bila hatiku berbicara

Antara Mawi, Sufiah, Adi Putra dan Nor Amira

Posted on: Mei 21, 2008

Nuramirah hanya perlu dua tahun menjadi hafizah

Oleh Norliza Abd. Rahman


KEMAMPUANNYA menghafaz 30 juzuk al-Quran pada usia tujuh tahun amat membanggakan dan kejayaannya muncul naib johan pertandingan tahfiz peringkat negeri Perak pada sambutan Maulidur Rasul 11 April lalu memberi kepuasan kepada kedua-dua ibu bapanya yang berjaya mengasah bakat luar biasanya.

Nuramirah Azhari, 10, yang mula mengenal al-Quran pada usia lima tahun berjaya menamatkan hafalannya dua tahun kemudian selepas dilatih sehelai muka surat setiap hari oleh ibunya, Nurzahidah Hashim, 37. Dia belajar antara tujuh hingga lapan jam sehari.

Tanpa menunjukkan sebarang rasa jemu, Nuramirah empat beradik bersama abangnya Muhammad Adam, 12, Nurnabilah, 8, dan Muhammad Amin, 5, berlatih menghafaz al-Quran empat kali sehari iaitu waktu pagi, tengah hari, petang dan malam untuk mengasah daya ingatan mereka.

Lebih membanggakan Nuramirah sudah mempunyai 10 anak murid berusia antara enam hingga 12 tahun sejak setahun lalu dan dia berazam memastikan anak-anak muridnya itu berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh dua tahun dengan berlatih sehelai muka surat setiap hari.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Tengku Husin, Gugusan Manjoi, Ipoh, Perak, Nuramira menyatakan rasa gembira kerana tarikh lahirnya mengikut kalendar Islam adalah sama dengan tarikh lahir Rasulullah s.a.w..

“Mungkin ini kelebihannya (sama tarikh lahir dengan Rasulullah), tetapi yang penting kalau hendak jadi seorang huffaz atau hafizah yang baik kita mesti berlatih bersungguh-sungguh,” katanya yang bercita-cita menjadi seorang doktor atau pensyarah universiti.

Ibunya, Nurzahidah dan bapanya, Azhari Abu Hassan, 39, seorang pelukis pelan mengajar Nuramirah dan anak-anaknya menghafaz al-Quran setiap hari sebaik sahaja mereka berusia lima tahun sementara anak bongsunya, Muhammad Aslam, yang baru berusia dua tahun diberi pendedahan awal melihat abang dan kakaknya mengaji.

Jadual

Menurut Nurzahidah, beliau dan suami menyediakan jadual waktu khas untuk dipraktikkan oleh anak-anaknya. Bermula pukul 5 pagi mereka disuruh bangun membersihkan diri untuk bersolat tahajud, subuh dan membaca al-Quran sebelum berehat selama sejam setengah bermula pukul 7 pagi.

Selepas dikejutkan semula pada pukul 8.30 pagi untuk membersihkan diri dan bersarapan mereka akan berlatih semula menghafaz al-Quran pada pukul 9.45 hingga 1 tengah hari sebelum berhenti rehat untuk bersembahyang zuhur dan makan tengah hari.

Pada pukul 2 petang hingga 2.30 petang anak-anak diajar ilmu dakwah, akhlak, matematik, sains dan bahasa Inggeris. Mereka akan direhatkan selama sejam untuk tidur pada pukul 3 hingga 4 petang sebelum dikejutkan untuk sembahyang asar dan kembali menghafaz al-Quran sehingga pukul 6.15 petang.

Nurzahidah memberitahu, anak-anaknya akan berehat semula selama 45 minit untuk bermain dan pada sebelah malam seawal pukul 7 mereka sudah dihidangkan makan malam sebelum kembali menghafaz sehingga pukul 9.45 malam bersama anak-anak muridnya seramai lebih 30 orang.

“Pada pukul 10.30 malam hingga 11.30 malam mereka akan disuruh berlatih sekali lagi menghafaz dan pada waktu malam juga saya akan turut mengumpulkan anak-anak untuk bermuzakarah bagi memberi ruang kepada mereka meluahkan masalah masing-masing kerana pendekatan kami berdamping sambil mendidik.

“Inilah amalan harian kami dan pada hari-hari tertentu saya akan pastikan anak-anak dibawa menziarahi sanak-saudara atau sahabat handai serta membawa mereka beriadah seperti pergi ke taman permainan atau berenang. Kami tidak mahu mengongkong kehidupan zaman kanak-kanak mereka,” jelasnya.

Walaupun memilih untuk tidak menghantar anak-anaknya mengikuti pendidikan formal, Nurzahidah dan Azhari mengajar mereka membaca, menulis dan mengira di rumah dan tetap bertegas untuk mengekalkan cara didikan sedemikian dengan mendaftarkan mereka mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Menengah Agama kelak.

~Ya Allah sejuknya ibu yang mengandungkan Noramira dan Adiputra~

Ilmu Akhirat

Dengan alasan tersendiri mereka mahu kesemua anaknya dibekalkan dengan ilmu akhirat kerana yakin dengan cara tersendiri anak-anak akan menjadi manusia berguna dan kukuh pegangan agama berbanding anak-anak yang dihantar ke sekolah biasa.

“Anak yang dihantar ke sekolah tidak akan berada di rumah untuk tempoh yang panjang, pagi ke sekolah, petang mereka mengikuti aktiviti kokurikulum, pergi mengaji dan malam mengikuti kelas tuisyen, justeru berapa jam yang ada untuk kita bersama-sama mereka,” soalnya.

Mengenai petua yang diamalkan, Nurzahidah memberitahu, semasa mengandung beliau akan membaca surah Yasin, membaca al-Quran dan banyak berdoa ketika bersolat. Beliau juga akan memastikan hanya mendapat pemeriksaan dan rawatan daripada doktor wanita ketika mengandung sehingga melahirkan anak.

Dari segi pemakanan pula, beliau tidak menyediakan masakan tertentu sebaliknya percaya air tangan setiap ibu merupakan pengikat kasih yang paling mustajab untuk melembutkan hati anak-anak kerana bermula daripada menumis sehingga menghidangkan makanan beliau akan berselawat dan membaca doa tertentu.

“Saya dan suami akan duduk bersama anak-anak untuk bersarapan, makan tengah hari, petang dan malam bersama-sama kerana pada kesempatan itu kita boleh bermuzakarah dan menjelaskan kepada mereka tentang sesuatu perkara seperti hubungan erat sesama keluarga, sanak saudara dan sahabat,” katanya.

Sementara itu, Azhari memberitahu, untuk membolehkan anak-anak memberi tumpuan kepada menghafaz al-Quran, rumahnya tidak mempunyai televisyen. Sebaliknya mereka hanya menyediakan sebuah radio untuk membolehkan keluarga mengikuti perkembangan semasa.

“Alhamdulillah anak-anak tidak pernah bersungut kerana sejak kecil lagi mereka sudah diajar supaya menjadi seorang tahfiz, malah saya bimbang dengan adanya televisyen tumpuan mereka pada al-Quran sedikit terganggu.

“Saya juga tidak akan memewahkan anak-anak dengan wang ringgit kerana tidak mahu mereka lalai sebaliknya membelikan barangan yang perlu sahaja,” katanya.

Menurut Azhari, ibu bapa yang berhasrat mendidik anak sebagai tahfiz perlu mengikis tanggapan bahawa mereka juga perlu menjadi tahfiz kerana beliau dan isteri bukannya tahfiz tetapi bersyukur kerana dapat mendidik anak-anak sebagai tahfiz dan mempunyai lebih 30 anak murid.

ANTARA MAWI, SOPHIA, ADI PUTRA DAN NOR AMIRA

U all tau… Mawi tak akan dapat membela bangsa kita mahu pun mendidik

anak-anak kita menjadi insan yang soleh..dia sendiri pun hanya dapat gred 3

SPM… hanya media yg berjaya menyeret dia untuk meraih rezki yg kebenyakan

ulama mempertikaikan status halalnya… dari seorang yg kononnya berakhlak

dan beragama dia dibentuk menjadi seorang yg bebas dari belenggu syariat…

namun tangan0tangan kotor telah berjaya menyarungkan jubah konvo yang hanya

layak di pakai oleh insan yang cemerlang dalam pendidikan… tidak hairan

para remaja mula berhujah: ” masuk universiti tak dapat keje..apa ada pada

nilai ilmu?… Mawi dpt Gred 3 SPM pun boleh konvo jugak..lebih kaya dari

lulusan universiti”… .sukar untuk menjawabnya.

Nun di sana..ada seorang insan comel..bernama Adi Putra… punya

kecemerlangan dalam bidang Math yg sukar dicapai oleh walau seorang

siswa… beliau dgn petah memberitahu bahawa dia ingin menjadi seorang

Profesor Mathematic Islam, dia sangat taat dalam agama..tekun dalam

mempelajari syariat Allah… namun tiada pihak “media” dan “pemimpin” kita

ambil peduli… bahkan dicari pula kelemahan Adi yg kononnya hanya terer

dlm satu bidang saja..perlu diingat..profesor universiti pun hanya pakar

dalam satu bidang saja… mana ada pakar doktor perubatan dlm masa yg sama

adalah pakar kejuruteraan?… tapi atas keinginan untuk mengenepikan Adi…

berbagai alasan di buat… akhirnya keluarga Adi terpaksa mencari arah

sendiri dalam menentukan masa depan pelajaran dan cita-cita Islam Adi…

Muncul pula adik Nor Amiira… yg berjaya menghafal 30 juz Al Quran seusia

10 tahun … dia mula membaca dan menghafalnya ketika usia 5 tahun… dalam

satu pertandingan hafazan dia telah mendapat tempat kedua … peserta

semuanya berusia 15 tahun ke atas… cerita itu terus sepi… “media” dan

“pemimpin” kita tidak berminat mempopularkan tokoh2 kecil ini… tiada juga

bantuan yg diberikan…

tetapi perlu diingat: ada insan seperti amalina yang mendapat 17A SPM telah

diberikan penghormatan yg tinggi dan biasiswa untuk belajar di luar negara

( sekarang dah tak pakai tudung), tak kurang juga Sophia yg duduk di London

tu mendapat juga penghormatan negara..di jaja ceritanya tak habis-habis di

TV kita suatu masa dulu yg sekarang kabarnya dah murtad. Ok juga media dan

pemimpin kita kan?…

Inilah yg perlu kita cari titik perbezaan dan persamaannya… sama-sama

kita renungkan:

Adi dan Amira membawa cita-cita keislaman dan bakal membawa pembaharuan

jika di beri peluang… maka mereka tidak mendapat apa-apa preveilege.

MAWI membawa bangsa kita leka dan nyanyuk maka dia mendapat tempat dan

penghargaan.

Amalina dah jadi bahan jajaan putri UMNO dan dah pun tak pakai tudung

lagi… sama dgn Mawi..maka dia tidak lagi membawa apa-apa mesej Islam…

soa boleh di sokong.

Sophia ( bukan warga kita) mak melayu ayah org asing juga mendapat layanan

dan kemuliaan sebab tiada membawa apa2 mesej ISlam… so mesti di beri

sokongan.

Dengan itu dapatlah kita faham… .bangsa kita ini hanya akan memuliakan

anak-anak kita yang berjaya dalam “hiburan’ dan ” menolak syariat”. Bagi

anak-anak yg bakal menyedarkan Umat ..awas !! anda adalah musuh bangsa dan

negara ini..

apa pandangan anda?…

~kiriman dari seorang teman~maaflah tak sempat nak edit..maaf jugak kerana sejak akhir-akhir ini tidak sempat untuk menulis….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: