bila hatiku berbicara

Lagi cerita yang tak hangit

Posted on: Julai 8, 2008

Semenjak akhir-akhir ini saya rasa nak termuntahlah, hihihih bukan saya/mengandung atau mengidam kekeke tapi tu lah saya dah kata kat suami saya, jangan tengok berita sebab saya nak muntah, apa lagi time tu(8.00 mlm) saya menanti orang hantar mangkuk tingkat. Saya lebih suka tengok sinetron Soleha, Taqwa, dan Ali Din dari menonton berita yang loya lagi meloyakan. Semakin saya tengok berita semakin rasa mual lah pulak.

Semalam hampir 30 orang lebih kontraktor datang ke rumah saya melihat kerosakan. Di rumah saya semalam di jadikan opis sementara untuk mereka buat perkiraan yang mana nak ambik bahagian baiki longkang, bumbung, dan berbagainya lagi. Rupanya bukannya senang tinggal di rumah orang ni habis pintu bilik kita di buka, saya yang sedang mengadap komputer di bilik yang tidak mengalami kerosakanpun tersentak bila tiba-tiba pintu di buka orang. Maaf itulah perkataan yang di ucapkan. Jauh di sudut hati saya geram kerana mentang-mentanglah saya tinggal di rumah kompeni sesuka hati mereka membuka pintu, bayangkanlah kalau saya tak pakai baju bagaimana? Saya cepat-cepat memakai selendang yang tersangkut di kerusi. Saya sudah maklumkan bilik itu okey..tapi dah dia nak tengok jugak.

Saya berdoa semoga mereka akan mencarikan rumah untuk kami berteduh sementara kami ada rezeki boleh membeli rumah sendiri. Kalau nak di ikutkan saya tidak suka berpindah kerana saya tahu kalau saya berkemas itu dan ini saya akan mengalami asthma yang teruk. Dulu hampir dua minggu saya mengalami asthma sebabnya badan saya tidak kuat untuk melakukan benda-benda macam ni. Saya mudah stress dan saya mudah di serang asthma. Kalau dulu orang-orang Indon yang tolong berkemas, tetapi sekarang kami sendiri. Mengikut kata mereka, mereka akan baiki dulu mana rumah yang kosong, dan kemungkinan kami akan memohon rumah itu untuk kami duduki. Kebanyakan rumah kompeni orang tak berapa suka nak duduk sebabnya depa bergaji mahai kena potong banyak..adalah dalam rm800, tapi kita yang bergaji kecil tak kisah kalau setakat kena potong rm 300, kalau nak sewa kat luarpun rumah yang paling murah di countryhomes rm 400, rumah teres. Kalau saya pindah di countryhomes saya berjauhan dengan anak saya, sedangkan tiap-tiap minggu dia akan menelefon menyuruh kami pergi menjemputnya kalau semua kekawannya pulang ke rumah masing-masing. Erm kesiannya anak saya, bila dia dah besar sikit bolehlah dia pulang sendiri……

Buat anakku Hafiz selamat hari lahir yang ke 13 hari ini nak…

Advertisements

2 Respons to "Lagi cerita yang tak hangit"

salam kak,
kalau tambah sorang lagi pun ok apa…

salam ridwanto

kalu bulehkan..tak mau tambah sorang nak tambah dua tiga..tp belum di izinkan lagi. sabar ajelah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: