bila hatiku berbicara

semua naik

Posted on: Jun 5, 2008

Rakyat miskin mendadak – Salahuddin

Abdul Halim Mohd Rashid
Thu | Jun 05, 08 | 2:55:38 pm MYT
KUALA LUMPUR, 5 Jun (Hrkh) – Rakyat miskin mendadak kerana harga pelbagai barangan makanan pasti akan turut naik dengan mendadak berikutan kenaikan harga minyak yang mendadak dan begitu tinggi semalam, kata Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Haji Ayub.

“Baru-baru ini harga beras naik melambung-lambung sehingga ramai yang terpaksa mengikat perut. Bila harga minyak dinaikkan dengan begitu tinggi dan mendadak, kos pengeluran dan pengangkutan pasti akan bertambah.

“Harga sebahagian besar barangan makanan pasti akan bertambah kerana barangan makanan adalah barangan yang paling banyak dan paling kerap menggunakan pengangkutan.

“Rakyat mendadak miskin, itulah yang sebenarnya terjadi dengan kenaikan harga minyak yang begitu tinggi dan mendadak semalam,” katanya.

Mengulas tunjuk perasaan yang diadaan di Pudu dan dijangka akan diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur esok, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kerajaan jangan menyalahkan rakyat sama-sekali, bersikap tidak bertanggungjawab dan hanya tahu menggunakan keganasan polis jika sesuatu berlaku berikutan kenaikan harga minyak yang begitu tinggi dan mendadak.

“Degan penanggungan rakyat berikutan kenaikan harga beras yang kelihatan berterusan dan kenaikan pelbagai barangan makanan lain kini, kerajaan melakukan dosa sosial yang tidak boleh dimaafkan dengan menaikkan harga minyak begitu tinggi tanpa mempedulikan kesusahan dan beban yang ditanggung oleh rakyat.

“Bayangkan apa terjadi kepada golongan berpendapatan rendah jika yang berpendapatan sederhana pun miskin mendadak dengan kenaikan harga minyak semalam,” katanya sambil membangkitkan sikap tidak peduli kerajaan terhadap permintaan rakyat supaya dikuatkuasakan gaji minimum baru-baru ini.

Nampaknya yang miskin bertambah miskin mungkin ada ikat perut sedangkan depa  bertambah kedepan kerana perut kenyang..memang tak patut. 1 julai ni elektrik pulak naik?

Advertisements

5 Respons to "semua naik"

Bila harga minyak naik, barangan lain pun otometek akan naik secara tak terkawal..aiyoyo.. :penin:

bagaimana nasib golongan berpendapatan rendah dan sederhana…tentu tertekan….negara kecil yang kaya dengan minyak seperti Malaysia amat menghairankan kerana rakyar terpaksa merasa tertekan dgn kenaikan harga minyak…wahai pemimpin Malaysia yang telah mengkhianati rakyat…pastikan depan Allah nanti anda mampu menjawab !!!

nuriman…pakabo??

Salam Ummuhanah…

Saya khabar baik, cuma agak sibuk mengurus anak, maklumlah kan sek baru di buka.

Agaknya sebab depa hanya nak jaga perut depa bukannya perut rakyat kecil seperti kita ni…tu lah depa makan nasi kita di suruh makan ubi keledek…

bila pak lah nak makan bubur pula ek?…

makan bubur asyura lagi enak hihihihi……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 835,495 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: