bila hatiku berbicara

ayam

Posted on: Jun 1, 2008

Kembali jadi penyembelih ayam

PENGUAT KUASA agama menjalankan operasi di sebuah tempat penyembelihan ayam di Kuala lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kosmo! sebelum ini pernah mendedahkan bagaimana warga asing diambil bekerja sebagai penyembelih ayam.

Ekoran itu beberapa tempat penyembelihan telah diserbu pihak berkuasa selepas orang ramai meragui halal haram penyembelihan mereka selain keadaan tempat yang kotor.

Ramai warga asing telah ditahan dan mereka difahamkan telah dihantar pulang.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini mereka bagaikan kembali semula dan menguasai kerjaya sebagai penyembelih ayam di sekitar Lembah Klang dan mungkin seluruh negara.

Kali ini penyembelih ini bukan sahaja terdiri daripada warga Bangladesh, malah Myanmar dan Kemboja.

Apa yang berlaku, di tempat-tempat penyembelihan tersebut memaparkan gambar dan surat tauliah penyembelih yang diiktiraf oleh jabatan agama tetapi kebanyakan yang melakukannya adalah rakyat asing.

Selain beroperasi di premis-premis perniagaan di pasar, kegiatan tersebut turut dijalankan di kawasan kediaman bermula seawal pagi.

Malah penyembelih warga asing tersebut mampu menyembelih sebanyak 400 hingga 500 ekor ayam setiap hari untuk dibekalkan kepada kedai runcit, peniaga kedai makan dan pengguna.

Seorang peniaga ayam yang cuma ingin dikenali sebagai Amran mendedahkan, ada peniaga yang mempunyai seorang sahaja penyembelih bertauliah untuk mengaburi mata pihak berkuasa.

“Sementara yang lain tiada tauliah. Saya perhatikan cara mereka menyembelih ayam, banyak perkara yang diambil mudah.

“Mereka (warga asing) mengambil masa yang begitu cepat untuk menyembelih seekor ayam,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad semalam.

Jelas beliau lagi, kegiatan tersebut tidak mustahil berlaku di negeri-negeri lain.

“Semuanya sebab tidak cukup tenaga kerja dan tidak ramai yang mempunyai tauliah daripada jabatan agama negeri,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali berkata, semua penyembelih berdaftar perlu menjalani kursus selama dua hari yang ditetapkan pihaknya.

“Kursus itu terbahagi kepada dua iaitu aspek teori iaitu cara dan rukun sembelihan dan sebagainya serta perlu menjalani praktikal di samping proses temu duga yang dipantau oleh kakitangan yang terlatih.

“Selepas lulus semua syarat berkenaan barulah kita keluarkan sijil menyembelih yang diiktiraf oleh Jawi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Jelasnya, orang ramai layak menyertai kursus yang diadakan itu termasuk warga asing.

“Setakat ini kami belum mendapat laporan ada pihak yang menyeleweng atau menyalahgunakan sijil tersebut untuk kepentingan diri sendiri.

“Malah bagi memastikan haiwan sembelihan ini sentiasa terjamin, pihak kami akan melakukan pemantauan dan pemeriksaan dari masa ke semasa di pasar-pasar utama yang telah dikenal pasti,” ujarnya

~Agak lama tidak bercerita tentang ayam..tp bila nengok ayam-ayam ni rasa loya lah pulak nak makan ayam lebih selamat makan ayam organik…di jamin selamat dan halal………..kenapa orang kita tidak mahu sembelih ayam? kenapa warga asing sanggup jadi penyembelih ayam yang kita sendiri raguinya apakah ayam itu halal untuk di makan?

Advertisements

5 Respons to "ayam"

masyaAllah nuriman…rasa meloya tekak saya…hilang selera nak makan ayam sedangkan ia lauk kegemaran anak-anak. Kat Pasar Sg. Petani dahulu saya pernah pernah lihat seorang pemuda bertopi ala rap, menyembelih ayam sambil menikmati rokok dimulutnya..kerja menyembelih dilakukan dengan pantas..tak de nak baca bismillah dah…memang loya tambah stall yang jual ayam proses bersebelahan dengan penjual daging khinzir…itu kali pertama dan terakhir saya ke pasar besar sg. petani yang majoriti peniaganya kaum cina…
Alhamdulillah sekarang penjual ayam kat taman saya ni melayu…dan penyembelihnya…InsyaAllah boleh dipercayai…
makan ikan lah senang yer…

kadang-kadang rase macam pihak berkuasa tak buat kerja pulak..sedangkan kerja mereka untuk melindungi hak kita sebagai muslim untuk mendapatkan sumber makanan yang halal lagi bersih ni merupakan amanah yg amat besar skali..*sigh*

Ummuhannah…..

Kena berhati-hati kalau nak beli ayam kat sini…saya dah lama tak beli ayam daging, sebulan sekali saya beli ayam organik di metamorf di pantai dalam, mmglah mahai tp tak apalah asalkan tidak di ragui…dulu di kejutkan ayam di suntik dengan enzim babilah…ttp ada pihak yg menafikan…

Cekutz

ya tak ya jugak kan…seperti lepas tangan aje…..rasanya mereka perlu memantau tempat penyembelihan………..
kalau duk kg bela ayam sendiri…sembelih sendiri….

nuriman,
kadang2 sedih dgn org kita ni.. bila je keluar cerita tentang ayam atau makanan2 lain yang x halal atau diragui halal, masing2 mula ambil tindakan tak mahu consume lagi produk tu. lepas beberapa bulan, berita pun dah senyap, mula beli semula. kurang memberatkan tentang halal haram ni. sedangkan makanan tu akan masuk dalam diri, jadi darah daging..akhirnya, hati jd keras, perkara haram nampak halal, ajaran agama sukar nak terima, kejar dunia lupakan akhirat.. Astaghfirullah..

erm adik ipar sy cakap pun gitu jugak..kekadang ada ustazah2 seknya tak kisahpun ketika di gembar gemburkan dgn ayam disuntik enzim babi..lani dah senyap depa beli n makan camtu jugaklah…depa kata ayam organik mahai…ayam daging murah tu ler depa beli…
tu lah sy tak berapa berani beli ayam daging dah…sejak di perkenalkan dgn ayam organik dr zainal..semenjak itulah sy tak beli ayam daging lagi…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: