bila hatiku berbicara

takde tajuk

Posted on: Mei 5, 2008

Ada tak sesiapa menonton Al Kuliyah jumaat lepas yang bertajuk Syifa? alhamdulillah saya kalau hari jumaat tidak pernah ketinggalan menonton tv3 dan tv9 kerana banyak program agama yang siarkan pada hari itu.

sudah sebulan anak saya berulang alik ke hospital kerajaan baik swasta kerana selepas dia demam dan batuk dia di jangkiti kudis buta pula dari asrama, memanglah kudis buta memang agak susah untuk sembuh..bila dah sembuh datang balik tergaru-garu siang dan malam kita yang tengok ni pun kesian. Kain baju habis saya rendam dengan air panas yang mendidih supaya mati segala kuman. Alhamdulillah setelah ke klinik swasta berhampiran serasi pulak ubat tu, agaknya sekarang ni semuanya barang naik mendadak doktor bercakap saja dah rm 90 di campur dengan ubatan rm 350. Tapi nak buat macam mana kesian kan anak nak belajarpun tak selesa, wang ringgit boleh di cari tetapi anak tidak dapat di tukar ganti dengan harta benda, itulah harta yang amat berharga buat ibu bapa. salah satu puncanya kerana tidak menitik beratkan kebersihan sedangkan kebersihan itu separuh dari iman. Kesian anak saya dari kecil hingga remaja tidak pernah mengalami masalah kulit tetapi bila tinggal di asrama itu semua budak-budak terkena penyakit ini. Memanglah kalau seorang kena semuanya dapat, tetapi saya agak bersyukur kerana saya dan suami yang menyapu ubat di seluruh badan anak saya tidak terkena pulak penyakit ni. Itulah suka duka saya anak tinggal di asrama, pelajaran terbengkalai. Alhamdulillah sekarang ini sudah hampir sembuh……..lepas ni dia akan pulun semula belajar segala yang tertinggal. Tetapi saya menyuruhnya menghafal dan mengulang di rumah. Betullah penyembuhan itu hak milik Allah s.w.t Allahlah yang menurunkan penyakit dan Allah jua lah yang menyembuhkan setiap penyakit yang di berikan hambaNYA. Ini semua untuk menguji keimanan hambaNYA.

Saya nak sambung tentang tajuk Syifa dalam Al Kuliyah jumaat lepas bersama ahli panelnya Ustaz Jazlan bersama dengan seorang ustaz peramal perubatan darul syifa, bersama mereka petang itu adalah seorang pesakit yang di ganggu jin. Pada mulanya saya terkejut jugak bila setiap kali wanita itu di rawat dia akan mengeluarkan suara yang agak kasar dan dia akan menangis tak henti-henti sepanjang di rawat dan di tenangkan oleh ustaz itu, meremang jugak saya petang itu kerana sayapun pernah mengalami peristiwa yang sama tapi tak serupa tahun lepas ketika di kampung. Rasanya tak payah ceritalah hehehe nak simpan untuk tulis kisah misteri pulak hihihi…….insyaallah minggu depan akan di sambung lagi tajuk itu kerana mendapat sambutan yang hebat dari penonton termasuk saya. Tetapi saya kesiankan wanita itu kerana dengan secara automatik dia akan menangis dan bersuara kasar memarahi ustaz tersebut, tetapi ustaz itu relax aje dengan memujuk dengan lembut, kekasaran tidak boleh di balas dengan kekasaran banyak memujuk.

soalan ustaz..”kenapa u nak bersama dia(pesakit itu) sedangkan dia sudah bersuami?”

jawapan..”itu aku tahu tapi aku sayang dia aku suka melihat tubuhnya dari anak dara lagiiiiiiiiiiii, aku nak sesatkan diaaaaaaa”.

bila di baca dengan ayat Al Quran dia marah…”aku tidak mahu cara iniiiiiiiiiiiiiiii” dengan suara yang kasar.

“habis tu u nak cara bagaimana jangan kasar mari kita berbincang baik-baik” itulah lebih kurang dailog di antara pesakit dan ustaz…..

di pendekkan ceritanya tontonlah sendiri al Kuliyah bagi yang duk di rumah tu…..sebenarnya banyak ilmu pengetahuan biarpun di rumah kerana tidak semua tv dan radio menyiarkan rancangan hiburan dan drama sahaja, bagi yang nak tengok atau tidak sahaja…itulah sahaja cara saya menambah sedikit ilmu selain dari melayari internet…….

insya Allah nanti saya sambung menulis lagi seperti biasalah ayat-ayat yang sama……maaflah saya dah tak tahu nak letak tajuk apa hehehe….sayapun ingat nak berpindah ke rumah baru tetapi tak tahulah bila pulak mungkin mengambil masa..bukan dah jemu dengan warna hijau ni tetapi nak jugak merasa warna lain pulak….

Advertisements

4 Respons to "takde tajuk"

waah..sy penah tgk org tgh histeria..laki dan perempuan skali..teruja betul nengoknye..hehe..quran mmg ada power!tu je cara nak kalahkan bende2 xnmpkni.. 😀
salam 😀

memang kekadang benda nih degil suka melawan n kasar sangat bahasanya hehehe……

salam kasih sayang sue buat kak iman…

apa kabar? sihat gak?…. hope sihat n sentiasa dibawah naungan Allah SWT…. ameennn…

terasa lama plak tak singgah bagi komen… hehehe

sememangnya dkt dunia ni, bukan kita manusia je yg ada tapi makhluk Allah yg ‘tuh’ pun ada. teringat masa sue kecek2, agaknyer masa darjah 3 kot… tgok ayah ubat seorg akak ni sbb setiap taun, gugur jer baby dia… tak ada peluang nak timang anak…. sure alami keguguran…. p gak dia berubat dkt umah…. ayah bukan jugak dukun @ bomoh…. cuma mgkin ayah berani…. ayah guna ayat2 quran, hayatul kursi gak… mang seram masa tuhh dgr ppuan tuhh berubah bahasa plak…. kasar aje bunyi, garau… rupanye jin yg duduk dlm badan ppuan tuhh adalah suruhan org yg dulu suka kat akak tu tapi tak dpt nak miliki sbb akak tuh kawin ngn lelaki lain… so, dukun lah bertindak…. inilah kalo aqidah tak ada… mcm2 blh jade… smpi sanggup mengsyirikkan Allah…

kita ni lah yg kena hati2 gak… seeloknya jaga aurat kita (jgnlah nak bogel2 ni) wpun seorg diri sbb ‘pasti’ bukan kita je ketika tuh…. kita tak nampak ‘spesies’ tuhh.. kena jaga auratlah terutamanya masa mandi dan masa nak tidur mlm.. takut masa tidur ada plak menemani…. tak elok jugak kalo tidur dlm keadaan mcm tuhh sbb malaikat rahmat tak akan dekati kita, tetapi ‘mahkluk spesies’ tuhh yg paling suka sbb ada peluang tumpang sekatil… nauzubillah…

sedikit petua dari sue…

bacalah dua ayat terakhir Surah Al-baqarah

“Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata ): “kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain dari Rasul-rasulnya”. Mereka berkata lagi : “Kami dengar dan kami ta’at . (kami pohonkan) keampunan Mu wahai Tuhan kami, dan kepada Mu jualah tempat kembali”. (Surah Al-Baqarah: 285)

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang juga diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahkannya. (Mereka berdoa dengan berkata): “Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau membebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu kepada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunlah kesalahan kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir”. (Surah Al-Baqarah: 286)

dua ayat terakhir surah Al-Baqarah ni akan jauhkan syaitan dan anggota2nya dari rumah kita selama 3 hari. ini adalah dari riwayat hadis yg soheh…. moga jde sedikit petua tuk dijadikan amalan dikala kita seorg diri….

salam kasih sayang untk Sue yang selalu singgah ke blog akak ni. Seronoknya baca pengelaman Sue ni…eh rasa nak cerita jugaklah pengelaman akak walaupun akak kata x nak citer hehehe. Takde apapun…begini…ketika akak balik raya posa tahun lepas akak sakit lutut n belakang n kepala sebelah kanan rasa seperti datang dengan tiba2 dan hilang dengan tiba2 jugak……sakit lutut x leh berdiri lama sampai dua bulan baru okey…tubuh badan pulak selalu lenguh2…….

bila balik kg adalah sepasang hamba Allah tu bertanya akak ada sakit lutut, sakit kepala n lenguh2?akak kata biasalah wat memacam keja kat rumah…keja rumah pun bukan sekadar keja umah akak suka berkbun ada cangkul kecik dan segala peralatan tebas rumput sikit2 utk beriadah…nak buat seperti org lain tu mmg tak berdaya…kekadang sekeliling umah akak meronda….mmg seronok akak boleh wat keja2 gini…

hamba Allah tu kata “eh abang ngan akak rasalah apa awak rasa tu”…..masa tu isterinya sudah pun mengambil wudud dan membaca yassin mula2 dgn suara perlahan dan sayu lama2 dengaqn suara yg kuat bagaikan hendak marah bila akak kata…sakit biasa takdak apapun…lagi dia kuat baca kerana dia rasa ada benda kat akak tu…

oleh kerana mereka beriya2 nak tolong…akak duduk aje atas sejadah diaorang suh berselawat istighfar berzikir apa saja yg terlintas jangan lalai mengingati Allah.sementara isterinya sudah memegang bahu akak dia kata kat laki dia..tolong “dia” tak bagi kacau dekat sini dia tolak tangan akak tu kuat hinggakan jatuh terlentang……….
entah mengapa isterinya secara aotomatik menangis..”Ya Allah bantu aku ya Allah…bantu aku Ya Allah”…………masa tu akak tak rasa apa2 tetapi entah mengapa hati terasa sayu dan menangis kerana seluruh badan rasa mengigil dan sejuk tetapi takde kuar suarapun cuma akak tu aje yg dailong dengan benda tu………….diorang suruh berzikir…lepas tu akak dengar isteri hamba Allah tu bercakap dalam bahasa Indonesia pekat……..bila suaminya buat apa tak taulah kerana suaminya hanya terkumat2 kumit mulut membaca ayat suci Al Quran lah kot kerana akak tak dengar………..

tiba2..”ampun pak …bu ampun…dia sudah kacau tempat saya dan anak2 saya.”
Hehehe agaknya yalah kot sebab akak selalu gergaji pokok besar belakang umah..di situlah rumah diaorang…cewah ada umah kat belakanng umah akak ek hihihih….
lepas tu diaorang suruh akak supaya tak lalai dalam menjalani hidup seharian..sentiasa berzikir dan buat solat sunat taubat n solat sunat hajat……..baca yassin..mengaji n segalanya….

kerana hidup kita ini berkongsi dengan makhluk lain juga..mungkin apa yg berlaku atas kelaiaian kita sebagai manusia….

di takdirkan Allah ketika ayah mertua tiri akak mai baru2 ni dia kata umah ni di salah satu bilik tempat pemujaan org dulu2 lah kot..kalau nak ikutkan mmg umah akak duk nih dah pun berusia lima puluh tahun lebih….
lagipun sebelum akak masuk dah lama tidak berpenghuni….masa mula2 pindah sini suami akak azan di empat penjuru rumah n buat lah apa yang patut sepertimana org nak masuk umah………..
pastu ayah mertua ambik pasir ,garam n tabur sekeliling umah…..apakah itu isyarat kerana akak bab2 ni tak berapa reti……….
alhamdulillah dengan izin Allah sekarang ni pokok2 pun dah takde apa2 pokokpun sebahagiaan dah di tebang dah…cuma kalau akak rasa susah hati ambik wudud solat n mengaji….kata kakak hamba Allah tu jangan terlalu pkkan sangat benda tu……akak tak pk pun kerana takde apa yg berlaku lepas tu./…akakpun pernah berhari2 tinggal seorang diri ketika suami berkursus…tetapi masa mula2 datang sini adalah jugak citernya lain kalilah kalau tak lupa………

betuilah kata Sue..biarpun kita mandi dalam bilik air jangan sekali2 ……kerana dalam bilik airkan umah makhluk2 tu..nak masuk mula dengan kaki kiri tu bacalah doa…nak kuarpun langkah ngan kaki kananpun baca doa jugak……….betui dak?
alamak kita sebagai org islam rasanya kenalah jaga adab nak tidur kerana masa tidurpun ada malaikat yg menjaga kita………….apapun bagus dapat sedikit sebanyak ilmu dan petua dari Sue insyallah akak akan amalkan…..alhamdulillah…………
.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: