bila hatiku berbicara

Nak cerita sikit

Posted on: Julai 18, 2008

Salam hari jumaat

Salam buat semua yang sudi menyinggah di blog ni, seperti biasa tuan punya blog takde modal nak tulis apa, tetapi hari ni tuan punya blog( ahakssss bila masa plak saya bahasakan diri tuan punya blog ni?) ingin berceritalah sikit.

Anda tentu tahu YPN kan? Iaitu Yayasan Pembangunan Nur Hikmah ada di senarai dekat blog saya ni. Saya memang suka join mana-mana groups, tetapi kalau ianya tidak menepati citarasa saya, saya akan keluar dari grup tersebut. Saya di takdirkan bertemu dengan grup yang bernama SIM. Sayapun hairan jugak kerana saya tidak pernah masuk grup tu tetiba banyak pulak emel-emel dari grup tersebut di mailbox yahoo saya. Tetapi saya nak war-warkan di sini saya suka grup tu kerana ianya lain dari yang lain. Nah saya perasan yang saya juga ada masuk grup YPN, mungkin di situlah diorang mengambil emel saya, kerana grup SIM ni merupakan saudara dengan YPN nih. Tidak mengapalah kerana banyak maklumat yang saya dapat dan seronok membacanya. Sayapun sebelum ni pernah jugak dapat banyak emal dari group respek, terlalu banyak, saya dah pun keluar dari grup tersebut.

Saya nak cerita kat grup SIM diorang banyak berkongsi masalah tentang kesihatan, petua dan banyak yang ilmiahnya. Salah satunya petua bagaimana nak dapatkan zuriat, bermacam-macam kisah yang menarik. Bila saya melihat di blog saya ni terdapat beberapa artikel dan doa untuk mendapat zuriat. Rasanya ramai yang suka membacanya. Pagi ni sayapun membuat pencarian, dan saya terjumpa laman web kat bawah tu. Saja hendak berkongsi dengan anda semua. Mana tahu kalau anda semua boleh berkongsi cerita dengan saya, mana tahu kalau ada yang pernah mencuba kaedah homeopaty ni.

http://www.geocities.com/infertility_my/bm.htm

p/s pernah tak anda try makan dengan mangkuktingkat.com? cuba ke grup YPN adalah maklumatnya di situ. Saya hampir sebulan dah tak masak lauk kat rumah, cuma masak nasi sahaja, petang-petang ada seorang kakak yang menghantar mangkuktingkat kat rumah. Lauk pauknya cukuplah untuk dua orang,( kalau nak pesan dua tiga mangkuktingkatpun boleh, untuk makan tenghari dan malam) tetapi kekadang saya masak jugak sikit kat rumah. Maklumlah saya ni anakpun tinggal di asrama, setakat dua orang makan tak berbaloi nak masak banyak-banyak, simpan dua tiga hari dalam peti asipun tak elok jugak. Trylah kalau nak tahu.

Layari www.MangkukTingkat. com

Advertisements

4 Respons to "Nak cerita sikit"

salam kak..
mungkin bulan ramadhan ni epel nak cuba langgan mangkuk tingkat nih. Takut tak sempat balik masak..hihihi…sedap ke kak masakannya?

salam epel…

boleh jugak..tp satu mangkuk tingkat tu utk seorang makan..tp akak cukup utk 2 org n takde lah penuh dalam mangkuk tingkat hehehe..kalau akak nasi masak sendiri..lauk kalau rajin masak jugak….sbb mmg akak tak makan lauk banyak…tp tabik jugak dekat diorang ni kerana pandai mencari alternatif utk menambah dana……..nasib ibu2 tunggal,anak2 terbiar dan miskin akan terbela tinggal di situ..

[…] dengan menggunakan Mangkuk Tingkat. Shidayah Charmmy Kitt Catatan Harian Jai Seri Kasih info Nuriman, bila hati berbicara Life of a Virgo Mummy Bila Adi Melalut Teratak Che Tam Faramir silence is not always Blog of […]

Selamat datang geng Mangkuktingkat.com, semalam lambat sikit oleh sebab2 yang tak dapat di elakkan,saya memahaminya…Cayalah mangkuktingkat besttt…….jimat,lazat,murah dan tak payah ler duk pk nak masak apa, kerana dah ada yang menghantarnya ke rumah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 853,965 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: