bila hatiku berbicara

marah anak remaja

Posted on: Mei 23, 2008

Assalamualaikum wrt

Pernah tak kita marah anak remaja kita? Sudah tentu
pernah. Tapi tahukah anda bila kah masa yang paling
wajar untuk marah si anak remaja. Sewajarnya kita
marah si anak remaja itu bila kita tidak dalam keadaan
marah.

Pelik kan petua ni…. Yes, bila kita marah si anak
remaja sewaktu kita tidak dalam keadaan marah, kita
akan marah dengan penuh kasih sayang dan akan rasional
ketika memarahinya. Anak remaja kita akan tahu, kita
marah itu bukan sebab kita benci kepadanya tetapi
kerana kelalaian atau kealpaannya.

Sejurus selepas itu, kita adalah seperti rakan semula,
boleh senyum dan boleh berinteraksi semula.

Bayangkan kalau kita marah dia sewaktu kita sedang
marah mendidih – sudah tentu marahnya kita itu dengan
penuh emosi. Kata-kata yang keluar dari mulut kita itu
tidak akan dapat dikawal. Syaitan akan menguasai diri
kita. Kebencian akan memenuhi suasana kemarahan
tersebut. Dan anak akan merasakan kita benci padanya.
Self-Estim beliau akan turut merundum jatuh…..

Memang saya akui – suasana sekarang jauh berbeza dari
dulu. Anak remaja banyak terdedah dengan perkara
mungkar dan yang melalaikan. Persoalan yang seharusnya
kita tanya – adakah aku telah berusaha untuk
mewujudkan suasana solehah di rumah kita sendiri.
Pernahkah kita mengajak anak remaja kita ke surau atau
masjid berjamaah. Jika kita sudah usahakan semua itu –
“marah” nya kita pada anak-anak akan mudah diterima
Insya Allah.

Ugutan seperti – kalau tak sembahyang jemaah di surau
– esok tak boleh main komputer – akan mudah diterima,
contohnya.

Tapi kalau kita merokok – dan kemudian marah anak
merokok, kalau kita tak sembahyang – kemudian marah
anak tak sembahyang.. … kita marah dengan penuh
hikmah sekalipun, ianya tidak akan bekesan sama
sekali… kerana perbuatan itu lebih mudah dicontohi
dari perkataan.

Ingatlah pesanan Rasulullah saw: Jangan Marah…
Jangan Marah… Jangan Marah. Bukanlah bererti tidak
boleh marah sama sekali. Tetapi marah itu biarlah
bertempat dan benar sebabnya. Tunjuklah contoh yang
baik agar kemarahan kita itu mudah diterima. Marahlah
atas sebab-sebab yang fundamental bukan rantingan.

Wassalam

Dr Hishamuddin Alham

~terima kasih kepada Dr Hisyam kerana mengizinkan saya meletakkan postingnya di blog saya~

Advertisements

2 Respons to "marah anak remaja"

Assalamualaikum.sebagai ibu kepada 3 anak remaja, 2di univ. dan sorang lagi spm tahun depan, saya amat merasai kepentingan ibu-bapa memahami psikologi remaja.Masyarakat kita umumnya kurang membaca untuk meningkatkan ilmu, jadi mereka masih menggunakan pendekatan yang sama dalam mendidik anak-anak sama macam zaman dulu, sedangkan zaman telah berubah.Sama-samalah kita berusaha meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan membaca.

waalaikumusalam kak mek….

mak ayah kita dulu terlalu tegas tp penuh dengan kasih sayang…mak saya tak suka berleter kalau nak marah anak2..tp kalau anak melakukan kesilapan dia akan terus cubitttttttttttt sayang hehehe…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 835,525 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: