bila hatiku berbicara

Tutup aurat tidak sekadar bertudung

Posted on: April 17, 2008

SOALAN MENUTUP aurat untuk wanita-wanita Islam Muslimah adalah wajib tapi ramai yang masih tidak menutup aurat dengan sempurna sebagaimana yang dituntut Islam. Malah ada yang seakan-akan memperagakan fesyen seolah-olah mempersendakan hukum atau syariat Islam. Bolehkah ustaz memberikan nas-nas dari al-Quran ataupun rujukan hadis yang menjelaskan balasan bagi wanita Islam yang tidak menutup aurat.

JAWAPAN DALAM kamus Lisan al-Arab karangan Ibn Manzur menjelaskan makna tabarruj ialah apabila seorang wanita menampakkan perhiasan serta kecantikannya kepada lelaki. (Ibnu Manzur, Lisan al-Arab, jld:3, hlm:33). Ini bermaksud apa sahaja perbuatan seorang wanita dalam menghiasi wajahnya serta tubuhnya supaya dilihat oleh orang lelaki dan ia termasuk juga memperagakan fesyen pakaian.

Dalam persoalan ini anda boleh lihat adanya tiga kategori wanita. Yang pertama, menutup aurat dengan sempurna. Kedua, menutup aurat tetapi tidak sempurna dan ketiga, langsung tidak menutup aurat.

Kumpulan pertama menutup aurat dengan sempurna kerana dia sedar bahawa itu adalah perintah Allah SWT. Menyedari bahawa hukum menutup aurat itu wajib serta memahami cara yang betul dalam menutup aurat.

Kumpulan kedua menutup aurat, tetapi tidak sempurna. Kategori ini mutakhir ini cukup banyak.

Menutup aurat bukan sekadar melilit sehelai kain di atas kepala tetapi memelihara kecantikan diri daripada diperagakan kepada orang awam. Kadang-kadang kepala ditutup dengan tudung tetapi pada masa yang sama potongan tubuh badan dipertonton kepada orang.

Hakikatnya, pemahaman masyarakat wanita Muslim dalam persoalan menutup aurat masih cetek. Ungkapan “Daripada tak tutup langsung lebih baik tutup.” Kata-kata ini, tampak baik, semacam positif, pada hakikatnya suatu yang dangkal.

Kenapa perlu dibandingkan dengan yang tidak menutup aurat? Kononnya yang menutup aurat walaupun tidak sempurna sudah kira baik… Kenapa tidak dibandingkan dengan yang lebih sempurna dalam menutup aurat?

Itulah manusia yang banyak sangat beralasan dalam urusan dunia dibandingkan dirinya denga yang lebih baik, manakala dalam urusan agama membandingkan dirinya dengan yang paling teruk.

Tidak salah berfesyen dalam bertudung tetapi sebelum dilihat kepada aspek fesyen, adalah lebih baik dilihat aspek hukum. Mungkin ada yang berpendapat bahawa pandangan saya agak jumud. Tetapi suka saya nyatakan bahawa takut saya pada Pencipta mengatasi keinginan nafsu manusia. Cuba lihat diri anda yang sempurna kejadiannya, cantik, rambut ikal mayang, sihat dan sebagainya.

Manusia itu sempurna tidak kira lelaki mahupun perempuan. Siapa yang menjadikan manusia berpasangan, ada lelaki ada perempuan? Jawapannya tidak lain tidak bukan ialah Allah SWT.

Dialah yang menjadikan rupa paras wanita dengan keayuan yang semula jadi, yang menjadi tarikan orang lelaki dan Dia jugalah yang memerintah agar kamu wahai wanita hendaklah menutup aurat.

Suruhan ini bukan daripada saya atau mana-mana ulama atau mufti, tetapi suruhan ini datangnya daripada Allah yang menjadikan kamu. Hairannya, manusia terima semua yang diberi oleh Pencipta seperti makan, minum, kesihatan, rezeki dan macam-macam lagi kalau mahu dihitung sudah pasti manusia tidak dapat menghitungnya nikmat tuhan, tetapi bila disuruh menutup aurat dia ingkar, suruh solat dia ingkar, suruh zakat dia ingkar dan banyak lagi keingkaran yang dilakukan oleh manusia.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliah zaman dahulu; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat; dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah (perintahkan kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan diri kamu – Wahai ‘AhlulBait’dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (daripada segala perkara yang keji). (al-Ahzab: 33)

Seorang ahli tafsir mengulas ayat ini dengan berpendapat: “Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya.” (Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483).

Manakala Abu Ubaidah berpendapat: “Tabarruj bermaksud seorang wanita menampakkan kecantikannya yang memungkinkan orang lelaki ghairah.”(Tafsir al-Alusiy, jld: 21, hlm: 8)

Ulasan ulama dalam ayat di atas serta kaitannya dengan perhiasan di zaman jahiliah. Maksudnya sebelum kedatangan Islam orang Arab perempuan memang sudah menutupi kepala mereka.

Setelah Islam menyinari bumi, dan lokasi sinaran itu ialah Mekah. Jadi masalah sosial juga berlegar dalam persoalan masyarakat hari itu.

Selepas turunnya ayat dari surah al-Ahzab ayat 33 yang bermaksud: Dan hendaklah kami tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan terus dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan daripada kamu, hai ‘ahl al-bait’ dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.

Lantaran itu, wanita-wanita Islam segera menutup aurat dengan sempurna sehingga tidak mendedah rambut, leher dan segala perhiasan di leher mereka. Inilah perbezaan yan ketara antara wanita Islam zaman ini dengan wanita Islam di zaman Nabi SAW.

Generasi al-Quran ini cukup unik dan dinamik. Apabila sampai sahaja perintah Allah SWT melalui al-Quran, mereka segera menyahut tanpa sebarang bantahan dan alasan.

Sebagai balasannya, Allah SWT menjanjikan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat, yang pastinya di atas sifat tunduk dan patuh kepada perintah dan suruhan Allah SWT, mereka kelak akan dibalas dengan syurga yang tidak tergambar nikmatnya.

Hari ini macam-macam alasan diberi untuk melepaskan diri daripada perintah Allah SWT.

Dulu, zaman Nabi SAW, orang-orang Arab kuat nafsu, sebab itulah wanita zaman itu kena berkelubung, pakaian warna hitam, tutup muka dan sebagainya. Kalau betul apa yang didakwa, minta tolong kemukakan kes-kes rogol dan pencabulan yang ada pada masa itu. Itu di zaman jahiliah.

Wanita Melayu juga pada satu ketika dahulu, mungkin awal 1950an, perempuan-perempuannya berkelubung dengan kain batik, bila dengar suara lelaki lari menyorok, tidak mudah keluar rumah.

Maksudnya pergerakan dan perwatakan mereka dikawal oleh kedua-dua orang tua. Adakah pada awal tahun 1950 banyak kes rogol, pencabulan, buang anak, gugurkan janin, anak luar nikah, lari dari rumah, kanak-kanak hilang dan sebagainya?

Keruntuhan moral, budaya dan ancaman luaran yang menyebabkan segala macam bencana manusiawi yang tidak pernah berlaku di zaman jahiliah dan juga di awal kemerdekaan berlaku hari ini.

Dewasa ini orang pakai tudung sempurna pun tidak selamat, ini pula sengaja mendedahkan aurat semacam bersedia untuk dibaham.

Kecantikan seorang wanita terletak pada sejauh mana ketaatannya kepada Allah SWT. Adalah suatu yang salah kalau orang perempuan merasakan kaum lelaki akan tertawan dengan rupa parasnya semata-mata tanpa melihat kepada unsur-unsur keagamaan pada dirinya.

Jarang pembeli memilih kuih yang terdedah kepada lalat, asap dan kotoran. Biasanya pembeli akan memilih kuih tertutup dengan tudung saji. Kecantikan dan rupa paras yang Allah SWT berikan adalah untuk tontonan suami bukannya untuk orang lain. Dunia dipenuhi dengan perhiasan, maka sebaik-baik perhiasannya ialah wanita solehah……

~tetapi sekarang ini kita melihat masih ramai wanita-wanita yang mendedahkan aurat-aurat mereka di kalangan orang biasa tak payah cakaplah, di kalangan remajapun tak payah cakap..bertudung tetapi tak ubah seperti trend….. ini termasuk isteri-isteri pemimpin negarapun masih lagi menayang rambut tinggi…alahai comei ke fesyen rambut lagu tu? saya teringin melihat Datin Semah Mansor, wife mantan PM DaTin Semah Ali jugak  bertudung,  Fidah Aziz dan semua pemimpin islam termasuk  isteri Pak Lah selaku pendokong islam  hadhari bertudung….tentu comei kalau di gayakan dengan tudung berbagai fesyen dewasa ini……….teringin sangat nak tengok mereka bertudung……..

Advertisements

6 Respons to "Tutup aurat tidak sekadar bertudung"

salam untuk nuriman…..
saya kira dalam hal bertudung dan menutup aurat adalah suatu syariat yang cukup indah dari Allah untuk kita wanita….sedangkan keindahan syariat itu cuma mampu dirasakan oleh orang yang benar-benar melaksanakannya. berusahalah menutup aurat dengan sempurna tanpa meninggalkan apa yang menjadi asasnya. nak berfesyen melilit-lilit ke apa ke itu soal lain…yang penting menutupi seluruh badan kecuali sebahagian tangan dan muka, mesti labuh melepasi dada, tidak ketat dan tidak jarang.
Saya terpana juga dengan penyakit yang menyerang kaum wanita kita..malah lebih teruk lagi turut menyerang golongan ustazah yang expert ilmu agamanya…
perhatikan saja… tak perlulah saya mendetailkannya pula…
bukan apa takut tercalar niat asal kita untuk beribadat dan mencari redha Allah. Ya lah.. melawa dan colouring sangat pun bimbang nanti timbul riak dan rasa nak menunjuk-nunjuk pula kita…..kan itu pun Allah tak suka ??

salam jugak utk ummuhanah

terima kasih komen yg bernas ini…bertudung ramai tp menutup aurat tak ramai..sebabnya zaman sekarang ni ada jenis tudung yg terlalu nipis…sayapun kekadang tak tau nak beli tudung yg bagaimana…rasanya zaman saya dulu nak beli tudung xdelah terlalu nipis sangat, bila mak dan mak mertua sy ke mekah mereka membelikan tudung yg agak tebal dan besar….sbb itulah kalau saya kemana2 cuma tudung itu saja yg saya pakai sbbnya itu saja yg menepati citarasa saya……selain itu saya hanya mempunyai koleksi tudung yg nipis…. sy terpaksa memakainya dua lapis…bersama anak tudung yg labuh…utk melilit sy akui saya tidak pandai…lagipun rasa seperti tercekik pulak…kalau dulu mmg rasa teringin jugak nak melilit tp dah mmg tak berapa reti pakailah ala kadar janji menutup aurat, kalau nak kata diorang riak ke menunjuk ke xtaulah saya…tu kena tanya diaoranglah.

…..tp saya akan kisah kalau org tak bertudung tp lancarnya menyebut pakaian muslimah menutup aurat sdgnkan diri sendiri cuma letak selendang di atas rambut tingginya.dlm nona ahad lepas ada jugak tengok fesyen muslimah kononnya fesyen muslimah ttp tudung ke apa entahlah…ada yg sesetengahnya tudungnya tak ubah seperti songkok menampakkan lehernya dan ada yg berselendang ala hajah datin siti liza dan memacam2 lah, ada tengok nona tak ummuhanah?saya kalau time free tu tengok jugak kalau tidak jgn haraplah sbbnya kalau hari minggu bizi sokmo…..

…apa yg kita lakukan baik dalam bertudung ke apa ke nawaitu kita kerana Allah.. kerana wanita islam wajib menutup auratnya kecuali tangan dan muka….erm sambunglah ummuhanah…saya ni bukannya reti sangatpun nak beri komen2 sebegini mekasih ya ummuhanah……

Saya terpanggil apabila ada responden menyentuh tentang cara ustazah bertudung. Bagi saya, ustazah yang bertudung tapi tak menepati syariat adalah umpama barah dalam masyarakat kita. Sepatutnya mereka inilah yang menjadi role model kepada masyarakat kini, tetapi mereka inilah yang mencemarkan syariat Allah di mata umum.

Apabila ditanya kenapa pakai begitu, katanya supaya boleh diterima setiap lapisan masyarakat, orang tak takut nak bergaul dengan kita dan takut dianggap ekstrem agama.

Saya juga seorang ustazah di salah sebuah sekolah rendah di utara. Malangnya, di sekolah saya rata-rata guru akademik seperti Sains dan Bahasa Melayu yang benar-benar menutup aurat mengikut syariat, malah mereka inilah juga yang beria-ia menghidupkan program pengisian ilmu agama kepada murid-murid.

Sebaliknya, guru agama sendiri pun pakai tudung jarang, singkat, tidak memakai stokin dan bertabarruj mengalahkan guru yang tidak berpendidikan agama. Lebih menyedihkan, apabila nak buat program agama seperti Kem Ibadah, mereka yang lebih dulu membantah dan tak mahu beri sokongan dengan 1001 alasan.

Berbalik kepada isu menutup aurat tadi, saya setuju dengan pendapat bahawa masyarakat hanya faham istilah ‘pakai tudung’ iaitu menutup kepala sahaja, bukannya menutup aurat. Sedangkan, banyak ayat Al-Quran yang menyatakan hukum dan ciri-ciri menutup aurat yang diterangkan dengan cukup jelas dan tafsirnya disepakati oleh para jumhur ulama.

Setiap kehendak kita harus ikut cara yang betul contohnya memakai tudung yang betul, dan pastikan perhiasan kita, tidak nampak oleh orang lain. seolah-olah kita seperti menunjukkan perhiasan kita terhadap orang. Islam menyuruh kita supaya menutup aurat agar kita terhindar dari seksaan api neraka. Kita menutup aurat bukan kerana suruhan orang tetapi kerana allah ta’ala Zaman sekarang ni ramai yang pakai tudung nak menunjuk-nunjuk……….” saya cuma menjalankan tanggungjawab saya sebagai wanita islam yang mulia. Sekarang ni ramai yang suka memperagakan tudung. Sedangkan ayat al-quran telah tertulis hukum dan ciri-ciri menutup aurat yang diterangkan dengan cukup jelas……….”

terima kasih ustazah kupasan yg amat bernas…..insyaallah mudahan sayapun ingin memuhasabah diri saya yg serba serbi kekurangan ini………andai sudi berilah komen lagi ustazah……….

Assalamualaikum……..” saya ingin membahas tentang memperagakan tudung dengan betul. Setiap perempuan harus memakai tudung dengan betul…….”
Saya nak setiap wanita harus memakai tudung kerana allah ta’ala..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: