bila hatiku berbicara

tanda2 kiamat

Posted on: Jun 2, 2008

Halaqah malam tadi membincangkan tajuk yang cukup menarik iaitu KIAMAT dan tanda-tandanya. Rasanya ada yang menontonnya itupun kalau anda semua tidak menonton konsert jom heboh di TV3.

Tanda-tanda kiamat sudah nampak sekarang ni tanah runtuh, gempa sana sini. Pertama kali dalam hidup saya beberapa minggu yang lalu gempa di sumatera terasa di rumah saya. Ketika itu saya sedang baring-baring sambil menonton filem P Ramlee do Re Mi kalau tak silap, tiba-tiba saya rasa bergegar tetapi tak lama, anak dan suami sayapun terasa. Baru saya tahu rupanya tempiasnya sampai ke sini, kawan saya di Melakapun bercerita detik-detik cemas itu tetapi syukurlah kerana tidak berlaku apa-apa yang tidak diingini.

saya tak pandai hendak mengulas banyak kerana sayapun bukanlah reti hendak menulis tahap gaban seperti orang lain…cewah apa bahasa yang saya guna tu ek?? tetapi kalau anda semua menonton akan tahulah apa yang di bincangkan oleh Dr Danial dan sorang lagi tu….Allah hai dah lupa lah sapa namanya.

Untuk menghindar dari fitnah dajjal hafal 10 ayat terakhir dari surah kahfi….dan yang menariknya dia kata kalau hafal saja tetapi orang tak tutup aurat tak solat akhlak tak baik duk terkinja-kinja takde gunanya juga….

ni contoh tanda-tanda kiamat baca di kosmo tu….semalam di H Metro Masyaallah nauzubillah mintak jauh seluruh anak cucu cicitku dan muslimin dan muslimat moga selamat dari godaan syaitan dan nafsu yang mengajak ke arah kejahatan. Nafsu tidak mengenal usia…contohnya tentu ramai yang membacanya di H Metro. Terus terang saya katakan benda-benda begini tidak pernah berlaku di zaman remaja saya….

KIAMAT SUDAH DEKAT

Assalamualaikum, wr.wb Tanda2 kiamat 1) Penaklukan Baitulmuqaddis Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1) diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari ~ dah mulai kan?…

(fyi, hari ini kaum militan Yahudi sedang berusaha mengepung dan membakar masjid Al Aqsa. Palestina sedang mempertahankan. Mari kita berdoa beroda utk kejayaan dan kemuliaan Islam)

2) Zina bermaharajalela. “Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keledai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim ~ Dah tampak kan?…

3) Bermaharajalela alat musik. “Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (musik) & penyanyi2 wanita” -Ibnu Majah ~ S’pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Audition, konsert jom bebal, gengz star (saya tambah) dan macam macam lagi….

4) Menghias masjid & membanggakannya. “Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat Nasai. ~ terlihat sudah masjid2 besar tanpa jamaah…

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak baik. “Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim. ~ ada anak tak mengakui orang tua karena malu.

6) Ramai orang soleh meninggal dunia. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad ~ boleh kita hitung berapa ulama besar yang tinggal.. .

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat. “Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” – Riwayat Thabrani ~

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. “Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad ~ Terkadang sesama muslim kenal pun tak bertegur sapa…

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. “Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”. ~ Pakaian zaman sekarang ini (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar. “Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” – Riwayat Thabrani ~ Gak percaya lihat saja sendiri…

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. “Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim – ~ coba baca majalah2 yang popular sekarang ini…

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. “Sesungguhnya sebelum datang-nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar.” -Riwayat Ahmad ~ tengok ke peperangan Iraq

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2” – Sahih Muslim ~ Dubai dah turun salju… Mina dah kena banjir.

TOLONG FORWARDKAN KEPADA TEMAN2 LAIN !! Dari Abdullah bin ‘Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sampaikanlah pesanku walaupun 1 ayat…” wassalam.

Pelajar lahir bayi bawah tangga

SEORANG anggota polis membawa mayat bayi di dalam baldi yang ditemui di sebuah sekolah agama di Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU – Dalam usia masih muda, seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah agama pondok di sini terpaksa menahan kesakitan melahirkan bayi seorang diri di bawah tangga di blok asrama.

Dalam kejadian Jumaat lalu, pelajar berusia 17 tahun itu dipercayai memilih lokasi tersebut kerana ia jarang dilalui pelajar lain.

Paling mengejutkan bayi perempuan berusia tujuh bulan yang dilahirkan kira-kira pukul 12 tengah hari itu hanya mampu hidup selama lima minit sahaja.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin memberitahu, pelajar tersebut kemudiannya membalut mayat bayi itu dengan baju sejuk, skirt dan seluar dalamnya.

Ujarnya, bayi malang itu dimasukkan ke dalam baldi berwarna merah sebelum dibawa ke belakang asrama perempuan dan diletakkan di bawah ampaian kain.

“Penemuan mayat bayi yang cukup sifat itu hanya disedari pelajar selepas terhidu bau busuk.

“Mayat bayi yang masih belum berulat itu ditemui dengan tali pusatnya sudah dipotong sendiri oleh ibunya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya, penemuan mayat itu telah dimaklumkan kepada pihak polis oleh pengetua dan anggota polis tiba di tempat kejadian kira-kira pukul 6.30 petang semalam.

“Polis telah menyoal siasat para pelajar secara rambang bagi mendapat maklumat berhubung penemuan bayi berkenaan,” katanya.

Akhirnya, ujar beliau, seorang pelajar perempuan yang berasal dari Hulu Terengganu mengaku ibu kepada bayi berkenaan.

Sekolah tersebut mempunyai asrama berasingan untuk pelajar lelaki dan perempuan.

Advertisements

4 Respons to "tanda2 kiamat"

Terkejut jugak baca HMetro ttg servis rm5 tu,nauzubillah…umur baru setahun jagung…janganlah terjadi kat orang2 yg terdekat dgn kita…

Sbenarnya saya byk jugak bergaul dgn kwn2 moden yg beragama Islam tp yg agak ignorant,tapi tegar dgn pendirian diorang…Ada statement yg mereka pernah sebut,”I like to believe that what matters in my beliefs in my religion(Islam) comes from the heart,not from what u do or what u wear”.Maksudnya,mereka anggap asalkan mereka percaya mereka Islam dalam hati,tak kesahlah kalau mereka tak menutup aurat,dan tak memnuhi ajaran Islam dan sebagainya.Tapi mereka ni bersembahyang dan selalu baca Quran.Saya pelik lah.

Saya slalu rasa bersalah bila bergaul dgn org2 mcm ni sbb slalunya saya tak beri komen apa2.Spatutnya saya sedarkan mereka ke jln yg betul,tapi saya sendiri tak berani nak tegakkan yang betul.Salah kan pemikiran saya bila saya fikir,”Alah,kubur masing2.Lagipun saya membantah dlm hati”.

Oklah..terlalu panjang pulak komen saya dah jadi macam forum pulak…hehe
Salam…

semoga tidak berlaku pada anak cucu cicit kiter..

inilah dunia akhir zaman en me benda2 yg tak masuk akalpun berlaku….sama2lah kita muhasabah diri kita…….

irony

budak2 jaman lani tak takut gapo dah..depa pk seronok saja…sy mmg sedih ngan anak2 bangsa kita sendiri…tu ler anak2 yg tidak berdosa di buang seperti sampah……sy jadi takut bila ingatkan anak sy n anak2 buah sy…moga Allah s.w.t lindungi mereka……….di jauhi perbuatan yg terlarang ini…….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 853,977 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: