bila hatiku berbicara

Jangan panik!

Posted on: Ogos 12, 2008

Oleh Isma Ismail, Adnan Mohamad dan Ismail Muhamad

am@hmetro.com.my


KOTA BHARU: Penggadai atau pelanggan kedai pajak gadai Islam, Ar-Rahn di Jalan Tengku Chik, dekat sini, yang dipecah masuk pencuri tengah malam Sabtu lalu, tidak perlu panik.

Pengarah Eksekutif Permodalan Kelantan Berhad (PKB), Wan Yahya Wan Salleh, berkata pihaknya sudah membuat keputusan akan membayar semula kerugian yang dialami pelanggan mengikut jumlah nilai gadaian.

Beliau bagaimanapun meminta diberikan tempoh bagi memeriksa segala data dan maklumat mengenainya.

“Sebagai contoh, jika seseorang itu menggadai barang kemas dinilai RM1,000 dan mereka sudah menerima RM500, kami akan membayar sebanyak RM500 lagi,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Justeru, katanya, pelanggan diminta dapat memberi tempoh dua minggu kepada pengurusan syarikat itu.

Untuk sebarang pertanyaan boleh berurusan di cawangan syarikat itu di Wakaf Che Yeh dan Kota Bharu 2 di bandar ini dengan membawa surat gadaian.

Dalam kejadian tengah malam itu, empat lelaki bertopeng melarikan pelbagai barangan kemas yang disimpan dalam 238 peti simpanan bernilai RM18 juta di cawangan Ar-Rahn terbabit.

Penjenayah dipercayai memecah masuk premis di bangunan tiga tingkat itu dengan memanjat bumbung sebelum menyusup masuk melalui lubang angin yang ditebuk dan melarikan barangan kemas dari dalam bilik kebal di tingkat satu.

Bagaimanapun, mereka tidak sempat melarikan wang tunai RM390,000 apabila gagal membuka peti simpanan wang tunai.

“Kami tidak menjangka kejadian ini boleh berlaku kerana tahap keselamatan berada pada tahap tinggi dan baik,” kata Wan Yahya.

Beliau berkata, pihaknya sudah menyediakan sistem keselamatan terbaik, tetapi pencuri terbabit lebih pintar.

Mengulas kejadian, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat merayu pencuri yang melarikan barang kemas itu supaya mengembalikannya kerana ia harta milik orang miskin.

Beliau berkata, pencuri perlu berfikir bagaimana seksanya hidup orang miskin yang terpaksa menggadai barangan kemas untuk mendapatkan sedikit wang bagi keperluan diri atau keluarga mereka.

“Saya nak beritahu kepada pencuri ini bahawa harta yang dibawa mereka itu bukan harta kami (Ar-Rahn), tetapi harta orang miskin dan orang kampung yang kami simpan.

“Orang miskin dan orang kampung yang nak duit cash (tunai), bawa harta mereka kepada Ar-Rahn, simpan tak banyak, sesetengah mereka ini sekadar nak duit RM500 atau RM1,000 hanya untuk keperluan anak masuk hospital, belajar dan nak kahwin, tau-tau orang ni (pencuri) datang rompak,” katanya selepas merasmikan persidangan NGO di Kota Darul Naim di sini, semalam.

Katanya, kehilangan barang kemas itu akan diganti kerana ia menerima amanah menyimpan barang berkenaan.

~Orang kalau dah tak takut kepada Allah s.w.t sanggup melakukan apa sahaja demi mengikut nafsu. Jalan mudah dengan mencuri untuk hidup senang lenang. Walhal memakan duit haram tidak akan selamat. Kasihanlah kepada pemilik barang-barang itu. Sebenarnya kalau nak diikutkan tanpa malu sayapun pernah mengadaikan barang-barang kemas andai terlalu terdesak. Dan saya faham kalau pemilik barang mengadaikan barang-barang kemas itu kerana terlalu terdesak. Al maklumlah kos sara hidup yang tinggi kekadang jalan terakhir dengan mengadaikan barang kemas di pajak gadai islam.

Semoga Allah s.w.t memberi kesedaran dan hidayah kepada pencuri ini untuk memulangkan kembali hak milik orang lain. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyanyang kepada setiap hamba-NYA yang bertaubat.

Advertisements

2 Respons to "Jangan panik!"

Salam Nuriman…

Pencuri2 nie bukan ada hati perut & rasa kasihan pun, kalau kesian tak mungkin dia nak rompak bank tu kan kan kan…

salam akak…

tu lah kan……makan duit tak berkat..takkan idup senang………

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: