bila hatiku berbicara

Rugi lelaki yang tidak menghargai wanita

Posted on: April 28, 2008

TUJUH bulan sudah berlalu ketika kisahnya disiarkan dalam ruangan ini. Ketika itu rumah tangga Ifa sedang mengalami krisis kronik.

Masjid yang dibina bersama suami tercinta berada di hujung tanduk walaupun pelbagai usaha telah dilakukan untuk menyelamatkan hubungan tersebut.

Namun, ketentuan Tuhan tiada siapa mampu menolak. Realiti hidup harus diterima dengan tabah.

Minggu lepas saya dikejutkan dengan kedatangan e-mel Ifa. Seperti yang saya jangka, berita yang ingin Ifa sampaikan amat menyedihkan. Tuntutan fasakh nya telah diterima dan dia kini sah bergelar janda.

Termenung saya seketika. Teringat kata-kata Ifa, “Cinta dan sayang saya tidak berbelah bahagi kepadanya. Namun, dia telah mengguris hati saya sehingga terluka amat dalam, pedih dan biasanya akan saya rasa sampai ke hujung nyawa!’’

Tersentuh benar hati saya kala teringatkan kata-kata Ifa itu. Begitu sayangnya Ifa pada suami.

Namun, keputusannya tidak mahu berkongsi kasih dengan orang ketiga menjadikan Ifa nekad membebaskan dirinya setelah suami yang sedang asyik dengan isteri baru gagal memenuhi tanggungjawab dan mengabaikan dirinya dan anak-anak.

Apa lagi yang mampu saya katakan melainkan memohon agar kehidupan Ifa dan anak-anaknya selepas ini akan dilindungi dan diberkati.

Berkongsi pengalaman, saya catatkan kisah Ifa buat renungan bersama, yang baik jadikan teladan yang buruk, jadikan sempadan.

Begini kisahnya:

“Cepat sungguh masa berlalu. Sudah tujuh bulan saya bergelar ibu tunggal walaupun saya telah berusaha keras menyelamatkan keadaan.

“Walaupun sukar menangani dan mengurus kerja dan anak-anak, terkadang dengan cabaran pembantu rumah, alhamdulillah, Allah permudahkan urusan hidup saya.

“April lalu saya dinaikkan pangkat. Syukur rezeki anak-anak. Di pejabat kebelakangan ini ramai kawan turut mengalami masalah yang sama seperti saya – suami beralih kasih. Agaknya itulah nasib wanita!

“Dalam pada itu terdengar khabar bekas suami berada di sempadan membantu isteri baru menjalankan perubatan tradisional.

“Hairannya saya kenapa mesti berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sejak berpisah kami tidak berhubung langsung walaupun melalui telefon. Terkadang saya rasa bersalah kerana tidak dapat membenarkan anak-anak berhubung dengan ayah mereka.

“Tapi saya tidak dapat menerima kata-kata kesat bekas suami yang memanggil saya betina, perempuan jalang kerana tidak bersetuju dia beristeri dua. Malah dia mengugut akan melarikan anak-anak daripada saya.

“Sikapnya berbeza terhadap kami. Kepercayaan kepada isteri barunya yang dianggap segala-galanya itu menahan saya memberikan peluang lain untuk dia. Saat itu saya tertanya-tanya, inikah insan yang saya sanjung dan puja selama ini?

“Ketika mahkamah menjatuhkan keputusan fasakh – sayu dan hiba Allah saja yang tahu perasaan saya. Bayangkan kak, saya hanya sendirian bertemankan peguam kerana saya tidak mahu kesedihan saya bertambah.

“Setelah bergelar janda, saya tertekan, murung dan bersedih. Siapa yang tidak inginkan kebahagiaan dalam kehidupan sebagai isteri, dilindungi, dibelai, dimanja, dihormati, dikasihi dan disayangi.

“Saya tidak pernah menafikan rasa kekosongan dan kekecewaan yang bersarang di hati. Setiap kali sujud pada-Nya, saya mengadu nasib, merayu mohon kasih sayang dan ehsan-Nya agar saya terus diberi peluang hidup sihat dan tenang di bumi-Nya. Sihat dalam erti kata mampu berfikir dengan waras.

“Saya dihina, ibu bapa saya dicaci sedangkan saya menghormati ibu bapa mertua seperti ibu bapa sendiri. Selang sehari bertanya khabar. Di mana saya terdengar ubat untuk sakit lutut ibu mertua, ubat untuk mengurangkan kencing manis ayah mertua, saya beli dan hantarkan.

“Tapi apa yang saya dapat? Saya cuma minta hormatilah perasaan saya walaupun saya bukan isteri mithali. Hormatilah saya kerana saya isteri, ibu yang melahirkan zuriat untuk anak mereka, bukan satu tapi tiga orang putera.

“Buruk baik yang terjadi adalah dengan kehendak-Nya, setiap satu penuh dengan hikmah-Nya. Niat hati saya supaya kisah ini menjadi teladan kepada wanita di luar sana agar lebih tabah menghadapi segala cabaran.

“Mungkin ini anugerah Allah. Setiap kali sujud, saya mohon diberi kesabaran dan kekuatan iman. Saya anak sulung. Pada adik-adik, sayalah tempat mengadu sementara saya pula mengadu hanya kepada-Nya yang Maha Mendengar dan Mengasihani.

“Terkadang saya kasihankan ibu bapa saya kerana mereka tidak tahu hal sebenar. Mereka hanya nampak anak mereka tersenyum dan ketawa tetapi di dalam hati bersarang kesedihan dan kehampaan.

“Teringat saya bagaimana ibu bapa membesarkan saya dengan kasih sayang, mendidik hingga saya berjaya memperoleh segulung ijazah dan dalam kerjaya yang kompetitif.

“Saya buntu dan tidak tahu apa yang perlu saya lakukan. Saya mengadu pada-Nya, mohon ditunjukkan jalan. Saya diduga dan diuji-Nya lagi, bila anak ketiga saya kini berusia 7 bulan lahir dengan keadaan tidak sihat membabitkan masalah pembuluh darah.

“Perasaan lebih terguris apabila suami akhirnya memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Dia mengaku tidak dapat menipu diri yang saya dan anak-anak adalah kebahagiaan mutlak hidupnya yang telah hilang walaupun telah beristeri baru.

“Ini saya saksikan dengan rasa sebak ketika saya temukan dia dan anak-anak pada satu hari atas permintaannya. Melihat airmata yang mengalir di hari pertemuan mereka empat beranak, saya tahu doa saya demi kebahagiaan anak-anak termakbul. Saya tidak kisah hati saya terluka.

“Kemaafan sesama manusia saya hulurkan.. apa yang saya harap untuk terus meniti hari-hari akan datang dengan penuh kesyukuran agar anak-anak saya jadi anak-anak yang beriman dan berakhlak.

“Ruangan ini banyak memberi saya inspirasi dan mengingatkan saya bahawa saya adalah di antara insan-insan yang disayangi oleh Allah, diuji setiap masa agar saya lebih tabah menghadapi hidup.

Meminjam kata-kata kakak: ‘Indahnya hidup andai ada kemaafan’, saya minta agar wanita di luar sana jika diuji dengan masalah, hendaknya lebih tabah daripada saya. Ingat, kekecewaan adalah jalan terbaik untuk bangun dan terus berjuang menggapai kebahagiaan dunia dan akhirat.’’

Begitulah Ifa menamatkan ceritanya. Saya pasti ramai yang tersentuh dengan pengakuan Ifa mengenai kisah rumah tangganya yang roboh di pertengahan jalan.

Tapi saya yakin, Ifa bukan calang-calang wanita, isteri dan ibu. Dia nekad dengan cabaran yang dilaluinya. Segala kepahitan yang dilaluinya semakin berlalu, hanya masa yang diperlukan.

Seperti kata Ifa, anak-anak berhak kepada bapa mereka sebab itu tanggungjawab. Saya sanjung tinggi sikap Ifa membenarkan anak-anak bertemu bapa mereka, itu sebaiknya. Ingat, hubungan yang terputus hanya antara Ifa dan suami, tapi anak-anak terus kekal selagi hayat mereka.

Berpeganglah kepada jodoh, pertemuan dan maut itu di tangan Tuhan. Insya-Allah, esok masih ada bahagia untuk Ifa. Dan kala ia menjadi kenyataan, pastinya bahagia itu akan kekal sehingga ke akhir hayat.

Terima kasih Ifa kerana berkongsi cerita dengan kami. Semoga Ifa terus tabah menghadapi cabaran dan cemerlang dalam hidup dan kerjaya.

Mengundur diri, pesanan telus daripada saya:

Mencintai seorang wanita bagi lelaki adalah sebahagian daripada kelebihan hidup lelaki – wanita adalah anugerah yang cukup nikmat dan penuh keindahan. Rugi bagi lelaki yang tidak menghargai kenikmatan dan keindahan ciptaan Allah SWT ini.

Salam.

~sedih baca kisah Ifa ini..tidak dapat di bayangkan andai ini terjadi pada diri saya…na’uzubillah. Semalam saya menonton Apa-Apa Aje bersama Hajah Shiela dan Shamsul Ghau-Ghau kisah rumah tangga jugak isteri mengandung suami beralih arah( lari dari kisah Ifa ni). Banyak yang memberi pendapat masing-masing. Ada tak sesiapa menontonnya semalam? Saya melihat dari kalangan keluarga, ayah saya sudahpun berusia lapan puluh lima( alhamdulillah masih sihat) manakala emak saya pulak tujuh puluh lebih ,kakak sulung saya lima puluh lebih. Saya melihat kebahagiaan mereka sampai ke hari ini. Pernah emak saya berkata, mak kalau ayahmu tiada tak taulah. Ini mengambarkan yang emak saya mencintai ayah saya sepenuh hati. Sesekali ada juga badai yang melanda tetapi dapat di atasinya dengan cara baik alhamdulillah. Itulah saya katakan betapa setianya orang dulu-dulu. Doa saya semoga kebahagiaan ini berkekalan untuk selamanya hingga ke akhir hayat~

7 Respons to "Rugi lelaki yang tidak menghargai wanita"

hidup manusia berpesan-pesan, terima kasih atas ingatan ini…

terima kasih kerana datang ke blog saya ni He…lelaki dan wanita saling memerlukan dari itu hargailah wanita atau pasangan kita masing2…andai ada salah faham sikit2 tu berbincanglah demi keharmonian rumah tangga yg sudah terbina. Dalam usrah bersama ustazah fatma al zahra jumaat yg lepas dia menafsirkan surah al talaq…suami isteri mesti ada sifat takwa…namun ketentuan tuhan tiada siapa yg tahu ..jodoh pertemuan di tangan tuhan, ku sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tenghari, andainya perpisahan jalan terbaik redhalah. ttp cuba tengok mak pak kita dulu kawin bukan saling cinta menyintai ttp kekal hingga ke hari ini..atau ke akhir hayat….dalam keluarga di tv9 semalam membincangkan tentang isu perkahwinan…ada yg menyuarakan pandangan masing2…mudahan mahligai yg di bina berkekalan hingga ke syurga amennnn………

btl kate u all,laki2 n pmpuan mmerlukn 1 sme len,jgn lh pntgkn drv sndr……

sedangkan nabi Adam memerlukan pasangan hidup (hawa)inikan kita manusia biasa yg di beri fitrah oleh Allah s.w.t utk di sayangi dan di cintai…………

Hello, Neat post. There’s an issue together with your site in web explorer, might check this? IE still is the marketplace leader and a good section of people will pass over your excellent writing because of this problem.

Tinggalkan Jawapan kepada nuriman Batal balasan

Kalendar

April 2008
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Blog Stats

  • 913,637 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada