bila hatiku berbicara

360~ pengemis

Posted on: Julai 19, 2008

Lubuk emas pengemis China

Oleh Zalifah Mohd Yatim

MUAR: Pendapatan lumayan sebagai pengemis akibat sikap pemurah masyarakat tempatan menyebabkan seorang warga China sanggup meninggalkan anak tunggalnya dan menggunakan visa pelancong untuk berulang-alik dari negaranya sebanyak tiga kali, sejak April lalu.

Malah, dalam tempoh seminggu mengemis di daerah ini, pengemis warga China yang kudung kaki kanan itu mampu menginap di sebuah hotel bajet selain mengumpul wang tunai RM2,290.25 sebelum tembelangnya terbongkar apabila ditahan dalam operasi menyelamat pengemis dan kutu rayau, di sini, kelmarin.

Lelaki berusia 33 tahun dan berasal dari Jiangxi, China, itu tiba di Kuala Lumpur, pada 4 Julai lalu sebelum datang ke daerah ini seminggu kemudian dan ditahan ketika sedang mengemis di sebuah medan selera di Jalan Yahya, di sini, kira-kira jam 8 malam kelmarin.

Selain kecacatan fizikalnya, lelaki itu berpakaian lusuh untuk menarik simpati orang ramai dan dikatakan bijak mencari kawasan lubuk duit untuk meminta sedekah terutama di medan selera yang sesak dengan pelanggan.

Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah, Nazri Hussin, berkata berdasarkan siasatan awal lelaki itu mengaku datang ke daerah ini pada 11 Julai lalu dan tinggal di sebuah hotel bajet di Jalan Meriam.

“Siasatan mendapati, bilik hotel itu ditempah lelaki berkenaan sejak dua hari lalu dan dia sudah menjelaskan bayaran pendahuluan sehingga hari ini (semalam).

“Lelaki itu hanya membawa satu beg berwarna hitam dengan beberapa helai pakaian dan hasil pemeriksaan kita menemui wang yang diikat dan disusun berjumlah RM2,290.25 di dalam beg dan kocek seluarnya.

“Kita turut menemui satu resit simpanan wang tunai sebuah bank tempatan di dalam beg miliknya dan dia dipercayai memasukkan wang tunai bernilai RM3,800 ke dalam akaun orang lain pada 14 Julai lalu,” katanya.

Nazri berkata, siasatan mendapati lelaki itu memasuki negara ini dengan menggunakan visa pelancong dan sudah berulang-alik dari negaranya sebanyak tiga kali sejak April lalu dan terbaru pada 4 Julai lalu.

Beliau berkata, lelaki itu mendakwa sudah berpisah dengan isterinya dan mempunyai seorang anak lelaki berusia 11 tahun yang kini berada di negaranya.

“Lebih mengejutkan, lelaki itu mendakwa sudah mengemis di negara ini sejak berusia 16 tahun. Ini kes pertama pengemis warga asing ditahan di daerah ini dan lelaki itu diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Menurutnya, dalam operasi sama, seorang kutu rayau ditahan di Hentian Bas Bentayan dan lelaki berusia 70 tahun itu dipercayai sudah berada di hentian berkenaan sejak dua hari lalu dan berasal dari Simpang 5, Bukit Gambir, di sini.

~Insya Allah ada kesempatan hendak tulis skit tentang 360 rabu lepas tentang pengemis ni~

Menonton 360 rabu lepas, kita melihat betapa negara kita ini sudah di banjiri oleh pengemis warga asing. Yalah orang-orang kita ni pantang melihat pengemis terus hulurkan derma, bukanlah salah menderma,  sebab itulah negara kita ni bab lubuk emas kepada pengemis warga asing. Perlu kita ingat bila menonton bersamamu masih ramai rakyat negara kita yang hidup dalam kemiskinan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Tetapi saya tabik kat diorang kerana tidak sampai hendak meminta sedekah dengan menadah besen kecil satau kole untuk meraih simpati. Mereka sanggup meyelongkar sampah mencari tin-tin, surat khabar, botol, kotak dan berbagai barangan yang boleh di jual. Sedangkan pengemis ini meraih pendepatan yang lumayan dengan hasil mengemis, barangkali ada yang hidup senang lenang dengan hasil mengemis. Menurut kata pengacara 360 Mazidul diorang ni di hantar sendikit yang datangpun dengan menaiki teksi, pulak tu mengaku semuanya bisu. Yang oku ni pun satu jangan jadikan alasan diri itu oku terus mengambil kesempatan untuk meraih simpati dengan mengemis, banyak lagi cara lain untuk melakukan sesuatu yang boleh membantu mereka. Tentu korang tonton 360 yang bertajuk pengemis yang ada seorang pengemis warga cina  lelaki yang agak rendah dan kurang upaya.  Tidakah ada bantuan dari kerajaan mereka untuk membantu golongan miskin dan oku ini? Atau mereka suka di ambil kesempatan oleh sendikit-sendikit yang menghantar mereka ke negara kita?

Saya tersentuh hati melihat seorang pengemis lelaki yang berkopiah putih,gaya percakapan seperti orang kita. Kasihan tiada saudara marakah dia?tiada anak-anak barangkali, tetapi misal katalah kalau dia mempunyai saudara mara, tidakkah saudara maranya terasa malu membiarkan pakcik tua ini menjadi pengemis? Mungkin jalan terakhir biarpun tidak di sukainya pakcik ini di letakkan di rumah kebajikan masyarakat atau di rumah orang-orang tua. Yang pakcik ni pun satu tak payahlah nak lari bila dah tinggal di situ, kerana di situlah tempat yang lebih baik sedikit dari tidur di kaki-kaki lima. Mungkin kita harus bersyukur banyak-banyak biarpun harga petrol dan barangan melambung naik kita masih mampu meraih rezeki di bumi Allah ini dengan berjimat cermat, tetapi takdelah berjimat sangat beli barang keperluan mestilah. Nak bersedekah tak salah, rasanya masih ramai lagi orang-orang di ceruk kampung yang masih lagi hidup dalam kedhaifan. Kalau di rumah kebajikan dan rumah anak-anak yatim hidup mereka lebih terjamin dengan bantuan dari berbagai pihak, melihat rumah-rumah merekapun membuat kita sedih bila menonton bersamamu.  Saya sokong  program BERSAMAMU di TV3. Apa kata anda?

Advertisements

3 Respons to "360~ pengemis"

negara kita rupanya masih ada kekayaan lagi rupanya

yer He kerana kaya ada yg miskin seperti org dalam bersamamu tu..yg kaya terus kaya hinggakan beli keter mewah..yg susah nak beli umah kos rendahpun susah He..pendek kata bab kata Nabil Lu pk sendiri laa hihihihi……….

sedap ceritanya……….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Julai 2008
I S R K J S A
« Jun   Ogo »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Blog Stats

  • 843,261 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: