bila hatiku berbicara

Permainan budak zaman sekarang

Posted on: Ogos 4, 2008

Kemaruk kafe siber

KUALA LUMPUR: Angkara ketagih permainan komputer, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun tergamak mengugut untuk menikam dan menetak ibu bapanya dengan pisau dan parang lebih 10 kali hanya kerana dia tidak diberi wang RM5.

Murid darjah enam itu juga bertindak ‘ala gangster’ apabila sanggup mencuri wang dari kedai runcit dan memeras ugut ra kan sebaya untuk melayani ketagihannya terhadap permainan komputer di kafe siber yang dikenalinya awal tahun lalu.

Sejak ‘terpikat’ dengan permainan ‘berhantu’ itu, kanak-kanak yang hanya mahu dikenali sebagai Azli itu kerap ponteng sekolah, merokok dan akhirnya berhenti sekolah, sekali gus tidak menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2007.

Tidak setakat itu saja, selepas berhenti sekolah, kafe siber menjadi rumah keduanya, malah dia sanggup ‘bertapa’ 12 jam sehari hanya untuk bermain permainan komputer diminati.

Ikuti pengakuan Azli yang kini mendapatkan rawatan pemulihan di sebuah rumah kebajikan apabila ibu bapanya tidak lagi mampu mengawal sikapnya yang panas baran dan ganas hasil ‘didikan’ kafe siber seperti diceritakan kepada Wartawan Metro Ahad, FUAD HADINATA YAACOB dan SHAMRAN SARAHAN.

SUDAH banyak kali saya hendak menikam dan menetak emak dan ayah, rasanya lebih 10 kali sejak tahun lalu. Semuanya kerana mereka tidak mahu beri wang RM5 atau RM10 untuk saya buat belanja ke kafe siber.

Jika tidak ke kafe siber, diri saya seperti ada yang tidak kena. Saya bosan duduk di rumah, apatah lagi tiada komputer dan tidak tahu hendak buat apa.

Jika hendak ke sana pula, saya perlukan duit sekurang-kurangnya RM5 untuk membayar caj selain beli makanan atau minuman.

Pada awal dulu saya guna duit belanja yang emak beri setiap hari RM2, tetapi kerana seronok dan ‘ketagih’, aktiviti ke kafe siber menjadi program wajib selepas pulang sekolah.

Jadi, perbelanjaan meningkat dan saya ambil jalan mudah dengan mencuri wang emak atau ayah. Pantang jika mereka letak beg duit, saya ambil duit yang ada, pernah sehingga RM50 sekali ambil.

Dengan duit itu saya buat belanja di kafe siber, selain beli makanan dan minuman. Pada mulanya mereka tak perasan tetapi lama kelamaan emak dan ayah tahu juga selepas duit di dalam dompet masing-masing berkurangan.

Emak selalu marah dan ayah pernah pukul, namun saya degil. Selepas keadaan reda, saya curi lagi, malah jika tiada duit, saya minta daripada mereka.

Ketika itu jika mereka tak beri, saya ambil pisau dapur atau parang untuk mengugut mereka. Saya bernasib baik tiada kejadian buruk berlaku, jika tidak tentu saya ditahan atau ditempatkan di sekolah budak nakal.

Sejak mengenali kafe siber, selain mencuri, saya juga mula ponteng sekolah, merokok dan mengugut rakan untuk mendapatkan wang.

Malah, kerana kerap ponteng selain masalah disiplin, saya diberhentikan sekolah, sekali gus tidak dapat mengambil peperiksaan UPSR tahun lalu.

Semuanya kerana kafe siber. Daripada rajin ke sekolah, saya bertukar pemalas sehingga kerap ponteng. Saya akui bosan belajar di sekolah, lagipun saya bukan belajar, lebih banyak bermain dengan kawan.

Cikgu ada laporkan masalah saya kepada emak dan ayah, tetapi saya tetap dengan perangai saya, malah tidak kisah apabila terpaksa berhenti sekolah.

Selepas berhenti, kafe siber menjadi rumah kedua saya, pernah dari kafe siber itu dibuka jam 9 pagi hingga 11 malam, saya duduk di dalamnya bermain ‘game’ sehari suntuk.

Saya suka permainan ‘Counter Strike’ dan ‘Half Life’, sejenis permainan tembak menembak ala tentera. Selagi tidak menang, selagi itu saya main sampai puas, malah boleh dikatakan saya pakar dalam permainan ini.

Saya tidak kisah duduk berapa lama di kafe siber, tiada siapa marah kerana selagi ada duit dan boleh bayar, saya main pelbagai permainan komputer.

Di kafe siber juga saya mula kenal rokok yang sebelum ini saya tidak pernah hisap. Semuanya pengaruh kawan, dalam sehari sekurang-kurangnya sebatang saya hisap, bukan saja hisap tetapi saya juga pandai membeli, terutama duit banyak dalam poket.

Selain rokok, saya selalu ugut kawan di sekolah untuk dapatkan duit sebagai belanja di kafe siber, beli rokok serta makanan atau minuman.

Saya juga sudah pandai mencuri di kedai. Apabila tuan kedai tidak perasan, saya ambil duit dalam laci berjumlah RM50. Ketika itu saya sangat seronok kerana ada kawan ‘satu kepala’.

Kedai saudara juga pernah jadi sasaran saya, apabila dia minta saya jaga sebentar, ketika itu saya ambil duit RM20.

Kerana kafe siber ini juga, saya mudah marah jika ada perkara tidak betul berlaku atau apa yang saya nak tak dapat. Disebabkan itu saya sanggup ugut untuk menikam dan menetak emak serta ayah.

Mungkin kerana tidak tahan melayan kerenah saya, saya dihantar ke rumah kebajikan ini awal tahun lalu dan kini sudah tujuh bulan saya menjalani rawatan pemulihan.

Kini ketagih sudah tiada, malah saya dididik dengan ilmu agama. Saya kini rindu emak, ayah dan adik kerana sepanjang di sini hanya beberapa kali kami berjumpa kerana mereka jauh di kampung.

Selepas ini saya nekad menyambung sekolah semula, selain mengelak mengunjungi kafe siber yang memusnahkan diri saya.”

~Petang-petang saya selalu juga menonton lagenda kisah akukah tanggang. Bila baca artikel ni teringat satu babak Adi Putra memegang watak Iwan mengambil parang letak di leher bapanya. Entah yang ke berapa puluh kali saya tulis kat blog ni, budak-budak zaman sekarang ni permainannya tidak seperti zaman saya dulu. Permainan budak zaman sekarang perabihkan duit. Kasar, ganas dan memeras ugut ibu bapa tanpa kasihan belas. Zaman orang sebaya saya hanya tahu main masak-masak, main emak-emak. Yalah kan zaman saya dulu mana ada Internet. Bila baca benda-benda macam ni saya jadi teringat kat anak saya Hafiz. Masa dia mula-mula tinggal di asrama adalah sekali dia ikut kawan-kawan dia pergi ke cc, itupun bila saya tanya ustazah dia kata, ustazah tak tahu. Kalau ustazah tahu ustazah tak kasi budak-budak ni ke cc. Di sekolah tu pelajar tak ramai senang kontrol nama lagi sekolah swasta. Di asrama adalah seorang ustaz yang menjaga budak-budak ini. Harap-harap benda mamcam ni tak jadilah kepada anak-anak kita. Kasihan mak bapa mengharapkan anak-anak belajar tetapi kalau dah ketagih games dan sebagainya susahlah.

Advertisements

1 Response to "Permainan budak zaman sekarang"

[…] Cium Bunga Mawar Saved by webmissy on Tue 27-1-2009 .desiat. Saved by TiaJJ19 on Fri 23-1-2009 Permainan budak zaman sekarang Saved by dgregg76 on Sun 18-1-2009 First SPACE WORLD Run In July 2020 Saved by Jictor on Fri […]

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 845,678 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: