Kaunselor Anda: Isteri terlanjur dengan suami orang
Posted Mei 8, 2008
on:Setelah sekian lama melakukan noda, wanita sedar apa yang dilakukan itu salah dan berdosa besar
Soalan
SAYA sudah berkahwin tetapi pernah menjalin hubungan dengan lelaki yang juga suami orang sepanjang perkahwinan saya dan kami terlanjur beberapa kali. Perkara ini berlaku disebabkan kesunyian dan hawa nafsu, lebih-lebih lagi suami ketika itu bekerja malam.
Setelah sekian lama melakukan noda, saya sedar apa yang saya lakukan itu salah dan berdosa besar. Untuk mengelakkan berhubung dengan lelaki itu saya minta suami bertukar kerja pada waktu siang. Setelah beberapa bulan suami bekerja siang, saya disahkan hamil dan yakin anak itu adalah daripada benih suami.
Sebaik selamat melahirkan anak, bekas teman lelaki mengatakan bahawa anak saya mirip sekali muka anaknya walaupun melalui kawan saya. Bagaimanapun, saya tetap yakin yang anak itu anak suami saya. Sekarang ini saya buntu sama ada patutkah saya beritahu suami mengenai kecurangan saya di belakangnya sehingga sanggup berzina. Perkara itu menghantui saya sehingga sekarang. Saya takut jika saya beritahu, suami akan menceraikan saya. Saya sayangkan suami dan perkahwinan serta anak-anak kami, Tolonglah saya.
Isteri Insaf.
Jawapan:
Salam pertemuan buat puan yang sedang berlatih untuk membina keyakinan berasa dekat dengan Tuhan. Puan, sedarlah dalam dunia ini tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan. Tidak ada manusia yang tidak buat silap dalam hidup. Cuaca juga ada kalanya cerah, mendung, gerimis dan ribut. Hidup ini ibarat belayar di lautan, ada ketikanya tenang dan ada ketikanya ombak menjadi hiburan dan kedamaian. Ada masanya ombak yang menggunung, mengancam dan menelan mangsanya. Ada gelora, tetapi pasti semuanya tidak kekal, ia akan berakhir dengan angin sepoi-sepoi bahasa untuk kita meneruskan kehidupan. Hanya mereka yang kuat, tabah dan menghubungkan seluruh kehidupannya saja yang mampu tenang semula, Maka kita pelayar, kita nelayannya, pasti akan menyebut Allah apabila ribut dan gelora menggila, tetapi lupa bila sengsara dilepaskan, sakit dihilangkan, sesat disedarkan dan susah disenangkan.
Begitulah kita dalam kehidupan berkeluarga. Kecurangan yang berlaku berpunca daripada banyak sebab, tetapi sebab yang paling besar ialah puan tidak dididik untuk merasa dekat dengan Allah. Puan hanya tahu ada Allah dalam kepala, tetapi tidak berasakan Allah itu sangat dekat dengan puan sebagai mana puan berasa suami berada di sisi puan. Sesungguhnya Allah lebih dekat dengan kita daripada ayah, ibu dan suami, isteri kita atau anak kesayangan kita.
Ini yang puan tidak dapat rasakan sehingga mendorong puan untuk berasa suami puan tidak ada di sisi. Jika manusia yang sudah tidur bersama puan, mengambil puan jadi isteri, puan tidak rasa kehadirannya di hati, hanya dekat di mata tapi jauh di hati, bila jauh di mata lagi jauh di hati maka mana mungkin puan akan berasa dekatnya Allah di otak, perasaan dan di hati. Sedarlah bahawa kehadiran Allah dengan puan lebih dekat daripada urat di leher puan, tetapi puan tidak dapat rasakan. Akibatnya puan tidak berasa dilihat Tuhan ketika melakukan maksiat kerana puan berasa dapat sembunyi daripada suami saja sudah memadai.
Jika keyakinan bertuhan tidak dirasa puan akan mudah terperangkap dengan maksiat bila ada kesempatan. Kini puan berasa takut dengan suami belum takut dengan Allah. Puan berasa bersalah dengan suami tetapi belum berasa bersalah dengan Allah. Sebab puan takut untuk berterus terang dengan suami saja, itupun takut diceraikan. Keadaan ini menunjukkan puan kurang merasakan yang jodoh pertemuan puan di tangan Tuhan bukan saja di tangan suami.
Puan sayang suami dan anak tetapi puan kotori diri puan dengan perbuatan terkutuk. Bagaimana puan ingin mendidik anak untuk kenal Tuhan. Inilah persoalannya. Nasihat saya puan harus bertaubat dengan Allah terlebih dahulu dengan taubat nasuha (mengadu dan memohon ampun dengan Allah atas semua kesalahan anda dan berjanji tidak akan mengulang lagi dalam apa keadaan pun). Jika tidak tahu tanya pada orang yang tahu atau belajarlah dengan panduan buku yang banyak di pasaran. Kemudian, barulah puan perlu memohon ampun dan bertaubat secara jujur dengan suami. Tidak ada jalan pintas, kerana puan melakukan maksiat itu ketika bergelar seorang isteri.
Jika suami puan dididik untuk dekat dan patuh pada Allah maka dia tidak akan dengan mudah menceraikan puan. Suami yang baik akan memaafkan kesalahan isteri walau sebesar manapun dosa isterinya kerana Allah mengampunkan semua dosa hambanya walau seluas lautan dan selebar bumi dosa dan kesalahan hambanya.
Jika Allah boleh ampunkan hambanya maka orang yang berasa yang dirinya hamba Allah akan melakukan sedemikian. Mudah-mudahan puan akan diampunkan oleh suami sebelum dijemput Tuhan kerana reda Allah ada dalam redanya suami dan reda ibu bapa.
Bagi pembaca yang ingin berkongsi masalah dan pendapat dengan Dr Rubiah K Hamzah, anda boleh menghantar soalan anda ke alamat Ruangan Kaunselor Anda, Berita Minggu, Balai Berita, 31, Jalan Riong 59100 Kuala Lumpur atau e-mel bminggu@bharian.com.my
~kenapa seorang isteri sanggup berlaku curang kepada suaminya? begitu sebaliknya ada juga suami yang curang dengan isteri? seolah-olah tidak kenal halal dan haramnya? Itulah kerjanya syaitan sentiasa menyuruh manusia berbuat kejahatan~ apa komen anda?
21 Respons kepada "Kaunselor Anda: Isteri terlanjur dengan suami orang"

kita selalu menilai org dari aspek kita..cuba kita nilai org dari org itu sendiri..mengapa dia berbuat demikian? kenapa boleh berlaku? apa yang dia perlukan? bila org buat salah, kita kutuk..cuba kita yg membuat kesalahan tersebut, apa perasaan kita? apa tindakan kita dalam situasi itu? apa pun jawapan dari kedua2 pihak, yang paling penting, jika kita membuat kesilapan, betulkannya kembali..pilihan itu sentiasa ada untuk kita, dan setiap pilihan itu, ada kesan dan implikasinya sndiri..bergantung kepada kita untuk memilihnya..


pokok pangkalnya hati,iman dan takwa…..kembali ke jalan Allah…sebagai manusia tidak akan lari dalam melakukan kesilapan. Allah beri akal dan nafsu buatlah pilihan sendiri…… bab kata Nabil lu pklah sendiri………………..eh sori………..


salam.. saya adalah antara isteri yang pernah terlanjur dek godaan kekasih lama.Setelah petemuan demi pertemuan, kami hampir melakukan zina.Tapi akhirnya saya taubat..kerana semuanya hanya dosa yang tidak seharusnya berlaku.Saya menyesal dan berjanji tidak akan mengulanginyaTetapi.. kebaikan suami saya membuat saya takut hendak bercerita kisah itu cuma setiap kali selesai solat pasti saya mencium dan memohon maaf walau dia tidak tahu segalanya.Namun..hati kecil saya masih rasa berdosa padanya.Apakah yang harus saya lakukan ?


Salam kpd semo sahabat2 yg mengikuti atau terbaca alkisah spt di ats tuh.
Pd saya memang tuh semo dugaan Allah swt.. yah bagaimana perlu kita wat pilihan yg baik atau sebaliknya..? iman kita nih memang lah ibarat nipis lg dri kulit bwang kn? Wal hal sendiri mesti mau ingat lah..jgn termkn bisikan iblis dan hawa nafsu.. banyak kan berpuasa addin lah..isikn masa dgn keje2 yg berfaedah kn lg baik spt mengemas rumah, wat lah spring cleaning.. Kalo teman dah takde ..keje malam.. wat lah solat2 sunat bagi mengisi masa mlm yg berlalu tuh yah..
Wallahuwa’alam.


Puan, Semoga Allah melaknat puan, segala malaikat dan mahluk menhina Puan dan doakan Puan tidak di masukkan dalam syurga. Sungguh benci puan, walaupun suami puan maafkan sekali pun tapi Allah tidak redha puan hidup dalam dunia ni. Sebenarnya Puan patut dihukum rejam hingga mati seprti yang dituntut oleh Agama. Dari cerita diatas Puan bukan betul2 insaf, cuma takutkan suami. kalau suami puan maafkan tentu kes settle? tidak anak haram yang puan bin kan dengan suami pun itu akan menjadi dosa pada puan dari dia bernafas hingga anak cucu cicitnya. Pukullah diri puan setiap malam dan betul2 bertaubat. Saya terlampau geram baca cerita puan


sgt jijik dan hina,,
itu yg sya dpat gambarkn,, lebih hina dri pelacur,, sbb pelacur cuma mnjatuhkn maruah diri sndri tpi klu seorg istri pasti melibatkn maruah suami dan ank2 ,, pelacur mngadai badan utk menyara hidup tpi dlm kes di atas,, mngadai bdan hanya utk kepuasan nafsu seks,, ~sorg suami mmg sptutnya memaafkn tpi klu mneruskn perkahwinan hanya utk suami2 yg dayus dan lemah,,
p/s: kesian kpada si suami yg mempunyai isteri yg lebih hina dr pelacur dan ank2 yg beribukn seorg penzina,, nauzubillah,,


Salam..aku pun naik geram gak dengan perempuan macam ni. Sesepatut dia minta nasihat dan pandangan sebelum terlanjur. Tapi ni dah terlanjur baru nak minta nasihat. Pii daaah perempuan perosak keturunan..! Masa sedap tak ingat. Dah terantuk baru terngadah..Tu sebab Agama pun suruh rejam je isteri yang macam ni..Perosak keturunan. Tujuh keturunan pun takkan suci..Agaknya anak2 yang luar nikah yang dibuang tu pun ada hikmat atau Allah saja yang Maha Mengetahui…Tapi Ibu bapanya yang patut dihukum rejam sampai matiii..Ya Allah..Kau laknatilah perempuan macam tuuu..aminn.


Salam..aku pun naik geram gak dengan perempuan macam ni. Sesepatut dia minta nasihat dan pandangan sebelum terlanjur. Tapi ni dah terlanjur baru nak minta nasihat. Pii daaah perempuan perosak keturunan..! Masa sedap tak ingat. Dah terantuk baru terngadah..Tu sebab Agama pun suruh rejam je isteri yang macam ni..Perosak keturunan. Tujuh keturunan pun takkan suci..Agaknya anak2 yang luar nikah yang dibuang tu pun ada hikmah atau Allah saja yang Maha Mengetahui…Tapi Ibu bapanya yang patut dihukum rejam sampai matiii..Ya Allah..Kau laknatilah perempuan macam tuuu..aminn.


salam…sebenarnya perempuan macam ni lebih jahat dari pelacur…orang macam ni tak layak diangkat jadi isteri.semua orang lelaki di dunia ni tak nak terima perempuan ni jadi isterinya walaaupun lelaki itu orang gila…binatang macam kambing pun tahu jaga kehormatan diri…tak beri mudah2…insaf mudah 2 ke orang macam ni…


pandai2 u ols nk nk suruh Tuhan laknat pmpuan tu…i tau u ols pn ckp ikut nafsu bkn pakai otak..anyway i tak kisah la u ols ckp pe.ntah2 suami u ols pn penah berada dlm pelukan i..hehe..n lelaki diluar sane kalo nak niena layan sila email ok..sediakan duit aje..hehe

x mnta tuhan laknat, cuma mgigatkn org len terutamanya perempuan betapa buruknya perbuatan tu,, hidup kt dunia ni kejap je,



Salam..nauzubilla..ape la org2 mcm arzermey,pak su dan pok ri..sewenang2nya melebelkan org seolah2 dia adalah penjaga syurga & neraka..tlg la tunding jari di badan sendiri sebelum beri komen yg tidak berakal mcm tu..adakah kalian org2 yg dah confirm masuk syurga?dari perbuatan kalian menyakiti hati & mendoakan keburukan saudara sesama islam saje dh dpt dosa kering & tak disukai Allah..org yg merasakan dirinya hebat tp tak berilmu mmg mcm tu..semoga Allah beri petunjuk pada kalian semua..kasihan sy tgk..septtnya kalian perlu beri kata-kata dorongan supaya mereka yg nk bertaubat ni tak rasa down..sesungguhnya Allah Maha Pengampun..sabarlah puan, abaikan komen2 sebegitu..sy harap puan tabahkan hati & nekadkan semangat, puan pasti dapat harungi masalah puan dgn tenang..

makcik,, sya x cakap pn yg dia akn masuk neraka,,, sila baca komen saya betul2 dan fahamkn,,, yg saya kritik ialah perbuatan pmpuan tu dan nasib suami n anak2 dia,,
semoga sya dan keturunan saya dipelihara dri perbuatan2 yg keji,, aminnn,,,


oklah,, minta maaf kepada puan2 semua klu bahasa sya yg kasar dan mengecilkan hati sesiapa,, maafkn sya,, nobody perfect, =)



Saya belum berkahwin … dan cerita puan ni amat menakutkn saya … mudah2an Allah memberi jodoh yg baik buat saya … dan jodoh sy itu tak ikut kelakuan puan selepas berkahwin kelak … doakan saya

Ketahuilah orang2 yang mendoakan seseorang binasa…maka dialah yang akan binasa…Fikir2 kanlah….


Mei 21, 2008 pada 12:32 pm
assalamualaikum…….berdasarkan situasi hari ini yang melihatkan maksiat seperti kfc dah cuba pasti nak lagi…..saya tidak mahu diri menjadi contoh terdekat…cuma apa yg saya nak sampaikan…..pokok pangkal terletak pada hati dan iman….diri ini juga sering digoda oleh lelaki yang meletakkan nafsu di tangga teratas….tetapi….masih dihadang oleh iman dan kekentalan jati diri yang kukuh….bukankah solat itu sepatutnya menjadi penghalang kepada segala maksiat??? jika masih cintakan maksiat biarpun solat tak pernah tinggal….. adakah solat itu tidak bermakna???? di sinilah letaknya kekuatan iman dan jati diri kita sebagai wanita Islam…..jika kita menyedari tanggungjawab kita dan sedar siapa DIRI kita…..takkan kesunyian terubat dengan layanan nafsu semata-mata????? Allah menjanjikan Al-Quran pengubat dan penyembuh segala-galanya…..saya menyeru semua isteri-isteri yang berpegang kepada Islam……ilmu perlu dituntut….ilmu yang ada perlu di amalkan…dan hasilnya InsyaAllah menjadikan diri kita sentiasa BERIMAN dan tawadukk….guru saya sentiasa mengulang pesanan ini buat saya….UNTUK MENJADI INSAN YANG CEMERLANG FARDHU AIN HENDAKLAH DIJUNJUNG DAN FARDHU KIFAYAH MESTILAH DIJINJING BERSAMA…………..WALLAHUALAM.