bila hatiku berbicara

Ummah diminta matang tangani isu ‘Fitna’

Posted on: April 2, 2008

Roy Rasul
Tue | Apr 01, 08 | 1:08:27 pm MYT
KUALA LUMPUR, 1 April (Hrkh) – Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) menggesa umat Islam termasuk kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO), bersikap matang tetapi tegas dalam menangani isu klip video ‘Fitna’.Setiausaha Agungnya, Abdul Muntaqim Zulkipli, berkata, tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan bertujuan menghina Islam dan mencaci al-Quran, amat dikesali.

Justeru itu, katanya, dalam satu kenyataan, kerajaan digesa menghantar bantahan rasmi kepada kerajaan Belanda.

“Tindakan tegas perlu diambil kerana penghasilan klip video seperti itu adalah satu hasutan yang akan memburukkan lagi hubungan antara dunia Islam dan dunia Barat,” katanya.

Katanya, tindakan itu yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Malah katanya, tindakan Geert yang menghasil klip video pendek yang bersifat provokatif itu seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada isu sebuah akhbar Belanda yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w. beberapa tahun lalu.

“Penghasilan klip video seperti itu merupakan satu hasutan yang akan memburukkan lagi hubungan antara dunia Islam dan dunia Barat,” katanya.

Katanya, dunia marah dengan tindakan biadab Geert yang menghasil klip video selama 15 minit bertajuk ‘Fitna’ itu.

Klip video tersebut jelas cuba menghina agama Islam, menghina Rasulullah s.a.w. dan mencaci kesucian kitab suci al-Quran, katanya.

Klip video tersebut memaparkan beberapa ayat-ayat suci al-Quran yang dikaitkan dengan keganasan.

Dalam pada itu, PKPIM berkata, umat Islam seluruh dunia tersinggung dan marah dengan klip video tersebut yang mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk menuduh agama Islam sebagai agama yang mendorong umatnya kepada keganasan.

Walhal katanya, Islam adalah agama yang menjadikan kasih sayang dan keselamatan sebagai antara nilai asas.

PKPIM meminta seluruh umat Islam bersikap matang dan tidak bertindak balas secara terburu-buru dalam menangani isu ini.

“Umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan provokasi melampau yang dilakukan melalui klip video tersebut,” katanya.

Sebaliknya, masyarakat Islam boleh mengambil tindakan mengikut saranan ulama terkemuka dunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi.

Perkara tersebut katanya, adalah:

* Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya.

* Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan.

* Respons dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam.

* Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan.

* Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam. – lanh

~sungguh biadapnya mereka~

Advertisements

7 Respons to "Ummah diminta matang tangani isu ‘Fitna’"

Salam kak iman…

dah tengok gak filem fitnah tuhh…. memang sungguh KURANG AJAR…. dia nak bagi islam ‘hina’ dan ‘keji’ dimata umum… nak mempromosikan kelemahan dan memjatuhkan islam… napa plak dia tak masukkan peristiwa tahanan 11 mei tuhh yang lelaki kena paksa buat perbuatan terkutuk di luar tabi’e??? napa tak buat filem penindasan penduduk palestin??? dengan rakus askar2 barat tuhh membinasakan anak2 gadis dan kaum ibu dengan mencabul dan membunuh sesuka hati???

diaorg lagi KEJAM dan ZALIM… tengok jer dalam ceramah Ustaz Abdullah Khairi… mang sungguh sedih tengok orang2 islam dekat indonesia kena bunuh… dengan masjid2 dibakar… itu belum lagi ngn askar2 barat menyembelih leher ketua pejuang islam macam sembelih ayam… kepala ketua pejuang islam tuh kemudian diletakkan atas badan dan ditunjukkan pula dekat anak2 buah pejuang tuhh… pengikut2 pula kena tembak jarak dekat di kepala…. tidak ke kejam namanya tuhh??? dengan menyembelih kepala masa hidup2…. saya tengok ceramah tuhh, x sedar air mata mengalir gak dan dekat 2 minggu tak dapat makan kenyang sbb teringat keadaan ketua pjuang islam tuhh kena sembelih… zalimnya musuh2 ALLAH ni kan!… NERAKA jahanam tempat paling baik tuk mereka ni…

“Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah ahli Neraka, kekallah mereka di dalamnya dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.” (Surah At-Taghabun:10)

me x tengok lagi ‘fitna’ itteww.. tp rasa jengkel juger..

En Me n Sue

Fitna menghina kesucian AL QURAN dan islam,puak kafir semakin berani pijak maruah islam, boikot pruduk utama belanda..bangkitlah penganut agama Allah….laknat Allah keatas mereka ini……..

sue

kalau bab sembelih menyembelihnya akak ni memang penakut, kalau tengok org sembelih ayampun x boleh inikan nak tengok org sembelih org tak mau kesian takut ngeri dan sedih….bila melihat kekejaman…

Hmm.. Saya pun belum tengok clip fitna tu.. Tapi saya dapat tahu dari rakan2 email saya tentang hal ini… Rasanya saya dah start tidak membeli produk barangan dari negara tersebut…

salam siti monaliza……terima singgah sini…yalah sama2 kita boikot barangan buatan belanda….

salam alaikum, tadi saya baru baca bingkisan akhbar harakah dalam bahagian fikrah edisi beberapa haro yg lalu, saya tertarik dgn artikel yang ditulis oleh saudara hanipa maiden, beliau mengulas tentang rspon yang diberikan oleh umat islam khususnya di malaysia sememangnya baik, dimana adanya NG02, parti-parti yang membuat bantahan terhadap penyebaran filem pendek FITNA itu yang mana ianya merupakan satu serangan terhadap Islam, dan satu perkara yang saya tertarik ialah, di mana bila kita melihat tindakan yang dilakukan oleh musuh2 islam, kita seolah tidak perasan bahawa serangan terhadap islam juga telah berlaku di negara kita, bahkan yang melakukan itu adalah orang yang menggunakan title islam itu sendiri, contohnya dalam perlaksanaan hukum hudud, kita lihat bagaimana suatu masa dahulu kerajaan negeri terengganu yg diperintah oleh PAS pernah mengemukakan enakman hudud, namun kerajaan persekutuan tidak memberikan kebenaran agar enakmen tersebut dilaksanakan, dalam bab perkara-perkara kemungkaran, baru-baru ini, ketua menteri melaka ada meminta agar konsert jom hebob dilaksanakan di melaka tiap-tiap bulan bagi menarik pelancong, nampak tak ? saya tak akan ulas perkara ini …. tapi saya hendak kita semua sama-sama fikirkan tentang apa yang sedang berlaku di negara kita, namun seolah tidak kelihatan bahawa ianya juga merupakan satu serangan terhadap Islam dalam menghancurkan umat-umat Islam yang akan lalai dengan ‘alam hiburan’ …. wallah a’lam …. fikir-fikirkan

salam ustaz………..

bila saya ke blog ustaz herman dan juga terbaca di grup Uzar…adalah depa duk bincang pasai filem yg bertajuk akherat yg jugak menghina islam….cubalah ustaz ke blog ustaz herman sayapun nak citerpun tak reti sangat..sbbnya sy pun tak pernah tengok filem2 begini…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: