bila hatiku berbicara

cerita yang tak hangat

Posted on: Jun 29, 2008

Sudah tiga minggu anak saya belajar di As Solihin, malam tadi saya mendapat sms darinya, ‘hanya hafiz dan nazrul aje yang tak balik orang lain semuanya balik’. Berkorban apa sahaja nak demi menuntut ilmu, harapnya dia faham bagaimana keadaan emak dan ayah dia. Minggu lepas dia sudah balik ke rumah, petangnya tergesa-gesa pula hantar sebelum pukul tujuh. Minggu ni saya tidak menjenguknya, bukan tak rindu tetapi adalah beberapa perkara yang harus di selesaikan.

Kesian ayahnya terkejar ke sana ke mari, semuanya dia yang lakukan, dari membeli pakaian anak dan sebagainya. Terima kasih kerana bersusah payah demi kami. Harapnya anakku mengerti bagaimana sukar sekalipun ayah dan ibu tetap merinduimu nak.

Semenjak semua barang naik saya dah mula menanam sedikit sayuran dalam pasu. Bukan tak nak tanam kat atas tanah tetapi banyak pokok yang mati, mungkin serangan dari serangga-serangga kecil atau siput-siput yang banyak. Setakat sawi dan kailan boleh di tanam dalam pasu kalau rajin.

Dua tiga hari lepas kakak sulung menelefon saya, selalunya kalau dia call dia bercakap berjam-jam kerana kakak saya ni memang tak berkira orangnya, maklumlah dia lebih ok dari saya.

‘kak long tak gi ambik rebet kat jabat pos ko cuma bawak ic aje’ tanya saya sekadar mengingatkan kakak dan anak sulungnya Atie.

‘rebat gapo?ambik gapo kat jabat pos, tak tau pun?’ tanyanya balik

‘Lah, kak long nie tak tengok berita ke, tak baca surat khabar ke? kan kerajae bagi rm 625 bagi pemilik kereta? kak long ngan Atie gi lah tuntut, dah orang nak bagi ambiklah, kalu nak ikutkan tak berbaloipun..depa dapat berjuta-juta kita yang di bagi sikit ni ajelah tapi ambik ajelah…boleh jugak hantar duit tu kat Lin di Sintok.’ kata saya…….

‘ kak long ni jangankan nak baca surat khabar, tengok tvpun jarang sekali, malam-malam dah mengantuk tidur awal’. Esok nak gi mengajar fardu ain, kul dua tiga nak bangun kukus kuih muih nak jual di kantin-kantin sekolah n berbagai alasannya lagi.

Erm kakak saya ni rupanya terlalu sibuk maklumlah kehidupan sebagai orang kampung, yang dia ingat nak cari rezeki untuk anak-anak yang belajar di Universiti dan yang masih belajar di sekolah menengah dan sekolah rendah. Begitu jugak kakak ipar saya tak tau apa itu rebat.. alasannya tv rosak. Saya perasan abang saya yang sorang ni lagilah tak menonton tv apa lagi berita tv. Kalu dia bacapun harakah sajalah. Katanya berita di tv kalu nak tengok hok betui gak yang orang kemalangan kalu yang lain banyak merapu dan putar belitnya. Apa lagi dua tiga hari ni ada pulak isu hangat yang tak masuk dek akal. Lidah-lidah……….????pun memutar belitkan berita-berita yang tak benar. Ingat fitnah itu lebih besarnya dari membunuh jawaplah di akhirat nanti. Dari satu blog ke satu blog saya mengembara malam tadi cerita hangat inilah yang di perkatakan. Opss sori saya tak mau cerita bab ini tak berapa reti lebih baik diam dan jadi pembaca sahaja. Ada telingga dengar, ada mata lihat ada mulut diam………….zipppppp saya cuma menjadi pembaca. Semoga tidak ada kejadian buruk yang menimpa kita semua.

Advertisements

6 Respons to "cerita yang tak hangat"

saya saje2 lalu lalang blog ni….saya suka membaca..abis sparuh isi dalam blog akak ni saya baca…best sebenarnya bc pengalamn orang ni…huhuhu

erm terima kasih nyn..akakpun suka membaca jugak dari satu blog ke satu blog…kalau pengelaman tu semua org ada pengelaman yg berbeza2 utk di kongsi bersama. kalau dulu suka sangat menulis diary tp zaman dah berubah..hehehe ikut macam iklan bh tu……haa..cuma bezanya kalu nak tulis diari tu agak personallan sikit..anggaplah ni diary x peribadi..saja2 crita2 nak hibur kan hati hihihih…..

salam…………

sory,baru ni lawat akak nye blog…
btul 2…erm..harap akak akn sentiasa bersama dgn blog akak ni………..
insyALLAH…

salam nyn..erm makasih..kenalkan diri nyn..insya Allah kalau ada cerita dalam blog ni………

saya saje je surfing terjumpa blog akak ni, tu yang singgah sat tu. blog akak ni memang sempoi bahasa yang bersahaja dan berinfomasi. good work….
http://www.squidoo.com/cerita-panas

sejujurnya akak tak berapa reti nak tulis blog..penulisan dalam blog ini mengambarkan diri ini…..kalau orang faham. Sebab itulah ianya terlalu sempoi tiada berbunga2..tak reti hihihih…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 838,637 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: