bila hatiku berbicara

mangkuk tingkat tak datang hari nie

Posted on: Ogos 4, 2008

Baru terima call dari kakak yang menghantar mangkuktingkat.com memberitahu yang dia masih duk kat Shah Alam, tak sempat hantar ke Pj ni. Orang yang menghantar mangkuktingkat di Shah Alam ada masalah sakit ke apa entahlah. Mungkin akak tu ingat sempat hantarlah kot kat rumah. Awal bulan Ogos ni agak lewat kakak tu hantar dalam jam lapan malam selalunya dalam pukul tiga dah datang. Tetapi tak mengapa esok dapat dua mangkuktingkat. Yalah kan mungkin orang yang makan dengan mangkuktingkat ni dah semakin bertambah. Apa-apapun saya faham akan masalahnya, pihak mangkuktingkatpun sudah mengirimkan sms di atas kelewatan semalam.

Layari www.mangkuktingkat. com

Advertisements

10 Respons to "mangkuk tingkat tak datang hari nie"

bisness nak maju memang manyak masalah maa.. harap bersabar k

ya benar itu en me…kalau yg dekat2 tu diorang boleh pergi ambik sendirik mangkuktingkat tuh…

salam ..

hmm .. nak try mangkuktingkat hantar kat putrajaya lepas ni

salam jeff lamanya tak dengar khabar jeff,ingatkan dah pencen dari berblog dah kekeke..dah seminggu dah mangkuktingkat nih tak hantar kat umah sy..ada masalah teknikal lah tu..tp kat tempat lain okey aje……..

salam utk nuriman…lama saya tak menjengah….maaf…harap tak menggugat ikatan persahabatan.

saya dah baca kiriman ttg mangkuk tingkat ni sebelum ni…memang gelak sendiri …saya dah lama dengan ‘tupperware tingkat’ yang saya hulurkan pada kak yah kantin setiap pagi. balik dari sekolah nanti, maka ‘ tupperware tingkat’ saya itu pasti penuh terisi…ngeh…ngeh….
bukan malas nak masak, memang tak sempat sebab saya kerap pulang lewat ke rumah. aktiviti sekolah di sebelah petang memang banyak….. lepas maghrib anak nak ke pusat tuisyen plak……jadi ‘kak yah kantin’ lah tempat saya ‘merayu pertolongan’ utk masakkan lauk-pauk kat saya….

saya dah call mangkuk tingkat ni…tapi kat sg petani belum beroperasi….mmmm sedap tak masakan ‘mangkuk tingkat’ ni ?

salam ummuhanah…salam ukhuwah

hehehe mangkuk tingkat masakannya agak sedap.,.kekadang kalu tengok kakak tu hantar ke rumah sy akan perati tengok apa rasa ramuannya..sbb bolehlah resepi baru utk sy…dah 2 minggu dah tak menghantar kat rumah sy ni..entah lah kata kakak tu tak de org yg menghantar kat kawasan pj dan sewaktu dgnnya..insyaallah mungkin dalam proses utk cari org yg boleh menghantar di sekitar kawasan pj dan sewaktu dgnnya……….

Salam

Saya baharu sahaja melanggan mangkuktingkat.com pada bulan November. Baru seminggu. Minggu pertama memang agak menghampakan, penghantaran lambat dan sampai hari ini ada 3 kali dah makanan tak sampai.

Lagi menghampakan bila tak ada panggilan telefon mahupun SMS dari pengurusan untuk memberitahu kelewatan atau yang makanan tidak akan sampai. Apatah lagi memohon maaf, tiada langsung.

Jadi agak terkilan rasanya dengan perihal penghantaran dan pengurusan. Makanan boleh tahan.

Harapnya mereka akan perbaiki mutu perkhidmatan, jika tidak tak dapatlah saya nak menyokong perniagaan mereka.

salam….saya kali terakhir bulan 8 baru2 ni..bulan 7 sebulan…bulan 8 hanya datang 1 hb je…pastu org yg menghantar dah tak hantar…

masa saya menjadi pelanggan mangkuk tingkat org yg menghanntar tu akan maklumkan bila dia tak dapat hantar…dia sms…dan pihak nurhikmahpun akan sms memohon maaf…cuba join grup nurhikmah senang nak tanya apa2 tentang mangkuk tingkat ni.

saya tak langgan mangkuk tingkat skarang ni sbb diorang kata kat pj kawasan umah sy hanya sy sorang aje yg langgang mangkuk tingkat……org yang menghantar mangkuk tu duk kat damansara…kalau tidak sy mmg nak melanggan ngan mangkuk tingkat sbb makanannyapun boleh tahan….

cubalah tel tanya pihak mangkuk tingkat…atau org yg menghantar ke opis atau ke umah awak ya….ok tu aje dr pengelaman sy……….

One Stop Centre- Gift Basket for all Occasion.. Rasai sentuhan unit kami dalam setiap rekaan yang terhasil..

tengah planning mencari orang yang boleh masak lauk utk dinner…n terjumpa website mangkuktingkat.com….so far ok x service nyer TQ

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 853,977 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: