIP yang mempunyai hubungan sulit dengan seorang gadis kedi di sebuah kelab golf yang kerap berakhir di bilik hotel.

“Kes begini mungkin nampak mudah, namun untuk menjejaki sasaran memerlukan kesabaran dan kebijaksanaan. Penggunaan pelbagai peralatan mampu memudahkan tugas intipan,” katanya yang pernah dibayar mencari anak gadis dilarikan teman lelaki dan menyiasat aktiviti sulit anak.

Biasanya, kata Amerruddin, ibu bapa yang bekerja menghubungi agensinya bagi mengawasi aktiviti anak mereka setiap sehari.

Seorang lagi penyiasat persendirian terkenal, Raj, 55, mengakui kerap dibayar melakukan siasatan berhubung kes rumah tangga membabitkan golongan kenamaan.

Antara yang terbaru membabitkan seorang Datuk berumur 63 tahun yang terjerat apabila beliau bersama seorang wanita berumur 30 tahun di pangsapuri mewah pinggir ibu kota.

“Saya diupah ribuan ringgit. Sebaik pasti Datuk itu berada bersama pasangan di pangsapuri itu, saya terus menghubungi isterinya yang beberapa jam kemudian datang ke situ,” katanya.

~Siap ko wahai para suami( segelintir sahaja) isteri zaman sekarang ni cerdik. Bagus jugak kalau ada penyiasat seperti ini, para isteri akan tahu perangai suaminya yang sebenar, tak cukup-cukup ke lagi makan kat rumah free dan halal, tetapi masih mahu makan luar yang haram lagi? Kalau rasa tak cukup dengan seorang isteri, kawen lah tiga empat janganlah buat dosa free( alahai ikhlaskah apa yang aku cakap ni). Agaknya ni kerja orang yang kaya-kayalah kot( tak semuanya) yang tak ingat mati, dah jadi warga emas baiklah duk sibuk-sibuk pergi masjid ke cari bekalan untuk menuju ke SANA. Kubur dah duk panggil mari…mari…tapi tak sedar-sedar diri lagi, rumah pulak dah kata pergi…pergilah. Insaflah uban dah penuh di kepala dah, tapi masih sibuk lagi dengan nafsu nafsi……

Demi masa…

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan…

Yang beriman dan beramal saleh

Demi masa…

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan…

Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran

Gunakan kesempatan yang masih diberi

Moga kita takkan menyesal

Masa usia kita jangan disiakan

Kerna ia takkan kembali

Ingat lima perkara, sebelum lima perkara

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin

Lapang sebelum sempit

Hidup sebelum mati

Demi masa…

Sesungguhnya manusia kerugian

Melainkan…

Yang beriman dan beramal saleh

Advertisements

5 Respons to "Upah bongkar suami curang"

terima kasih kerana sudi singgah…really apreciate!

sama2..mekasih ziarah ke sini pulak…datanglah lagi minum2 kopi hehehe

pada pandangan saya manusia yang dikelaskan sebagai binatang dimana kubur kata mari rumah kata pergi itu adalah tidak mensyukur nikmat Allah dan mereka itu akan terima balasanya dari Allah, kerana Allah maha melihat lagi maha mengetahuinya

ala kesianlah asyik samakan dengan binatang saja….tak kan semua binatang macam tu. Kesian kat binatang,manusia yg buat hal dia jugak yg di samakan. Semuanya kerana nafsu dan iman. Nafsu mengatasi imannya. Kalau imannya kuat pasti tidak akan terjebak dengan perkara2 macam ni. Kerana kalau iman kita kuat kita akan tahu kedudukan kita. Sebagai orang islam dan sebagai suami. Kekayaan yang Allah kurniakan salurkan kepada yang lebih berfaedah untuk bekalan menuju ke alam bakzakh. Dapat jugak pahala. Itulah silap manusia ini, kalau dah rasa senang sikit mulalah lupa diri. Padahal itu adalah cubaan untuknya.

Cekup isteri curang
Oleh Salman Hamat dan Mohd Firdaus Ibrahim
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Rahsia seorang wanita sering pulang lewat atau tidak pulang langsung ke rumah terjawab apabila intipan dilakukan suaminya mendapati isterinya curang dengan menjalin hubungan cinta dengan lelaki lain.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Sabtu lalu, berhampiran pusat perniagaan Putra Bandar Menjalara, di sini, si suami yang berusia 30-an keluar mencari isterinya berikutan tidak pulang ke rumah walaupun waktu bekerja hanya separuh hari.

Menurut sumber, si suami bersama dua anak dikatakan terserempak isterinya sedang bermesra dalam sebuah kenderaan di sebuah tempat letak kereta dan mula mengintip gelagat mereka selama beberapa minit.

“Tidak tahan melihat gelagat intim isterinya, si suami memukulnya menggunakan besi pengunci kereta.

“Ini menyebabkan berlaku pergelutan antara si suami dengan kekasih isterinya menyebabkan si suami cedera sebelum dia meninggalkan kawasan itu,” katanya.

Difahamkan, sebelum ini, si suami sering menasihati isterinya agar tidak menjalinkan hubungan dengan kekasihnya berikutan lelaki itu juga sudah berkeluarga.

Perasaan curiga si suami itu mula timbul selepas terbaca mesej ‘ayat cinta’ dipercayai dikirim kekasih isterinya itu menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit isterinya.

Bagaimanapun, ia dinafikan dengan alasan tersalah hantar.

Berikutan kejadian itu, si suami membuat laporan polis di Balai Polis Kepong, di sini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mac 2008
I S R K J S A
« Feb   Apr »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: