Teknologi LPPKN atasi masalah kesuburan
Posted Julai 1, 2008
on:Oleh Farizalina Ishak dan Noor Farhana Ahmad Norain
MASALAH kesuburan tidak lagi boleh dijadikan alasan kepada pasangan suami isteri untuk tidak mencuba menimang cahaya mata. Ini kerana pelbagai teknik kini wujud dan terbukti berjaya membantu pasangan yang menghadapi masalah melahirkan cahaya mata yang diidam-idamkan.
Kaedah Teknologi Bantuan Konsepsi Penghamilan adalah rawatan ditawarkan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi membantu pasangan mendapatkan zuriat.
Sejak diperkenalkan pada 1979 sehingga tahun lalu, 20,000 pasangan mendapatkan rawatan kesuburan itu melalui kaedah seperti Permanian Dalam Rahim (IUI), Pindahan Gamet Dalam Fallopio (GIFT), Persenyawaan In Vitro (IVF) dan Induksi Ovulasi (ICSI).
Ketua Pengarah LPPKN, Aminah Abdul Rahman, berkata seramai 2,623 bayi dilahirkan melalui khidmat ini sejak ia diperkenalkan.
“LPPKN, selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengambil inisiatif mewujudkan Klinik Subfertiliti bagi membantu pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan atau subfertiliti.
“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), masalah ketidaksuburan adalah satu daripada elemen kesihatan reproduktif yang memerlukan rawatan. Kadar subfertiliti global sekitar 15 peratus manakala kadarnya di Malaysia antara 10 dan 15 peratus,” katanya.
Pemangku Pengarah Bahagian Reproduksi Manusia, Dr Norliza Ahmad, berkata Klinik Subfertiliti LPPKN menawarkan kos rawatan berpatutan.
“Antara faktor penyumbang kepada masalah ketidaksuburan adalah 30 peratus kes masalah kesuburan isteri, 30 hingga 40 peratus masalah kesuburan suami manakala 30 peratus gabungan masalah suami dan isteri dan ada juga kes tiada punca penyebab, tetapi keadaan ini dikaitkan dengan kemungkinan wujudnya masalah tekanan,” katanya.
Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah dalam teks ucapannya yang dibacakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen pada Majlis Jalinan Kasih 2008 anjuran LPPKN baru-baru ini menasihati pasangan yang belum mendapat anak selepas setahun berkahwin supaya menjalani ujian kesuburan dan tidak menunggu sehingga umur meningkat.
Beliau berkata, pasangan tidak digalakkan menunggu lama kerana purata tahap kesuburan wanita dan lelaki menurun apabila umur meningkat.
Katanya, hasil kajian penduduk dan keluarga Malaysia 2004 oleh LPPKN mendapati umur purata perkahwinan bagi lelaki ialah kira-kira 28 tahun dan wanita 25 tahun.
Bagi pasangan yang berjaya mendapat zuriat selain daripada berdoa dan memohon kepada Allah, kaedah rawatan daripada LPPKN melalui kecanggihan sains dan teknologi banyak membantu mengatasi masalah ketidaksuburan.
Rosli Othman, 36, dan isteri Siti Safura Abd Aziz, 36, berkata pengalaman 10 tahun berkahwin tanpa kehadiran cahaya mata amat menyuramkan suasana rumah tangga dan mereka sering dibelenggu kesedihan.
Pasangan guru yang mendirikan rumah tangga pada 1995 itu hampir putus asa untuk mendapatkan zuriat.
Namakan apa sahaja rawatan, semua sudah dicuba namun masih tidak berkesan.
“Kami berkahwin ketika menuntut di tahun akhir universiti, selepas habis belajar, proses mencari kerja bermula dan tanpa disedari usia sudah meningkat dan sudah lima tahun kahwin tapi tidak ada anak.
“Kami pernah disarankan doktor di klinik swasta untuk mengambil anak angkat kerana diberitahu tiada harapan untuk mendapatkan anak. Tetapi selepas mengunjungi klinik LPPKN di Klang, kami diberitahu ada pelbagai kaedah untuk mendapatkan zuriat,” kata Siti Safura.
Kini, selepas lima tahun menjalani rawatan di bawah Dr Abd Ghafar Abd Razak menerusi kaedah ICSI, pasangan ini semakin ceria dengan kehadiran Luqmannur Zahin, 4, yang dilahirkan pada 2005.
Beliau mengakui, jumlah keseluruhan wang yang dibelanjakan dari awal hingga berjaya mengandung sememangnya berbaloi serta berpatutan berbanding harga swasta.
Terumi Shikata, 41, dan suami Alex Danker, 44, pula yang sudah sepuluh tahun berkahwin, mengambil masa empat tahun berusaha untuk mendapatkan zuriat.
Beliau yang bekerja di sebuah syarikat Jepun di Kuala Lumpur, berkata melalui kenalan, mereka dirujuk kepada LPPKN untuk menjalani ujian dan mendapatkan rawatan.
“Kami menghabiskan hampir RM10,000 bagi mendapatkan rawatan di LPPKN menerusi kaedah Permanian Dalam Rahim (IUI), sejak 1998 lagi dan syukurlah kami dikurniakan sepasang cahaya mata kembar, Mako Danker dan Marina Danker, 5 tahun,” kata beliau.
Terumi juga menasihati pasangan yang masih tidak mempunyai anak supaya berjumpa pakar, menjalani ujian untuk mengenal pasti masalah sebenar, terutama lelaki dan isteri pula jangan rasa rendah diri untuk mendapatkan rawatan.
Bagi Azizan Mohamed, 35, dan suaminya Shah Alam Abdul Manan, 36, kegagalan mendapatkan zuriat kedua secara normal memberi tekanan dalam hidup mereka dan secara tidak langsung menyebabkan mereka suka menyepikan diri.
“Anak pertama saya dilahirkan secara normal tetapi selepas itu kami mempunyai masalah untuk mendapatkan zuriat kedua, selama lima tahun mencuba pelbagai kaedah termasuk berurut tetapi tidak berhasil.
“Kemudian kami datang ke LPPKN untuk mendapatkan rawatan daripada Dr Ismail Thambi dan beliau mencadangkan kaedah IUI, selepas kelahiran anak kedua, Shaharul Rasul, 5, alhamdulillah isteri dah boleh hamil seperti biasa,” kata Shah Alam.
Kehidupan mereka kini ceria bersama empat anak lelaki berusia antara satu dan 10 tahun.
Sempena Bulan Kesuburan Antarabangsa yang disambut setiap Jun, pasangan itu adalah antara beberapa pasangan yang diraikan LPPKN pada Majlis Jalinan Kasih 2008 baru-baru ini. — Bernama
338 Respons kepada "Teknologi LPPKN atasi masalah kesuburan"

Mahalnya..Sepatutnya kalau kerajaan kena la bagi murah.. Kalau kena pergi banyak kali tu mcm mane?


saya pernah mendapat kaan rawatan kesuburan d lppkn. Memang berbaloi, skang saya berjaya dapat c mata dgn mjalani rawatan d LPPKN, melalui kaedah IUI

hi… boleh saya tanya sebelum awak buat IUI kat situ apa prosedur apa yang telah awak buat kat situ. saya nak buat IUI kat situ tapi telur saya tak cukup banyak.


sya nk tnya halimatun buat rawatan semua tu berapa habis?sya ni pn sush nk pgnan,nipple plak kua cecair da 2bln,sya dgr lg sush nk pgnan kalo nipple kua cecair..skg ni follow up kt hukm tk mslh inferteliti..mcm mne ni sya tress pn ada jugak sbb tlmpau inginkn chya mata

mia,
saya pun dah buat ivf di hukm bln 3/2011 tp negatif… sudah 2 kali operate sebab mengandung luar rahim. tak lama lagi, operate utk kali ke-3 sbb nak buang fibroid sbelum buat 2nd ivf….




berapa kosnya…….kalau boleh teangkan di sini………….


berape kosnya?……..hari tu saya ade dengar dalam rm 1000 je…tp yang kat atas tu tulis rm 10000 plak…….yang mane satu betul nie…konfius aaaaa…

sbnrnye mengenai kos rawatan tu brgantung kpd masalah yg dihidapi oleh pasangan suami isteri itu sendiri..ade yg kos rawatan yg tidak melebihi 500 ringgit..dan ade yg lebih 10,000..saya sndiri pernah melakukan rawatan di LPPKN. jika anda betul2 ingin mngetahui apa masalah anda yg sbnarnye baiklah berjumpa doktor di LPPKN tu sndri utk mndapatkan maklumat yg lebih trperinci.

mslh saya..husbnd kat sermban saya kerja kat kuantan..nak p LPPKN gak…tp kat mana…



harap dapat membantu. ini blog saya
http://indah-life.blogspot.com/2010/07/lppkn-subfertility-treatment.html
pada 11/10/2010 yg lalu, saya telah cuba kali ke 2 IUI. Kali pertama tak membuahkan hasil..
semoga Allah kurniakan rezeki untuk saya dan suami kali ini..

salam, macamana proses IUI tu?




a’kum. apa citer smbungan artikel di atas? contact lppkn? kalau ada tulis kat sini lagi mudah. perlukan informasi lanjut…


Erm…actually saya baru nak cuba pegi lppkn…saya baru kawin 1 tahun 7 bulan…kos yang dianggarkan utk permulaan just rm150.00. saya dinasihatkan apabila hari pertama datang period, baru call lppkn utk membuat t/janji.so next month baru nak pegi lppkn…bagi saya duit bukan la masalah besar, tapi daripada kita menghabiskan duit merata2 tempat especially swasta, mmg membazir.Bagi saya, klu kita betul2 ikut apa yg dinasihatkan, insyaAllah akan berjaya.Amin.Erm apa pun, ni pendapat saya, insyaAllah klu saya dah pegi lppkn, saya akan bagi info lagi..

kalo partner kita jauh camner..sorang kuantan sorang seremban..nak g LPPKN mana erk?

salam, noor… ciannya dia, jauh dari abang ye? x jadi masalah kalau jauh pun… saya pun sedang jalani rawatan di LPPKN. tapi masih dalam peringkat awal. noor kena call LPPKN dulu. nanti depa mesti suruh noor datang dengan hubby sebab hubby kena buat ujian sperm. pastu ambik darah noor & hubby untuk mengesan samada kita ada penyakit hepatitis, kelamin ataupun HIV. selain tu, darah tu pun dibuat ujian untuk melihat hormon kita dan telur yang kita hasilkan. noor pun kena buat ujian HSG. ujian HSG ni ialah untuk melihat tiub fallopian kita, samada tersumbat ke, ape ke… tapi jangan takut… x sakit sangat pun… tahan je… baby punya pasal, kan… semua kita kena sanggup…
lepas semua tu, barulah kita akan jumpa ngan doktor… saya cadangkan noor gi LPPKN kat jalan raja laut, kat KL ni… tapi kedua-dua memang kena bercuti lah…


kat kuantan de lppkn, try laa pg…




macam mana nak start dengan lawatanLPPKN? telefon utk appointment dulu ke? atau kena pergi sana buat appointment?


Erm elok call dulu…erm 0326937555 ext klinik ting 6. elok call masa 1st day period or b4 period..i tunggu next month la…hu3.tak sabo nak check ni…nak sangat baby…erm sabo jela…

ros.. i nie dah ikat.. blh x wat?


i nak tahu rawatan mana yg terbaik ivf ker iui ker atau sebaliknya…

saya telah menjalai rawatan kesuburan di hsptl swasta hampir 5 tahun…rawatan ivf kebanyakkannye berjaya berbanding rawatan iui..tetapi coz ivf lebih mahal berbanding iui..saya dah 2 kali buat iui di hsptl swasta tapi masih blum berjaya…ivf di hsptl swasta anggaran kos lebih kurang RM15K sekali rawatan..bagi mereka yg kurang berkemampuan sila dptkan rawatan di LPPKN…




Erm sebenarnya saya pun baru2 ni je tau pasal lppkn ni…ttg blh chech kesuburan…tak perlu nuriman berterima kasih kita sepatutnya berkongsi maklumat. terutamanya maklumat yg banyak berguna macam ni…sebab ini utk kebaikan rumah tangga kita gak…sebagai isteri, kita perlu lebih banyak memainkan peranan…saya ni ramai yg syorkan ambil biodex tapi saya yg tak sanggup.sebab takut kita ni hangat2 tahi ayam je nak makan ubat dia..banyak tau…then nak kena minum,aduyai, saya klu ubat air ni tak berapa ngam…mesti muntah balik…hehehe.erm satu lagi, saya nak cadangkan, beli majalah pa & ma bln januari,ada info berkenaan kehamilan…hope blh membantu…

salam rossa sya nk tye pasal rawatan ni..sy pon dah stahun lbh khawin tp blm ad zuriat.. kawan sy die ade prg kat jb ..doc bg mnm biodex alhamdullilah tak sampai skotak die dah pregnt .. jd die ad lbh susu tu bg kat sy ..hurm baby xde lemak je naik.. jd mcm mane kite nk tros buat tretmn? xpayah la susu tu…sbab sy dh mnm..



erm nuriman dah ada anak sorg ek?…takpela, kurang2 ada gak..tapi bagi saya, klu nak guna biodex, mest bersungguh2.jgn hangat2 tahi ayam coz biodex mahal tau..dia set kat dgn rm500 sekali dgn hubby..


lagi 1, kebanyakan ubat biodex ni kena minum…hu3.sebab tu saya taknak beli.saya tak blh minum ubat, klu jenis pil takpela, telan je.he3.


Saya baru membeli set biodex berharga dalam 300 lebih. tapi saya tak minum atau makan lagi sebab tiba2 bapa saudara balik dari mekah beri serbuk kurma. katanya bagus untuk mendapat zuriat. ada sorang kawan pernah mencuba serbuk kurma ni dan sekarang telah pregnant 4 bulan (setelah kahwin 2 tahun).
Oleh itu atas nasihat suami, saya mencuba serbuk kurma ni dulu…kalau tak berhasil jg saya try biodex…dan jalan akhir kalau tak berhasil jg saya nak g jumpa pakar…tapi sebelum ni saya pernah g jumpa doktor…dia hanya memberi saya pil kesuburan, namun tiada juga hasil…ada kawan yang makan pil kesuburan, bulan depan terus lekat…lain orang lain agaknya…
apapun usaha + doa + tawakal = penting dalam usaha mendapatkan zuriat..

salam…
macam mana cara kita nak guna serbuk kurma tu ye
adik belikan ta;pi tak tau cara guna.

salam, sya pun sedang cuba serbuk kurma tu, kwn hubby blk dri mekah bg, campukan suku sudu teh sebbuk kurma dgn 1 sudu madu kacau rata pastu letak air skit dan minum dgn selawat dan niat dihati



salam,saya minta tolong boleh ke bagi tau saya macam mana nak dapatkan serbuk kurma tu?

kalau ade saudara atau sengkawan yg ke Mekah boleh pesan dengan mereka..sebab serbuk kurma tu saya tak pernah nampak di sini..saya dapatkan serbuk kurma tu pun dari kawan yang pegi umah …


sy penah beli debunga kurma jantan tu..type je debunga kurma jantan kt google,nti bole dpt no fon org yg jual debunga tu..dia org m’sia je,klu x silap duk kt kuantan..hrga sebotol rm50..suami try mkn tu tapi blom ada hasil yg +ve..




Salam…
Semoga segala usaha alya akan memberikan hasil yg alya impikan…erm pasal set biodex tu, alya beli utk diri alya je ker?tak beli utk suami sekali?alya, betul ker biodex ni ubat2 dia kebanyakan nya kena minum…hu3..saya tabik spring la kat alya…coz mampu blh makan ubat yg minum…saya tak blh, mesti termuntah..klu bagi pil selamba je telan walau rasa pahit pun…hu3.


Salam kak nuriman…
Erm biasa la kak, cuti. so tak on9. betul tu kak, saya setiap kali jumpa doktor, tak kisah la, wpun demam, klu doktor nak bagi ubat batuk, siap pesan, nak yg pil. taknak air.he3.


Salam…
Betul tu kak nuriman, kadang2 kesian gak tgk budak2 kena paksa makan ubat..tapi nak wat macam mana, nak bagi dia sembuh cepat…lagipun mmg kalau nak bagi budak2 makan ubat, mmg lebih senang bagi ubat air berbanding pil coz they all tak pandai telan lagi.
Ada new info, sekarang ni klu nak pergi lppkn utk ujian kesuburan, tak perlu tunggu 1st day period…sekarang ni depends atas kita…terus call lppkn then set kita yg pilih tarikh bila kita free…lebih senang, coz katanya mereka taknak kita stress…bagus gak tu, kebetulan sekarang ni tak ada masa free lagi…hu3.
Teman2, selalunya bila saya period saya akan rasa sedih, rasa sayu sangat, tapi kali ni tak sesedih selalu…mungkin sebab dah ada tempat utk luahkan perasaan…jadi tak la tension sgt…he3.


kalau yang berduit tu boleh lah,kalau yang kehidupan dia sederhana cam mane???


Hai,
Adik ni umur 26 thn,dah mendirikan rumah tangga selama 5 thn.belum ada rezeki lagi,tu lah ada kwn bagitau pasal LPPKN ni.Macam2 cara dah adik cuba tapi tak juga ada hasil nya..Adik memang nak cuba brg2 seperti biodex dgn sendayu tinggi tapi terpaksa tanya orang tua dulu.sebab dia org ni lebih kepada cara tradisional.Adik tension sangat!!!

saya umur 24 tahun, dah mendirikan rumah tangga selama 3 tahun, belum ada rezeki lagi, saya ada terbaca mengenai LPPKN. macam2 dah cuba tapi belum lekat lagi, saya ada jumpa doktor pakar macam2 ujian dilakukan termasuk makan pil kesuburan tetapi belum lekap lagi, kadang2 saya rasa kecewa apa patut saya lakukan, saya betul2 tension jika memikirkan tentang anak

buat adik nor..jgn tension sbb itu salah satu faktor susah dpt anak…tempoh perkahwinan adik baru lg..ade org yang lebih lama lg mcm akak dah 7thn..tapi kita kene ikhtiar..kalau berkemampuan buat IVF…untung2 dapat kembar..cuma mahal la kosnye..




Hai dan salam semua…
Erm Theresa, sabar jela…mmg kadang2 kita kena ikut kehendak orang tua tapi jangan sampai kita sendiri jadi tension…kena relax sket…nanti macam2 blh jadi…ttg rawatan tradisional takde salahnya, tapi kita mesti cuba cara lain if kita nak hasilnya…lagipun, cuba Theresa cakap baik2 dengan orang tua yg x slh mencuba cara moden coz sekarang ni banyak gak yg berjaya melalui perubatan moden…saya faham perasaan Theresa coz kita sendiri terlalu inginkan anak dari rahim kita sendiri…saya ni wpun dah nak masuk 2 thn,tensionnya kadang2 terasa gak, tapi nasib baik ada suami yg memahami dan blog ni…Alhamdulillah kurang sedikit tekanan…terima kasih teman2…


hi rossa..sy pun nk cuba ivf dlm ms tdekt. sy ada endometriosis n dh operate kt kpj. br2 ni tumbuh balik cyst 2. dr pkr cdgkn wat ivf. kes sy lg haru tapi sy x putus asa. sy mkn biodex n mcm lg. tak tau la smpi bila bole bsabar..sama2 la kita bdoa n usaha


Hai nuriman dan semua adik-adik,
Jangan terlalu tension. Kakak menghadapi cabaran ni lagi lama. 18 tahun mencuba pelbagai kaedah dan akhirnya Tuhan kurniakan rezeki yang kakak dan suami tunggu-tunggu.
Theresa, tak ada salahnya ikut cadangan orang tua, tapi cuba juga kaedah moden. Jika adik masih belum berusia 35 tahun, masih boleh cuba di LPPKN. Kalau tak silap, kosnya tak sampai RM10,000. Cubalah tanya mereka dulu. Dulu kakak buat IVF di hospital swasta sebab dah berumur, sebab tu kosnya agak tinggi tapi mungkin masa tu belum rezeki, tak jadi. Dan kakak ada cuba cara tradisional juga lepas tu.

salam kakak,
saya dah berkahwin lebih dari 2tahun ,saya ingin mencuba kaedah ivf nih…cuma saya takut kurang berjaya lar kak…maklumkan gaji taklah sebesar mana…apa komen akk setelah menjalani rawatan ivf nih

adik imma dah jumpe pakar ke…ambil ubat kesuburan..atau pun buat rawatan iui..murah sikit..




maaflah kalau tersalah tajuk..saya nak tny kalau2 ada yg dag pernah cuba kaedah pencgah kehamilan di lppkn..kalau saya nak pakai implanon berapa harganya…? tak berani nka g klinik dier sebab bc dalam blog nih semua kener duit jer…ada sesiapa yg dah guna?


maaflah kalau tersalah tajuk..saya nak tny kalau2 ada yg dag pernah cuba kaedah pencgah kehamilan di lppkn..kalau saya nak pakai implanon berapa harganya…? tak berani nka g klinik dier sebab bc dalam blog nih semua kener duit jer…ada sesiapa yg dah guna? saya baru jer lepas bersalin..


Nuriman, bukan tak boleh berubat di LPPKN tu tapi kalau kes nak buat IVF ni, bukan semua hospital ada pakar dlm bidang ni. Dan kalau tak silap bagi hospital kjaan, cuma rujuk HUKM aje yg buat IVF.Kalau hosp swasta tu, byk lah juga pilihan dan kalau ada duit, boleh jumpa pakar dan lepas beberapa ujian, boleh terus buat IVF. Kakak dulu, daripada mula jumpa doktor pakar yg buat IVF tu, sampai proses pemindahan embrio ke dalam rahim, tak sampai 2 bulan pun! Lagipun kalau kat LPPKN kena ambil masa yang lama dan perlu ikut satu ke satu proses. IVF tu cuma disyorkan apabila semua proses rawatan kesuburan lain x jadi sebab kaedah ini jauh lebih mahal daripada yang lain.Kalau umur kita lebih 35 tahun, risiko lebih besar dan takkan nak tunggu lama-lama. Tau-tau ajelah, bukan bila mendaftar @ rujuk aje LPPKN blh terus buat kan? Tapi, kat HUKM pun bukanlah free pun. Memang ada cajnya. Tapi jauh lebih murah, kalau tak silap doktor tu kata, jika buat IVF kat HUKM, beberapa tahun yg lepas, lebih kurang RM7000 je. Sekarang tak tahu pulak.


Eja,
Tahniah dikurniakan rezeki. Jaga diri lepas bersalin. Dah lepas pantang ke?
Kat LPPKN caj yg kakak baca RM320 untuk buat implan. Kalau kat swasta, ada kenalan kakak kata dlm RM350.


salam,
saya saja je nak kongsi info, saya dapat my first daughter genap 4 thn kahwin selepas dapatkan treatment IUI di LPPKN tupun after trying a few times kat swasta yang agak mahal la..my prob. saya tak boleh ovulate and ada endometriosis. so masa 2004, kos for iui cuma rm100 tak termasuk ubat (kalau tak silap masa tu tak sampai Rm500 pun sebab semua test tiub etc saya dah buat kat tempat lain so tak payah ulang balik), mmg murah compared to swasta. sekarang nak try for no. 2, dah 2x buat iui at LPPKN jugak tapi still tak de rezeki. tapi kos nye dah naik, IUI RM350, ubat harga lain which you need to pay after the visit. Dr. punya consultation murah je dalam RM10, ubat la yang agak costly. kos ubat berbeza ikut problem masing2, cuma saya perasan bila umur dah meningkat we need a higher dose of hormone, so lagi mahalla kosnya.. nasihat saya kat adik2/kakak2 jgn tunggu lama sangat nanti lagi mahal. In my case kos for IUI last month is about RM1200 (ubat, scan,sperm analysis, iui). In fact for IVF pun, kita tak payah bayar berdebuk 10k, payment by stages ikut tahap treatment pada masa visit tu. Hope this info will help. By the way, kalau kat lppkn ni, 1st visit kena queue agak lama, dan kalau tak pernah buat apa2 test, kena buat semua tu dulu… cth check darah, check tiub n sperm count- lepas dah buat semua tu baru dapat consult Dr because DR akan guna result tu utk rekomen the best tretment utk masalah kita. Sekian. Good Luck and doakan saya juga ye.. will proceed to IVF next month.

Boleh tau tak berapa caj 1st visit untuk check masalah kita ?



Salam semua…
Thanx mummy2004, actually saya bercadang nak pergi lppkn this month, tapi disebabkan tiada masa, until now tak pergi lagi…utk pengetahuan, saya baru je 3 bulan bekerja, sebelum ni housewife je…Bila saya free, suami plak tak free…yela, waktu kerja tak sama, hubby saya keje pasar borong, saya keje kerani…hu3.sabo jela.sesungguhnya semua ini betul2 memerlukan pengorbanan dan masa serta semangat…if not, mesti tension je…semoga kita semua yg masih belum dikurniakan rezeki, akan sentiasa mendapat kekuatan serta tabah dalam menghadapi segala dugaan…insyaAllah…


saya kawin dah 2 tahun lebih, saya dah mengandung 2 kali tetapi bila kandungan berumur 2 bulan kandungan gugur.


Saya ada hubungi LPPKN untuk check kesuburan dan masa yang sesuai untuk buat adalah pada hari ke 2 period hingga ke lima period tetapi perlu pastikan suami tidak mengeluarkan air mani pada masa tersebut.


dh 2 tahun kawin tp masih blm ada zuriat sendiri, susah hati sgt2, kadang2 asyik bergaduh bila km bincangkn hal ini, dahla pening kepala fikirkn masalah kewangan, masalah perkerjaan, ingatkn ada zuriat boleh ar merapatkn hubungan kami tapi… kwn2 ramai yg dh punya anak walaupun mereka kawin lewat dr sy, tp saya.. asyik2 doctor bg folic asid bkn menyuburkan rahim tp menggemukkan badan…


salam…
saya nak ucapkan thanks to all especilly to rossa976..saya dah kwen dalm 1 thun 2 bln..lebih kurang la..cam biasa isu sini tak dpaat zuriat lagi. so saya call lppkn ikut no yg rossa bg..thanks again..
diakata 1st dtg kos utuk ujian air mani suami n darah isteri rm250…after beberapa ujian dlm 400-500….pastu kalo sampai peringkat iui dlm rm1,100.00 korang tryla tambah2 kos tu sendiri..aduh seram gak…..kalo ader rezki n Allah permudahkan….dapatla saya pegi…ha utk kakitangan kerajaan katanya boleh claim kat JPA..so simpan jerla resit tu…..pe yg mummy 2004 ckp pun btl…kos tu semua dah naik dah……
so good luck erk semua..kita berusia..Allah tentukan….
………….


Salam semua…
Semoga semua ceria serta dirahmati Allah wpun diselubungi masalah still tak dapat zuriat…sama2 nor236.he3.tu la sebab saya tak pegi lagi, awak takpe la blh claim, macam saya, keje swasta, sabo jela.banyak pengorbanan yg kena kita lalui demi nak mendapat apa yg kita impikan…
Sedikit nasihat buat ryna, jangan la selalu gaduh…cuba bincang dengan cara yg baik, org lelaki ni tak suka tekanan…tak suka dipaksa..tambah lagi dengan adanya ego sebagai seorang suami…
Kak nuriman, apakah sebagai seorang isteri yg baik, bila kita tak dapat melahirkan zuriat, kita patut beri izin kepada suami utk kawin lagi satu?tapi saya tak sanggup la kak, bukan apa, kesian kat dia, takde penyambung nama, keturunan dari dia tapi bila difikirkan balik,saya takut sebab saya tak blh kongsi punya…ntah r,teman2 saya mengharapkan pandangan dari teman2…apa yg saya patut buat…


Salam rossa dan semua…harapnya semoga semuanya di berkati Allah s.w.t.
Rossa…akakpun tak taulah nak bagi jawapan tentang pertanyaan rossa tu…rasanya kan rossa kalau hati kita rasa tak iikhlas lebih baik tak payah nak cakap nak suruh suami kita berpoligami. Kita orang perempuan faham sangat…nak sebut depan suamipun tak berani rossa…rasanya suami rossapun tak mau cari yang lain. Bersabarlah…insya Allah akak yakin rossa dan semua adik kakak kat sini akan mendapat zuriat yang di idamkan.
Tetapi rossa kalau suami kata nak cari sorang lagi bagaimana? orang lelaki mampu berkhawin sampai 4 org. Nasihat akak andai sebaliknya redhalah, demi untuk kebahagiaan suami kita juga…akak nak nasihat banyak2pun tak berapa reti. Mungkin Kak nidah dan kakak yang lebih berpengelaman boleh bagi jawapan yang lebih baik.
jgn sedih2 ya rossa….dan semua……..


alahai cakap mmg senang rossa;…tp untuk mengatakan redha dan ikhlas tu mmg payah….berdoalah…dan berserah kepada Allah s.w.t…semuanya itu adalah dugaan dariNYa…


Salam…
Terima kasih kak iman…betul, cakap lagi senang dari buat..ntah r kak, kalau org lain minta kita tolong kita selesaikan masalah dia, dengan senang hati dan senangnya la kita nak selesaikan masalah orang lain, tapi bila terkena kat batang hidung sendiri..peritnya hanya Allah yg tahu…Hanya airmata yg menjadi peneman setia…he3.
Kak, mmg la lelaki blh kawin 4, klu dia mampu, tapi bukan senang nak jadi seorg yg ikhlas dan redha, terutama bila membabitkan hubungan suami isteri ni..ianya tak semudah yg kita harapkan…lagi banyak pengorbanan dan airmata yg harus dipertaruhkan…
Bila saya fikirkan balik, ada seorg teman yg sampai sekarang belum berkahwin pernah berkata pada saya dia tak nak kawin coz perkahwinan ibarat kita judi…atas nasib, klu nasib baik, menang, if nasib tak baik…kita akan kalah akan kalah seumur hidup…Seksanya menjadi seorg wanita…coz kita hanyalah insan yg lemah yg memerlukan perlindungan serta sokongan dari yg lelaki…
Seorang lelaki, bila dah jadi suami, still blh cari perempuan lain, tapi seorg isteri bila dah jadi seorg isteri, secara tak langsung, pergaulan dia akan terbatas…dia tak blh suka2 hati keluar dengan lelaki lain atau cari teman lelaki baru…apatah lagi kita ni beragama Islam…inilah putaran dunia….ada masa kita di atas ada masa kita di bawah…apa yg mampu kita buat hanyalah berdoa dan terus berdoa agar kita mampu mengharungi segala dugaan yg Allah datangkan kepada kita…Pada masa2 macam ni, saya teringat artikel dari aylum tentang istidraj, thanx aylum, ianya sedikit sebanyak membantu memberi kekuatan pada saya…
He3…sory kak ari ni saya banyak membebel kat sini…bukan apa, sekurang2nya ianya dapat mengurangkan tekanan apabila kita luahkan…Saya juga nak minta pada teman2 semua, agar tolong doakan semoga saya serta teman2 semua dikurniakan zuriat yg soleh…Amin!


ni dari pengalaman sendirila sebagai ingatan utk saya jugak…
‘bila Allah makbulkan doa hambanya, maksudnya dia sayangkan hambanya, tapi kalau lambat dimakbulkan , maksudnya itu dugaan untuk kita dan Allah ingat akan hambanya, kalau tidak dimakbulkan mungkin ada sesuatu yang lebih baik untuk hambanya itu’
ada somebody bagi ayat diatas pada saya.. buat saya termenung sejenak..
Kesimpulannya jangan gaduh2, jangan stress pasal anak ni lagi susah nanti nak lekat…just be positive dan sentiasa berusaha dan berdoa. bykkan membaca sebab si suami pun perlu tahu yang dia juga mungkin penyumbang kepada masalah kesuburan….sama2 cari jalan penyelesaian. saya sendiri lalui macam2 dugaan tapi Alhamdulillah akhirnya dapat jugak seorang. majalah keluarga this month pun pasal sukar dapat zuriat. ramai lagi org yang terpaksa bersabar lama dari saya, so kengkawan.. never give up ye.
Btw, saya dah start the treatment, kena inject ubat kat perut for 12 days. Husband tak berani inject so dia tolong masukkan ubat dalam syringe je.. oklah ada gak part dia. wassalam.


Salam buat nuriman dan semua yang berkunjung ke sini.
Lama tak ikuti perbincangan adik-adik di sini. Sibuk sikit. Semoga semuanya tabah dengan segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
mummy2004,
dah mula rawatan IVF tu ya. Kakak pernah buat akhir thn 2005 dulu. Tapi masa tu belum rezeki, tak berjaya. Kita berusaha dan Tuhan tentukan. Alhamdulillah, belum lagi kakak ulang kali ke-2, hampir nak 2 tahun lepas tu, Tuhan nak bagi rezeki, kakak mengandung. Bila kakak teringat proses tu, yang kakak fobia ialah bila ingat kena inject ubat kat perut tu, Walaupun hanya lebihkurang 28 hari, tapi bukan senang nak inject diri sendiri. Sampai kadang-kadang tu, rasa macam jarum tu tak cukup tajam dan perut kakak tebal sangat sampai jarum tu tak nak tembus kulit perut kakak. Alhamdulillah, suamilah yang tolong inject ubat tu kat perut. Kakak doakan mummy2004 berjaya. Kita usaha sahaja selagi termampu.
Rossa,
Pada pendapat kakak, kita tak boleh ikut sangat cerita dalam filem. Nak jadi isteri baik, perlu berkorban dan melukai hati sendiri. Dulu pun kakak pernah terfikir nak tawarkan suami kahwin lain sebab rasa macam dah tak ada tanda-tanda nak dapat anak. Alhamdulillah suami kakak kata tak terfikir pulak ke arah tu. Dan memang pun kami hidup bahagia walaupun tak ada anak berbelas tahun. Alhamdulillah, berbaloi juga kesabaran kami bila akhirnya 18 tahun menunggu, kami dikurniai zuriat sendiri. Kalaulah suami tak sabar, dia nak cuba cari orang lain, cubalah fikir, apa akan jadi kalau lepas tu tiba2 kita dapat anak sendiri. Memang kita tak boleh pentingkan diri sendiri, dan suamipun tak boleh pentingkan diri dia aja. kalau dah takdir kita tak ada anak sendiri walaupun kita dah cuba macam-macam, kenalah saling sokong menyokong. Dlm rumahtangga ni, macam2 cabaran dan dugaan. Yg tak ada anak, masalah dia lain. Yg ada anak, nampak cukup lengkap pun kadang-kala rumahtangga bermasalah juga kan? Sabar ajalah Rossa. Insya Allah, suami kita memang org beriman dan bertanggungjawab, dia takkan cuba keluar daripada satu masalah dgn mencari masalah yang lain. Lagipun pada pendapat Kakak, lelaki ni, kalau dah dia nak cari lain, tak payah ada sebab pun dia boleh buat. Dan bersyukurlah suami kita bukan golongan begitu. Kakak pun sama pendapat dengan Kak iman tu, suami Rossa pun rasanya tak fikirpun nak cari lain.
Maaflah nuriman, panjang lebar pulak kakak tulis, macam sesi kaunseling pulak.
Maaf semua, Kakak cuma harap kita tak terburu-buru dalam buat keputusan. Sabar dan berdoa, Insya Allah, Dia tak sia2kan.


salam….hai geng…..pe kaba…best gak bc blog nie..so far byk info yg i boleh dpt…tula, biler sebut takder zuriat mcm aib jerkan…makcik2, kawan2, adek baradik semua la tanyer..takder lagi ker..? ader yg tunjuk reaksi simpati, ader plak yg bagi idea n tak kurang juga ader yg gelakkan….lantakler….itu kan semua kuasa Illagi…Dia yang lebih mengetahui apa yg tidak kita ketahui…..kita sebagai hamba mmg harus panjatkan doa pada Allah….kita raserkan…Allah syg kan kita semua nikan….sbb byk bersabar…n bersangka baik dgn ujian Allah…..so kita mesti tambahkan kasih sayg kita Pada Allah….tang suami nak dibenarkan kahwin lain..jgnla difikirkan….yg penting kita buat yg terbaik skrg..layan sbg isteri n cuber sedaya upaya utk dptkan zuriat..yg lain itu bukan kuasa kita…Allah punyer kerja…
mmg ckp mudahla…..tp itu jer yg mampu kita ckp….yg penting bersangka baik dgn Allah……
rossa….kita pun pk berkali2 nak buat ni…mana nak cekau duit…..insYallah la kalo Allah permudahkan…wpun katernyer boleh claim….tp kena ader wang nyer dulu….tula masalah ku kini…..waduhhh..duit..ooo duit….he3….


Istri saya plak lahirkan anak di PLKN (kem pLkn)………… HAHAHAHAHAHAHAHA


Salam buat kak nuriman dan teman2 semua…
Actually, 2,3 menjak ni mmg bz sesangat…byk keja yg urgent…takleh r nak ngular…he3…
Kak nuriman, arini saya sedih lagi…ari ni 1st day period…ari ni hampir semua keja yg saya buat serba tak kena je…hu3…Ya Allah, jika ini dugaan dariMu buat diriku,Kau berikan aku kekuatan utk mengharungi dugaan ini Ya Allah, kerana aku hanyalah hambaMu yg lemah…. 😦


hari ni saya sudah pergi LPPKN utk appointment pertama. Sudah buat sperm count analysis & blood test. Esok kena call Tawakal buat appt utk HSG. Nanti 18 Mac akan pergi buat blood test (period day 21). Lepas tu, tunggu next period, 1st day kena call LPPKN buat appt jumpa Dr.
Nak tanya kakak, bila jumpa Dr. dia akan bagi ubat ke? Nurse itu suruh bawa RM500 bila jumpa Dr. itu bayaran utk ubat. Dr akan bagi suntikan ke? sangat risau la…kalau nak bagi suntikan, period hari ke- berapa? hari ke-11 ke? Saya akan pergi oversea…takut tak boleh pergi utk lawatan…


Salam ceria utk kak nuriman dan teman2 semua…
Erm betul tu kak nuriman, kita kena sentiasa hepi, baru la kita tak tertekan…cuma kadang2 tu tekanan tu datang tanpa kita sedar…InsyaAllah, dengan semangat dari suami serta teman2 kat sini, saya akan lebih tabah untuk harungi hari2 yg penuh dugaan ni…coz cakap tidak semudah utk melakukan…berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul…InsyaAllah berkat kesabaran kita semua, nanti kita akan dikurniakan zuriat yg soleh…sebagai penyambung warisan…Amin!


Salam kawan2.
to Kakak…
betulla mcm kakak ckp tu naik berlubang rasanya perut kena inject tiap2 malam.. dari 21.2 inject burselin sampai 12.3. tomorrow night saya akan start inject Gonal-p for 6 days…ada malam yang saya kena inject 2-3 times masa byr bil semalam kus semangat 2k lebih kena byr. tarik nafas… hembus… aduhhh… saya tak nak tension kan diri pasal duit so saya ingatkan diri, aku tgh usaha ni tgh usaha moga Allah berkati and ni jugak pengorbanan utk suami dan untuk beri adik pada anak kami. Moga ada rezeki utk kami kali ni… dan kalau ada moga dikurniakan anak yang solehah. semalam dr run a few tests Alhamdulillah saya dapat move on to the next stage. next week saya jumpa Dr utk scan telur.. nanti saya update kawan2. It ‘s good to have a place where we can share our thought and feels… believe me tak semua faham apa yang we have to go through. Our family tak tau pun pasal we ‘re going for ivf, bukan apa leceh nak explain… and leceh bila org tanya progress. with all medical terms buat sakit kepala nak cite kat depa. so yang tau you all, one of my close friend and hubby. Doakan kami ye.. dan saya pun doakan you all semua. salam jumpa lagi next week.


salam semua..saya orang baru kat sini,saya cuma nak kongsi pengalaman saya sikit kat sini.Lagipun saya mempunyai masalah yang sama dengan korang semua. Saya pun dah berkahwin hampir 3 tahun,pernah pregnant 3x tapi jap je,bila kandungan nak masuk 2bulan saya akan keguguran.Untuk pengetahuan semua sebelum ni saya pernah makan biodex n bt rawatan kat lppkn tapi separuh jalan je coz after hsg saya terus lekat.Lepas tu saya mengandung lagi 2x tapi keguguran lagi dan yang terbaru bln januari ari tu..sedih hanya tuhan yang tau.Bln lps saya ada call lppkn 4 apmt,tp dorg suruh tunggu bln3 coz saya bru kguguran bln jan risau takut hormon tak stabil lagi sekarang saya tgh tunggu priod 4 bln3 la utk apmt.Ingat nak buat iui,hrp2 menjadilah,insyaallah..kwn2 pun doalah agar kita sama2 berjaya dapat zuriat ye,smoga allah murahkan rezeki kita semua,amin..


LPPKN tuh aper yeh? Auh..Au…. PLKN I tau lah… Aouh..Ah..Au…Opocot mak kau..Aou…


Kak Long berkata,
Mac 6, 2009 @ 4:32 pm
Salam buat nuriman dan adik-adik semua.
Kakak sentiasa mengikuti perkembangan di sini tapi belakangan ini, busy sgt, tak sempat nak bagi komen.
Nuriman, kakak sedih baca pasal bayi kena hurung burung gagak tu. Kalau dah tak nak sgt, kenapalah tak bagi org, berlambak org yg tgh cari anak angkat. Kita kat sini bukan main bersusah-payah berusaha nak dptkan zuriat, org yg dah dapat, sia-siakan begitu saja. Kalau dah buat dosa pun, knp nak terus tambah dosa, dah tu dgn cara tak berperikemanusiaan.
mummy2004, semoga tabah menjalani rawatan tu. Nanti masa proses nak ambil telur untuk disenyawakan dan pemindahan embrio lagi mahal. dulu kakak kena 9k utk proses tu saja, skrg mgk lebih lg kan? tapi tak mengapalah, segala yg kita usahakan insya Allah, ada ganjarannya. Sebab tu, Kakak kesal sgt org yg buang anak ni. Dia tak tahu bgmn kita berhabis utk dpt anak, dia org senang2 dpt anak, lps tu buang. Pasal duit, insya Allah, ada rezeki kita di mana2. Kakak doakan mummy2004 berjaya mendapat anak ke-2. (betul ke yg ke-2?)
Yani, Rossa, adik muda lagi, insya Allah, masih byk peluang. Usaha dan doa. Jgn putus asa ya!


samala saya cukup terasa kalau baca berita org buang anak.. yang lagi geram tu kalau dah tak nak jgn la dibuang dalam tong sampah ke tepi jalan.. pila letak kat tempat yang selamat..supaya ada insan lain yang boleh beri masa depan pada anak tu moga Allah bagi pembalasan yang setimpal utk manusia yang kejam2 ni.
kakak, dulu buat IVF kat mana?


Yalah nuriman, kalau dia tak nak pun, letaklah kat tempat yg selamat. Kalau dia nak bagi kita pun tak apa. Kawan kakak doktor dah sah 99% tak blh dpt anak, dah 5 org anak angkat dia. Murah rezeki dia, ada aja org beri dia anak. Yg paling besar, baru habis SPM.
mummy2004, kakak buat ivf kat sjmc. Adik buat ivf kat mana?


Saya dan isteri dah pegi LPPKN utk kali yg pertama…mase tu isteri saya haid hari yg ke-4…misi kat situ dah amik blood test isteri saya dan bg shcedule utk next treatment which is utk X-Ray rahim k@ Tawakal… Masalahnye skang, saya dan isteri tak dpt hadirkan diri kerana ada perkara mustahak yg perlu diselesaikan…Soalan saya, adakah isteri saya perlu utk mengulangi proses ini semula?..Maksud saya, kena pergi sekali lg utk amik blood test atau pun terus saje buat appointment utk second step which is X-Ray rahim @ Tawakal?
Kepada sesiapa yg tahu, please advise…Mekasih byk sgt2..


to kakak…
saya buat kat LPPKN sebab dah ada rekod kat situ…and affordable.
to shah
setahu saya tak payah dah… blood test dia ambik nak tgk level hormon isteri/…xray tu nak check tiub… pi je buat appointment… kalau nak confirmation, call nurse kat sana.


Salam Nuriman dan semua.
Kakak nak kongsi sikit le apa yg kakak tahu. Semalam bw kwn yg lum ada anak g jumpa dokt pakar. (hospital swasta).Sblm tu, masa kali pertama jumpa, cuma scan rahim shj. Kmd, dokt suruh kwn dtg ambil darah pd hari ke-2 haid. Smlm tu hari ke-4 haid kwn Kakak. Dokt tangguh bulan depan, dia kata biasanya hari pertama & kedua paling baik. Kalau hari ke-4, dah x brp accurate. Cubalah Shah tanya betul2. Tp tak pasti LPPN mcm mana pulak.


Ermm….


Kepada semua yang memberi komen diatas”
Saya Siti Safura yang disebut di dalam artikel di atas. Walaupun ada maklumat yang tidak betul yang ditulis di dalam artikel itu, tetapi yang sebetulnya saya mendapatkan rawatan dengan Dr Ghaffar selama hampir lima tahun bukan kerana tempoh rawatan yang lama tetapi saya mempunyai beberapa perkara peribadi yang hendak diurus menyebabkan masa terbuang begitu lama. Tempoh rawatan yang sebenar adalah singkat dan kos rawatan juga murah. Setiap kali perjumpaan dengan Dr Ghaffar, saya hanya membayar lebih kurang RM25 (saya dah lupa maaf) yang mahal adalah kos untuk ubat yang diambil selama sebulan iaitu ubat suntikan yang perlu diambil tiap-tiap malam. Kosnya lebih kurang RM2000.00. Ole kerana saya menggunakan kaedah ICSI kos untuk mengeluarkan telur dan proses persenyawaan di dlm tabung uji, kosnya RM1,100.00. Proses biopsi(mengeluarkan sperma dari suami) dibuat di klinik swasta kerana tiada dilakukan di lppkn. kosnya lebih kurang RM1,800.00. Sepanjang saya mendapatkan rawatan, saya berbelanja lebih kurang RM6000.00 untuk tempoh masa lebih kurang 5 tahun. Bagi kakitangan kerajaan, boleh membuat tuntutan semula dengan mengikut syaratnya. Walau apapun kos yang terlibat, tiada dapat dibandingkan dengan anugerah tuhan tersebut, apa yang penting ada kemahuan untuk berusaha dan selebihnya adalah ketentuan Allah swt. Saya beruntung kerana mendapat anak setelah menjalani rawatan untuk pertama kali, ada rakan saya yang lain telah berusaha lebih dari 6 kali tetapi belum ada rezeki. Untuk para suami yang mempunyai masalah, jangan ego dan malu dengan kekurangan tersebut, perlu ada kekuatan untuk sama-sama berusaha kerana apa yang diperolehi itu adalah anugerah yang tidak ternilai. Kita kurang menghargai sesuatu yang kita perolehi dengan mudah, kesukaran dan keperitan yang ditempuh untuk memdapatkan anak itu akan menyebabkan kita menjadi manusia yang menghargai insan lain.


Salam semua
Just nak update my IVF procedure utk pengetahuan am kepada semua kot ada yang nak cuba after this at least you are mentally prepared. After series of injections, saya pun scan la tgk perkembangan, at that time saya quite happy because there were about 12 follicles, even Dr. cakap dia target dalam 8 potential eggs especially belah kiri2 gebu2 semua kata Dr. saya terpaksa tambah injection Gonal for another 6 day before retrieval.. so sampai masa utk retrieval, dia bius penuh kat OT so mmg tak sedar langsung. I guess the procedure was quite complicated… bila jumpa Dr. saya a bit down tapi redha je bila Dr inform cuma ada 2 telur je yang lain kosong, and belah kiri yang ‘gebu’ tu semua amniotic endometriosis tapi Dr dah sedut keluar semua la… oleh kerana telur sikit Dr terpaksa buat ICSI, means sperm diinject masuk ke telur oh ye process ni termasuk ubat dalam 4k. Tiap2 hari Dr update perkembangan embrio, hari kedua Dr inform cuma satu je embrio survive… Alhamdulillah saya tak rasa sedih, saya redha je sekurang2nye saya dah cuba sedaya upaya. hari ketiga saya transfer 1 embrio 8 cel into my uterus. Dr bagi saya tengok ‘anak’ saya thru mikroskop dan masa transfer tu saya nampak embrio di implan dalam rahim thru a monitor of coz. It’s a miracle mungkin ni kot kelebihah org yang try ngandung thru teknnology ni you can see more than normal woman. SubhanAllah. Process ini kena bayar rm500 + ubat =rm800. FYI, ubat-ubatan saya anggar dalam 5-6K. so total +-11K.
so sekarang saya totally rest, cuti kerja, tak drive, buat benda ringan2 je. Hopefully anak ni survive hingga ke akhir term. kalau tak period, will go thru blood test in 2 weeks. Doakan saya ye kawan2.
kalau tak de rezeki, ssaya redha and saya tak rasa akan repeat this procedure dalam masa terdekat.. tak sanggup rasanya nak lalui injection selama sebulan tu… saya dan husband akan usaha sendirila and keep on syukur with what we already have, Insyaallah.
to Kakak, masa akak dulu berapa embrio dapat and berapa yang lekat?
wassalam


Salam buat semua. Semoga mummy2004 berjaya, kakak doakan. Kakak pun memang dpt cuti pjg masa proses IVF tu. Masa kakak buat dulu, Dr keluarkan 6 telur tapi lepas cantumkan sperm, cuma 3 yang jadi dan ke-3nya dr. transfer dlm uterus. sepatutnya bole dpt 3 anak kembar, tp Tuhan dah tentukan belum rezeki kakak. Tiba2 ada masalah yang memaksa kakak menjalani satu pembedahan. memang dokt dah cakap, mungkin bius akan ada kesan kat embrio tu dan mulanya, kakak merayu spy tak teruskan pembedahan sebab masa tu baru lebih kurang seminggu kot (maaf lupa) transfer embrio tu. Tp nak buat cam mana, kakak terpaksa setuju kerana kalau tak operation pun mungkin akan ada kesan lain pula.
Seminggu lepas operation, mula bleeding, tp dokt hosp swasta berhampiran rumah kakak masih bagi harapan sebab buat urine test positif. Tp rupanya urine test tak boleh pakai. Dokt yg buat proses IVF kakak ada gak bg ubat masukkan dr bwh. After dokt buat blood test, dia mcm elak2 sehari dua tu nak beritahu resultnya. Masa tu kakak dah suspect juga, something wrong somewhere. Lastly bila dia call dan beritahu resultnya, memang kakak meraung mulanya. nasib baik banyak support drpd hubby & family.
After a couple of year, kakak mengandung secara semulajadi. mcm miracle, tp itulah kuasa Tuhan. Kakak berjaya mengandung dan dapat anugerah yg tak ternilai.


To kakak, thanks for sharing… tahniah akhirnya akak dapat zuriat thru natural way. Sesungguhnya Allah tu Maha mengetahuikan. saya ni dah lambat semmingu from my period tapi tak cukup berani nak test urine takut false result sbb tgh consume progestrone lagi ni…tak palah tunggu sampai khamis depan for blood test la…Insyaaalah kalau ada rezeki.
saya pun Allah bagi peluang ngandung naturally masa 2007, tapi cukup 3 bulan, bb stop breathing… terpaksa D&C, yang tu saya mmg depress a few months..lama saya bermuhasabah diri. in fact malam b4 nak D&C, nurse terpaksa bagi ubat tidur coz I couldn’t stop crying.. ternampak2 di mata anak tu bersandar dalam sack. tahun yang sama found out ada endometriosis, so kena operate. lps operation baru saya cuba balik untuk ngandung sbb Dr cakap endo tu mungkin ada balik. macam-macam kan.. bahagian masing2.
so pada kawan2 bila baca cite kami, moga boleh bagi motivasi kat you all utk terus usaha at least find out kita ada masalah kat mana2 .


Betul ker kalau suami kita kerja kerajaan boleh cliam….


Ayu, kakak pun tak tahu tentang hal claim tu. Ada juga kakak dengar pasal tu. Cubalah tanya pada kerani kewangan di pejabat suami bekerja tu.


salam semua…saya nak tanya sket, coz dah lupa tarikh yang tepat 4 blood test utk kali p1,ari p1-3 ke ari ke2-4?seingat saya ari p1-3 tapi kwn saya kata ari ke2-4, bukan apa saya ingat bulan ni nak try p lppkn,bln lepas tak sempat nak pergi.Tp mslhnya sekarang bila di kira priod saya akan datang hjg minggu ni if ari p1-3 takut tak sempat coz if ari pertama priod ari jumaat dan ke3 ari ahad,saya ikut kiraan priod bln2 sebelum ni la..lppkn tutup ari sabtu dan ahad rasanya. Saya teringin sangat nak pregnant coz terasa sunyi sangat…tolonglah bantu saya kalau ade sesape tau ye ari yang tepat 4 blood test….tq atas pertolongan,semoga allah jua yang membalasnya,amin…


askum, sy rieya umur 24 thn bru je berkahwin 7 bulan… walaupon bru 7 bln, sy tsgt stress sbb smpai skang still x mengandung lg… sy amat memerlukan pendapat saudari2 adakah terlalu awal utk sy membuat pemeriksaan kesuburan?
risau nye hati ni bile memikirkan, sekiranya sy dpt memberikan zuriat kpd suami tercinta…..
kwn yg kawin lewat pon dh mengandung skang ni…
sy mtk tlg sgt2 kpd kakak2 yg sudah berpengalaman di atas………


alhamdulillah suami sgt memahami sy…
die kte, klu dh 1 thn @ 2 thn x ngandung bru kte jumpe pakar…
tp klu boleh, sy x nk smpe bthn2 bru ade ngandung…
hr ni sy 1st day period (6 hr lewat dr tarikh sepatutnye iaitu 15/4/09)…sy igt kn ngadung. disbb kn sakit sgt ari-ari ni sy g klinik dan mengharapkan yg sy ngandung, tp doc check ad 1 line je… kecewa nya sy….


akum nk tnye, sbnre clomid tu utk pe?
utk kesuburan ye?


ade org kte mkn evening primerose oil ok utk hormon… btl ke?


Polycystic Ovaries dan simtom PCO
Komuniti Hamid Arshat Dot Com
Polcystic ovaris adalah sejenis sindrom yang menyebabkan seseoarang indidvidu sukar untuk mengandung. Ini kerana ia menyebabkan mereka sukar untuk mengahsilkan telur yang elok yang dapat dilepaskan ke dalam fallopian tiub seterusnya ke rahim.
Ia membesar tetapi ia tidak matang(masak). Ini bermaksud ia tidak membesar ke saiz 20mm. Kemudian ia tidak dilepaskan oleh kilang ovari masuk ke dalam fallopian tiub iaitu tangan rahim. Seterusnya ia kecut dan karung itu kemudian bengkak dipenuhi air dan menjadi cyst. Dikatakan ia bermula dengan paras hormon yang tidak seimbang di dalam badan. Ia juga selalu terjadi apabila seseorang meningkat berat badan. Terdapat sebilangan kecil wanita kurus mengidap PCOS jua.
Simtom PCO
1. Period lambat
2. Period jarang datang
3. Darah period bila keluar sedikit dan berwarna kecoklatan
4. Adakalanya keluar banyak sehingga berketul-ketul dan menyebabkan cramping.
5. Kadang-kadang ada rasa sakit senggugut
6. Badan yang gemuk
7. Badan ditumbuhi bulu seperti lelaki, di kaki, misai dan buah dada
5. Rambut tipis di kepala
Jika anda mengesaki anda ada PCOS… cuba makan supplemen Saw palmetto extract yang boleh didapati di farmasi. Ia biasanya digunakan untuk merawat perkencingan lelaki. Tetapi untuk wanita ia boleh digunakan untuk merawat masalah hormon lelaki di dalam badan.
Sekian,

salam.. sy br di sini dan terbasa mengenai PCOS.. Sy dah kawin hampir 2 thn.. dan sy mengandaikan yg sy mengalami PCOS ni krn 7 drpd 8 simptom yg dinyatakan di atas ada pada sy.. sy ingin bertanya apakah kesan apabila mengambil supplement Saw palmetto extract ni..? thanks..



assalamualaikum..
terima kasih atas segala info berguna diatas..cuma saya nak berkongsi sedikit pengalaman saya semasa di LPPKN..bagi yang pertama kali pihak suami di perlukan melakukan sperm test utk membuktikan yang sperm lelaki takde masalah dan cukup dari segi kuantitinya.
semasa saya sampai di tingkat ujian sperm test dilakukan..saya agak musykil keadaan bilik serta prasarana yang ada memandangkan segala kos yang di bayar adalah melibatkan keselesaan dan kemudahan utk pihak suami..
saya di attend oleh 1 guy agak berumur..menjemput saya masuk ke privacy room dan segala guide line utk mengeluarkan sperm dengan cara masterbation..terlalu simple dengan diberikan sebotol plastik ala ala bekas kapsull utk di keluarkan sperm kedalamnya..
tapi saya agak terkejut kerana dengan mengeluarkan airmani secara terpaksa dan tiada ransangan akan menyebabkan takde mood utk meneruskannya.saya ambil masa 5 minit kerana blur dan yang ada dalam bilik tersebut cuma sekadar katil,sofa dan tv bersama cd player.
saya terfikir mungkin kalau si suami tidak dapat mengeluarkannya bolehla di mainkan cd sensored utk menambahkan keghairahan.Dan dalam keadaan terpaksa saya membaringkan diri..dalam keadaan aircond yang serba sejuk saya mengambil keputusan utk memberitahu pihak bertugas di luar yang saya tidak dapat melakukannya..
Dia agak hairan cuma berkata Just do it u self..tapi saya kata tak dapat tegang becoz i need my wife to get my pleasure..then i think he dont want to prolong this communication and intercom klinik to get my wife go upstairs.
Just simple my wife can satisfied me within 5 minitu rather than i have to waiting almost half an hour to try it out..and alhamdulillah my result acceptable..
cuma nak bagi komen..even bagi someone amat mudah nak kuar kan sperm sendiri tapi they have to think for others..buatla satu general rules yang mana married guy boleh di bawa partner masing masing especially sperm test.
tak semudah nak keluarkan walau ianya hanya utk ujian..peace…

saya setuju dengan en kamal.
sesetengah orang maybe dh biasa masturbate so dorg takde problem.
bg kami yg x pernah sgt la bermasalah.


sy sekadar nak kongsi pengalaman la..sy dan suami jg ade ujian utk amik sperm kt klinik o&g di hospital kerajaan.dia punya bilik privacy yg dipanggil bilik berkat agak selesa mcm hotel.tp isteri dibenarkan masuk.alhamdulillah x sampai 5 minit,dah siap.tp heran jgk la tempat yg kamal maksudkan tu x bagi isteri masuk.



hi, saya Anne umur 29…dah 1thn 2bln kawin sampai sekarang masih tak mengandung lg… saya memerlukan pendapat saudari2 adakah terlalu awal utk saya membuat pemeriksaan kesuburan? atau ada apa2 cara lain ta utk mengandung, i dah cuba byk kali, tapi ta jadi jugak 😦
apa saya perlu buat….
t.kasih


thanks kamal kerana sudi berkongsi pengelaman…..


anne…pergi je buat rawatan kesuburan..jgn tunggu lama2…


salam…tuk semua……..!!!!!!!
disini saya nak kongsi pengalaman dlm menjalani rawatan HSG. Saya baru mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta. harganya jgn cakap lar berapa. mencecah hampir rm300.
Rawatan amat mudah just doc. masukkan tiub dlm tiub falofio then masukkan cecair untuk dilalukan pada tiub kite. result ok xde masalah.
Sebenarnya saya sudah 1thn 8bln menunggu kehadiran cahaya mata dalam kehidupan kami. terasa sangat sunyi lebih-lebih ibu & bapa serta keluarga tinggal berjauhan diatas dasar kerja.
Saya ingin pergi berjumpa dengan consult dari LPPKN tapi tak tahu prosedur camne. tlg ler sesape yang bleh bagi info.
sekian terima kasih


assalamulaikum semua…
sy baru jerrr berkahwin 7bulan dan belum mempunyai cahaya mata…
sy dan suami memang mengharapkan kehadiran cahaya mata ini secepat yg boleh…
tp kami belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata pemberian ilahi..
sy ada juga terfikir untuk melakukan rawatam iui or ivf tetapi sy nak jugak tau kos yg dikenakan keatas rawatan terbebut…
sy amat berharapkan,persoalan kepada masalah sy ini dapat dibantu oleh sesiapa yg sudi…
sebarang pendapat or komen bolehlah di emailkan ke.azwa_syuk@yahoo.com….
terima kasih..


A’skum,
Saya nak share dgn kekwn semua..sya br je call Klinik LPPKN kt JB…malangnya saya tak dpt nk wt appoiment.. staff tu kata syaratnya kena dh 2 thn kawin.. Frust gak..actually saya dh cuba berurut cara kg… em.2 3 org kwn dh pgnant lps urut kat mak cik ni..saya katanya perut berangin tu lambat..kawin dh 1 thn 7 bulan.. ada tak sapa2 yg pgalaman berurut cara kg?


nak tambah sikit..tadi staff tu kata..kalau urut takut rahim jd senget.. tapi mak cik urut tu cerita pun mcm selamat..mana nak percaya? saya confius lah..baru g sekali je..


Ifa baca komen norul ain…. doa dan amalan untuk mendapat zuriat…blgnyapun ada kat sahabat blgspot sy….

terima kasih..dh cari kat mana ye..?



Assalammualaikum,
Akak dah 10 tahun kahwin masih belum ada anak lagi. Suami ada masalah ‘low sperm’
Akak normal. Bulan 02/2009 baru lalu akak ada buat IVF di HUKM kos 14K tapi masih gagal. Rasa fedup pun ada tapi sbar ajelah..
Nak cuba kat LPPKN la pulak mudah-mudahan berjaya, lepas tu akak kongsi cerita ngan anda semua kekalau berjaya. INSYA-ALLAH.


kepada ifa komen 104, jangan pergi urut sesuka hati. kekadang kita tak pasti samada isteri atau suami yang ada masalah. dulu akak pun macamtu juga, masa 2 tahun kahwin asyik gi urut aje, alhamdulillah tak ada yang terkehel. yang pastinya ifa dan suami kena gi jumpa doktor sakit puan dulu.

baru pegi berurut sekali , achik tu kata angin…menyebabkan sperm husband tak masuk…pasal dr.sakit puan Insya Allah nak pegi juga..



Ini komen dari http://ainmazrul.blogspot.com/ untuk ifa…. Betul kata azie jumpa doktor dulu…husband n wife lah…pergi buat rawatan…pastu kalau tak berjaya cara tu boleh berubat taradisional pula…
Azie terima kasih kongsi cerita ya…harap bersabar…
norul ain berkata,
April 20, 2009 @ 5:06 am
Salam perkenalan semua..
Ain tertarik dgn forum ni.. di sini ain juga nak share sedikit sebanyak ilmu tentang ni.. Alhamdulillah.. baru2 ni ain dapat tahu dah prgnant.. itupun setelah 7 bulan menunggu.. mmgla masa menunggu tu x lama.. tp cukup untuk memahami perasaan kalian..
Untuk pengetahuan kalian, spjg penantian tu, dah banyak air mata ain ni tumpah.. x tertanggung rasanya.. stress!! lg2 bila dengar 2 org adik ipar dah pgnant.. tak sggup rasenya utk di banding2kan…
Ain mmg x pernah makan ubat2 untuk kesuburan ni.. sbb ain yakin sbb family ain semua xde masalah tentang kesuburan.. I’Allah.. Tapi bulan lepas mak mertua bawa pergi berurut.. tukang urut tu kata rahim ain senget.. mungkin pernah jatuh @ ape.. xpun ain lasak mase zaman sekolah dulu..tu sudah pasti!! so dia terus betulkan..Alhamdulillah bulan ni terus lekat.. Dah Tuhan mmg nk bg..
Tp ain sarankan pada semua.. selain cara moden kite iktiarkan juge cara kampung.. x rugi klu kite mencube.. cube buka blog ain ni.. ade ilmu & doa2 yg boleh di manfaatkan kalian semua.. Same2 kite berdoa..
Balas


Assalamualaikum,
Kepada Nurol Ain akak ucapkan Tahniah, semuga selamat melahirkan bayi yang sihat nanti.
Juga TAHNIAH kepada adik akak iaitu Norzalina Abd Manap yang dah 5bulan pregnant anak ke 4 dan Nor Shafidh Azura yang masuk 4 bulan pregnant anak ke 3. Syukur atas pemberian-NYA. Akak tumpang gembira dik.
Kepada kawan-kawan semua yang masih berusaha, jangan putus asa. Teruskan usaha, bersabar dan terima kekalahan hari ini dengn hati yang tabah. Insya- Allah esok kemenangan ada untuk kita.
Apa kata, selain cuba cara tradisional dan cra lama, kita cuba BIO-DEX. Ada untuk suami dan isteri. Bye… sampai jumpa lagi…


salam.saya nak tanye je ada tak doktor perempuan yang ok kat lppkn tu.bab check kesuburan ni, saya prefer doktor pompuan.kalau ade doktor pakar kesuburan kat swasta,bolehlah sggest untuk ana.Pasal bayaran treatment tu, rasanya boleh cover, mudah-mudahan.tolong ye kengkawan


nk tanya aylum bagaimana cara nak makan serbuk kurma tu..


nk tanya la agak2 la brp la kos untuk IVS di LPPKN???


saya sudah hampir 3 tahun berkahwin. umur saya skrg nk msk 22 tahun. kwn2 sy yg kahwin lewat dr sy pun dah ADA 2 anak. saya sedih sgt2. sblm ni sy tak pernah buat ujian kesuburan. saya nk mintak tolong sgt2 blh x bg saya senarai klinik2 @ hospital pakar KT SHAH ALAM untuk buat ujian kesuburan sebelum saya pegi kt LPPKN…


Hai nama saya ialah Chai Yin Lai. Saya dan suami telah berkahwin selama 4 tahun tetapi masih tak dapat cahaya mata. Saya telah membuat permerkisaan kesuburan 2 kali di klinik pakar wanita. Doktor menasihatkan dan mencadangkan kami mendapatkan rawatan ICSI. Bagaimanakan hendak mendapat rawantan ICSI? Berapakah bayaran untuk rawatan ICSI?
Terima kasih.


eyza dah kawin 2 tahun… baru jer buat appoinment kat lppkn…. selasa ni baru nak pg..wish me luck yer…


semoga berjaya ya…


”nk tanya aylum bagaimana cara nak makan serbuk kurma tu..
Balas ”. Sy ader jawapan untuk anda sbb kwn sy pun dah amalkan & berjaya pregnant dah la ni. Serbuk tu dicampurkan ngan madu, air & shake. Minum setiap pg hubby Z& wife. Sy pun blm amalkan lg.Kalau ader pelunag sy pun nak amalkan serbuk kurma ni sbb mungkin dr Mekah & berkat, kan?


salam semua. saya juga ingin berkongsi masalah saya. saya dah 1 tahun 8 bulan tetapi masih belum ada rezeki lagi.. saya terbaca juga tentang lppkn ini. cuma saya konfius dengan kos rawatan yang sebenar. period saya pulak tidak teratur.


terima kasih min..risha rasanya ada dalam komen ni..cuba searh ya…


type silap search


Salam perkenalan,
sy ingin bertanya, klinik di LPPKN ni boleh dapatkan nasihat bgm nak dapat anak perempuan @ lelaki tak? sy pernah dpt info, pihak swasta boleh bantu utk dapat anak lelaki @ perempuan tapi kosnya agak mahal. Tolong bantu saya.


salam….
nk tanya klo lppkn nie gov nape mahal sgt….
klo gov bagi GL tak leh ker?


tumpang tanya eila dah baca pasal iui tapi eila nak tahu lagi mcm ner proses iui d`lakukan… eila teringin anak tapi dgr kos cam tinggi jer!!!!


sy berumur 23 thn, dah berkahwin 1 thn 5 bln n belum ade anak lg..sy just nak tny kalo nak try biodex 2 kene g check dulu ke boleh terus amik je??


hi,
saya dah pernah buat fertility test and husband dah buat sperm test. kitorang buat kat annur bangi (mahal dan lembap sangat). doc ada kasi chlomid for 2nd day of period sampai 6th day. tapi i tak pegi balik jumpa doc sebab tak puas hati dengan service kat situ.
1) boleh tak, saya bawak result fertility test saya bersama sperm test laki saya ke LPPKN?
2) since saya dah buat fertility test, saya ingat nak buat HSG tiub test tu plak. nak buat tu kat LPPKN ke kat Tawakal?
3) boleh tak pegi sorang2 since saya dah ada test sume tu?
saya harap sangat, sape yang ada info, lemme know ek? dah 2 tahun ni (umur i 31), siap nangis2 n stress dah sbb kawan2 sume dah ada baby. thanks ek!

ok i dah call LPPKN.
1) yes u can, but still kena jugak go through the same test with LPPKN, sebab doc nak latest result
2) still, have to do all normal test, plus HSG. tapi LPPKN tak ada that facility, kena dpt surat referral utk pegi Tawakal/Pantai/Gleneagles/Pusat Rawatan Islam
3) u cant come alone, both husband n wife MUST be present
i’ll be going there tomorrow, insyaAllah 🙂



akum, saya dah kawin 2 thn 6 bln n masih blum dkurniakan cahayamata. ada sesiapa tahu x no klinik lppkn di klang. tq

better pg kat jalan raja laut…me and wife dah sampai stage nak consult doc…after my wife buat hsg and blood test…tgh wait for his period b4 can set appointment


kat klang x buat .just kena pegi shah alam no tel:03-55101231


kt klang tak buat kena g kat shah alam..tapi kalau nak boleh daftar kat hospital ampuan rahimah klang..coz saye pun baru daftar..buat iui kt sane just 100 saje..



salam.. saya dah ke lppkn..memakan masa yang sangat lama.. setiap kali nak appointment baru ada saja alasan dan terpaksa ditunda, dah masuk setahun, usia semakin meningkat.. terutamanya melibatkan appoinment utk ivf..alasan lppkn nak selenggara makmal..setiap bulan agaknya nak selenggara makmal..sekarang saya dah beralih ke HUKM.


salam.saya nak kat negeri kedah ada tak LLPKN?kat mana?


Saya dan Isteri teringin nak dptkan anak kembar..ada sapa-sapa boleh rokemenkan tempat mana yg boleh saya dptkan perkhidmatan ini..


salam semua. saya ada sikit kemusykilan la. saya wat pembedahan buang ovari sblh kiri sbb doc kata ada cyst. pas2 kne amik suntikan lucrin 2 kali supaya x dtg period 6 bln (sbb doc kata ada endometriosis pulak). klu ikutkan, rawatan da abis pd 15/12/09 yg lps. doc kata lps abis rawatan, nti period pas2 bole cuba hamil. tp sehingga hari ni (10/01/10), saya x period pun? saya x paham la. adakah saya boleh hamil terus @ msti kne period dlu br bole hamil? klu msti kne period dlu, saya hairan la kenapa x period2? saya x sabar nak hamil, sbb ni la masanya yg kami tgu2 utk cuba. lagipun, kerana pembedahan dan suntikan tu la yg membuatkan hubungan saya & suami x berapa baik dari segi emosional. mungkin kerana dia stress kerana tlalu inginkan anak. klu diikutkan, saya yg lebih tertekan, tp saya tau saya kne kuat & tabah mghadapi dugaan.umur kami mhampiri lewat 20an,hampir setahun kahwin tp terus dpt dugaan camni. minta pandangan ye.


salam and hello to all….saya dh berumur 31 tahun..dh berkawain 2 tahun…
tgk kwn2 ramai yg dah ada baby…ada member yg citer ttg lppkn ni…cuma nak tanya…mmg kena call dulu unk appoinment atau kita terus ke sana dan boleh bt temujanji terus…lagi satu…member ckp..kalau unk kakitangan kerajaan…boleh claim lps kita dpt bil perubatan dr lppkn…betul ker?? harap kwn2 dpt membantu…tq


boleh tak sesiapa BERIKAN NO TEL LPPKN JLN RAJA LAUT unk saya bt temujanji..

salam …tq nuriman…rasa best jer dpt kongsi cerita dgn kaum hawa dalam forum ni…baru lah ku sedar..ramai gak yg ada masalah yg sama…apa pun tahniah unk semua kerana tabah hadapi dugaan..



salam buat sahabat semua.saya baru nak cuba pergi lppkn nie,
Tapi tuelah kita nie bukan ye orng senanag pun,kalau perubatan mencecah sampai beribu manalah mampu,tapi saya nak minta sesiapa yg pernah buat perubatan kat lppkn tolong beritahu berapa kos perubatan?dan berapa lama ambik masa untuk rawatan?


saya dah kahwin hmpir 3 tahun tp belum ade baby lagi..sekang saya baru dftar dengan hospital ampuan raimah klang untuk rawatn dapt baby…


no lppkn klang tapi kena register kat shah alam..kay klang x buat.klu kat s.alam kat klinik nur kesejahteraan lppkn sek 16/7, shah alam s.d.e no tel:03-55101231


sya dah 3 tahun kahwin tapi belum ade baby lagi. saya baru daftar buat rwtan kat hosp tgku ampuan rahimah klang..


saya dah kawin 5 tahun tidak mempunyai anak lagi.dah mcm2 saya cuba tak jugak lekat.masalahnya suami saya azzseprmia…..saya nak tahu mcm mana nak apply LPPKN ye…saya dapat tahu untuk yang bekerja goverment leh claim balik ye…..mcm mana ye….saya nak tahu….tahun ni ingin tekat nak mengandung ni..toklong saya ye…


Bayi luar nikah mesti diberi peluang untuk hidup
KUALA LUMPUR: Setiap bayi yang dikandung melalui hubungan perzinaan berhak disambut kelahirannya oleh pasukan perubatan terlatih di premis kesihatan serba lengkap yang mampu mengendalikan sebarang kecemasan.
Malah setiap ibu yang hamil berhak mendapatkan jagaan sempurna bagi memastikan kesihatannya dalam keadaan baik sepanjang masa.
Naib Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, berkata statistik antara 2000 sehingga 2006 menunjukkan sebanyak 580 bayi dibuang dengan majoriti 92 peratus baru lahir manakala lapan peratus lagi masih janin menyebabkan pendekatan lebih serius perlu diambil dan tidak dilihat daripada sudut gejala sosial dan seksual semata-mata. “Dalam Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2007, satu kajian di Lembah Klang mendapati seorang bayi dibuang setiap 10 hari dan lebih membimbangkan, ia tidak lagi berlaku di bandar besar malah di desa dan luar bandar. “Setiap bayi baru lahir yang ditemui mati dikira kematian neonatal (bayi berusia tidak lebih empat minggu) yang menandakan keadaan kesihatan tidak sempurna, malah awal Julai lalu dilaporkan penemuan mayat reput seorang wanita di bilik asrama sebuah Institut Pengajian Tinggi (IPT) bersama bayi dilahirkannya secara sendirian yang sepatutnya dielakkan sekiranya jagaan kesihatan serta perubatan diberikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, semalam. Sehubungan itu, menurutnya, pendekatan lebih menyeluruh dengan menekankan aspek pencegahan dan rawatan perlu diambil bermula pada tahap individu diperkayakan kemahiran membuat keputusan bijak serta bertanggungjawab berkaitan aspek seksualiti mesti mempunyai daya tahan, disiplin serta integriti mengendalikan emosi serta keinginan nafsu syahwat.
“Usaha mesti dipertingkatkan supaya institusi keluarga dan masyarakat kembali membangunkan sistem nilai dan disiplin yang mampu mengawal tingkah laku malah pihak berwajib mesti mengekang sebarang aktiviti pergaulan bebas,” katanya.
Beliau berkata, strategi mendidik dan menyeru masyarakat kembali mengamalkan ajaran agama yang menekankan gaya hidup murni mesti dilipat gandakan dan menjadi keutamaan di setiap peringkat dari pucuk pimpinan negara sehinggalah kepada rakyat jelata .
Dr Harlina berkata, setiap janin dan bayi, sekalipun yang terhasil daripada perzinaan mestilah diberikan peluang serta hak hidup berpandukan sirah Rasulullah S.a.w, di mana seorang wanita Al-Ghamidiyah mengaku hamil selepas berzina dan meminta dilaksanakan hukuman hudud ke atasnya.


Hai semua,lama xmenjenguk bz skt sjk akhir2 ni,sy sdh sgt2 skrg coz bln 12 lps sy keguguran utk kali ke4 stlh 3thn lbh berkahwin,biasanya kandungan sy hanya akan bertahan 2bln shj,hanya tuhan je yang tahu betapa sedihnya sy…skrg sy baru nak cuba makan serbuk kurma hrp2 kali ni berhasil lah,amin…jika ade kawan2 yang ada cadangan atau tahu pasal perubatan tradisional cth berurut utk dptkan anak bagitaulah sy ye coz sy teringin sgt nak mencuba,sblm ni sy pernah ke lppkn dan skrg tgh mendapatkan rwtn di ppum.apepun sy juga ingin mencuba juga rwtn tradisional…

moga berjaya ya yani..sy pernah buat rawatan di PPUm..bagus sangat…tp apa nak buat masalah terlalu rumit..terpaksa berhenti setakat tu je….


salam. sabar je la tuhan belum bg kita rezeki lagi



salam.. sy br di sini dan terbasa mengenai PCOS.. Sy dah kawin hampir 2 thn.. dan belum ada rezaki ada baby lg.. saya ada terbaca pos 94 drpd kakak nuriman.. dan sy mengandaikan yg sy mengalami PCOS ni krn 7 drpd 8 simptom yg dinyatakan di atas ada pada sy.. sy ingin bertanya apakah kesan apabila mengambil supplement Saw palmetto extract ni..? thanks..


Salam.sy baru di sini.ada sesiapa mengalami masalah kitaran haid yg pendek?


macam mana nak daftar di lppkn? macam saya ni jenis yang susah nak lekat. Anak yang no. 3 dah masuk umur 5 tahun, so teringin la nak tambah baby lagi. Beza anak yang pertama / kedua (kembar) dengan anak yang ketiga pun 7 tahun.

salam,
elia, awak kal no ini : 03-2693 7555.
sy baru daftar smlm….utk 1st time apment….insyallah next week jumpa dr…



saya dh kawin 2 tahun 7 bulan, umur 31 tahun tp masih xde baby lg,nk tanya sapa2 yg pernah buat rawatan di ppum blh xkongsi pengalaman…sbb saya mgkn akan k ppum next week try wat rawatan di sana…tqvm!


Salam,
Saya, 32 dan suami, 35 berkahwin pada October 2009 & this is the 2nd marriage for both. Suami pernah berkahwin selama 6 tahun sebelum ini tetapi tidak mempunyai anak sementara saya pernah mengalami keguguran at the early stage of pregnancy during my 1st marriage on 2005.
Apabila masuk 5 bulan berkahwin dan masih tak ada tanda2 yang saya pregnant, pada 12/4/2010 (1st day period) kami terus set appointment di LPPKN & 1st appt fixed on 14/4/2010. On the day, husband perlu buat sperm count analysis, blood test for both and basic consultation with nurse. Fee masa tuh was about RM150 sahaja. HSG buat di Tawakkal on 17/5/2010 (RM170) and another blood test for hormones checking on 3/5/2010 (21st day of period) (RM17++).
On the 1st day next cycle of period (12/5/2010), saya once again fix the appointment to consult the doctor and it was fixed on14/5/2010 (RM70+). During the consultation, saya dimaklumkan bahawa saya ada problem telur tak matang disamping low sperm count bagi husband.. doctor prescribed me with 50mg clomid to be taken at the exact times for 5 nights (14/5 – 18/5/2010).
So, the next appointment is on 24/5/10 to check if there are 3 matured eggs at least, then saya akan undergo IUI treatment maybe on 26/5/2010 (Cost around RM800). But kalau still tak matang, doctor will inject another dose of hormones pills until sesuai to undergo IUI.
Sekarang saya hanya mampu berdoa siang dan malam.. tawakkal pada Allah supaya dipermudahkan jalan kepada saya dan suami untuk menempuh semua ini. Sedih memang teramat sedih… air mata saya mencurah2 bila staff saya di ofis yg berkahwin lambat dari saya telah pregnant.. sehinggakan saya tak mampu untuk bercakap or just to say hi to her.. saya depressed bila kawan2 pregnant and delivered. Namun begitu, untuk procedure IUI saya next week (if condition OK), saya terpaksa tetapkan hati untuk tidak meletakkan harapan yg terlampau tinggi…
Berkaitan dgn LPPKN, saya tidak ada pengalaman yang x elok. Nurses are all ok and friendly.. service quite good and the doctor is very good as well. The total fees is depends on your condition..
So, kepada yg senasib dgn saya.. saya ucapkan selamat berusaha dan jangan cepat putus asa.. saya juga sebenarnya perlu ucapakan perkara yg sama kepada diri saya sendiri sebab saya seorang yg amat mudah depressed dan tertekan.
Insyaallah, saya akan share the experience for next week’s appointment.
Salam


sedih..


dr dah sahkn tiub sy 2-2 telah tersumbat disbbkan jangkitan kuman dan tak boleh mengandung normal…dr cadangankan wt ivf…tapi sy masih takut2 nk wt…coz kos dia mahal….nk kena kumpul duit dulu…sy pn xtau mane tempt the best untuk wt ivf coz takut tak jadi…ape harus sy wt…..

salam..
leh tau x,mcm mane leh tau yg tiub dua2 tersumbat?ape simtom2 dia?maaf yer tanyer…sbb mase check kat dr dulu dia kate saye normal,bile mkn pil clomid..scan ade 3-4 telor..

kalau tak silap melalui HSG…. sbb intan pun pernah buat HSG utk pastikan keadaan tiub… tiub pernah kena ptg sbb ectopic pregnency…sblh lg tersumbat…. so,,, intan kene guna kaedah IVF sahaja,,,, intan pun org muar,,, tp menetap di BP




salam..
macam saye belum penah lagi pegi ke LPPKN ni,cume treatment di swasta dr tay muar.itupun tahun 2007 lepas.tahun ni genap 8thn saya kawen,belum pernah preggy pun.kat dr tay,barulah saye tahu yg hormon tiroid saye lebih dan tu yg buatkan period saye x teratur.saye dah buat pun IUI,then dr bgtau rahim saye sempit (org tua2 kate elok rahim sempit..entahlah).skarang thn 2010,saye xbuat ape2 treatment pun..walaupun saye still xpreggy after treatment,saye syukur sbb period saye dah teratur…
untuk nisa,
sabar yer…insyaallah ade rezeki,tawakal tu penting..yg menguatkan smgt saye,saye percaya..allah beri satu2 pd saye.mule dgn pekerjaan yg baik..insyaallah..saye pasti,saya akan ada anak kandung sendiri.

ietah, i pun belum dikurniakan zuriat lagi…. alhamdulillah, suami memahami. tapi… yang tak bestnya…. orang sekeliling, saudara mara…. macam tak pernah dpt makan nasi,,, dia tak tau masalah kita, lepas tu, ada yg perli2, teruk la, tak pandai la, bila lagi la… emm,,,, mak mertua lagi la…. siap kata suami i nak pi pinang pompuan lain…. ada ke patut…. apa bangga sangat ke kalau anak ramai ? angkuh sangat… kalau la Allah s.w.t nak tarik balik apa yang telah dipinjamkan pada depa(anak2) sekelip mata boleh berlaku… betul tak ? jgn la sombong sangat….

intan,…
betul tu,allah s.wt. nak tarik bile2 dia boleh tarik.jgn menghina org yg kekurangan.rezeki untuk kite tu ade,insyaallah..cume lambat n cepat jek..
ape2 yg oenting intan,suami bersame kite..itu kekuatan kite..


btul 2 intan sy ni pun 8thn kwen tp xpnh prggy lg,,sy bru lg g bt rwtn kt dr s.t. chong pakar perbidanan&sakit puan.permulaan doc bt HSG n blood test kos rm250.alhmdllh sy xde mslh apa.lps 2 suami pulak bt sperm test..mgu beriktnya bru kptsn blood n sperm dpt…doc dapati suami sy tiada sperm n die syorkn km ambil ank angkat…tp doc ada syorkn ubat lifepak untuk 3bln pas2 bt lg sperm test..sy ada tny doc ada yg Berjaya ke mkn lifepak ni,doc ckp ada yg Berjaya ada yg x……



ietah… i pun org muar, tp menetap di BP…. tgh kumpul $$$ untuk kearah IVF…

owhh yeke?
saye org jasin,melaka..kg sbelah abah di muar..
awak yakin nak buat IVF?berape kosnyer?IUI awak dah buat?
intan..
senang2 email saye ye..boleh kite tukar2 pandangan
ietah_79@yahoo.com
facebook saye pun email ini juga




bagaimana prosedur untuk menjalani rawatan di LPPKN? saya sudah ber kahwin hampir 4thn,tetapi masih belum dikurniakan anak..

aslkum….
call shaja lppkn yang terdekat ngan kawasan awak. then bagitau nak wat appoinmet untuk rawatan ksuburan. nnt diorang akan arrange kan bila awak kene datang n wat semua test dulu.kat dalam blog nie ada banyak info.



salam..
baguih juga dpt berkongsi maklumat dgn rakan2 disini.. saya dah berkahwin 2 thn 7 bln.. umur pon dah 30thn.. saya x penah mengandung. saya sdg menjalani rawatan di LPPKN jln raja laut..
setelah beberapa kali tertunda koz my hubby alwayz outstation..
1st appoiment jun tp masa 2 saya x period so hubby je yg g chek sperm.. sperm alhamdulilah ok..
2nd appoiment 25/6/2010 saya dtg lagi (period hari ke 3) utk chek hormon terpaksa g sorang2 koz hubby outstation lagi.. sedih je masa 2..
pada 13/7 ni pon kena pg lagi utk chek hormon ( hari ke 21 period)
yg terkini on 2/7/2010 ni saya kena wat HSG di Daya xray (dlm DBKL). appoment pon dah booking… uikzz sgt berdebar2 menanti waktu 2… harap2 dipermudahkan nasib baik masa 2 hubby x outstation .. nurse di LPPKN suruh bersama suami selepas wat HSG tu nnt.. tp maybe sakit skt? betul ka??? katanya lagi ramai juga patient yag berjaya mengandung setelah buat HSG…. harap semuanya di permudahkan oleh Nya.. sgt takut nak wat HSG ni….

alanna….
jgn takut nak wat HSG sakit sket je. macam periodpain tu pun sekejap je tme dia onject ubat nak xray rahim.saya dah buat tahun lepas….bile buat tu baru dapat tahu yang rahim saya terbalik. n skrg saya buat rawatan kat lppkn ngan dr ismail thamby..then dia kata it ok.no problem with my uterus….
so…jgn takut la……it’s will be fine…



salam..seronok dpt kongsi masalah ramai2..rupe2nye ramai yg senasib..kita manusia yg terpilih olehNya utk menerima ujian tanda kasih nya kepada kita..saya nak kongsi url ni utk kos keseluruhan kat LPPKN..
Click to access fidancaj2008.pdf

salam smua..ramai rupenya yg senasib ngan sy..sy nak kongsi pengalaman..masuk ni da tahun ke7 kawin masih belum ada pe2 lg..penah gugur skali n cuci.sy da penah g lppkn kt sek 16 shah alam.tahun 2006 buat smua ujian n result tiub,rahim n hormon ok cume sperm husband kurg ckit.7/9/06 jumpr doc ismail thambi dia kate xde mslh wat cm biase lalui proses biase.sy mintak ubt tp doc xnak bg dia kate kami xde mslh tuk dpt ank secara normal.second appmnt 7/12/06 perkara yg same doc ckp..third appmnt doc cume bg ubt tuk husband itupon ubt herba like tongkt ali..mase 2 sy da mule fed up n stop..smbg blk jumpe doc 4/9/08..masih same doc siap ajr cmne nak wat ank..jumpe blk 2 bln kemudian 27/11/08..bg ubt lain plak kt husband je cm ubt herba gak tp mase 2 sy tnye bile nak bg kami rawatn yg lbh sb umo makin meningkt doc kate tgu next appmnt kalo xde gak dia suh g lppkn kl tuk wat rawatn lanjt..pas2 sy trus xg sampai skang..tp bile bc kt cni tegerak ati blk nak g lppkn..



napa tah, baca suma citer ni meleleh-leleh air mata. ‘Masih ramai yang senasib dgn saya. Baru smalam wat urine test. -Ve. Kawen dah 3 taun 7 bulan. Ada juga saya gi mengurut, dia cakap ibu senggugut kuat. dr pula suspek ada endometriosis. Nauzubillah. Saya takut nak cek betul2.
saya baru amik clomid utk 1st cycle. Letih dah le menangis tiap kali period.
alanna..
bleh tak bagi cost bagi setiap treatment yg u buat.
tq

hai.. aara..
mmm better pg cek betul2..
ok
1st time dtg lppkn saya x period, hubby je yg chek sperm.. result pun tau ari tu jg.. alhamdulilah ok.. cost x ingat la dlm RM 50 rasanye
2nd time dtg masa alanna period Day 2.. chek darah hormon LH , fSH.. cost RM 68 jer
3rd alanna wat HSG tp bukan diLPPKN.. nurse cadangkan di Daya x ray centre. DBKL. cost RM170
kali ke 4 pegi lagi LPPKN Day 21.. chek darah.. pegi ngan hubby koz kena chek darah gak…. cost RM48
Tunggu next period baru jumpe doc (bawa sekali result HSg n semua result.. nurse kata bawa RM dalam RM600-800.. Alanna tgh tunggu period utk appiment ngan doc la ni.. mmmmmmmmmmmmm.. tapi x mai2 lagi..selalunye regular.. sepatutnye 20/7 ari tu..dah lewat seminggu ni.. (mungkinkah rawatan x ray HSG alanna memberikan harapan utk dapatkan baby…? hihihi mcm2 alanna fikir…alanna takut nk wat urine test.. takut kecewa…koz betul2 berharap ni.. seingat alanna nurse ada kata , ada patient yg hamil selepas wat HSG…. BTL x KAWAN2 di sini?
ok aara.. try la jumpe doc pakar..
(saya pun belum pernah jumpe lg…x tau lg masalah sebenar…nk wat appoment doc di lppkn 2 kena tunggu period ni…mmm period x dtg2 lg (dlm ati x yah datang la hihi)..



mcm2 ye …takut kdg2


Thanx Alanna. Hari ni saya dah stat amik clomid 100g. Clomid Cycle 3. Walaupun letih mengharap tapi tak dapat mgelakkan diri dari terus berharap…
Dari bacaan saya org soh minum susu kambing +kismis. pun dah cuba..
Insyaallah saya nak cuba juga gi lppkn nanti..Nanti saya akan poskan kat sini untuk info bersama..Walaupun saling tak mengenali tapi rasa seronok berkongsi disini…

Aara..
yea,, wlaupun x kenal byk yg bole dikongsi bersama..
mmmm.. allanna pun kena continue g lppkn lg ni… nmpknye x der rezki lg bln ini… yg penting kite sama2 berdoa n berusaha.. jgn smp putus asa… mudah2han bulan puasa ni akan membawa seribu rahmat pada org2 mcm kita ini… amin..



Alanna,
Saya baru dapat 1 doa
‘Surah Anbiyak : ayat 89 “Rabbi la tazarni pardan wa anta khairulwarisin” Ertinya : Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian walhal Engkau sebaik-baik waris..
Mungkin kita sama2 dapat syafaat dari doa ini sambil berusaha…

tq Aara
.. bersama2 kite doa bersama.. Allanna selalu share n baca info2 di Komuniti Hamid Arshad.. baguih utk dikongsi bersama..



saya nk tau and nk tanye macam mana cara untuk membuat rawatan untuk mengetahui kesuburan suami isteri dan di mana boleh menyediakan rawatan tersebut…tQ


salam.. saya baru tahu bahawa ramai yang senasib dengan saya malah ada yang lebih lama menghadapi ujian ni… maybe sebenarmya Allah sayangkan kita kerana memberikan kita keistimewaan hadapi ujian ni.. saya juga terkadang mengubat hati saya yang sedih dengan memujuk hati sendiri agar tidak bersangka buruk dengan Allah.. bohong la kata kalau saya tak menangis.. saya amat harap mengandung setelah berkawin.. sebab itu impian semua pasangan yang berkahwin.. kalau period datang je mesti nangis… dulu masa mula2 kawin saya ingat mengandung ni senang.. rupanya salah tanggapan saya.. tadi pun sedih gak masa camping kat sekolah.. kawan2 semua cerita pasal anak2 diaorang dan saya tersepit ditengah2. ada yang tanya saya tak pegi cek ke.. kadang2 rasa tak kuar dari rumah je.. balik ngajar nak duk rumah je.. tak nak g umah sedara, umah kenduri dll la.. tapi nak tak nak kene gi gak coz kita kena jalani kehidupan.. tapi sedih la bila bertemu orang2 yang tak faham perasaan kita. main cakap sedap mulut je.. sorry la luahan perasaan plak.rawatan pakar kat swasta dah wat.. tapi nak cuba g LPPKN plak.. thank kawan 2 semua.. semoga kita dianugerahkan sesuatu yang istimewa dari Allah swt.. amin..

salam.. just nak tanya, akak buat kat swasta mahal tak kosnya?


Salam …Btul tu aishah sb sume tu sya lalui skrg. Dah belasan thn brkahwin tp tnda2 mgndung lngsung tak ada wlhal saya & hsbnd shat/normal. Alhamdullillallah senggugut pn x pernah. IUI & terkini IVF sd saya bt tp gagal, frust jgn ckp lah, trasa kaki sya tdk brpijak di bumi yg nyata, hilang slera nak mkn,airmata tpksa di tahan2. Lps tu nk mgadap kwn2 skeja yg sd tntu sbuk nk tau pkmbngan kita, lg la tension!
Tp bla ingat Allah, sya kena redha jg wp rsa sdih/sebak x bleh nk buang!… Mudah2an Allah mengahsihani & akn memakbulkan doa saya utk mdptkn zuriat. Amin.



salam semuanya…
betul tu aishah.. sy pun senasib ngan awak..
sy nak pi lppkn but period x dtg2 lg ni, yg ni dah lewat sebulan tp still -ve. kejadian ni yg kedua slps bln 5 ari tu. bln 7 ok pula pastu balik lg lewat 1 bln. agak2nya nape yek.. stress jgn ckp la, adik baru je bersalin smlm.. +++++ la stress. sy dah kawen 2 thn 6 bln.
ada sape2 x yg le tolong… thks


sabar lah semua, kena redha dengan ujian Allah nie, sunyi, sepi, sedih, mcm2 kita rasa, kuatkan semangat semua…


samalah aidaliya…. adik ipar saya yang kawin lepas pun dah brsalin.. mak2 sedara lain sume tanya tak jealous ke.. ada ke orang patut tanya soalan bodoh tu ekkk.. ntahlah.. emmm saya ni hanya tahan air mata ni dari jatuh je.. pura2 senyum.. saya dah tanya lppkn.. dia kata kenapa tak wat kat swasta? pastu dia tekankan bahawa kat situ pendaftaran sahaja rm50.. emmm.. skang dah jadi confuse nak g lppkn ke tak…


Salam…saya ada masalah, anak umur dah 9 tahun, tahun 2005 saya ada jumpa doktor pakar buat iui dan hamil, malangnya kandungan saya luar rahim. Dah buang sbelah tinggal 1 aje. Tahun 2009 saya cuba buat ivf kos yang tinggi tpi oleh kerana nak anak sya usahakan juga, malangnya rezeki x pihak pada saya x jadi. Saya sedih kerana adik beradik yang lain anak semua lebih dri 1. Saya selalu pujuk dan tenangkan perasaan sya sendiri dan katakan org lain langsung x der anak, sya ada juga dan bersyukur apa yg telah ada. Kenapa agar sukar untuk sya hamil anak ke 2 dan doc mengatakan saya x der masalah, mungkin ini ujian dari tuhan. Insyaallah sya akan berusaha, bertawakal dan berdoa untuk anak ke 2 ini…hrapan saya biar diberikan rezeki scepat yg mungkin….


takpe sabar la kak.. sekurang2nya akak bersyukur dikurniakan anak.. maybe ini ujian Allah agar kita terus dekat padaNya dan sesungguhnya jika Allah menguji hambanya adalah kerana Dia sayang pada hambanya.. bersyukur lah kerana allah sayangkan kita.. tapi saya kekadang tu pandai bercakap je sebab saya pun insan biasa yang ada perasaan sedih kerana tidak dikurniakan anak.. tambahan kalau orang lain asyik bercerita tentang anak mereka dan bila jumpa sedara mara asyik bertanya. kadang sampai malas nak g kenduri.. tapi kadang saya terfikir memujuk hati.. ada orang yang lebih lama kawin tapi takde anak langsung.. berdoalah semoga kita dapat keberkatan bersama.. amin..

betul 2 aishah sapa yg xsedey ble kwen da lama tp xmempunyai ank sendiri,tgk adik ipr kwen bln 2 hr 2 terus lekat skrg da 8bln,tgk org senang je mengndng,mgu lpas lps dpt kptsn dr doc sy mengs 1 hr,org bt ketupat nk smbg hr ry aidiladha tp sy mengs xingt dunia,dpn suami sy pura2 xsedey,xnk die terasa hati coz mslh die tiada sperm,semoga dgn ubat lifepak doc chong bg hrp2 sperm suami ada wpun sedikt…….sy cnfuse ms doc chong ckp suami tiada benih n cuma syorkn lifepak n ambik ank angkat jln penyelesaian…bl blik rumh sy cr mklmt dlm intnt,mcm2 rwtn blh bt lg..jd sy xnk berpts asa….



sy berusia 23thn, baru kawin 4bln, tp teringin sgt nak baby.. hubby pun nak sgt baby… tp smp skang tk lekat lg… kwn yg baru kawin 1bln dah lekat….. doakan laa sy cepat pregnant…. blh tk bg tips nak cepat hamil…


hai semua…..
sy nk kogsi pengalaman sy…sy berumur 27 tahun,dh 3tahun kawin..mcm2 treatment sy dh try kat hosp swasta..umtuk pengetahuan semua,sy ade PCOS..sy dh 2kali buat ovarion drilling..dan last treatment yg sy buat bln 9..saya buat iui..alhamdullilah sy pregnant..tapi mungkin bukan rezeki saya kali ni saya gugur baru2 ni…rasa frust sangat…so skrg saya nk rest dulu coz family members cadangkan suruh sy natuarually pregnant pasni…so kawan2 doakan sy ye..


hi n salam
saya dah kawen 41/2 thn n tak penah pregnent. dulu saya ada endometrosis n dah operate n alhamdulillah…tak berulang.n rahim saya terbalik.
skrg saya tgh treatment kt lppkn shah alam. 1st time pegi lppkn ok n dari situ saya tahu saya subur n takde maslah w’pun rahim terbalik. n baru tahu hubby saya yang ada prob motility sperm. n dr bg ubat n setelah 6bulan makan ubat tu..alhamdulillah ada peningkatan….
then ptg td baru balik checkup di lppkn dr bg masa 4 bulan try to pregnant secara natural. if tak leh jugak next year saya akan wat iui. ntah la..harap sgt menjadi. so…skrg nie kena banyak sabar n doa.

anggaran kos bpe yerk???kalo kos nk cek2 jerk xtmsuk rawatan bpe yerk???sbb nk pastikn sy n suami xde mslh jerk….



salam 1 malaysia, Ramai insan yg senasib dgn akak d laman ni ye. Akak telah berusha hampir 10 thn. Namun lum bhasil. Sabarlah dgn ujian yg Allah s.w.t berikn kpd kita. Bru2 ni akak hampir give up bila ivf akak gagal dteruskn sb hya ada telur 1 sj. So doc bt iui. Frust dgn nasib diri ini. So lpas ni leh lah bkongsi masalah d cni.


salam..sy dah 11 bulan kahwin.unur saya 25 tahun.period saya tetap tapi pas kahwin adala sekali lewat 5 hari.pastu on time balik.nie lewat 2 ari ingat lekat tapi hari nie period.napela period saya jadi camni.dah 2 kali lewat sejak kahwin ni tapi tak mengandung.saya dah try bersama selang sehari dan saya ada guna ovulation test kid untuk test kesuburan.memang subur time tu.jadi memng bersama la time tu.tapi still tak lekat…ari2 berdoa tapi mungkin belum rezeki..orang sekeliling yang baru kahwin atau kahwin sama2 semua dah pregnnt…ntahla…sedih sbnrnya…ade kata2 semangt tak?n nak tanyala kalau nak buat ujian sperma dengan ujian kesuburan cth pap smear,hcg y untk cek tiub tu anggaran kos berapa ye kat lppkn?just nak cek jerk…bkn kos rawatan..kos nak cek2 jerk…hrap ade y sudi menjwb…

saya buat semua ujian tu di hospital kerajaan… bayaran cuma rm5 shj……

lama tu ….berapa bulan….




smlm saya buat iui di hospital kerajaan….. aaya berharap percubaan pertama saya ini berjaya……
di hospital kerajaan mmg proses lama jugak tapi saya cuma bayar Rm 5 setiap kali jumpa pakar…. smlm buat iui pun kena bayar RM5….. ubat semua disediakan

salam..
sebelum ni, sy pernah jg nak buat rawatan di hosp kerajaan. tp menurut adik ipar yg keje di hosp kerajaan, katanya kene g klinik kerajaan dlu utk dptkan surat rujukan Dr dr klinik utk jumpa pakar. jd sy pn pegi. hampanya sy bila Dr kata, perkahwinan kami masih baru, 1 1/2 thn masa tu.. jd Dr tu xnak buatkan surat krn klu dia buat pn, nnt Dr pakar kt hosp kerajaan xdpt nak layan.. masih ramai lg yg lbh bermasalah dr kami, klu dah lbh 5 thn barulah diberi perhatian.. sbb tu sy rasa putus asa nak g hosp kerajaan. lps tu kami g hosp pakar, Dr lelaki.. masa tu xbuat apa rawatan lg cuma biasa2 je.. ni nk cari Dr perempuan sekitar Jb plak.. tp tjumpa website ttg LPPKN ni.. mcm nak try.. which one is better? pakar sakit puan di hosp swasta atau LPPKN? kami baru nak buat rawatan utk cek2 je dlu bg suami isteri…


slm,leh reply di emel sy?IUI tuh buat ape sbnrnye?



salam semua sye just nak share my experience semasa buat rawatan di LPPKN..sye mula buat rawatan sept 2009..seems tht sye ada masalah PCOS n hormon tak stabil..hubby plak ok..so doctor presccribed dgn clomed,gonal-f , puregon etc..telur plak mmg tak menentu..kadang2 tu tak cukup n kadang2 tu terlebih until to the extend i ble produce more than 20 eggs in one cycle..doktor kate this is one of symptom of PCOS..saye pernah undergo 1 kali IUI tp still not conceived…frustrated..of course..than doctor bagi saye rest 1 bulan n tak bagi ape2 medicine just duphastone just to make sure my period prompt..tp at the same time saye dah give up n decided to discontinue the treatment …tapi alhamdulillah dgn kuasa Allah masuk bulan ke8 selepas buat treatment di LPPKN i eventually successfully conceived..dan skarang tgh menuggu hari to deliver..saye harap kwn2 kat sini jgn berputus asa yer..usaha n doa byk2…ttg kos rawatan plak..setelah ditotal up dari awal sampai saye conceived which is around 8 months of treatment is RM4.5k++… amount yg besar bg saya yg keja biasa2 saje..tp hasilnya mmg berbaloi..so good luck yer kawan2.


Salam,
Alangkah gembiranye klau diriku nie senang mengandung.x sanggup melihat suami ternnt2 dan aku x tahan bila ade yg menanyekan masalh aku nie.seakan x sempurna keluarga yg aku bina bersama suami tanpa cahaya mata.klaulah aku n suami aku x ade dibumi nie sapelh yg nk mendoakan kami.Ya Allah s.w.t makbulkanlah impian kami nie..4 thun kami mendirikan umatangga dan masih blum diberikan cahaya mata.sedih yg teramat sgt…pelbagai cara kami usaha dr urutan tradisional,petua,produk2 n biodex..tu semua x menjadi n byk kami keluarkan duit utk perbelanjaan nie..tahun 2009 kami mencuba di rawatan LPPKN jln raja laut.KL.bila wktu period aje,sy mengalami senggugut yg teruk sampai suami terpasksa urut peha sy.thun 2009,kami mencuba mendptkan rawatan diLPPKN Jlan Raja Laut,KL.Di LPPKN sy mendpt thu yg sy nie,telurnye x byk 1 n 2 aje,klau ade x matang..bila telur da matang dinding pula nipis..Sperma suami elok tp sy nie erm…IUI 2 kali aje kami mencuba n stop sementara akibat masalah kewangan..kos yg da kami hbis RM2,500.nk pergi pon naik lrt.kami berdua bekerja pon biasa2nye,akibat nk mendpt anak sgt kami kumpullah duit skit2..dlm stop2 tu sy mencuba minum air buah quldi dr mekah..direbus n airnye diminum..alhamdulillah kwn sy yg minum menjd tp sy erm..apelh nasibku nie..thun 2011 nie nekad usaha lg n sy g clinic utk mendptkan surat pemohonan doctor utk wt diHTAR Klang..disitu kosnye murah cume byr daftar aje..sy x blh teruskan rawatan diLPPKN n x mampu..insyakallah mggu dpn sy pergi.Doakan sy moga yg nie berjaya.

assalamualaikum,terlebih dahulu izinkan kami panggil akak ye. apa yang akak ceritakan tu kami pun merasainya. sabarlah banyakkan berdoa, kami dah 2 tahun berkahwin selama perkahwinan kami ni banyak juga sedara mara n kawan2 bertanya so kami buat tak tau je. kami cuma ada beli biodex je baru-baru ni tapi belum lagi. ni kami ada baca web ni ttg LPPKN tu ingatkan kami nak gi sana memang mahal ke

asmkum walid&ummi…sy dh kawen 2thn 8 bulan dan blom ada zuriat..cume nk kongsi cket info tntg lppkn..bru pg td sy g wt chek up kt lppkn(seremban 2)..tp td sy cume wt ujian pap smear je sbb waktunye x sesuai utk wt blood investigation..kos utk pap smear RM20 jer…prosudernya skejap cume mmg ada rasa ngilu2 cket masa speculum 2 d masukkn dlm vagina kte..maklum la blom penah ada pengalaman bsalin kn…ujian darah yg ptama kte kena buat ialah LH/FSH dan kosnye RM50…ujian ni kena wt masa 2nd day period..pastu kena wt ujian darah yg kedua plak iaitu Progestron d mana sampel darah akan d ambil pd hari ke-21 period,yg ni kosnye mahal cket RM120..sume ujian darah ni d lakukan pd isteri je…suami hny perlu berikn smpel air mani utk wt semen analisis,kosnye cume RM25…lps dh tau kputusan darah dan semen bru kte bole jmp doc utk rwtan yg sesuai dgn masalah kte..teruja jgk td sbb nurse kt lppkn 2 ckp baru2 ni ada 3 kes yg bjaya pregnt tanpa perlu wt prosedur yg lain..mana tau lps ni rzeki kte plak..



salam…
saya pun xboleh nak agak umur awak berapa,tapi biarkah saya panggil kamu kakak,lebih manis rasanya.
bersabar,usaha selagi boleh..untuk pengetahuan akak,saya dah masuk thn ke9 pun kak.sekali pun xpernah pregnant dan buat rawatan hampir rm4500 dia muar.IUI sudah 2 kali,tapi saya redha sbb kami berdua tidak ada masalah yg serius,cume hormon tiroid terlebih ddan dah pun diubati.masa IUI tu,dikesan saluran peranakan sempit,tapi bak kate nenek yg mengurut saya ni,dia bgtau sempit mmg elok bagi mengelakkan gugur.
tahap kesihatan masing2 xsama akak.adik angkat saya pn buat rawatan seperti saya dan rezeki dia mengandung.ada juga yg minum air buah zuriat,mengandung.tapi saya dah cuba kedua2nya,rezeki belum ada.sejak tahun 2008 saya dah stop buat rawatan dan sekarang usaha cara semulajadi dan disamping itu berdoa.
ikutkan hati saya lagi sedih kak,arwah abah saya pergi 30hb ogos 2010 tanpa melihat cucu kandungnyer sendiri..terasa hilang pedoman sekejap,tapi mak kuatkan semangat saya,dia bgtau arwah abah xpernah sekalipun tanya mengenai cucunya.
akak bersabar ye,buatlah rawatan yg akak benar2 yakin.insyaallah



Selamat Malam..
Bertemu lg utk berbicara sebentar.Suami isteri klau x gaduh x sah wlaupon ianye perkara kecil.dugaan yg teruk n terguris hati klau pasangan kite mengeluarkan kate2 yg menyatakan salah diriku x berikan anak smpai skrg.Ditambah lg mulut org n saudara terdekat menceritakan hal kami.adik beradik suamiku mahupon adik beradik diriku semuanye ade melahirkan anak.Cuma keluarga aku shj yg bermasalah.ibu Mertua pon jenis buat mulut yg menyatakan anak lelakinye sempurna.Dimanelh nk aku menyadu sedangkan suami jenis cpt terasa kalu diceritakn bab anak nie.Ibu n bapaku pon sudah tiada lagi..Ya Allah s.w.t makbulkanlah permintaan n hayat utk mendptkan zuriat…usaha n bertawakal x pernah putus..masalah dirku nie ditambh dgn peyakit lainku yg disahkan megidap kanser payudara.2thun menahan kesakitan smpi skrg krn saiznye masih kecil utk dibedah..nielah dugaan besar dlm hidup yg aku tanggup skrg.


camne nak tau cost IUI/GIFT/IVF/ICSI.?ain dah cube bermacam ubat jamu ..minum air rebusan buah zuriat laa./tapi x mandatangkan hasil lagi..help me!!!!


salam..ade terbaca beberapa artical kengkawan…jadi ain buat keputusan utk berjumpa dgn doktor..baru2 ni ain dah pergi bersama hubby..payah jugak rupanya bila berurusan dengan pihak hospital..kite kene pergi sana,pergi sini..tapi pemprosesan nyer lambat..dari pukul 8 sampai kul 4 ptg baru siap..takpe..sabar itu separuh drpd iman..itu baru je buat pendaftaran belom lagi jumpa dgan doc’ pakar.. kalau jump doc’ pakr plak kene wat temu janji..ok ..lagipun ain dah biasa sume tu..sejak dari sekolah lagi masalah ini berlaku..ape yang kak ieta ckp kan tu rasenye mcm same ngan ain ..dah minum air buah zuriat ..tapi belum ade rezeki lagi..kengkadng kesian kat hubby bila die sibuk menimang ank buah dia..mase kat hospl doc’ ade jugak ambil ujian darah(tirod) tapi belom ade jwpn lagi..doakan ain x der papa.. amin..


huhuhu…sedeynya
kita smua senasib. ct dah masuk 5 thn kawin, xde zuriat lg. nak call lppkn fst period nanti. semua amat mengharapkan zuriat drp ct n suami. Suami ok, ct je ada ckit masalah kesuburan (medical check up o Dr.Hamid Arshad). bila dr. nak cek tiub, ct terus xpegi, takut sakitttt.sekarang ct dah xsabar dah nak dapatkan bb. rela lakukan apa saja…….


salam..sesame lah kiter berdoa ,semoga kita d kurniakn chy mata..tapi kengkadang ain terpikir plak maner yang ade ank 2 sesenang jer diaorang bunuh,buang kat dalam tong sampah,sembelih la..kiter ni punyer la susah tuk nak dapatkan zuriat..tapi mereke mcm x menghargai pemberian illahi..
ramai lagi insan yang ingin kan zuriat mereka…sampai bertahun2 x der anak..kan lagi bagus beri kan anak mereka pada family yang mampu memberi kasih sayang.. dan didikan yang baik..betul tak?


bersabarlah kak anizah..kengkadang allah memberi kiter dugaan..sebenarnyer dia sayang kat kiter..dia suruh jangan lupa kat dia..tu sebab tuhan bagi kite dugaan yang macam ni.. ain simpati ape yng telah berlaku ke atas diri akak ..sepatutnyer suami lebih dekat dengan kite dia lebih tahu..dan membantu.. bukan menuduh akk macam2..bincangla dengan dia elok2 jangn sekali dia memandang rendah kat akak..


a’kum,
sy juga m’hdpi masalah yg sama spt kalian…dh lebih 5 thn kawin tp masih belum ada rezeki menimang cahaya mata….macam2 usaha dh dicuba…sy pernah melakukan 2x operation utk buang cyst dan juga membetulkan kedudukan rahim…1st time pd thn 2008..sy buat kt pusrawi dgn dr adilah…buang cyst yg dh masuk stage 4..dr bg tu yg peluang utk hamil normal dlm 25% jer coz saluan tiub saya melingkar dan sukar utk sperm bergerak..hanya ivf je maybe ada chances…tp sy fikir cost nyer terlalu mahal so after 3 months operation sy buat iui…cost lebih kurang RM3.5k..tp still tk berjaya..then sy stop jap…early 2009 sy gi jumpa dr hamid arshat…buat 2nd operation..beliau suggest utk betulkan kedudukan rahim dan buang cyst yg tumbuh blk…1 month lepas tu gi check blik…dr buat ultrasound..nmpk cam ada tanda2…rasa cam gembira sgt..and that month pun lewat 1 week period…tp maybe rezeki takde…pastu tu period pun kuar…frust sesgt…pastu gi plak ke metro maternity hospital kt klang…2-3 kali appointment jer..coz makn duit…kena ulang blk step yg dh pernah buat…biasalah private hospital…sebenarnya b4 ni sya keje dlam perbankkan..in marketing line…stress sesgt..smpai sy berenti keje pd ujung thn 2009…utk kurangkan stress keje…ada neighbor suggest gi LPPKN…dan saya pun gi lah buat rawatan…dr kata horman sy tk stabil..tp beliau minta sy cuba buat iui skali lg…cost tk mahal sgt coz ada subsidi..anggaran tk sampai RM 1k pun…compare to private hospital…tp still tk menjadi lagi…stop samapi skrang tk gi mana2 treatment..my husband punyer cousin yg 5 thn kawin pun dh dpt anak baru2 ni..so ..jelous…tp sy tak tau plak yg hospital kerajaan boleh buat treatment ni…coz skrang dh tk keje so money is so tight..hehehe…kalau ada tmpt yg boleh bg free treatment bolehlah sy cuba…


salam…
kwn2 sume, perbanyakan bsabar dan usaha.. chaiyok! chaiyok!!


salam,hai kwn2 seronok baca pgalam anda smua..dan sy pnyai mslah sperti kwn2..dah kawen hampir 3thn lbh..belom dikurniakan cahaya mata…tp bila bacaa wall kwn2 sy rasa sgt2 bersemangat…skang sy ada teman baru…korg smua teman sy..tqvm.


Salam. Saya pun sentiasa sedih n b’fikir knp sampai skrg masih blm dikurniakan cahayamata. Tapi, bila baca komen2 kat cni, rpnya ramai lg yg senasib dgn saya, t’ubat sedih saya. Saya pun dah kawin 3 tahun lebih. Dah mcm cara cuba..b’urut, biodex, buah zuriat, rwtn kesuburan..namun buat masa ni belum ada tanda2 hamil. Setelah bc komen2 di atas, mahu rsnya saya b’kunjung ke LPPKN. Buat kwn2 senasib..untuk hilangkan kesedihan..ingatlah.. DIA tahu apa yg terbaik utk setiap hambaNya dan ada hikmah yang tersembunyi di atas setiap ujian. Paling penting, DIA tidak akan memberi ujian kepada hambaNya yang tidak mampu menanganinya. InsyaAllah..semoga kita semua akan dikurniakan zuriat suatu masa nanti. AMIN YA RABB


salam…..saya mengalami nasib yg sama…..walaupon ramai org d sekeliling saya ramai yg mudah hamil,namun skarang sy tau ade yg senasib ngan saya….
sy dh kawin 2 thn 5 bulan…masih blom hamil….dh g jumpe dc…..skarang br je lepas ambik clomid kali ke 2…Jan lepas, ambil kali pertama,namun..blom rezeki….saya g hosptl swasta….
perancangannya nak g hosptal kerajaan…namun suami susah nak dapt cuti, sbb tu g juga hosptl swasta…kalo selepas ini saya g lppkn, pihak sana trima x?sebab sy dberitahu lppkn akan buat treatment dr awal, result dr hosptl swasta xditerima…
yg merisaukan saya, dr ade bgtau clomid hanya bleh d ambil 10 cycle je seumiur hidup….xnak la nanti dc kt lppkn bg clomid lagi…
harap sape yg tau, bleh bagi info kpd saya tentang ni…boleh x sy meneruskan rawatan d lppkn?


salam,.
sy tgh buat treatment kat pusrawi,docnya ok..so far check kat sana sgt2 ok..tp mahal sikit lah.check darah n hormon ..cuma sy x megalami pengovulasi, telur ok.rahim pon ok size normal,tp graf bg pengovulan x berlaku.doc bg pil norculut tuk bg period..then kalo p.il nie x bekesan dia nk drilling my dinding ovari..tebal kata doc.takut plak dgar.akk ipar nurse..dia x bg lah driling dulu… period mmg x teratur..kadang ad smpai 6 month or 1 years..bfore kawen pn dh cter kat hubby my prob..tp dia kata kta usaha lah..rezeki kalo ad ttp ada,terharu plak dgar…skang dh rasa sgt2 sunyinya..my hubby x penah ckp apa2..tp kesian kat dia..nak try biodex?any opinion abt biodex?..nk amek ank agkat hubby x mau..dia suh usaha dulu..sedey pon ada..kadang tu nagis sorg2..huh..


assalamualaikum & salam 1malaysia,apa khabar semua.
kami dh kahwin 2 tahun setengah, biodex dh cuba tp dua bulan je. isnin hari tu ada pergi LPPKN kali pertama ada konsultasi dan ambil darah suami isteri kira bayaran pertama ni boleh lah dianggap murah kira-kira 150++. So minggu depan ada appoiment lagi. Kita berusaha dan berdoa, ok tunggu cite minggu depan.

salam, walid&ummi
tadi saya ada kol lppkn penang, dia kata kena dapatkan surat recommend dari klinik desa @ hospital swasta tentang masalah kita… baru bleh p ke lppkn dan dapatkan rawatan..
walid&ummi kena bagi surat tu jugak ka?



Salam semua..
Bla tbaca di ruangan ni, dah ramai yg ada pglaman bt IVF, syukurlah yg pnting berusaha yg terbaik. Sbnrnya sya dh lbih 10 thn kwin & dkategorikn Primary Infertility ( tak prnh pregnnt) sya n hubby nrmal, dr prubtan tradisional hingga moden, bt IUI 4X dan the latest IVF. Tp smuanya ggal.Msa bt IUI x brapa trasa sgt frustnya, tp slps ggal bt IVF, Allah sj yg tahu…Klu ada 10 rsa di dunia ni hnya tggl 1 rasa pd diri sya..iaitu rsa sdih tramat. Malas nk trsrmpak dgn kwn2 ditmpt keja & stiap prtyaan spt stu tkanan. Skrg sya dh bleh tenang2kn fikiran, hy brserah dan byk mdekatkn diri kpdNya, brdoa & byk memohon kpdNya. Itu sj yg trmampu sya lakukn… bagi yg brcadang nk bt IVF, sya brpesan kuatkn smangat anda krna resultnya 50 ok- 50 ko. kadang2 di sinilah kta diuji olehNya, kerana mgkin proses melakukannya menuntut byk pgorbanan, dr segi kos (hsptal krajaan=+- RM 6,000-7,000 / Hsptl swasta RM 15000-20000), Dr sgi fzikal & emosi pla, isteri yg byk menangung kesakitan krna suntikan ubt2an yg dlakukn sndiri dan ada jg oleh dktor. Dlm proses tu jg kna ambil drah 2,3 kali…Sya mmg tak gmar dgn suntikan tp namanya nak brusaha, sya tahankan sj diri. Mana lagi rasa malu yg tpksa dsimpan2 sb dktor tu lelaki n stiap kali check telur, kna jolok dr bwh. Msa sedut tlur kta di bius, lagi la (x bleh nk bygkan). Msa bt transfer embrio, kta mcm mesin kelapa parut, doktor pla mcm nk parut kelapa… wp hubby ada sama time tu tp rsa malu ttp ada… Nk jg bt second IVF, tp bla kenang2kn sume tu..Entah la, umur pn dh mlpasi 30 lbih…. dh pjg sya brcerita, klu ada kelpangan, sya akn critakn secara detail proses IVF yg sya lalui.


salam…
untuk pengetahuan, serbuk kurma tu kene makan dengan air rebusan buah hamil….mmg dugaan jugak lah nak makan dia sebab baunya..mmg tak leh nak tahan…kebetulan kawan balik dari mekah, sy kirimkan tuk dapatkan buah hamil..ini percubaan sebab dah 8 thn kawin still x der anak…at last kami ambil anak angkat 3 tahun yang lepas…so skrg teringin lak nak ada anak sendiri..x dapat ramai..satu pun tak kisah..sekurangnya ada zuriat sendiri…mmg frust bila tgk kengkwan yg lain pregnant …tp dah bukan rezeki lagi…tapi percaya pada ketentuannya..insyaallah saya pasti akan hamil satu hari nnati..insyaallah esok sy nak ke lppkn kuantan tuk dapatkan nasihat sebab arinie first day period..semoga segalanya berjalan ngan lancar..pada yang sedui berkongsi jumlah kos perbelanjaan khidmat di lppkn …tq di ucapkan atas segala info…bg mereka yang tak pernah mengandung..memahami hati wanita yang mempunyai masalh yang sama….apa2 pun bersabar lah wahai wanita..buat suami ayng banyak menyokong terima kasih…


Salam pagi semua….
pagi tadi sy ke klinik lppkn..kuantan tapi hampa bila tiada dr dan jururawat,,kerana mereka ada ceramah kanser payudara di kuantan medical center…alhamdulilllah kerani kat situ bg cadangan pergi ke IIUM Pahang…so walk in appoinmnet…lusa hubby kene buat sperm count, insyaallah kalau nasib menyebelahi bulan depan terus jumpa dr..sbb jadual padat sgt..harap2 kali ini membuahkan hasil..tanya staff kat situ kos IUI RM 4500, n kos IVF RM 6000..tu suumer tak amsuk ubat lagi..so sekarang nie dalam proses mengukuhkan kewangan…semoga Allah merahmati kami..amin..


salam,
ada tak sesiapa di sini mengalami HYDROSALPINX. saya dapat tahu ada masalah ni bila selesai HSG. patut la selama ni saya kerap sakit di bhgn kiri saya rupanya tiub kiri block.
jika ada minta share pengalaman dan apakah jalan terbaik untuk mengatasinya. TQ.


salam, nk tanya, kalau buat pap smear kat lppkn brp chargenya? Kalau kat swasta dalam rm50++. Kalau nak buat IUD (perancang keluarga), brp chargenya


Saya baru g LPPKN last Monday amik darah. Belum buat HSG Xray lagi…


Berapa caj utk HSG Xray yer..Agak2 utk 1 cycle treatment berapa lama yer? dan berapa kos utk 1 cycle?

nik baru buat HSG Xray kat Tawakal Hospital last week. Kos dia RM 180.00.


Saya tak buat IUI, buat timed intercourse.
Dari awal: SA, hormone tests, HSG, ubat2an, etc, etc, dalam RM1100.
Kalau keje kerajaan and tak pernah mengandung, treatment boleh claim..



Sy tak tahu di LPPKN . tp google je di internet senarai klinik kerajaan yg buat pap smear. Free. Tak de bayaran. sekejap je. tp better dtg 10 hr lps period.


Syahdu nye saya membaca kisah2 pengalaman u all semua kakak – kakak. bagi saya yang lambat mungkin takde rezki tapi kite kena ikhtiar juga kaji apa masalahnya.Saya baru 2 tahun berkahwin ..tapi masih belom dapat , sebagai suami saya perlu usaha.


salamm sy br sethn kawin n cukup sethn sy wat fertility test…..semlm sy wt HSG n resultnye tiub fallop tsumbat….hmm sedihnye…..sy n hubby bcdg nk buat ivf….sape2 ade xperience buat ivf n bjaya please tell me


assalammualaikum…
hampir 2 tahun saya tidak berjumpa kawan2 di sini…
berusahalah jangan putus asa….yakinlah…Allah itu Pemberi Rezeki…
samada cepat @ lambat itu kuasa DIA..berdoalah….
selain dari itu apa kata…kawan2 mecuba kaedah Pembedahan Batin…saya telah mencubanya…terdapat beberapa Perubatan Islam …tapi apa-apa yang penting berusaha dan berdoa…


salam semua…
just nk share my experience…saya mula buat treatment di lppkn pd tahun 2005 slepas 3 thn berkahwin. …tp selepas buat laparoscopy test…doktor hamizah sahkan kedua-dua tiub fallopian saya tsumbat dan mmg dh rosak teruk…so dah takde cara lain utk pregnant melainkan dgn kaedah IVF. Masa tu mmg rasa sedih sangat tapi thanks to doktor and also my hubby yg byk bagi sokongan dan dorongan. Tapi Allah Maha Besar…saya disahkan mengandung dgn normal semasa saya sedang jalani treatment IVF (early stage- injection kt perut)…doktor cakap maybe kesan drpd injection yg saya buat tiap2 hari. Syukur Alhamdulillah…saya ingat lg hari tu kena dtg lppkn for blood test, tp nurse kt situ cam pelik sbb saya punya hb sgt tinggi cam org pregnant…so dia suruh saya buat urine test, tapi saya mmg tak rasa apa2 tanda w/pun dh perasan period lambat seminggu sbb saya ingat kesan ubat suntikan tu je..and its POSITIVE. Apalagi..kecohlah satu klinik tu..patient IVF pregnant. Masuk je bilik dr hamizah, cepat2 dia scan to make sure sy tak pregnant di luar rahim…and alhamdulillah kandungan dh berusia 5 minggu. And they called it MIRACLE BABY…hehe..saya terus call husband yg masa tu gi outstation & dia menangis tanda kesyukuran. Sebenarnya semua ni adalah kuasa dan ketentuan Allah..kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa berdoa dan berusaha….insyaallah

salam lyana
sy dh hampir 3tahun kahwin dan belum berjaya hamil. sy dan hubby buat pemeriksaan di lppkn dan dpt berita yg menyedihkan doc mengesahkan sy mengalami hydrosalpinx melalui xray hsg..tahap kerosakan tak dpt dipastikan, dan doc hanya mencadangkan ivf utk mendapatkan cahaya mata, secara normal peluang mungkin tiada 😦 … hanya tuhan dan org yg mengalami saja yg tahu perasaan ini.. husband pun down so hubungan kami mjadi stress..beruntung lyana kerana dapt suami yg begitu memahami..setelah baca coretan lyana sy mendapat suatu kekuatan untuk tidak lost hope..sy akan terus berdoa dan minta pertolongan dari Maha Pencipta…harap2 mendapat Miracle baby seperti lyana..thank so much..

salam wani,
saya juga mengalami masalah seperti wani hydrosalpinx di sebelah kiri. sebelah kanan ok tapi sempit. saya telah menjalankan IUI 2x di private dan 1x di LPPKN. Doc mencadangkan saya cuba IUI lg sekali tapi saya rasa cukuplah IUI dan bercadang buat IVF.
sekarang saya sedang tretment IVF di LPPKN dgn Dr. Hamizah. Insyallah lepas raya ni akan proceed. dalam hati saya rasa sgt takut, apakah saya boleh trima jika keputusannya nti -ve. saya berdoa supaya Allah permudahkan urusan saya dan berkatilah usaha saya.
saya harap rakan2 yg lain pon xmudah putus asa. sesngguhnya kita hanya merancang Dia jualah yang menentukan.




Salam,thanks 4 the info..sy pun sdg b’usaha nk dptkn bb..umur dh mningkat..mcm2 dh cuba tradisional n homeopati..br last wkend try g urut lg n ambil jamu lak..tp iui blm pnah tlintas nk cb or even get the info 1st..cost tgi je..tp sbuk kurma tu mcm nk try la…hmm kn cr ni.


salam semua…
saya cuma ingin berkongsi pengalaman…slps kawin sthn stgh kami pegi checkup di spital private. mmg tahu kos mahal tapi niatnya cuma nak tau kalau2 ada masalah sbb mak mentua dah menjaja dgn semua org yg dia jumpa tension la kan..sedihnya hubby ada sperm prob n kena amik ubat yg kosnya rm250 sbln selama 3bln dan saya juga ada masalah PCOS…xpe la sbb saving ada skit terus buat rwtn disitu..alhamdulillah respon dia dgn ubat tu baik ada improvement wlpun masih belum betul2 sampai tahap normal slps 2 bln doc suggest buat iui..tp failed…then kami cuba amik biodex utk suamiisteri mmg kos dlm 400 gak sebln..next 3 month kami buat checkup lg n alhamdulillah dah xde sperm problem (rasanya madu skyherbs biodex lebih mujarab drp ubat spital..brgantung pd org jugak la)..doc suggest buat iui for 2nd time..kali ni mmg hrpn berbunga2 memandangkan mslh sudah selesai…namun kami kecewa juga..saya pergi berurut mana tahu kalau tiub fallopian tersumbat tp kata bidan tu xde apa mslh semua ok cuma xde rezeki je lg….masa ni dah berhabis dlm 7k saving pun dh licin kami pun senyap je la…
tak lama lps tu kwn sy beritahu dia tgh buat rawatan dgn lppkn..kosnya xmahal..so kami cari alamat lppkn terdekat di internet..bln 6 kunjungan pertama saya ke lppkn..diberi kaunseling dan penerangan mengenai ujian2 yg perlu dibuat suamiisteri…ujian darah buat 2x di tmpt swasta jumlah kos xsampai 100..ujian tiub fallopian pun di hspital swasta tp 150 je..hubby buat sperm test di lppkn kosnya 20 kalau xsilap..next month 2nd day period pegi lppkn jumpa doc utk tau result semua test yg dah dibuat sblm ni..alhamdulillah hubby xde prob cuma saya ada PCOS dan tiub sblh kanan tersumbat..doc tu hairan mcmana doc di spital private boleh suruh buat iui 2x tanpa buat ujian tiub fallopian (HSG) tu???? kan dah membazir byk duit!!!! tp faham2 je la private mmg mementingkan keuntungan…xpe la benda dh lps usah dikenang kan..hari tu saya diberi clomid n kena dtg lg hari ke13 utk scan telor…Alhamdulillah ada 1 telor matang sblh kiri yg xtersumbat terus je buat iui hujung bln 7…alhamdulillah kali ni allah makbulkan doa kami sempena menyambut ramadhan yg mulia apabila kunjungan kami ke lppkn beberapa hari sblm ramadhan kami diberitakan dgn khabar yang gembira…masa tu kandungan baru 5minggu so xberapa nampak sgt bila scan…
oleh kerana saya kakitangan kerajaan boleh buat claim utk anak pertama ni…jumlah kos rawatan dr pendaftaran hingga ubat kuat rahim yg diberi slps pregnant ialah rm1100. kosnya akan berbeza mengikut ubat dan rawatan yg kita terima tapi jauh lebih murah dari private..lg satu kat lppkn ni xperlu tunggu berjam-jam mcm kita p hospital biasa sebab dah ada waktu appointmentnya…bagi yang belum mencuba di lppkn jgn buang masa lg kerana semakin hari umur kita makin bertambah dan tahap kesuburan kita makin menurun..saya doakan semua yang sedang berusaha akan berjaya suatu hari nanti..apabila kita diuji sebenarnya allah menyanyangi kita dan rindukan rintihan kita memohon padaNya….


Salam,
Saya dh kawin 2 1/2 tahun kawin. dah buat IUI 2x…tapi -ve. Tapi ada 1 lg try utk IUI buat kali ke-3 dan terakhir. Kalau tak berjaya jugak doc suggest buat IVF. Saya buat kat hospital kerajaan. Free aje. Suami kerja gomen. Kalau x, byr rm5 je setiap kali daftar rawatan. Saya Xpernah ke LPPKN.

sama je hospital kerajaan n lppkn sbb doc lppkn sambilan je keje tetapnya di spital kerajaan..tp yg seronoknya kat lppkn xperlu tunggu lama n org xramai sbb kita datang ikut appoinment cuma kdg2 kena tuggu sekejap kalau doc tu ada kes di hospital tp biasanya nurse akan inform..kalau gov staff boleh claim utk 1st baby tapi sebenarnya bila dh berjaya terasa rm1000 tu kalau xclaim pun xpe sbb hati dah gumbira 🙂

boleh.claim ke mcm mane yek




saya dh kawin 2 thn stgh…just nk tny siapa yg tahu cos buat ivf dkt lppkn brp?sbb sblm ni sy buat rawatan dkt ppum..kos ivf kt sana rm12k…kalo bleh sy nk cari la yg murah skit…

kata doc yg merawat sy ivf dkt lppkn xde tp diaorang akan buat dihospital yg tertentu(gomen)..kosnya dlm 4k sbb ubat free kalu gov staff



Allah menjadikan sesuatu ujian adalah untuk menguji keimanan hambaNya. Ujian pelbagai bentuk antaranya zuriat. Akak lain pula , Allah memberi ujian dengan kesuburan yang tinggi. Alhamdulillah akak sudah mempunyai 4 pasang cahaya mata. Akak nak tanya ada sapa tahu kos rawatan mengikat rahim di LPPKN? Bukan apa usia akak semakin meningkat dan kesihatan tidak mengizinkan


salam.. sy seorang suami… sy tgk laman ini byk wanita yang berbicara, tp tak salahkan jika sy turut berbicara kat sini. kisah sy pd mulanya agak sedih. slps khwin dlm setahun bini sy gugur sekali. tahun kedua gugur juga dn akhirnya masuk tahun tahun 2005 slps tiga bulan isteri sy gugur dia dh mula mengandung. rasa bersyukur lah sgt. akhirnya sy dn isteri sy dikurniakan anak perempuan yg sihat dn sempurna. Tp slps tu isteri sy agak sukr hamil. skrg ni kami sdg buat rwtn di swasta sbb kwn yg cdgkn bukannya sy yang byk duit tp stkt ni masih mampu menanggung kosnya. sy sentiasa ikut isteri sy buat rwtn sbb nak bg sokongan dn jlnkan tanggungjwb. so.. hrpan sy, kpd siapa yg bergelar isteri haaplah dpt menemani isteri utk sokongan krn ianya mslh bersama.


Sy baru 2 thn berkahwin..tidak pernah hamil…teringin sgt2 nk ada ank memandangkan usia semakin lanjut…Tak pernah lg wt ujian kesuburan…Insyaallah bln ni sy akn stat usaha secara perubtn moden utk mengandung…Doakan sy..


sebenarnya….sy tgh tunggu result iui yg dibuat di lppkn pada 9/3/2012 sy buat ni kali pertama… 2 mggu lagi dah bleh buat test… tp 2 minggu ni mcm bertahun-tahun rasanya…. kalaulah x cuti sek…cpat juga masa brlalu….tp syukur juga cuti sek.dptlah rehat-rehat..he..he…..kejayaan demi kejayaan yg telah sya baca tp x kurang juga yg msih x barjaya..apa pun kita jgn putus asa berusaha hinggga berjaya…stkat ni sy x stress sgt….iyalah doc urologi nasihatkan buat ivf terus tp doc hamizah kata…cuba iui dulu x brjaya iui baru buat ivf…sy x ada masalah untuk mngandung tp suami sy 2 x operate…1x sbb undecended testis sbelah kiri..k2 sbb hidrocyle sebelah kanan…alhamdulillah ..skrg dia dah ok…sperm count pun dah mula meningkat…cuma quality masih kurang….doc kata kami boleh dpt zuriat secara normal tp mengambil masa lama skit….doc suruh buat iui sbb umur dah meningkatkan…kalau x berjaya terus buat ivf… untuk pengetahuan kawan2 sy x pernah pg urut…x pernah mkn biodex….iyalah mungkin sbb sy dah tau apa puncanyakan… tp lepasni nak cari petua2 meningktkan quality sperm…madu dah ada .telur ayam kampung pun dah ada….pollen duts(serbuk bunga kurma) pun dah ada, emak kwn yg bagi dari mekah…kalau x berjaya iui baru makan smua tu….tp harap2 berjaya…


kalau sy berjaya nanti…sy bleh leh kongsi pengalaman dgn kawan2…. sya kawin thn 2007…bulan 8 ni genap 5 tahun sy berkahwin..lama kan sy sendiri pun x sedar masa berlalu begitu pantas…. tp x apalah… semua ni ujian dr yg maha esa…

wawa…boleh tak kasi no tel lppkn..saya nak cuba dapatkan rawatan di sana.tq yer

ni no. nye 03-2937555….tp minta sambung ke tingkat 6…nanti mereka akan sambungkan….sorry x perasan msg…




assalamualaikum sahabat sekalian….malam ni sy tak dpt tidur apabila mengenangkn nasib diri yg masih belum punya cahaya mata…saya sudah bkahwin hampir 5 tahun..unk makluman,saya belum pernah mendptkn rawatan di mana lagi…perasaan takut menghantui diri…takut bila doktor sahkan saya ada masalah ke…alhamdulillah,,suami seorang yg amat memahami.namun,keinginan unk menimang cahaya mata semakin tinggi….saya berminat unk membuat rawatan di pusrawi..andai ada kwn2 yg pengalaman…minta kongsi pengalaman…tq


utk masnita kalau dah ada niat utk membuat rawatan tu alhamdulillah la…kt x perlu bersedih…perlu usaha ..bak kata pepatah usaha tangga kejayaan…19 hari berlalu….ingatkan sy dah ngandung tp akhirnya sy kecewa sbb x berjaya..sy reda…apa pun ni ujian kami suami isteri… sedih mmg sedih tp siapalah kita nak mempersoalkannya….apa pun kami sentiasa akan berusaha dan berdoa….mgkin belum masa dan ketikanya. Td sy call LPPKN…nak buat appoinment tuk IVF .. tp menurut jrwat td IVF kat LPPKN di hentikan sementara waktu ..akhir bulan april br on .. … sy bukan apa nak cepat ..kalau buat cepat bleh le skip beberapa prosedure kan…mcm HSG… x suka betullah buat … sakit… dah 2 kali buat… smua ok tp iyalah kalau nak buat ssuatu rawatan mesti nak kena buat HSG. harap2 result HSG baru2 ni bleh guna lagi tuk buat IVF..

tq wawa…yer la…kadang2 terasa cam berat jer dugaan bagi pasangan yg belum menimang cahaya mata ni…dari segi emosi…saya mmg agak sedih…kekadang saya menangis sendiri…sedih sgt..specially bila tgk org lain dah ada anak sendiri..terasa sepi rumah kami tanpa kehadiran si comel yg keletah.saya bahagia disamping suami,namun saya benar2 berharap untuk menimang cahaya mata sendiri…perasaan takut unk jumpa doktor tu…alhamdulillah.dah ada kekuatan skg..bila baca comment rakan semua,saya jadi semangat untuk
mendapatkan rawatan.doakan yg terbaik unk kita semua.

masnita, saya pun dah 2 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata. Suami 2 hari lepas pernah cakap pada saya, “sayang, kita ni hidup berdua dah puas, gaduh dah puas, merajuk dah puas, ketawa pun dah puas, jalan2 dah puas tapi semua kita buat berdua je. Seronoknya kalau malam2 kita ulit baby pula….”. Sedih juga bila dengar suami cakap macam tu.
wawa, nak tanya juga, berapa ye budget untuk rawatan IVF tu sekali dengan semua prosedur?




diana…sedih le baca apa ygawk tulis…saya dan suami pun rasa perasaan yg sama…


Kita kene bersabar lah masnita. mungkin allah belum bagi rezeki lagi tapi kadang kadang tu kita tidak lari dari memikirkan usia kita yang dah meningkat setiap tahun. kecil hati bila orang sekeliling bertanyakan bila nak ada anak…..sebab tu sekarang saya cuba buat survey berapa charge yg dikenekan oleh lppkn utk IVF atau IUI. Ada sape2 yg boleh bagi tau berapa exactly yg kene byr utk prosedur ni dari pendaftaran sampai prosedur di buat?

hari pertama period call utk appontmn.( 25/1/2012)
hari ke 3 jumpa docter kat lppkn (27/1/2012)
– rundingan : rm 10.00
– Ujian darah – FSH LH P4 (isteri) rm 54.00
-STD (suami isteri) rm 56.00
Total rm 120.00
hari ke 11 slps period (04/2/2012)
buat HSG : rm 260.00( putra spcls Melaka)
rm 180.00(tawakal hosp) LPPKN
saya buatkat kat putra sbb dekat.
hari ke 21 (14/2/2012)
ujian harmon SR P4 : rm 14.00 (lebih kurang) x ingat
hari pertama period cal utk appontmn.(24/2/2012)
hari ke 5 lps period (28/2/2012)
rundingan rm 10.00
gonal f (3 kotak) rm 295.80
clomid 10 biji rm 36.00
Total rm 341.80
hari ke 12 lps period (6/3/2012)
rundingan rm 10.00
u.sound rm 20.00
gonal f ( 1 kotak) rm 98.60
Total rm 128.60
hari ke 13 lps period ( 7/3/2012)
rundingan rm 10.00
u.sound rm 20.00
pregnyl 5000 iu (1 kotak) rm 103.50
Total rm 133.50
hari ke 15 lps period (9/3/2012)
Procedure iui + spem wash Rm 350.00
nilah dia cost buat iui RM 1347.90 kat lppkn….tp ia mmg berpatutan banding private kan.

Memang berpatutan lah wawa. untuk iui cuma keberkesanan je yang tak pasti kan? Kalau prosedur iui tu tak berkesan adakah pihak lppkn akan ulang prosedur atau guna prosedur lain? Bila wawa akan buat ivf pula. Nanti wawa jangan lupa kongsi maklumat tentang langkah2 dan harga mc wawa bagi untuk iui ni. Really appreciate your explaination wawa. Tidaklah kita seram sejuk sangat bila kenangkan bayaran untuk prosedur. Just nak prepare awal2. Thank you wawa. Saya doakan wawa berjaya untuk prosedure seterusnya.


asmkum,,sy nak tnya pada kwan2 semua,,saya nie dah masuk 11 thn berkahwin tapi blm ada ank,saya teringin nk cuba buat rwatan di lppkn,,yg jadi mslah sy nie org luar yg berkahwin dngn suami warganegara,,kalau sy buat rawatn dilppkn apakah kos rawatan yg dibuat sama dngn warganegara??bg sesiapa yg tahu tlg saya bg penjelasan,.saya memang teringin sangat dpt baby…takut tggu lama nti dh xblh,ye lah kita umur tiap thn brtmbah,,skrg pun saya dh 34.




Utk Diana…thanks…. sy just bg info, dgn harapan kawan-kawan dpt gambaran yg jelas….walaupun sy x berjaya…x pelah mgkn bukan rezeki sy… kalau kawan2 nak cuba bagus juga…wlaupun % kejayaan iui adalah rendah, tp skurang2nya kt berusaha…..mgkn prosedur itu sesuai dgn kita kan…mana tau…. jd cubalah… sy akan buat ivf selepas raya… kalau ikutkan sy nak buat bulan ni juga tp memandangkan keadaan x mengizinkan …. busy utk persiapan kawin adik june ni…jd x nak ambil risiko…. apa pun sy akan sentiasa update kat ruangan ni…kalau ada kawan2 yg dah buat ivf harap2 bleh le share… sy amat2 memerlukan info…agar prosedure yg akan sy jalankan berjalan dgn lancar..


melalui info2 kat internate iui bleh buat bnyak kali tp ada side effect kat ovari( jumlah pengeluaran telur) …biasanya 3 kali adalah ideal… kali ke4 dan seterusnya akan menunjukkan peratus kejayaan yg tidak jauh bezanya…. tp terpulang pd patien itu juga…kalau dia nak juga buat …mgkn doc akan benarkan….kalau kat LPPKN ,dia x tetapkan utk mengulangi atau pun tidak ssuatu procedure trsbut..ikut patien tp khidmat nasihat tetap diberikan….


Tadik baru aja call LPPKN… dukacita appmnt ditutup sebab penuh sampai end of April 2012 ni…. jadi dalam 23hb April bolehlah call balik untuk set date appointment.
Menurut pegawai yang jawab call tu, mereka yang 1st time datang LPPKN, tak payah tunggu period baru buat appointment. Boleh terus mintak appointment date je.
InsyaAllah…. marilah kita sama-sama berusaha… 🙂

saja ingin berkongsi pd semua..sy br jer selesai buat rawatan pertama iui pd 25.4.12 di LPPKN..arap semuanya berjalan dengan lancar..keputasan atau test akan dbuat pd 17.5.12.. akan sy kongsikan skiranya ada berita gembira,.

InsyaAllah Emma… kami doakan sukses ya… 🙂


salam..sedihnya sgt hti ni..da hmpir 4thn kwin msih x de baby lgi..berat 43,tggi 154..sebaya suami 27..set biodex dh mkn 4bln(rm500 baget tiap bln)x mampu dah,ambar kenanga(3bln)zureat atika beauty(5bln)urut kg 4x..hurmmm hampa belaka..scan rahim,pap smear pn bru jer buat..xde mslh pn..skrg tgh nk kumpul duit btl2 ni,nk try LPPKN..sedihnyer ya ALLAH….




salam…rasanya masalah sy lg rumit…umur dh masuk 40 thn, lagi payah nak dapat bby kali ke3..1st kawin dpt 3 org anak, yang sulong lelaki dh bljr di politeknik dh(lahir 1993), n 2nd twin girl dh 12 thn pun dh tnn ni…so kawin kedua mac 2007 tapi masih x ada rezeki lagi..masa kawin tu teringin punye anak tapi endometrisis problem pulak..operate je dah 3x buang sis n fibriod, sakit masa period datang, seksa sesangat…till now pun masih sakit klu dtg period..thn 2005 operated buang tyriod di leher, dua2 di kelenjar kat leher kena buang, so tumbuh plak tumor sis n fibroid tu kt repoduktif area…since 2007 mcm2 dh cuba..urut, mkn biodex 4 thn tapi x konsisten sb bila mkn madu tigh la honey, n suma yg patut mkn, ase perut lagi bengkak, period dtg pun sakit jgak…tu yg buat kejap mkn, kejap x mkn, bila x mkn ase kuang sikit sakitnya time period…bila ase bengkak, maybe sis or fibroid tu x boleh terima biodex, buat lagi kena fikir cara lain utk kurangkan sakit bila period…susah cari penawar…tapi x giveup gak..awal thn ni, g lppkn srbn 2, hubby punye sperm ok je, so dah test suma result, kena bt ivf…tp x dpt buat lagi cost mahal jgak…ni pun tgh tunggu pinjaman lulus, if lulus, mybe dlm bln depan blh la try ivf……tapi bila kenang kena cucuk kat perut tiap mlm, ase mcm nak demam plak…sy mmg x blh kena injection ni, bila terlampau laju ubat yg masuk di cucuk dlm bdn, msti demam, pelik betul laa, dh tu cm ne nk bt ivf nie….Ingat lagi thn 2009, nak tgok tiub folipian tersubat ke dak, ternyata tersumbat sb endomstrisis punye keje, pas msuk je ubat air kt anu tu, balik je rumah, mlm tu terus demam, 3 hari x bangun,,,punye la dasyat nyer dugaan…
rupe nye, ivf kena inject gak, x terbayang cm ne la nasib sy nti…selain tu, sy still bt rawatan di kpj srbn since 2006 coz dh bt rawatan buang tyiroid tu, selain tu bt rwatan gak kt hosp. swasta columbia di srbn utk bandingkan result doc tu…so cadangkan jgak ivf sb umur pun meningkat….takut jugak nyawa terancam tapi semangat teringin sangat mengandung n belai bby idaman tu lebih mengatasi segalanya….
sy berserah je pd yg maha Esa…Moga kali ni Allah makbulkan rezeki anak pada sy…harap suma kawan2 di sini, doakan sy ye…


This post will assist the internet people for creating new weblog or even a weblog from
start to end.


Teknologi semakin canggih, kesuburan pun bisa diatasi


Exactly how much time did it require u to create “Teknologi LPPKN
atasi masalah kesuburan bila hatiku berbicara”?
It comes with quite a bit of wonderful information and facts.
Many thanks ,Tristan


Thanks for your personal marvelous posting! I genuinely enjoyed reading it, you might be a great author.
I will ensure that I bookmark your blog and will come back down the road.
I want to encourage you to continue your great posts, have a
nice holiday weekend!


Howdy just wanted to give you a quick heads up. The words in your article seem to
be running off the screen in Internet explorer.
I’m not sure if this is a format issue or something to do with browser compatibility but I figured I’d post to let you
know. The style and design look great though! Hope you get the issue resolved soon.
Many thanks


salam…saya salina…terpnaggil juga untuk berkongsi…dh kwin dlm setahun setengah…blom penah hamil…dh urut…tp blom penah buat rawatan kesuburan…rasa nak buat tp takut HSG…sakit sgt2 ke…sakit di perut atau sakit di vagina ms proses masukkan dye???


Wsalam, salina, buat HSG tak sakit. tapi ada juga yang cakap sakit..masa rawatan tu kena rileks je.jgn keraskan badan.


sy dh 4 thn kwen..kli ke-3 appointment kat hsptl ampang minggu dpn 13/05/2013 isnin ni untuk buat hsg…kwn sy kata x brape sakit…kwn sy dh 7thn kwen n 2x buat rwtn iui kat hsptl ampang alhamdulillah akhirnya mgndung sudah dia ..n bsalin bln 8 ni.. 🙂


sy dh wat hsg kt hospital ampang..nk crita pglmn..10mlm sblm pergi hsptl sy kena mkn ubat allergic 8biji,pagi 8biji n otw p spital kena mkn panadol 2biji..masa rwtn ada 2org dktor n 2 nurse..mmg malu tp nk ank pnya psl buat2 biasa jer..dkt 1jam gak dlm bilik tu..sakit la jugak n ada sdikit pndarahan..tp kptsan normal n tiup x tsumbat..mlm tu xleh bsama suami hihi..mggu dpn 20/5/13 kena pergi lgi..buat msa ni stiap rwtn x di caj lgsg pon..suami sy polis n tnjuk surat dh leh wat rwtan..hrp2 rwtn seterusnya juga free 🙂


Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog
and wanted to say that I have truly enjoyed browsing your blog posts.
After all I will be subscribing to your feed and I
hope you write again very soon!


Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wished to say that I have
really enjoyed browsing your blog posts. After all I
will be subscribing to your feed and I hope you write again soon!


For latest information you have to pay a visit internet and on world-wide-web I found this web page as a finest website
for hottest updates.


boleh ke jika pasangan yang tidak berkemampuan menjalani pemeriksaan di TAFF

gaji bersih seribu lebih tolak kiri tolak kanan cukup untuk belanja dapur dan pakaian aje tp jika sesiapa yang berkenaan membantu sy untuk mendapatkan anak sy hanya mampu berdoa agar allah panjangkan umur nya dan jika nk kena bayar mmg sy xmampu bayar beribu2



Hi there outstanding blog! Does running a blog such as this require
a massive amount work? I have virtually no expertise in
programming but I had been hoping to start my own blog soon.
Anyway, should you have any suggestions or tips for new blog owners please
share. I understand this is off topic nevertheless I just wanted to ask.
Thanks a lot!

Julai 8, 2008 pada 4:51 am
LPPKN ni bercakap saja pun dah kena bayar rm 60..apa lagi nak berubat dengan depa, bagi yg berduit tak menjadi masalah..
April 12, 2011 pada 3:35 am
org kata nak seribu daya…..mmg lah..nak buat rawatan mn ada yang percuma..kita kene lah usaha ke arah itu…
Disember 20, 2011 pada 1:50 am
kalau nk kena bayar pun agak2lah. bercakap pn dah rm60. inikan pulak rawatannya…klu sy doktor, free of charge bg yg kurang berkemampuan.
Februari 9, 2012 pada 4:11 pm
Saya dah 1 tahun 6 bulan kahwin. Period pun xtentu. Kadang2 3 bln sekali je period. Tiap kali buat pregnancy test, mesti nangis sbb negative. Bila dah dgr psl biodex ni jenis utk diminum dan mahal rasa tertekan pulak. Nak jugak cuba lppkn ni. Dah tertekan sgt tgk org lsin yg bru kahwin dah pregnant. Apa beza iui dan ivf? Saya dah gi pakar utk check kot2 saya mandul sbb daya ni ada mslh berat bdn tpi masa scan doc ciap tunjuk ovum saya ada. Kalau boleh tau apa procedure lppkn pun ok gak. Kalau gi first time tu dia kaunselling ke atau boleh terus buat check up?
April 10, 2012 pada 7:36 am
salam saya dah 7thn brumahtangga masih belum ada cahaya mata masalah kita sama period tak tentu dtgnyer. kita kena betul2 jumpa pakar puan jgn pergi jumpa yang bukan2. wanita tiada istilah mandul…itu yang doktor pakar cakap pada saya. suami jgn salah kan isteri jika tidak hamil.suami harus bertanya pada diri adakah dia subur ini kerana lelaki jika spermanyer kurang,lemah, ia tidak boleh ditambah atau di perkuatkan.maka isteri tidak boleh hamil berbeza dgn wanita jika ovumnyer kecil atau sedikit ia boleh di tambah dan dibesarkan…dgn itu doktor pakar saya cakap suami jgn nak salah kan isteri jika tidak hamil….dan wanita pulak jgn nak salah kan diri sediri jika tidak hamil dgn mgatakan yang diri tu mandul …istilah mandul hanya ada pada lelaki tidak pada wanita tu yang doktor pakar saya beritahu skg ni saya dlm usaha utk mndptkan zuriat moga kita sama2 mendapat zuriat yang comel aminnnn….wsalam