bila hatiku berbicara

Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan

Posted on: Jun 20, 2008

Tajuk diatas ialah tajuk sebuah artikel diruangan Pedoman & Iktibar majalah Mastika keluaran Julai 2008 (ms118). Ia merupakan artikel menarik selain daripada artikel mengenai Tok Guru Nik Abdul Aziz di ms 84. Meremang bulu roma saya setelah membaca kehebatan ulama tersebut sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam.

Bukan itu sahaja, menurut pilot tersebut, di sepanjang penerbangan tersebut awan memayungi pesawat tersebut sedangkan tempat lain keadaan panas terik. Kejadian tersebut juga disaksikan oleh krew pernerbangan tersebut. Melihat kepada kejadian aneh itulah, pilot tersebut mengambil keputusan untuk memeluk Islam. Subhanallah.

Siapakah ulama tersebut? Tidak dinyatakan namanya tetapi banyak fakta2 yang menarik berkenaan ulama tersebut yang boleh membawa kita mengenali siapakah beliau. Antaranya :

  • Beliau merupakan seorang yang terkenal yang berjuang atas nama Islam.
  • Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung 6 tahun yang lepas di sebuah Hospital di Kuala Lumpur
  • Jenazah beliau diterbangkan ke sebuah negeri di utara dengan pesawat Hercules TUDM daripada airport Subang. Selain itu jenazah beliau juga diiringi oleh polis.
  • Disemadikan di sebuah madrasah negeri kelahiran beliau sesuai dengan wasiat beliau.
  • Ribuan rakyat hadir dari seluruh pelusuk negara untuk memberi penghormatan terakhir kepada beliau, sehinggakan setiap orang yang datang berebut-rebut hendak mengangkat jenazah beliau.

Itulah antara fakta2 yang dinyatakan tentang jenazah ulama tersebut. Saya yakin, berdasarkan fakta2 tersebut, ulama yang dimaksudkan ialah Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS.

Almarhum meninggal dunia akibat serangan sakit jantung di HUKM pada 23 Jun 2002. Almarhum disemadikan di Madrasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah negeri kelahirannya. Jenazah Almarhum diterbangkan dengan pesawat Hercules TUDM di Subang dan tiba di airport Kepala Batas dengan disambut lebih 20,000 orang. Ramainya orang yang datang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum sehinggakan jalan raya sesak teruk lebih 20 km. Kesan kesesakkan tersebut telah bermula dari tol-tol yang menghala ke Kedah, dan orang ramai terpaksa berjalan kaki ke Darul Ulum sejauh 10 km. Subhanallah.

Cerita awan memayungi pesawat yang membawa jenazah Almarhum Ustaz Fadhil Nor ini mungkin baru kita dengar. Dan ia diceritakan oleh pilot yang membawa kapal terbang tersebut. Inilah bila berjuang dengan keihklasan, balasan yang Allah tunjukkan dengan jelas kepada kita dan ia sebagai pemangkin semangat kita untuk terus memperjuangkan agama Allah. Kehebatan & keihklasan Almarhum berdakwah dan berjuang untuk agama sehinggakan didalam perjalanan terakhir beliau menuju ke alam barzakh pun masih lagi “berdakwah” hingga pilot terbabit dengan izin Allah memeluk Islam. Sememangnya Almarhum berjuang tanpa mengenal erti penat dan lelah untuk memartabatkan agama Allah di bumi Malaysia ini. Almarhum disegani teman dan lawan.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum.

Al-Fatihah.

~Subhanallah….Subhanallah…Subhanallah……………….Maha Suci Allah~

Malam tadi ada tak sesiapa menonton akademi al Quran peringkat akhir? Alhamdulillah dari awal hingga ke akhir saya tidak pernah ketinggalan menonton akademi Al Quran. Rezeki belum menyebelahi kaum Hawa kerana malam semalam sekali lagi kita melihat kaum Adam menjuarai akademi al Quran. Tetapi tidak mengapa bab kata Farrah Adeeba keempat-empat mereka adalah juara. Pada mulanya saya rasa Sharifah Kashif menjuarai akademi al Quran tetapi jatuh kepada Fakhrul Radzi. Nampaknya tiap-tiap malam khamis tiada lagi alunan merdu para pesera akademi Al Quran di TV9. Dari duk saja-saja tu rasanya ada baiknya juga kita menonton AQ3. Malam ahad halaqah di TV9, Gang Staz di Tv3….apakah pilihan anda? Bukannya saya terlalu baik…tetapi saya agak terkesima….. pada malam ahad lepas tatkala hamba Allah datang bertandang, kami sama-sama menonton buletin di Tv3. Bila buletin dah habis dia kata haaaa… gang Starz…yang membuatkan saya terkesima kerana umur mencecah ke angka lima puluhan rasanya ada baiknya menonton halaqah.

Saya rasa saya sudah terlalu tua untuk menonton gang starz, af, dangdut dan sebagainya, apa lagi hendak melihat goyangan pinggul Mas Idayu dan sikap mengada-gada Ella. Hehehe koranglah yang bagi pandangan pulak…..cakap lebih-lebih karang nati ada pulak yang marah nih, walaupun dalam hati ni nak tulis banyak-banyak kekeke……….

Pemuda Wilayah sokong bantahan konsert Ella dan Mas Idayu

Wan Nordin Wan Yaacob
Thu | Jun 19, 08 | 10:38:34 pm MYT
KUALA LUMPUR, 19 Jun (Hrkh) – Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong bantahan yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor terhadap penganjuran konsert dua penyanyi wanita tempatan, Ella dan Mas Idayu sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 6 Julai ini.

Ketua Pemuda PAS Wilayah, Kamaruzaman Mohamad berkata, sokongan ini dikemukakan bagi menjawab beberapa kekeliruan yang timbul lantaran kurangnya kefahaman terhadap perlaksanaan dasar yang seharusnya dibawa oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor untuk disesuaikan dengan Manifesto Pilihan raya lalu yang menekankan kerajaan bersih dan berkebajikkan.

Tidak menipu

Kenyataan Aktivis politik, Amin Iskandar bahawa tindakan Pemuda PAS Selangor itu sebagai ‘menipu’ rakyat kerana bercanggah dengan manifesto adalah tidak benar.

“Kita masih berpegang pada prinsip kerajaan bersih. Bersih itu bukan sekadar dari sudut politik dan pilihan raya tetapi dari segi moral dan pelaksanaan dasarnya,” ujar Kamaruzaman kepada Harakahdaily hari ini.

Pemuda PAS tidak sesekali menyekat kebebasan rakyat dan sesiapa sahaja yang ingin mendengar atau mengadakan konsert.

Walaubagaimana pun ia perlu menekankan kepada hiburan yang lebih mendidik rakyat dan bukannya sekadar satu warisan seni yang kabur, ujarnya.

“Kita menyedari bahawa penganjur konsert-konsert rock atau dangdut tidak menghalalkan masalah sosial, tetapi sedar atau tidak perlaksanaannya akan membuka ruang bagi segelintir pihak yang suka mengambil kesempatan untuk pergi ke arah itu,” katanya.

Sanggah Roslan Aziz

Menjawab kenyataan Roslan Aziz yang mendakwa bahawa ‘Tidak ada konsert di Kelantan, ada juga anak luar nikah’Kamaruzaman berkata, pihaknya tidak menolak hakikat yang ditimbulkan.

Walaubagaimana pun Roslan harus merujuk kepada pendedahan semasa dan angka gejala sosial dinegeri-negeri yang membenarkan konsert sebegini adalah lebih tinggi dari Kelantan.

Kebanyakkan anak-anak Kelantan yang bermasalah juga menerima pengaruh itu dari negeri lain ketika mereka merantau untuk belajar dan bekerja sementara.

“Kita harus berusaha untuk mengurangkan gejala sosial ini dan bantahan Pemuda Selangor itu adalah sebahagian usaha untuk mengurangkan.

“Tindakan itu wajar dilihat dalam skop yang lebih luas dan mencanai pemikiran yang lebih kreatif sebagai alternatif kerana kita tidak mahu penganjuran itu bersifat stereotype atau sama dengan dasar Barisan Nasional. Kita harus tunjukan kelainan agar rakyat dapat merasai perubahan yang dijanjikan,” ujarnya.

Akil Hayy sebagai model

“Pemuda PAS tidak menolak hiburan dan kita juga benarkan ahli kita terlibat sebagai penyanyi seperti Ustaz Akil Hayy dan ramai lagi.

“Biarlah hiburan itu mendidik dan artis yang ditonjolkan itu lebih bersopan serta tidak terkinja-kinja atau menjerit hingga menghilangkan identiti sebagai wanita Melayu yang sopan,” ujarnya.

Bagi Pemuda PAS Wilayah, artis adalah golongan yang dekat pada masyarakat dan menjadi ‘role model’ kepada generasi muda, justeru wajarlah konsert berkenaan dibatalkan.

Jika ingin diteruskan juga, kedua-dua penyanyi berkenaan haruslah bersetuju untuk mengikuti panduan syariat dan bentuk konsert yang lebih baik dari yang biasa mereka lakukan, katanya.

Jaminan itu perlu ada kerana kita mahukan perubahan bukan pada mereka sahaja tetapi pada keseluruhan masyarakat, agar impak yang positif dapat dijana bagi membangunkan negeri ini pada acuan yang lebih baik lagi, katanya. _

Advertisements

10 Respons to "Pilot peluk Islam setelah pesawat bawa jenazah ulama dilindungi awan"

Aku pun dah baca mastika tu. Rasanye memang betullah itu Almarhum Ustaz Fadhil Nor, mantan Presiden PAS. Subanallah.

——————————————————————————————–
Aku tak suka GangStarz. Rancangan tu cam bodoh. Tak de motif.

saya jarang baca mastika..artikel ni pun sy dapat dari kawan…gang starz perosak ummah..n tak kurang jugak af atau apa-apa pun…n semua sy tak sokong..rasanya kat tv9 tu dah ada akademik yg lebih baik………..
akademik al quran

ai en me apa tu????

Apa yang dikatakan oleh Roslan Aziz memang benar dia tak perlu untuk minta maaf pada PAS atau sesiapa saja. Kalau nak terasa lantaklah.

tak semua org setuju dgn roslan kata2 roslan aziz tu………

aku suka akhil hayy tp aku tak suka mawi…

aku baca harian metro hari ni, punyalah dasyat,gila betul budak2 zaman sekarang. dah jadi seperti negara barat.di barat kalau anak gadis yg ada dara di kutuk. apalah nak jadi dgn anak2 gadis zaman sekarang. nak pergi merisik anak2 gadis kgpun aku dah tak percaya dah.

tak kiralah kelantan ke kat mana kah,yg aku nampak segelintirnya dah semakin teruk rosaknya akhlak.

Budak-budak zmn sekarang memang sudah gila. Nak trgelak aku sebab Ustaz Akhil dlm bnyak cramahnya beliau selalu menyebut tmpat kelahirannya sebagai Gopenghagen (Gopeng)
Owh ye ke jenazah Ustaz Ustaz Fadhil Noor dilindungi awan?? Huh saya baru tau.. Keadaan ini sama halnya dgn jenazah Ali Ghufron, Amrozi dan Imam Samudera.

Berikut adalah petikan kata-kata Ustaz Huda Bin Abdul Haq atau Ali Ghufron@Mukhlas :

” Rasul sudah katakan bahawa selamanya, sampai hari kiamat mesti ada satu kelompok yg berperang di jalan Allah. Ini sudah janji ”

” Erti jihad adalah perang. Ngak ada erti lain ”

” Kalau saya disebut terrorist, saya bannngga betul. Alhamdulillah. Ini satu kenikmatan Allah swt, saya disebut terrorist. Kerana saya paham terrorist itu. Terrorist ada yg terpuji, terrorist ada yg trkutuk. Terrorist trkutuk ialah Amerika sana tu! Itu terrorist trkutuk. Kalau kami (Saya, Amrozi & Imam Samudera) menurut Quran dan Sunnah adalah terrorist trpuji ” Katanya sambil tersenyum.

Jadi mahu atau tidak mahu, suka atau tidak kita terpaksa berhadapan dgn realiti ini. Kerana janji Rasulullah s.a.w. adalah benar. Tanggal 9 November lalu menyaksikan ketiga-tiga penyerang berani mati itu dlm kejadian pengeboman Bali 2002 dihukum tembak sampai mati. Sudahkah saudara Hikmatun melihat keadaan jenazah-jenazah mereka? Sungguh mengharukan. Setelah mereka ditembak, hujan turun. Jenazah mereka wangi dari dibukakan keranda sampai ke liang lahat. Wajah mereka kelihatan mengukir senyuman menampakkan gigi serta kelopak mata terbuka. Terdapat juga tiga burung hitam di rumah mereka. Dan paling menakjubkan, terdapat kelompok awan membentuk kalimat ‘ALLAH’ betul-betul atas langit rumah mereka. Subhanallah ! Apakah itu ganjaran bagi orang yg ikhlas berjihad di jalan Allah? Subhanallah sekali lagi !

Yg pentingnya bagaimana keikhlasan mereka dlm melakukan sesuatu kerana Allah s.w.t sehingga mayat mereka kelihatan mengkagumkan. Ternyata mereka mati dlm husnul khatimah. Itu sahaja. Perang yg paling susah dilakukan ialah perang melawan hawa nafsu, bukan perang di medan pertempuran. Itu lebih utama.

Inilah yg selalu saya prjuangkan. Melawan hawa nafsu dari melakukan ……. walaupun gagal brkali-kali, namun sy tak kenal erti putus asa. Dan terus brjuang. Namun saya memerlukan motivasi dan nasihat org lain.

Itulah erti perjuangan tidak pernah mengenal erti putus asa.

It’s remarkable to visit this website and reading the views of all friends concerning this post, while I am also zealous of getting experience.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 840,719 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: