bila hatiku berbicara

Che Siti Nor Azreen bergegas dibawa pulang

Posted on: April 18, 2008


CHE ISHAK cuba menghalang wartawan dan jurugambar daripada mendekati anaknya sebaik mereka berjalan keluar dari LCCT malam tadi.

SEPANG – Che Siti Nor Azreen Che Ishak (Azreen) yang hilang sejak Aidiladha lalu kerana didakwa dilarikan seorang warga Indonesia ke Lombok, selamat tiba di negara ini malam tadi.

Namun sebaik sahaja tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), gadis berusia 12 tahun itu yang bertudung hitam, memakai baju T merah, berjaket dan berseluar jean biru terus dibawa masuk ke dalam sebuah Proton Waja ke satu destinasi yang dirahsiakan.

Sepanjang berjalan keluar dari LCCT, Azreen dipeluk erat bapanya, Che Ishak Che Kob yang cuba mengelak anaknya diserbu wartawan dan jurugambar.

Beliau turut dibantu oleh beberapa ahli pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyertai misi yang sama dengan kelihatan ‘mengepung’ Azreen dan bapanya.

Kosmo! difahamkan, Azreen dan Che Ishak dibawa ke satu tempat yang dirahsiakan atas alasan tidak mahu diganggu.

Seakan-akan komplot melarikan orang, Azreen dijaga rapi oleh ahli NGO sejak dari Jakarta dengan gadis itu sendiri kelihatan terpinga-pinga.

Sejurus selepas mereka beredar, Pengerusi Kijang CARE, Datuk Husam Musa yang menyambut ketibaan mereka mengakui pelbagai usaha dilakukan untuk membawa Azreen pulang dengan segera, malah ia berjaya dilakukan sehari lebih awal daripada perancangan asal.

Husam berkata, beliau tergerak hati untuk membantu misi tersebut selepas membaca kisah kehilangan gadis itu dalam Kosmo! pada 29 Mac lalu.

Sementara itu, di rumah mereka di Kuala Sawah, Rantau, Negeri Sembilan, tinjauan Kosmo! mendapati, keluarga Azreen tidak berada di situ walaupun lampu dinyalakan.

Seorang pengusaha warung berdekatan berkata, keluarga tersebut kelihatan bergegas keluar kira-kira pukul 7.30 malam sehingga telefon bimbit milik ibu gadis itu, Siti Hawa Jusoh tertinggal dan hanya kedengaran deringan tanpa dijawab.

Perkahwinan sah jika wali bertauliah – Mufti

KERATAN Kosmo! semalam.

KUALA LUMPUR – Status perkahwinan Che Siti Nor Azreen, 12, dengan Tony Wijaya, 27, tidak timbul selagi upacara itu berwalikan hakim bertauliah dan cukup syarat nikah.

Namun jika tidak, Mufti Johor, Datuk Mohd. Nooh Gadut memberitahu, mereka perlu bernikah semula selepas melalui proses perundangan Islam di negara ini.

“Mereka perlu failkan tuntutan isbat nikah iaitu mengesahkan sama ada pernikahan mereka dijalankan dengan betul atau sebaliknya di pejabat agama Negeri Sembilan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurutnya, pejabat agama negeri akan menyiasat dengan merujuk kepada pihak berkuasa agama di Indonesia untuk menentukan pengesahan nikah.

“Kita bimbang berlaku penipuan sebab itu perlu siasat.

“Selepas itu mereka akan dibicarakan di mahkamah kerana bernikah di luar negara tanpa kebenaran dan hukumannya ialah denda RM1,000 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya sekali,” ujarnya.

Apabila proses tersebut selesai pihak pejabat agama negeri akan mengeluarkan sijil perkahwinan kepada pasangan terbabit dan mereka perlu mengikuti prosedur biasa seperti iaitu kursus perkahwinan dan pemeriksaan kesihatan.

Ketika ditanya mengenai usia Azreen yang baru berusia 12 tahun, Nooh menjelaskan, adalah menjadi satu kesalahan berkahwin di bawah usia 16 tahun.

“Tapi bapa Azreen perlu meminta keizinan mahkamah untuk membenarkan anaknya dikahwinkan dengan lelaki tersebut dan selalunya mahkamah akan menasihati pasangan supaya memelihara rumah tangga mereka.

“Ingin saya jelaskan di sini semua proses atau prosedur ini bukan untuk menyusahkan atau menghalang tetapi untuk memastikan tidak berlaku masalah di kemudian hari,” jelasnya.

~alhamdulillah akhirnya setelah beberapa bulan menghilang adik Azreen selamat di bawa pulang ke tanah air. Saya mengikuti perkembangan kehilangan adik ini. sedih bila melihat bapanya merayu anaknya pulang di TV9 ibu bapa mana yang tidak sedih bila anak mereka di larikan oleh warga asing. Cuma saya geram jugaklah berani-beranilah warga asing ini( jangan marah ya tidak semua warga asing begitu mungkin segelintirnya sahaja) bertindak sedemikian rupa terhadap gadis kecil ini tanpa memikirkan risikonya~ Usianya masih terlalu muda tidak layak untuk bergelar isteri, dia hanya layak di bangku sekolah belajar bersama rakan-rakan sebayanya. Biasanya orang-orang Indonesia ni dalam usia muda sudah bernikah, pengelaman tinggal di Bandar Countryhomes tiga tahun lepas anak gadis mereka tidak sampai umur lima belas tahun sudah bernikah. Bila bercakap dengan orang gaji adik ipar saya katanya orang-orang Indonesia memang kawin di usia yang masih muda, kalau dia tidak bekerja di Malaysia tentu sudah menikah.

Advertisements

12 Respons to "Che Siti Nor Azreen bergegas dibawa pulang"

Yang aku peliknya, boleh ke kawin tanpa wali…sedangkan bapa masih hidup??? Takut jugak aku nak cakap. Aku nih bakal jadi ibu tak lama lagi. Kerana cinta, apa-apa boleh jadi…

sila rujuk kpd mrk2 yg lebih mengetahuinya……

salam..

manusia nih sama ajer di sisi Allah…tiada beza indonesia, malaysia, jepun filipina ect2….semuanya ada yang baik dan ada yg jahat…

tak semua indonesian tu jahat dan tak semua malaysian tu baik…ada setengah dari kita kahwinin warga asing tp hidupnya alhamdulillah bahagia hingga ke hari ini…ada juga segelintir yg mengahwini sesama negara pun hidupnya ada yg bahagia ada yg bercerai berai…semuanya bergantung kepada pasangan itu sendiri bukannya dari org luar.

kebahagiaan sesebuah rumahtangga bergantung kepada cara pasangan suami dn isteri itu mengendalikan mahligai mereka…bukannya bergantung kepada kewarganegaraan seseorang individu…..jgn disebabkan perbuatan seseorang individu yang tak bertanggungjawab habis satu negaranya di sebut2….

sedarlah wahai manusia….semua makhluk di dunia ini sama tarafnya di sisi Allah….hanya kita manusia yg selalu membeza-bezakan taraf antara kita…ingatlah di dunia ini hanyalah pinjaman Allah kepada kita bukan untuk kita milikinya…..dunia yg kekal adalah di akhirat sana…

sekian

masyaAllah tak dapat dibayangkan jika berlaku pada anak2 pompuan kita nanti. Apa-apa pun pendidikan agama itu penting…tak selamanya anak2 akan kita kepit bawah ketiak, kurung kat rumah je..suatu hari mereka akan lepas bebas menyusun langkah sendiri juga…masa ini lah asas agama yang pernah diperolehi akan menjadi elemen dalaman yang cukup kuat pada mereka.Bagi ibubapa, kita mahu anak-anak memiliki daya saring yang ampun dalam menepis dan menapis pengaruh yang terhidang di depan mata…selain itu doa pengharapan kita pada Allah untuk sentiasa melindungi permata hati dari tersasar pada laluanNya…sungguh besar cabaran untuk anak-anak kita, besar lagi cabaran kita untuk membentuk mereka…..moga Allah memberi kekuatan pada kita semua

betul tu ummuhanah..bukan sahaja anak perempuan zaman sekarang ni anak lelakipun banyak cabarannya..saya merasakan yg saya mempunyai seorang anak lelakipun agak besar jugak cabarannya apa lagi menangani anak yg meningkat remaja..

salam aryanie…

sayapun tidak mengatakan yg mereka itu semuanya jahat, tp saya geram jugak kalau mrk ini berani2 buat kat anak2 gadis sunti begitu…..nak mengahwini warga asing takde yg salahnya..kan islam itu bersaudara..dgn perkahwinan boleh mengeratkan lagi ikatan ukhuwah sesama muslim…..tp ni budak kecik yg di bawak lari n kawen…..eh tak dapat nak saya bayangkan bagaimana perasaan mak pak depa tentu menangis tak berlagu kehilangan anak yg tercinta…kalau kena kat keluarga kita gi mana rasanya… aduhai menangis tak berair mata n minta jauh lah dr semua ini………..

…saya berjiran dgn org2 indonesia, filipina nepal n berbagai bangsa selama 6 tahun( maklumlah duk umah flet murah aje saya dulu) flet itu seperti tempat pendatang asing ..ada yg baik dan ada yg tak baiknya..sy tersentuh hati bila seorang ibu yg belum habis pantang terpaksa melarikan diri jam dua pagi kerana di serbu polis..pendatang haramlah tu……

tp yg saya kenal kalau org bawean mmg baik orgnya..kalau madura dan flores itu yg gerun tp ada juga yg baiknya..sbbnya di flet sypun tinggalpun dulu ada pergaduhan n bunuh2 tp (di blok lain) yg…bergaduh mabuk sudah menjadi perkara biasa baik filipina nepal n india juga…sbbnya sy duk rumah bawah paling tepi..di belakang umah saya depa bergaduh…kita yg duk kat dalam umah ni pun tengok melalui tingkap itupun kecut jugak perut oi…
satu lagi..depa mengaku islam( org filipina x semua gitu) ttp time nak gi kerja bawak botol arak seperti air mineral aje siap pakai tatu lagi……bila tiba hari raya depa sambut tp time krismaspun depa sambut jugak….nyanyi2 kat rumah depa…tak tau lah saya dengan depa ni..tuhan sajalah yg tahu….

anak buah saya sendiripun mengahwini org medan dan aceh…di larangpun mau jugak mak bapak terpaksa lepaskan jugak kerana depa pun pun duk kat malaysia kerja sini anak2pun sudah dua tiga…depa jarang pulang alhamdulillah baik budi pekertinya…..tp tu pun banyak cabarannya….anak buah saya terpikat dgn depa ni agaknya gila kepada ketampanan ala mat saleh(kebetulan rupa penokan saya yg kat acheh tu seperti mat saleh) atau apa entahlah…apa2 pun saya anggap itu jodoh yg telah di tentukan bukan kerana rupa…kalau nak tengok rupa tp tidak beriman baik tak payah..

Ps…tak semua pendatang asing itu tak baik..ada yg baik..tak semua org malaysia tu baik kekadang pendatang ada yg lebih baik budi pekertinya……( pengelaman bersama kak asmie org boyan banyak mengajar saya erti persaudaraan/ persahabatan banyak sangat kenangan bersamanya…sampai ke hari ini tidak mungkin akan terputus hubungan ini..anaknya nurpun alhamdulillah sudah pulang kepangkuan emaknya insyaallah dalam umurnya yg bakal menjejak ke usia 15 tahun akan menjadi isteri..alahai kalau itu anak perempuan saya belajar dulu hehehe…

Amalan bawa lari gadis dari daerah, negara lain – Amalan lumrah di Lombok

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA
ammarjazlan.madlela@kosmo.com.my

TAMAN Pendidikan Al-Quran Nurul Huda, Lombok Timur inilah tempat gadis dari Malaysia, Che Siti Nor Azreen Che Ishak dinikahkan dengan pemuda Lombok, Tony Wijaya baru-baru ini.

NUSA TENGGARA BARAT (MATARAM) – Bukan satu kesalahan bagi kaum lelaki di Lombok melarikan anak gadis dari kawasan atau negara lain ke daerah ini sebaliknya telah menjadi amalan dan gaya hidup di pulau itu sejak sekian lama.

Malah amalan tersebut masih dipertahankan dan merupakan kaedah yang sering digunakan oleh kaum lelaki di sini untuk memperisterikan gadis yang diidamkan.

Ketua Desa Sakra, Lombok Timur, Bapak Sanusi Suwono, 58, berkata, cara tersebut iaitu melarikan anak gadis telah menjadi salah satu tradisi masyarakat di Lombok terutama membabitkan soal perkahwinan.

“Jika seseorang lelaki meminati gadis idamannya di daerah lain, maka dia boleh melarikannya ke kampung ini tanpa kebenaran sesiapa.

“Lazimnya, perkara ini berlaku apabila pasangan itu sudah terlalu menyintai di antara satu sama lain dan berhasrat untuk berkahwin,” ceritanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ketua Desa ini berkata sebagai mengulas kisah Che Siti Nor Azreen (Azreen) 12, yang dilarikan oleh seorang lelaki dari Lombok, Tony Wijaya, 27 pada Disember 2007.

Azreen akhirnya bertemu semula bapanya, Che Ishak Che Kob, 47, 15 April lalu setelah empat bulan tinggal di Lombok dan berkahwin dengan Tony.

Kesudahan pertemuan tersebut, Azreen akhirnya bersetuju untuk pulang ke Malaysia bersama bapanya pada 18 April.

Selain Azreen, Penasihat Imigresen dan Tenaga Kerja Kedutaan Malaysia di Jakarta, Abdul Rahman Mohd. Noh turut mengesahkan sebanyak 12 kes melibatkan gadis bawah umur dilaporkan sejak 2005.

Tambah Bapak Sanusi lagi, jalan penyelesaian akhirnya akan dilakukan antara wakil kedua-dua pihak bagi mencari persetujuan agar perkahwinan boleh diteruskan atau tidak.

“Jika keluarga si gadis terima, maka perkahwinan boleh dijalankan tanpa sebarang halangan.

“Sekiranya ditolak, maka terserah kepada lelaki itu sama ada mahu menyerahkannya semula atau tetap meneruskan perkahwinan dengan berwalikan hakim tanpa restu mertuanya” ujarnya yang telah menjadi ketua desa sejak 15 tahun lalu.

WARTAWAN Kosmo! Ammar Jazlan (kiri) menemubual Sanusi (tengah) dalam satu pertemuan di Lombok Timur semalam.

Jelasnya, apa yang penting, gadis yang diinginkan mesti dilarikan dulu ke Lombok.

Bapak Sanusi berkata, pada dasarnya, amalan itu dianggap baik kerana boleh mencegah perbuatan sumbang antara kedua-duanya.

“Jika diperhalusi, ia lebih membawa kebaikan daripada keburukan, malah amalan begini bukanlah asing bagi kami di sini.

“Cuma timbul masalah apabila ia melibatkan orang luar yang tidak memahami budaya dan adat resam kami seperti yang berlaku kepada Azreen,” katanya.

Jelasnya, banyak juga kes serupa yang seusia Azreen tetapi semuanya melibatkan rakyat Indonesia dan semuanya ditangani dengan aman.

“Ada juga beberapa wanita Malaysia yang berkahwin dengan lelaki di sini tetapi kelihatannya mereka sangat bahagia hingga ke hari ini.

“Sebenarnya, tidak ada masalah akan timbul jika semua pihak setuju dan rela asalkan tidak terjebak kepada kemungkaran,” katanya.

Menjawab soalan sama ada terdapat daerah lain yang mengamalkan tradisi seperti di Lombok, sambil menggelengkan kepala, dia berkata, “Saya tidak pasti kerana saya sendiri belum pernah keluar dari daerah ini.”

~ada komen tak?

kita hidup kini dengan pelbagai ragam…

hadapilah dengan kesabaran mungkin ada hikmah di sebalik apa yg berlaku….

hidup mesti diteruskan…

Nurul hidup merempat
Oleh Ravale Savarinathan
am@hmetro.com.my

TELUK INTAN: Biarpun hujan emas di negeri orang, Nurul Wahida Hamzah, 20, kini menyedari dia membuat keputusan silap apabila mengikuti kekasihnya yang juga seorang buruh Indonesia melarikan diri ke bumi asing dan kini berharap supaya segera diselamatkan.

Wanita berasal dari Chenderong Balai, dekat sini, menceritakan pelbagai keperitan hidup dilaluinya sepanjang tiga tahun bergelar isteri buruh terbabit, ketika menghubungi ibu angkatnya, Halimah Saad, 62, menerusi telefon bimbit, minggu lalu.

Nurul didakwa mengikuti kekasihnya, M Yusup, 40, melarikan diri ke Indonesia ketika berusia 17 tahun, sejurus selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan bernikah dengan lelaki itu di Dusun Menceh, Desa Gelanggang, Kecamatan Sakra Timur, Kabupaten Lombok Timur, pada 2005.

Halimah berkata, Nurul menghubungi telefon bimbit saudaranya dan dalam perbualan singkat itu, dia sempat menceritakan saat getir dan penderitaan dialaminya sepanjang berada di negara orang.

Dia bercakap dengan saya selama dua hingga tiga minit saja dan dalam perbualan itu, naluri saya sebagai seorang ibu dapat berasa keperitan hidup yang dilalui Nurul di (Pulau) Lombok.

“Walaupun pendengaran saya kurang baik, saya dapat dengar tangisannya meminta diselamatkan secepat mungkin, sambil memberitahu suaminya sudah kembali ke Malaysia dan meninggalkan dia keseorangan.

“Di sana (Lombok), Nurul terpaksa bekerja sebagai buruh dan minum air telaga. Lebih menyedihkan, apabila diberitahu Nurul sudah melahirkan anak tapi meninggal dunia sebelum usia mencecah satu tahun,” katanya.

Warga emas itu turut sukar mengawal titisan air mata ketika menceritakan semula detik kehilangan anaknya ketika ditemui di rumahnya di Parit 8/6L, Labu Kubong, Chenderong Balai, semalam.

Halimah berkata, hatinya berasa seperti dirobek-robek apabila Nurul meluahkan perasaan sedih kerana tersilap memilih jalan dan mahu kembali ke pangkuan keluarga ketika berbual menerusi telefon bimbit.

“Saya sebak apabila mengetahui Nurul kini terpaksa mengharungi kesengsaraan di negara orang apabila terpaksa bekerja sebagai buruh kasar dengan gaji hanya RM5 sebulan untuk meneruskan hidup.

“Malah, derita yang dihadapinya juga sukar dibayangkan dan hanya gambar dihantar melalui saudara menjadi pengubat kerinduan sejak tiga tahun lalu,” kata ibu tunggal itu.

Halimah berkata, walaupun Nurul bukan anak kandungnya, kasih sayang yang dicurahkan tidak pernah berbelah-bagi kerana membelanya sejak berusia sembilan bulan sehingga dia dilarikan orang.

Dia juga sukar mempercayai Nurul sanggup meninggalkannya dengan lari bersama lelaki terbabit kerana gadis itu pendiam selain jarang bercakap dengan orang lain.

Menceritakan kembali peristiwa hitam itu, Halimah berkata, kehilangan Nurul bermula kira-kira tiga tahun lalu ketika dia bersama anak gadisnya itu ke bandar bagi membeli lauk-pauk dan menaiki bas untuk pulang ke kampung selepas urusan selesai.

“Namun, selepas beberapa ketika berada dalam bas, Nurul meminta wang RM2 untuk membeli air dan selepas itu, dia tidak muncul menyebabkan saya risau.

“Saya turun dari bas untuk mencarinya, namun tidak jumpa hingga bas pun terlepas dan terpaksa pula menaiki teksi sapu pulang ke kampung.

“Sejak hari itu hingga sekarang, saya tidak putus-putus berdoa dan mengharapkan dia pulang dengan selamat,” katanya sambil menatap gambar Nurul dan anaknya.

Ditanya mengenai masa depan Nurul, Halimah berkata, dengan hati terbuka dia kini bersedia menerima Yusup sebagai menantu dan tidak keberatan membenarkan kedua-dua mereka tinggal bersama dengannya.

Katanya, dia juga merayu kerajaan Malaysia segera campur tangan untuk membawa Nurul pulang ke pangkuan keluarga.

“Saya amat berharap kerajaan Malaysia dapat berbuat sesuatu supaya dia (Nurul) dapat kembali semula ke pangkuan kami sekeluarga dan memulakan kehidupan baru.

“Malah, saya juga bersedia memaafkan kedua-dua mereka sekiranya Nurul dan Yusup sudah insaf serta bertaubat dan mahu kembali ke pangkal jalan,” katanya.

Sementara itu, jirannya, Saebah Marwan, berkata sejak ketiadaan anaknya, Halimah sentiasa menangis dan sedih, namun yakin gadis itu tidak mengikut lelaki terbabit atas kerelaannya.

“Saya kenal Nurul dari dulu lagi. Dia sentiasa berada di sisi Halimah dan hubungan mereka berdua sangat rapat sehingga tiada siapa percaya Nurul adalah anak angkatnya.

“Sehingga kini, kami sekeluarga pun tidak yakin atau percaya Nurul boleh membuat keputusan sebegini,” katanya.

~susah senang biarlah di negara sendiri..pk-pklah beratus kali sebelum membuat keputusan wahai adik-adik~

kalau sy dapat tony tu… .sy antar die g papua new guene… .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

April 2008
I S R K J S A
« Mac   Mei »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: