bila hatiku berbicara

happy mother’s day

Posted on: Mei 10, 2008

Kepada ibu-ibu walau di mana sahaja berada selamat hari ibu saya ucapka walaupun saya tidak berapa suka hendak mengucapkan hari ibu or hari bapa juga.. kerana bagi saya hari-hari adalah hari ibu dan hari ibu tiada harinya kerana bersama ibu adalah teramat istimewa dalam hidup saya. Pendek kata hari-hari adalah hari istimewa buat ibu, istimewa menjadi seorang ibu kerana dapat merasai pengelaman mengandung, melahirkan dan melihat anak membesar di hadapan mata dan bila dewasa kelak menjadi anak yang berguna kepada dunia dan akhirat, anak yang soleh dan solehah penyejuk mata ayah dan ibunya. Memang wajarlah bila anak-anak menjadikan ibu adalah istimewa setiap detik dan saatnya…malah tiap hari sayang bukan terletak pada harinya, kalau nak beri hadiah jangan tunggu tiba hari ibu sahaja. Bila berjauhan selalu-selalulah telefon bertanya khabar ayah dan ibu kita. Syurga itu di telapak kaki ibu pengorbanan seorang ibu yang mengandungkan kita sembilan bulan sepuluh hari dan melahirkan kita dengan bersusah payah membesarkan kita dengan berbagai dugaan. Ah….pengorbanan ibu tidak akan dapat di balas oleh seorang anak. Namun percayalah seorang ibu tidak akan meminta apa-apa balasan selain dari kasih sayang dari seorang anak. Bila saya menjadi seorang ibu barulah saya merasai betapa sukarnya untuk menjadi ibu dan menjaga anak biarpun hanya seorang, sedangkan emak saya menjaga saya adik beradik enam orang. Oh ibu jasamu tidak dapat ku balas dengan segunung intan, dari kejauhan hanya doa yang mampu ku kirimkan semoga ibu di lindungi Allah s.w.t. di panjangkan umur dan di murahkan reseki walaupun jauh di mata dekat di hati.

Sekarang ini emak/mek dan ayah saya sudahpun menjadi warga emas tetapi masih sihat dan boleh pergi ke surau atau masjid untuk menghadiri majlis-majlis ilmu dan solat berjemaah. Kalau panjang umur sayapun akan menjadi warga emas juga. Saya sentiasa berdoa semoga anak saya Muhammad Hafiz akan menjadi anak yang soleh. ingatlah nak walau apapun keadaan ibu…inilah ibumu sampai ke akhir hayat……..

ayat berbelit-belit dah…..cukup untuk di faham sendiri hehehe………

lagu untuk ibu~brothers
Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerna Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah

Kini Ibu
Peganglah Tanganku Ini
Biar Kubawa
Ibu Menjelajah
Hasil Titik Peluhmu
Biar Kubawa
Kealam Ku
Hasil Ukiranmu
Selama Ini

Dodoianmu Ibu
Membina Benteng Pemisah
Antara Yang Hak Dan Yang Batil
Membakar Semangat Perjuangan
Mengait Kasih Pada Junjungan Tercinta
Tersujud Lemah
Mengabdi Diri
Kepada Yang Esa

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

Advertisements

10 Respons to "happy mother’s day"

nuriman….selamat hari ibu untuk kita juga….indahnya rasa menjadi seorang ibu jesteru anugerah ‘rasa’ ini bukan Allah berikan pada semua wanita…bukan ucapan maupun hadiah yg menjadikan ibu terasa istimewa…tapi kepatuhan anak-anak serta perhatian yg ditunjukkan sepanjang masa kepada segala nasihat kita, menjadikan hati seorang ibu sungguh bahagia.

selamat hari ibu untuk ibu-ibu sedunia…

salam…
Selamat Menyambut Hari Ibu untuk anda juga…

salam alaik untuk ummuhanah dan hayat…selamat hari ibu jugak untuk anda…masa saya kecxik2 dulu xdepun hari ibu hehehe…kasihnya ibu sepanjang masa……….terkenangkan ibuku di kampung…rindu serindunya…………

kasih ibu membawa kesyurga, kasih bapa tiada tolok bandingnyer..

En Me n He

hari2 adalah hari ibu…..ibu ratu hati seorang yg bergelar anak………..

salam perkenalan aburushd..

isteri saya seorang ibu.
Beliau tabah menghadapi karenah ALya insyirah
Tidak lupa buat ibu tercinta

erm begitulah bila sudah bergelar ibu..emak kita dulupun begitu jugak tabah menjaga anak2..bukannya sorang dua …abang sulung saya ada 9 org anak…alhamdulillah sekarang ni sermuanya sudah besar…barulah boleh bernafas sikit kakak ipar saya…boleh nak cari kerja..begitulah tabahnya hati seorang ibu……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: