bila hatiku berbicara

cantik punya pasal, muka bernanahpun x apa

Posted on: Jun 30, 2008

Muka bernanah: Bengkak hingga sebulan

Oleh ABIE ABDULLAH, NORAINON OTHMAN, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHANmetahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Bukan senang nak cantik. Itulah rumusan yang boleh dibuat berdasarkan pengakuan beberapa artis yang bukan saja berhabisan hingga ratusan ribu ringgit, tapi juga terpaksa tabah menahan sengsara untuk mengubah wajah dan susuk tubuh mereka supaya kelihatan menawan.

Di sebalik kejelitaan hari ini, ada di kalangan mereka pernah menderita apabila bahagian wajah yang ingin diubah bernanah, membengkak dan mengeras hingga menyebabkan mereka tidak boleh tersenyum dan mengunyah makanan.

Seorang artis memberitahu, sebelum proses rawatan sempurna, wajahnya tidak boleh diusik atau ia membengkak hingga rupanya jadi menakutkan.

“Sehingga kini bahagian wajah yang disuntik masih sensitif. Pernah saya terasa sakit yang amat sangat apabila anak terlanggar hidung saya,” katanya yang menerima lebih 30 suntikan vitamin C dan kolagen pada hampir sebahagian besar bahagian wajahnya.

Ikuti pengakuan beberapa artis terbabit kepada Metro Ahad:

ARTIS 1 (pelakon dan penyanyi wanita berusia lewat 20-an)

“Saya menyesal dan serik dengan tindakan menyuntik silikon pada muka semata-mata untuk kelihatan cantik. Perbelanjaannya tidak mahal, cuma kira-kira RM500 untuk tempoh dua tahun.

Namun, apabila mendapati kesan pada wajah tidak seperti diinginkan, saya mula risau. Manakan tidak, bahagian tertentu pada wajah mengeras sehingga saya sukar senyum.

Keadaan itu menyebabkan saya terpaksa mencari jalan penyelesaian dengan membuat pembedahan membuang silikon itu.

Bagaimanapun, kos pembedahan lebih mahal iaitu lebih RM10,000. Saya terpaksa melakukan dua pembedahan, tetapi masih ada saki-baki silikon yang gagal dibuang kerana sebati dengan isi daging wajah saya.

Kesannya masih dirasai di bahagian dagu, tetapi saya tidak boleh lagi membuat pembedahan kerana dikhuatiri nampak dagu berlubang.

Sakitnya hanya Tuhan tahu, tapi ia saya rasa selepas pembedahan kerana bengkaknya melarat sampai sebulan sehingga saya terpaksa menolak tawaran berlakon.

Saya akui tindakan untuk cantik cepat satu kesilapan besar dalam hidup. Memang saya terpengaruh dengan rakan artis, tapi saya tidak mahu menyalahkan orang lain.

Ini kebodohan saya. Tanpa informasi lengkap serta pengetahuan mengenai produk suntikan, saya terus setuju disuntik. Malah mulanya saya diberitahu setiap suntikan boleh bertahan tiga bulan, tetapi yang saya lakukan itu untuk kesan selama-lamanya.

Selepas itu baru saya tahu jangka untuk tiga bulan itu berharga lebih mahal, mencecah RM5,000 hingga RM6,000. Kini saya lebih berhati-hati apabila mengambil suntikan vitamin dan kolagen.

Biarpun terpaksa berbelanja lebih, saya tidak berkira sangat, yang penting kaedahnya betul. Sepanjang empat tahun lalu, saya berbelanja hampir RM8,000 untuk mengambil suntikan vitamin dan kolagen.”

ARTIS 2 (pelakon wanita berusia 30-an)

“Pengalaman saya menyeksakan. Saya mengambil suntikan untuk mencantikkan wajah, tapi yang berlaku sebaliknya. Wajah bertukar menjadi hodoh sehingga saya tidak keluar rumah selama tujuh bulan kerana malu pada orang ramai.

Sebenarnya, saya tergerak hati untuk ‘menukar wajah’ selepas terpengaruh dengan seorang rakan yang memperkenalkan proses itu. Katanya, rawatan menyuntik kolagen boleh menjadikan wajah saya kelihatan lebih ‘segar’.

Kos membuat beberapa suntikan kolagen untuk mencantikkan wajah dan bibir mencecah RM2,000. Selepas melakukannya, saya tidak sabar-sabar melihat hasilnya, namun beberapa minggu kemudian perubahan yang berlaku menakutkan saya.

Muka menjadi lebih besar dan ada bahagian bernanah, manakala bibir membengkak. Saya segera bertemu doktor pakar dan dia juga terperanjat melihat wajah saya.

Selepas diperiksa, dia mencadangkan saya membuat pembedahan membuang cecair yang dimasukkan. Sebelum itu saya terfikir untuk membuat suntikan lagi, tetapi selepas doktor memberitahu pengambilan kolagen menjejaskan wajah saya, saya hanya menurut cadangannya.

Ketika proses membuang cecair dilakukan, saya terkejut kerana yang keluar ialah nanah hasil campuran cecair berkenaan dengan darah. Bukan sedikit nanah keluar, malah sepanjang proses membuang itu ia menyakitkan dan lebih rumit daripada proses memasukkannya.

Kos membuang cecair itu berjumlah RM20,000, lebih mahal daripada kos suntikan untuk mencantikkan wajah. Lebih menyeksakan, orang sekeliling, terutama rakan, bukan saja memberi pandangan negatif, malah takut melihat wajah saya yang semakin membesar.

Jiwa saya tertekan, untuk menyesal tidak berguna lagi. Saya ingin memberi nasihat, jika mahu mendapatkan rawatan wajah, jumpa doktor pakar atau yang ada tauliah, bukan mendapatkan nasihat pusat kecantikan.”

ARTIS 3 (pelakon lelaki berusia 30-an)

“Untuk mendapatkan wajah idaman, saya membelanjakan RM7,000 untuk urutan muka dan mengambil suntikan vitamin C serta kolagen.

Dalam tempoh seminggu, wajah yang disuntik kelihatan bengkak. Pantang-larang bagi kaedah ini ialah seseorang itu tidak boleh menyentuh atau ‘usik’ bahagian wajah yang disuntik kerana menjejaskan proses pembentukan.

Jika bengkak, biarkan dulu dan cuci dengan air sejuk. Selepas suntikan, bengkak di wajah susut dan pulih sepenuhnya dalam tempoh dua bulan. Setakat ini saya mengambil lebih 30 suntikan untuk membentuk kembali hidung menjadikannya lebih mancung, bibir supaya lebih berisi serta pipi yang cengkung kelihatan lebih gebu.

Ada empat jarum suntikan lagi hendak dimasukkan, tetapi buat masa ini saya hentikan buat sementara waktu dan belum bercadang melakukannya dalam masa terdekat. Akan datang, saya bercadang menyuntik hidung supaya lebih mancung serta dahi bagi menegangkan kulit yang kendur.

Semua suntikan ini membuatkan saya kelihatan lebih muda dari usia sebenar. Saya tidak peduli cemuhan orang kerana selama ini saya cakap perkara benar pun orang cemuh, tak mengaku lagi orang cemuh.

Ada rakan artis mengatakan saya seperti pondan selepas melakukan pembentukan wajah melalui suntikan. Saya tak peduli semua itu dan tidak kisah apa orang nak kata. Apapun, jauh di sudut hati, saya tidak pernah berbangga dengan perubahan yang saya lakukan.

Siapa yang buat suntikan hendakkan wajah buruk? Jangan hina seseorang. Saya melakukan suntikan di hidung kerana inginkan hidung lebih mancung, manakala suntikan di bibir diambil kerana bibir asal ada kesan sumbing.

Pembentukan bibir menggunakan acuan dan ketika proses itu, hendak menarik nafas kuat dari mulut pun tak dibenarkan kerana merosakkan proses rawatan. Saya menyuntik pipi juga ada sebabnya.

Saya tidak larat ditahan polis kerana disyaki menagih dadah. Saya akui saya bukan ‘budak baik’ kerana pernah mengambil ganja. Kerana itu tubuh saya kurus dan pipi cengkung. Selepas itu, saya nekad mengambil suntikan untuk menjadikan pipi lebih berisi.

Saya juga berazam tidak lagi melakukan kerja ‘jahat’ dan jika hendak uji air kencing pun, kini saya tidak risau kerana bersih daripada dadah.

Mengenai kesan negatif, bohong kalau orang kata suntik jarum tak sakit. Malah, sehingga kini bahagian yang disuntik begitu sensitif. Pernah sekali, secara tidak sengaja anak terlanggar hidung saya dan saya rasa sangat sakit.”

ARTIS 4 (penyanyi wanita berusia 20-an)

“Saya berbelanja kira-kira RM1,000 sebulan sejak 10 tahun lalu untuk pelbagai jenis suntikan di muka dan tubuh supaya lebih menawan. Ini bermakna saya berbelanja kira-kira RM120,000. Namun, saya puas dengan hasil yang saya peroleh dan saya anggap wang yang saya habiskan berbaloi.

Saya jenis yang obses kecantikan. Dulu saya tidak cantik dan inginkan penampilan berbeza. Sebelum melakukan kaedah suntikan kecantikan, saya meminta pandangan beberapa pakar kulit bagi mendapatkan maklumat mengenai kesannya serta memastikan ia halal.

Saya mengambil suntikan kolagen bagi mendapatkan wajah lebih bujur dan berdagu runcing dengan suntikan di pipi kiri dan kanan serta dagu. Saya turut mengambil suntikan plasenta biri-biri, vitamin C dan ‘collagen lifecell’ di kiri kanan lengan secara berperingkat-peringkat.

Tujuannya untuk mendapatkan kulit lebih cantik, halus dan anjal. Kosnya kira-kira RM1,000 sebulan. Dua suntikan berbeza di kiri kanan lengan itu dilakukan dua minggu sekali.

Kesan sampingan? Terus terang, saya tidak mengalami situasi negatif. Saya yakin ini kerana saya melakukan semua rawatan itu dengan cara betul dan daripada individu yang pakar.”

Bercanggah dengan hukum Islam

KUALA LUMPUR: Amalan mengambil pelbagai jenis suntikan atau pembedahan plastik untuk mencantikkan wajah bercanggah dengan Islam jika dilakukan semata-mata untuk kecantikan tanpa memenuhi keperluan fitrah manusia.

Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Mohd Azhar Abdullah, berkata dalam keadaan tertentu hukum perbuatan itu juga boleh menjadi haram.

“Jika melanggar fitrah manusia dan ia berlaku bukan secara semula jadi, hukumnya haram. Ada disebutkan dalam hadis bahawa perbuatan demikian salah di sisi agama Islam.

“Apatah lagi jika ia menyebabkan mudarat dan ‘kesakitan’ kepada individu yang mendapatkan rawatan, sedangkan mencukur dan mengukir kening pun tidak dibenarkan, apa lagi jika mengubah rupa bentuk asal kepada bentuk lain,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, jika seseorang melakukan rawatan tertentu untuk ‘merawat’ kecacatan seperti mulut sumbing atau ada kesan terbakar atau melecur pada muka, ia dibenarkan.

“Jika ia dilakukan dengan tujuan baik, tidak salah jika kita dapatkan rawatan susulan. Misalnya, jika seseorang itu bermasalah kerana mulutnya sumbing hingga menyebabkan suaranya sengau dan sukar bercakap, dia dibenarkan mendapatkan rawatan demikian.

“Apatah lagi jika membabitkan nyawa atau kematian, ia harus dilakukan supaya tidak menyebabkan kemudaratan kepada individu berkenaan. Namun kalau sekadar untuk suka-suka, lebih-lebih lagi meniru rupa seseorang, ia haram,” katanya.

Namun begitu, katanya, agama Islam sebenarnya ada keterbukaan dan tidak menghalang umatnya tampil menawan di khalayak ramai, tetapi ada batas dan perlu kesederhanaan.

“Islam membenarkan kita jaga kebersihan, malah kecantikan juga perlu dipelihara, tetapi ia perlu selari dengan kehendak dan garis panduan ditetapkan.

“Cuma yang dilarang jika ia membabitkan kosmetik atau bahan kimia yang dilakukan secara suntikan dan pembedahan yang menyebabkan perubahan dan ‘kerosakan’ pada wajah. Ia tidak memenuhi fitrah manusia kerana ia berlaku secara ‘paksaan’,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Universiti Malaya (UM), Prof Dr Suradi Salim, berkata tindakan atau kesanggupan artis ‘menukar wajah’ didorong status diri mereka yang menjadi perhatian ramai.

Selain itu, katanya, tindakan nekad berkenaan dilakukan kerana artis menjadikan bidang seni sebagai punca pendapatan, sekali gus mahu mengekalkan kedudukan serta menarik perhatian ramai, sama ada peminat mahupun penaja.

“Artis mendapat sumber kewangan melalui kecantikan dan daripada segi psikologi, mereka sanggup lakukan apa saja untuk kekalkan kedudukan, mendapat penaja serta menjadi pujaan,” katanya.

~Patulah artis2 ni dah berusiapun nampak muda tak berkedut kerana suntikan ni lah agaknya..tp kalau menyakitkan tak mahuuuuuuu tak cantik tak apa, buat apa nak menyakitkan diri sendiri? Lebih baik biar sajalah begini….lainlah kalau terbakar ke bolehlah di buat pembedahan…ya lah demo nih memanglah takut kalu ada garis halus tak macam kita ni tak kisahpun. Yalah kan bila dah berkedut itulah tandanya umur kita dah bertambah. Hehehe saya tak takut dengan tua nak kedutpun kedutlah, emak saya tak kisahpun~

About these ads

11 Respons to "cantik punya pasal, muka bernanahpun x apa"

salam sayang kak iman….
dah lama menyepi ni…hehehe…biasalah msg2 ada mslh peribadi… sue pun tak lepas dari mslh… bertimbun2 bagaikan lemon yg dtg ni… kena senyummmmmmm, takut kalo monyok aje, adalah berkedut2 ni…hehehe… tapi tak ler plak terfikir nak p suntik botox… ada aqidah lagi ni…

topik dkt atas besh gak n x heran kan dunia skrng gitu… sumer nak nampak cantik aje… tp ibadah tak ader plak nak bagi CANTIK… sedangkan itu plak yg kita kena utamakan…lucu kan… nak nampak cantik dimata umum tp kecantikkn dijaga ker depan suami…

bagi sue, kedetan dkt muka tu lah yg akan dekatkan kita pada Allah… makin kita tgok muka ada kedutan, makin akan insaf kita dari keseronokkan dunia… yg akan kita ingat ibadah kita x byk nak masuk dah liang lahat… tapi org zaman skrng takut dipandang hodoh pada mata umum… mcm2 karenah manusia AKHIR ZAMAN ni… manusia tuh mang TIDAK AKAN PERNAH PUAS… da cantik , nak bertambah cantik lagi… sampai sanggup berhabis RM.. kalo ler RM tuhh sumbang kat umah anak yatim, ada gak insan2 lain terjaga kebajikannya… emmmm

salam kasih sayang Sue..lama tak dengar khabar Sue..harapnya semoga di berkati Allah..

erm..bab cantik..x taulah Sue…rasanya di zaman gawat gini..beli keperluan anak..yg penting aje..bab2 tu tak penting remeh..anak lagi penting nak belajar n pakai banyak pulus..kalu bab muka comei tu tak apalah tak comei pun..lagipun zaman loni kalu nak jadi comei kena kuar banyak duit…

kita tak berduit hehehe…

Masalah orang kita ni, mereka meletakkan kecantikan tu di tmpat prtama. Manakala kesihatan nombor 2. Sebab tu yg jadi macam tu…apa yg nak dikata lagi ?

erm ahmad zafir tak nak tengok aweks comel lote ke hehehe…sori ek…yalah wajah cantikpun tak guna kalau duk tanggung kesakitan.

kekadang rasa jeles gak tengok muka orang comel lote mengerlip aje hehehe….

SALAM…SAYA PERNAH SUNTIK KOLEGAN PADA HIDUNG SAYA SEMATA2 UTK NAMPAK LEBIH CANTIK DAN MANCUNG…KEMUDIAN,SELEPAS 4X SUNTIK,HIDUNG SY TIDAK MENJADI SPERTI YG DISANGKAKAN..IA MNJADI PELIK SEHINGGA MENCACATKAN WAJAH SY.RAMAI YG PIKIR SY PATAH HIDUNG N ITU HIDUNG PALSU KRANA IA SGT HODOH.DGN KATA LAIN,WJAH SY MENJADI CACAT.HIDUNG SY MENJADI BESAR,KEMBANG,JATUH N SEPERTI PATAH KRANA BATANGNYA BENGKAK N MEMBESAR SEHINGGA BERCANTUM DGN DAHI.KMUDIAN,DOKTER MNGATAKAN KOLEGAN INI BERBAHAYA N HARUS D BUANG..KOS PEMBUANGAN KOLAGEN D MLYSIA RM3000 KE ATS..DAN KALAU D THAILAND HNYA RM1000 SEKALI DGN MEMASUKKAN BATANG LAIN N MEMBUANG LEBIHAN BUNGA(KELOPAK HIDUNG YG LEBIH)….SY IGN BERTANYA,ADAKAH HARAM KALU SY MEMBUANG KOLEGAN INI DAN MEMASUKKAN BATANG LAIN SERTA MEMBUANG LEBIHAN BUNGA??TLG JWB….

salam..sy brusia 23 thn teringin sgt nk buat pembedahan hidung (rhinoplasty or alarplasty x kisahlh..)sy ad tgk byk klinik2 di hadyai yang menawarkan pembedahan seperti ini tp sy msih tak yakin yg ia nya selamat.so utk sapa2 yg dh ade experience please la share ngan sy..prosedur n ksan2 nya..

DAPATKAN AMPOULE SUNTIKAN PALING MURAH DI PASARAN DI SINI!!!
HARGA LEBIH KURANG RM100 SAHAJA!!!
kedaiislamic.blogspot.com
kedaiislamic@yahoo.com(facebook&email)

i pun ada buat suntikkan di pipi dan hidung.tapi alhamdulilah…setakat ni ok..x pernah ada masaalah…

Yg bengong sgt artis2 tu pegi inject kat muka pehal?saya dah inject byk kali kat tgn x sakit langsung pun..

kita inject masukan 1,2 dos calogen jew kt dagu n idung.ok jew dah mancung makin mancung la skit.2 maybe terlalu penyek jd kena injec n cuna dos calogen yg banyk jd…..jwpn nyeee.teruk sngat lah.sbb nk ubah melampau2 dr kejadian asal.so agak2 leee….

salam kak iman,
soalan 1:
saya pernah buat suntikan vitamin c + collagen + whitening dan disuntik pada bahagian urat lengan… selepas membuat suntikan ini yang dibuat dalam 2 mggu sekali.. saya tidak lagi sukar untuk bernafas (asthma) pada waktu malam. sebelum sy mengambil suntikan ini saya sering demam, flu, batuk dan asma, kulit juga semakin halus dan gebu malah bekas-bekas jerawat semakin pudar .. Adakah tindakan saya ini betul dan halal? .. saya juga tidak pernah membuat suntikan ini pada bahagian wajah seperti artis2 kita pernah buat. suntikan vitamin c + collagen + whitening hanya pada bahagian urat lengan dan punggung sahaja..

soalan2:
1st time sy buat suntikan ini di sebuah klinik kwsn pedalaman, tapi doktor salah inject kerana dia inject pd bahagian lengan bukan pd bahagian urat lengan… sakit memang terlalu sakit .. selama 2 mggu saya menahan kesakitan kerana injection tu pada bahagian muscle lengan tangan kanan… dan kesakitan masih terasa walaupun semakin berkurangan. selain itu juga saya dapati lengan tangan kanan yg tersalah inject tu besar dr tangan kiri… ini yang menyebabkan saya menjadi risau takut lengan tangan sy besar sebelah? apakah cara terbaik yang patut saya lakukan dan adakah petua untuk menghilangkan bengkak ini?

* suntikan vitamin c + collagen pada bahagian urat lengan dan punggung sememangnya tiada rasa sakit pun!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Jun 2008
I S R K J S A
« Mei   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 630,823 hits

Shoutbox

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 81 other followers

%d bloggers like this: