bila hatiku berbicara

Bala ibu bapa jauhi masjid

Posted on: Jun 16, 2008


KUALA LUMPUR: Ibu bapa yang cetek ilmu dan bersikap gemar menjauhkan diri daripada program keagamaan serta ilmiah menyebabkan ada ahli keluarga mereka terbabit dalam kegiatan tidak bermoral termasuk seks bebas dengan ahli keluarga dan rakan sebaya.

Malah, keadaan itu semakin membimbangkan apabila ada bapa yang menjauhi masjid dan langsung tidak pernah mendirikan solat termasuk solat Jumaat kerana selesa dengan keadaan hidup yang tidak tentu arah itu.

Kepincangan ibu dan bapa dilihat antara kesan paling utama yang menyebabkan anak mereka terbiar dan terbabit dalam pelbagai gejala sosial tegar sehingga mencemarkan nama baik peneroka Felda keseluruhannya.

Masalah itu didedahkan Timbalan Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), Datuk Abdullah Abu Bakar, yang mengakui masalah keruntuhan akhlak di kalangan keluarga di tanah rancangan Felda di seluruh negara kini semakin serius.

Menurutnya, kajian MBFM pada 2006, jelas mendedahkan faktor keluarga huru-hara dilihat antara punca wujudnya pelbagai gejala sosial di kalangan warga Felda, termasuk mereka yang terbabit dalam kegiatan seks bebas.

“Oleh itu, bukan menjadi satu isu yang pelik jika gejala buruk termasuk penagihan dadah, pecah rumah, curi besi dan seks bebas di kalangan rakan sebaya semakin berleluasa,” katanya.

~Kita dulu kalau  ibu bapa jeling dah faham….tetapi anak-anak zaman sekarang kalau kita jeling, diaorang akan jeling kita balik, sepatah kita cakap sepuluh dia balas balik. Tetapi terus terang saya katakan biarpun saya mempunyai anak seorang tetapi saya dan suami tegas dalam mendidik( tetapi bukan yang terbaik masih belajar). Tidak bermakna kita memukul anak tetapi biarlah kita sebagai ibu bapa menjadikan anak kita sebagai kawan, kalau dia salah kita tegur dia serta menerangkan kenapa kita tidak suka dia buat itu dan ini. Rasanya kata-kata nasihat itu lebih meresap dalam sanubari anak-anak dari memukul dan mengherdik( lagipun tak sampai hati nak pukul anak kesian). Jangan lupa berdoa setiap masa kepada anak-anak n banyak lagi kalau rajin baca petuanya. Amalkan solat berjemaah, mengaji bersama dan berbagainya lagi~ Hehehe macamlah bagus sangat sori aik~

~Satu lagi jangan salahkan anak-anak kalau Allah uji kita dengan berbagai ujian. Salah satu sebabnya kerana kita jauh dengan Allah. Dah ibu bapa tak solat bagaimana hendak mengajar anak bersolat? Anak-anak tidak di ajar halal dan haram, tak hairanlah kalau anak-anak remaja zaman sekarang menganggap seks bebas itu perkara biasa. Jangan lupa anak-anak ingin mencuba so rasanya kalau anak dah meningkat remaja tu ibu bapa tidak perlu malu untuk menerangkan baik buruknya seks. Bagitau anak-anak tidak boleh melakukan tanpa ikatan yang sah( belum tiba masanya lagi)bagitau lah apa akibatnya kalau melakukan jugak pompuan akan mengandung, n kalau lelaki pulak pun ada kesan buruknya timbul penyakit itu dan ini yang paling bimbang HIV, siplis dan berbagai penyakit . Saya selalu mengingatikan anak saya” Kalau ibu tak nampak apa yang kamu buat, tetapi Allah nampak apa yang kamu buat. Kalau kamu tak takut kan ibu tetapi takutlah kepada Allah s.w.t. Na’uzubillah. Sebagai ibu bapa bersifat terbukalah dengan anak-anak yang meningkat remaja tu okey pa( berterus terang atau berbincang dari hati ke hati). Saya akan bercakap terus-terang dengan anak saya. Apa kata kalian aik nak jugak belajar ni jadi ibu yang baik nih, maklumlah saya ni ada anakpun sorang pengalaman tu tak ada sangat. Lagipun zaman sekarang bukannya seperti zaman kita dulu-dulu. Emak-emak dulu tidak bersikap terbuka dengan anak-anak mereka. Tetapi rasanya emak bapak kita pandai mendidik anak-anak. Itulah sebabnya jarang berlaku perkara-perkara yang mengaibkan. Apa kata kalian aik? jom kongsi pendapat.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 840,659 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: