bila hatiku berbicara

kongsi cerita

Posted on: Mei 26, 2008

Barangkali sudah di takdirkan saya agak kekurangan idea, ah alasan yang sama. Selalunya kalau saya hendak menulis saya suka menceritakan pengelaman tentang anak saya di asrama, tentang diri saya dan sebagainya, itupun kalau tidak terlalu personal, tetapi blog saya ini dah jadi seperti rojak dah. Saya ada banyak cerita tetapi rasanya tidak sesuai untuk di tulis di sini, kerana ianya melibatkan semua orang…jadilah saya seorang yang hanya memendam apa yang hendak saya luahkan. Kalau dulu saya banyak bercerita tentang anak saya di asrama…memang ada cerita tetapi demi untuk menjaga hati semua pihak biarlah ku pendam segalanya jauh di lubuk kamar hatiku ini…cewahh.

Nampak gayanya musim cuti sekolah ini musim orang khawin, begitulah juga di kampung saya tentu mak saya tidak menang tangan menerima tempahan pulut kuning, hijau, merah dan sebagainya. Biar ramai orang lain yang mahir membuat pulut sebagai hantaran tetapi orang kampung saya tetap memilih emak saya untuk membuat pulut, kata mereka pulut hantaran yang emak saya buat sampai tiga hari tak basi dan bila di letak bunga telur dan sebagainya tak runtuh.

Semalam saya sms anak-anak buah di kampung bertanya kalau-kalau mereka berhasrat untuk datang ke rumah saya memandangkan saya tidak dapat pulang bercuti di kampung, tetapi kata mereka kenduri kawin sana sini. Buat masa sekarang saya tidak mungkin pulang ke kampung walaupun saya merindui mek dan ayah saya. Stesyen KTMB kat Tanah Merah entah bila nak siap, ketika saya pulang bulan Mach yang lalu saya terpaksa meredah becak dan jalan tanah merah… laluannya agak sempit, kalau tersilap boleh jatuh ketika itu pulak hujan turun dengan lebat. Ketika inilah saya rasa nak menangis dan hati saya memang terbakar ketika itu, kalau saya tahulah begini saya tidak akan menaiki tren tersebut. Mungkin ketika ini stesyen KTMB Tanah Merah sudah siap atau separa siap, kalau sudah siap senanglah sikit tentu lebih cantik dari yang dulu. Mungkin kalau tiada kecemasan saya pulang dengan menaiki bas sahaja. Tetapi saya tidak selesa menaki bas salah satunya tiada tandas, sejuk dan pernah suatu sekali saya kebasahan di timpa air hujan atau air apa entah…mungkin bumbung bocor kot dan salah satu sebabnya saya tidak mahu bertekak dengan pemandu bas( saya pernah mengalami peristiwa seperti ini). Kalau saya menaiki tren ianya berdekatan dengan rumah kakak saya, tidak jadi masalah kerana dia yang mengambil saya. Dari stesyen KTMB Tanah Merah ke Pasir Puteh naik kereta sapu dah RM 50…alamak mahainya. Memanglah jauh nak masuk ke kampung saya lagi, (sebab itulah saya minta kakak saya yang ambil lagipun dia tinggal dekat dengan stesyen KTMB Tanah Merah, bukan tak boleh nak turun di Pasir Mas ke tp dah ada kakak kat situ) kiranya jumlah tambang tu berpatutan, itulah sebabnya kalau tiada ribuan ringgit saya tidak pulang ke kampung hehehe macam nak pulang jauh pulak.

Itulah asam garam gula dan kopi dalam kehidupan apa lagi insan seperti saya ini, tidak semua yang kita inginkan tercapai dengan sekelip mata ianya mengambil masa dan memerlukan usaha dan kesabaran. Orang senang berkata itu dan ini memandang dari segi luaran tetapi pada hakikatnya hanya kita sahajalah yang tahu.

Sebenarnya banyak yang saya hendak kongsikan tetapi sambung lain kalilah insyaAllah.

Saya tidak pernah lupa apa yang berlaku kepada saya akhir tahun 2006 yang lalu di sini saya paparkan pulak pengelaman dari seorang ahli grup di Relexjap….

Saya nak kisahkan disini tentang mimpi ngeri saya baru-baru ini ketika
menjadi penumpang bas ekspress Durian Burung. Diharap dengan pengalaman
saya ini akan menjadi panduan kepada kawan-kawan yang lain agar
berhati-hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat
pengendali bas ekspres terutamanya Bas Durian Burung.

Kisahnya begini….

Pada 17 Mei 2008 yang lalu saya telah membeli tiket untuk perjalanan ke
Perlis untuk satu tugas resmi disana. Saya memilih bas Durian Burung kerana
memandangkan bas tersebut digambarkan sebagai bas yang selesa dan tepat
waktu perjalanannya. Saya membeli tiket untuk perjalanan pada pukul 10.30
malam dikaunter tiket Durian Burung. Bas yang akan saya naiki bernombor KBG
7000 seperti yang tercatat ditiket yang saya beli.

Lebih kurang jam 10.00 malam saya turun ke Platform 15 Stesen Puduraya
untuk menaiki bas. Sehingga jam 10.40 malam saya tidak nampak bas Durian
Burung berada di platform tersebut. Saya naik semula keatas dan bertanya di
kaunter tiket samada bas telah tiba. Saya diberitahu bahawa bas dalam
perjalanan dan akan tiba pada bila-bila masa. Sehingga jam 11.20 malam bas
masih belum kelihatan. Saya naik semula dan bertanyakan dikaunter. Jawapan
yang sama saya terima iaitu bas masih dalam perjalanan masuk ke Puduraya
dan akan tiba pada bila-bila masa. Saya turun semula ke Platform 15 dan
disana terdapat 5 orang penumpang lain yang juga menunggu bas Durian Burung
bernombor KBG 7000.

Salah seorang penumpang menceritakan kepada saya bahawa malam sebelumnya
beliau juga mengalami masalah yang sama. Beliau menunggu sehingga jam 2.00
pagi dan akhirnya terpaksa membatalkan perjalanan kerana sudah tidak
sanggup lagi menunggu bas yang sepatutnya beliau naiki pada jam 10.30
malam. Beliau telah ditawarkan untuk “ditumpangkan” kepada bas yang lain.
Beliau sebaliknya menolak tawaran tersebut dan menunda perjalanan kepada
malam ini. Atas sebab itulah beliau ada bersama-sama penumpang bas Durian
Burung untuk perjalanan malam ini.

Lebih kurang jam 11.45 malam kami berlima telah diarahkan penjual tiket
Durian Burung untuk keluar menunggu diluar perhentian Puduraya. Pada jam
12.15 pagi bas Durian Burung bernombor KBY 2000 tiba ditempat tersebut.
Saya dan penumpang-penumpang untuk perjalanan 12.30 pagi diarahkan untuk
menaiki bas tersebut. Apabila kami telah mendapat tempat duduk
masing-masing tiba-tiba kami berlima dari bas KBG 7000 diarahkan turun
kerana tidak cukup tempat duduk. Beberapa orang penumpang telah bertengkar
dengan penjual tiket. Mereka tidak puashati dengan apa yang telah
dijanjikan. Saya sendiri tidak mahu masuk campur kerana saya telah
keletihan dan ingin agar perjalanan dapat disegerakan. Penjual tiket tadi
mula berkasar dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami. Kami
seolah-olah penumpang yang tidak dikehendaki didalam bas tersebut. Antara
kata-katanya ialah “Awak semua tak boleh naik bas ni sebab bas yang
sepatutnya awak semua naik telah rosak. Bas ini adalah untuk yang membeli
tiket untuk perjalanan pukul 12.30 . ” . Beberapa penumpang lain yang panas
hati kemudiannya meminta supaya wang mereka dipulangkan dan penjual tiket
bersetuju berbuat demikian. Saya sendiri tidak bersetuju untuk membatalkan
perjalanan kerana saya mempunyai tugas penting di Kangar pada jam 8.00 pagi
nanti.

Penjual tiket itu mula mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada saya.
Saya kemudiannya meminta penjual tiket tersebut supaya menjelaskan kepada
saya dimanakah bas Durian Burung bernombor KBG 7000 yang sepatutnya saya
naik untuk ke Perlis. Dia dengan kasarnya berkata ” Mana saya tahu bas itu
pergi mana sebab bukan saya yang bawa bas tu”.

Saya membuat rumusan bahawa tiket dijual untuk perjalanan yang tidak pasti
waktunya. Tiket akan dijual untuk perjalanan jam 10.30 malam, tetapi
disebabkan jumlah penumpang tidak mencukupi untuk sebuah bas maka ianya
ditunda dari jam ke jam yang lain sehinggalah penuh untuk sebuah bas.
Disebabkan taktik menjual tiket cara ini dilakukan dikaunter-kaunter di
Kajang dan Puduraya akhirnya terjadilah kes terjual lebih tiket dari tempat
duduk.

Oleh sebab saya dah penat dan tak mahu melengahkan perjalanan
penumpang-penumpang yang lain maka saya meminta supaya saya diberikan
tempat duduk pemandu ganti (reserve seat). Setelah berdolak dalik beberapa
ketika akhirnya penjual tiket tersebut bersetuju dengan permintaan saya.
Bas kemudiannya mula bergerak dan saya turun ketingkat bawah untuk
mendapatkan tempat duduk yang dijanjikan. Apabila saya bertanyakan tempat
duduk saya , pemandu bas menyuruh saya duduk sebentar diatas tangga dan
berjanji akan memberikan tempat duduk kepada saya apabila bas telah keluar
dari kawasan Kuala Lumpur. Saya bersetuju dan hanya duduk diatas tangga
bas.

Apabila sampai dihadapan Kompleks Kotaraya bas tersebut tiba-tiba berhenti
dan menumpangkan seorang lagi penumpang. Saya lihat penumpang tersebut
menghulurkan wang RM20.00 kepada pemandu untuk perjalanan sehingga
Butterworth. Penumpang tersebut juga duduk bersama-sama saya diatas tangga.

Apabila tiba di stesen minyak Shell selepas Tol Jalan Duta pemandu bas
menawarkan sebuah kerusi plastik rendah untuk saya duduk. Oleh sebab kerusi
tersebut terlalu sempit dan rendah maka saya mengambil keputusan untuk
terus duduk diatas tangga. Saya langsung tidak dapat tidur sepanjang
perjalanan sehinggalah tiba di Butterworth, Pulau Pinang apabila ada
penumpang mula turun. Saya naik ketingkat atas untuk mendapatkan tempat
duduk. Saya kemudiannya tertidur sehinggalah bas tiba di Stesen Bas Alor
Star. Semua penumpang turun kerana mereka mengambil tiket sehingga Alor
Star sahaja. Saya kemudiannya diarahkan oleh pemandu untuk turun disini.
Saya bertanya kepada pemandu mengapa saya harus turun di Alor Star
sedangkan saya mengambil membayar tambang sehingga ke Kangar, Perlis.
Pemandu hanya berkata “Bas ini hanya sehingga sini saja”.

Oleh sebab saya malas nak bertengkar dan saya ingin cepat sampai ke Kangar
maka saya turun dan mengambil teksi untuk ke Kangar.

Hari ini saya telah membuat laporan bertulis kepada Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) , Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan juga Biro
Pengaduan Awam mengenai perkhidmatan bas Durian Burung dan sikap kurang
ajar penjual tiket di Kaunter Tiket Bas Durian Burung, Kaunter No. 39
Kompleks Puduraya, Kuala Lumpur. Saya juga ada mengepilkan salinan tiket,
gambar-gambar bas yang saya naiki, kedua-dua pemandunya serta penjual tiket
tersebut.

Saya berharap dengan laporan tersebut pihak-pihak yang berkenaan akan
segera mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat bas yang sudah banyak
kali menipu penumpang. Saya mendapat maklumbalas dari rakan-rakan yang lain
bahawa bas Durian Burung memang terkenal dengan penipuan menjual tiket
tanpa had dan waktu yang tetap. Tapi mungkin penumpang lain malas atau rasa
tak berbaloi untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Atau mungkin juga
laporan telah dibuat tetapi tiada tindakan susulan yang telah diambil.

Saya paparkan kisah ini supaya perkara ini tidak berulang dimasa akan
datang kepada orang lain dan berharap anda menjauhi diri dari menjadi
penumpang kepada BAS EKSPRES DURIAN BURUNG.

Advertisements

15 Respons to "kongsi cerita"

terima kasih kerana berkongsi pengalaman mengenai bas DURIAN BURUNG ni. nasib baik ada info mcm ni..mmg membantu.

Terima kaseh beri maklumat…dari awal lagi kita tak berminat dengan durian burung…

salam alaikum, kaifa hal kak nur ….. biasalah , macam saya juga, idea tu ada masa-masanya macam air mengalir je, ada masa, buntu je rasanya … apapun, kesungguhan dan semangat ituy penting … jangan mudah putus asa ….

Sarena globalmalau

~ bas lainpun mungkin bermasalah jugak….masih ku ingat lagi apa yg berlaku di hentian putra…kalau tidak kerana bas perangai pemandu dan sebagainya…….tidak mesra dan pentingkan diri sendiri…

waalaikumusalam Ustaz

Ana bi khair…erm kalau dah takde idea nak menulis….kat blog ni …pakai main copy ajelah mana2 artikel yg menarik..insyaallah kalau di panjangkan umur hendak berblog sampai ke usia emas, nanti bolehlah tunjukkan cucu cicit hehehe…………

Hahahaa……mari kita BOYCOTT bas DURIAN BURUNG….keadaan yang sama juga berlaku pada saya…Mereka Cuma pentingkan DUIT tapi tak pandai maintain customers.

Pada 24 May 2008 saya membeli tiket dari Alor Setar ke Kajang. Bas Durian Burung berwarna Merah pukul 10.30. Saya meminta Single Seat untuk keselesaan….Kerani Counter telah memberi seat 13T dengan harga RM40 sepatutnya 13K untuk single seat.Sedangkan 13T adalah seat Berkembar…Hahahaa peringkat awal lagi dah tunjuk petanda tak elok… kena bertengkak kerana KELALALAIAN kerani counter. Kini tiba perjalanan ke KL.

Rerupanya Bas yang dikatakan ke Kajang Cuma berhenti kat PuduRaya sahaja. Saya tak ingat plat number bas tetapi no bas pada ticket KH080500097 bertolak pukul 10.30 pagi. Saya tak pasti no. bus, mungkin K…4000 macam tuu lahh!! Saya menulis nihh setelah terbaca blog anda!!

Pihak Pengurusan Durian Burung telah menyewa 3 buah taxi untuk membawa kami ke Kajang . Di dalam Taxi bayangkan sesaknya sedangkan saya bayar untuk KESELESAAN. Tiba Bandar Kajang, bukannya dekat Hentian Kajang , Jalan Reko dekat Taman Tenaga seperti dijanjikan. Taxi Cuma berhenti dekat Billion di Bandar Kajang…..Huhhh kena extra caj kalau nak ke Hentian yang dijanjikan. Saya terpaksa membayar RM10. Driver Taxi cakap dia di arahkan berhenti di Bandar Kajang dekat Billion.

Bayangkan…jadi Janganlah TERPEDAYA dengan Strategy Durian Burung lagi….Mereka Cuma mengejar Duit . Sewaktu menjual tiket dijanjikan macam macam.

rasanya kalau di jepun syarikat bas durian burung ni dah melingkup kena bayar pampasan kat penumpang…

hehehe saudara durian bohong…mekasih kerana kongsi cerita ni….rasanya bas durian burung ni lebih baik p tidur mana2 lah dari menyakitkan hati org..tp awas tranasional kat hentian putra TIDAK MESRA OKU…bahasa kasar..seolah2 org seperti sy tak yah naik bas…sy dah kena tahun 2006 dulu ada citernya kat blog ni jugak…….rasa seperti sy tak nak naik bas dah kalau tak terdesak sangat………..

He…..

saya suka tengok cerita Oshin hihihih

Terima kasih singgah di Bukuria :).

Macam-macam kan perkhidmatan bas ni… bila terfikir kadang-kadang takut nak naik bas, tapi kalau tak ada pilihan apakan daya.

Tapi kalau tambang jadi naik nanti, agak-agaknya lebih berbaloi naik kapal terbang tak?

Hmmm..saya slalu gak naik durianburung yg doubledecker dari kjg-butterworth tu,sbb nmpk cam selesa…Pernah skali naik dari pudu yg KGB2000 utk ke butterworth…air-cond rosak sepanjang perjalanan….Sangatlah Panas!Tapi slalunye sebab xde choice,mmg tetap naik durianburung ni jugak utk ke penang walaupun servis teruk…haihhh!tapi bagus sangat sbb awak laporkan ke JPJ & pihak yg berkait…hrp2 diorang improve…

najibah…

naik airasia lagi murah tp nak booking tu kena tunggu lama ler hehehe..naik mas nak gi KLIa tak berbaloi gak jauh ngan tempat saya ni…tiada pilihan naik keterapi n bas…tu pun kali terakhir saya naik bas akhir tahun 2006…

Irony

ini kisah seroang ahli grup relexjap bukan citer saya..tp tak apalah ini semua untuk kita lebih berhati2….kalau sy nak ke utara naik mara liner selesa…bas baru lagi……

ha…aku sokong sangat kalo sume pakat nk boikot bas duyan burung tuh..sape tah pngarah bisnes ni…cube2la bw pantau korgnye servis cmne..cite nya cam ni, 10jan2009 yg lalu aku bli tket utk blik ke changlun,,,dari pudu,kononnya bli awal la dapat blik dengan selesa sikit,aku snggup byr extra fee, konon nak bus slesa, sekali,,,,YaRabbi, mcm ni ke perkhidmatan yang bas durian burung tawarkan,,,kalo bus lain tambang rm 43 je,bas durian burung amek sampai rm52.60…mak ai pnye mahal..tu dah satu bab, tup2 pulak bas problem kat air-cond nya,,,,bayangkan lah…perjalanan yang lebih 6jam terpaksa kami lalui dengan panas,,,ase mcm duduk dlm oven dah…yang driver pon, kalo dah tau aircond bmasalah, tukarla bus lain,,,mcmmn korg manage business ni?servis mcm ape tah,,,duit amek mlampau2,,,ingt!!!!DOA2 ORG YG TERANIAYA NI SLALUNYA DIMAKBULKAN TUHAN…so kalo nk btahan lama dlm bisnes korg buat baik2 ye…tp pada aku,,,,sumpah aku x naik lg bus yg spisisnya durian burung ituuuuu!!!!!!! renung2kanlah wahai sahabat2 ku,,,,jgn anda terpedaya dgn warna luarnya yg mnyerlah semata2,,,walhal servis HAPRAK!!!!

lupa aku nk gtau,,,aku blik 23jan2009, bas pkul 10.30 pg, nombor plat kbs 1000…aku mmg xpuas hati,,,,nak je aku sound management team dorg tuh,,,mentang2 dah banyak untung,,,buat kerja pon sambil lewa je..tau la byk untung pon,,,tp jgn la smpi nk aniaya org lain! geram betol aku…kalo la boleh aku nk je bw kes ni g court,,,tp dorg layan ke eh kes2 camni,,,aku bkn ape xnak org lain ttipu cam aku jg,,,,biaq dorg sedar sket,,,jgn suke2 ati je wat aniaya kat duit org,,,,JOM RMAI2 BOIKOT BAS DURIAN BURUNG!!!!!!!!!!! SAY NO TO DURIAN BURUNG!!!!!!!!!

tak pernah naik bas ni..hantar aduan kat utusan malaysia/bharian atau sms kat hmetro dan kosmo…mana tau kalau ada respon dari pihak yang berwajib.

byk bunyik sgt ang pa p nek kenderaan angpa sendri le..

apo kono eh jang..hang ada kenderaan sendirik senanglah cakap..bagi org yg takdak lagu mano eh jang?kenalah naik bas..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Mei 2008
I S R K J S A
« Apr   Jun »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: