bila hatiku berbicara

sungguh menyayat hati

Posted on: Mei 6, 2008

Semua anak tak sekolah

KANGAR: Semua anak Allahyaham Hatib Leman, yang dipukul sehingga mati kerana disangka mengintai anak jirannya kelmarin, didapati tidak pernah bersekolah dan hidup dalam kedaifan serta memerlukan pembelaan semua pihak.

Malah, tiga daripada anaknya iaitu Hayati, 17, Mohd Asri, 16 dan Haliza, 11, tidak pernah memasuki mana-mana sekolah untuk mengikuti sesi pembelajaran walaupun usia mereka sudah meningkat remaja.

Manakala seorang lagi anak Hatib, Ismail berusia lima tahun mungkin akan mengikuti jejak langkah abang dan kakaknya yang tidak bersekolah jika tiada perhatian daripada mana-mana pihak.

Isteri Hatib, Fazilah Muhammad, 35, berkata, dia tidak mampu menghantar kelima-lima anaknya bersekolah kerana tumpuannya lebih kepada mencari pendapatan untuk menyara kehidupan keluarga.

“Saya lebih memikirkan soal makan minum anak-anak serta wang membayar sewa rumah, apatah lagi suami yang menjadi tempat kami bergantung sudah meninggal dunia.

“Saya difahamkan arwah suami tidak menjelaskan sewa rumah sejak dua bulan lalu. Saya cuba meminjam daripada keluarga untuk menjelaskannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Belakang Kilang, Kuala Perlis, semalam.

Tinjauan Harian Metro mendapati rumah sewa yang diduduki enam beranak itu serba kekurangan tanpa bekalan elektrik dan air paip, manakala struktur rumah kayu itu menunggu masa menyembah bumi.

Jenazah Hatib dikebumikan di Kampung Wai, Kuala Perlis, jam 5 petang kelmarin.

Fazilah berkata, selepas kematian suami, dia kini bergantung kepada anak sulungnya Hayati yang bekerja di sebuah restoran, manakala anak keduanya, Mohd Asri, menjadi nelayan di Kuala Perlis.

Katanya, anak ketiganya Haliza yang juga tidak pernah bersekolah, pula menetap bersama keluarganya di Langkawi.

“Saya akan berusaha memberi pendidikan kepada Ismail dan anak bongsu, Nurul, berusia dua bulan.

“Sebagai buruh kontrak, arwah suami hanya memperoleh pendapatan RM800 sebulan dan wang itu cukup menampung perbelanjaan keluarga, termasuk membayar sewa rumah,” katanya.

Dia akan mohon bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan, yang setakat ini belum menjengok keluarga mangsa selepas kejadian kelmarin.

Sementara itu, polis menahan seorang lagi lelaki menjadikan tujuh orang setakat ini, bagi membantu siasatan berhubung kematian Hatib yang mati dipukul 20 lelaki.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah, berkata polis sudah mendapatkan perintah reman seminggu daripada Mahkamah Majistret di sini, untuk menahan tujuh lelaki terbabit, bermula semalam.

~Dari semalam lagi saya membaca kisah buruh di pukul sehingga mati, hari ini pula saya membaca kisah anak-anak arwah Hatib tidak bersekolah sungguh saya tersentuh hati. Kasihan sungguh isteri yang baru habis pantang kehilangan suami tempat mereka bergantung. Sudah hilang nilai-nilai kemanusiaan sesama insan pada zaman sekarang. Petang semalam suami menceritakan kakak kepada kawan seofisnya telah di bunuh dengan kejam oleh pembantu rumah warga Indonesia. Sungguh ngeri bila mendengar cerita-certia sebegini, nak bercerita panjangpun bimbang takut tersilap Zaman sekarang ni perempuanpun boleh jadi pembunuh, di manakah sifat-sifat kelembutan seorang wanita atau seorang ibu kalau sanggup membunuh? semoga roh mereka di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t kepada si pembunuh kejam lambat laun akan dapatlah pembalasannya~

Advertisements

2 Respons to "sungguh menyayat hati"

Salam perkenalan.Apa yang saya baca di blog puan ini ‘mengconfirmkan’ lagi keyakinan saya bahawa masyarakat kita sebenarnya mementingkan diri! Tiadakah orang-orang yang senang berhampiran dengan mereka? orang-orang kaya pergi ke Mekah, melancung saban tahun, tapi anak sekampung/masyarakat tak sekolah?sedangkan Rasulullah pergi buat haji sekali saja..entahlah…kesian budak-budak tu

salam perkenalan utk ummusaif………..

terima kasih kerana mampir keblog yg tidak seberapa ini………kekadang saya sedih bila menonton program bersamamu..rupanya masih ramai lagi rakyat malaysia yg hidup susah………insaf………….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: