bila hatiku berbicara

Lulus cemerlang bukan jaminan moral baik

Posted on: April 1, 2008

KUALA LUMPUR: Ilmu akademik sahaja tidak boleh menjamin seseorang pelajar akan berjaya dalam hidup walaupun mereka lulus cemerlang dalam peperiksaan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron, berkata sistem pendidikan di negara ini berjaya mengimbangi penyampaian ilmu kepada pelajar dengan menitikberatkan bidang akademik, agama, jasmani dan emosi supaya setiap pelajar mampu menghadapi apa jua cabaran yang menimpa mereka.

Menurutnya, jika berlaku sebarang masalah, contohnya seseorang pelajar berada di persimpangan masalah, mereka akan tahu mencari jalan yang benar tanpa memilih laluan sukar yang boleh mendatangkan beban terhadap diri sendiri.

“Sistem pendidikan kita yang bermula daripada tadika hingga pusat pengajian tinggi, memberi penekanan kepada aspek ini dan ia menyebabkan pelajar mampu mengatasi masalah dengan baik tanpa memerlukan perlakuan negatif,” katanya mengulas mengenai Sufiah Yusuf, 23, yang satu ketika dulu dikenali kanak-kanak genius matematik selain mendapat tawaran belajar di Universiti Oxford ketika usianya 13 tahun.

Sufiah yang ibunya berasal dari Malaysia dan bapa dari Pakistan, dilaporkan terpaksa menawarkan khidmat seks kerana kesempitan hidup di London.

Idris berkata, ketiadaan panduan ibu bapa dan guru juga boleh menyebabkan akhlak pelajar yang pintar rosak jika tidak mendapat perhatian sewajarnya.

Beliau berkata, dalam hal ini semua pihak perlu memainkan peranan bagi memastikan anak mereka mendapat perhatian sebaik-baik supaya mereka tidak terjebak dalam perlakuan negatif.

Harian Metro semalam melaporkan kisah kehidupan terkini Sufiah yang didedahkan dalam laporan edisi online News of the World keluaran kelmarin.

Menurut laporan itu, bagi Sufiah, penyelesaian matematik hariannya kini hanyalah menawarkan khidmat seks melalui Internet dengan bayaran 130 paun (RM845).

Wanita berusia 23 tahun itu dianugerah kepintaran semula jadi dan menarik perhatian dunia kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya kaya raya ketika ini.

Tetapi minggu lalu, kata laporan itu, dia menanggalkan pakaiannya untuk wartawan akhbar berkenaan yang menyamar pelanggan di flet kos rendahnya.

Pembabitan wanita itu dalam pelacuran di Salford, Manchester, adalah tragedi terbaru yang menimpa hidupnya sejak kegemilangannya ketika dia bergambar dengan topi graduan di depan wartawan di luar Kolej St Hilda yang berprestij.

Pendedahan akhbar itu dibuat serentak sewaktu bapanya, Farooq Yusof mula menjalani hukuman penjara kerana mencabul dua gadis berusia 15 tahun ketika memberi mereka tuisyen matematik.

~Akibat nafsu yang rapuh dan tiada iman yang teguh diri terjebak ke lembah hina na’uzubillah…….kembalilah kepangkal jalan,sesungguhnya pintu taubat itu sentiasa terbuka untuk semua hambaNYA yang bertaubat~

Iman Mutiara

Iman adalah mutiara

Di dalam hari manusia

Yang menyakini Allah

Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah

Merasa diri hamba padaNya

Tanpamu iman bagimanalah

Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi

Dari seorang ayah yang bertaqwa

Ia tak dapat dijual beli

Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua

Engkau mendaki gunung yang tinggi

Engkau merentas lautan api

Namun tak dapat jua dimiliki

Jika tidak kembali pada Allah

Advertisements

4 Respons to "Lulus cemerlang bukan jaminan moral baik"

kes terhangat pulak… mana2 blogs, ada jer TOPIK PANAS ni…
tak nak bagi masuk topik panas ni dlm blogs sbb aib org kena jaga takut aib kita pulak ALLAH SWT buka… NAUZUBILLAH…

setulus hati ni, mang cukup kesian pada ‘dia’… kita doakan dia agar dia kembali kepangkal jalan dengan taubat NASUHA… ameennn…

indahnya taubat…
sebelum terlambat…
sebelum matahari terbit dari barat…

maaf ya sue, bukan bermaksud utk menjadikan ianya bertambah panas atau aibkan dia,cuma sebagai satu pengajaran utk anak cucu cicit…di masa akan datang….hargailah anugerah yg di kurniakan oleh Allah s.w.t, kepintaran dan kekayaaan jugak anugerah dariNYA, so walau dalam keadaan bagaimanapun kita tetapkan kita dengan pendirian kita sebagai orang islam yg berpegang pada hukum hakam Allah…sebagai saudara seislam berdoalah semoga ianya kembali kepangkal jalan, kerana Allah sentiasa menerima taubat dari hambaNYA..

btul kata nuriman….
yg baik jdkan teladan yg buruk jdkan sempadan…
yg salah kita betulkan..
semua ini ujian Allah s.w.t untuk mbuka mata dan pntu hati kita agar sntiasa sedar dan bwaspada dlm stiap tindakan kita…
pntu taubat msih terbuka untk kita…
sama2lah berdoa smga kita semua sntiasa berada dlm rahmat Allah..

moga dapat di jadikan ikhtibar dan pengajaran buat anak cucu cicitku di masa akan datang…………..kepada yg terlanjut jauh kembalilah kepangkal jalan……………..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: