bila hatiku berbicara

Salam rindu apa khabar semuanya?

Posted on: Ogos 18, 2008

Seperti biasa tidak ada apa yang hendak ku coretkan di sini. Hari ini yang bertarikh 18.8.2008 adalah hari ulangtahun perkahwinanku yang ku empat belas. Hari ini hujan agak lebat dari pagi hingga ke jam satu petang. Insya-Allah akan bersambung lagi esok atau lusa.

saya sambung menulis setelah sekian lama menyepi. Di sini petang-petang hujan, kalau tak petang pagi. Alhamdulillah hujan rahmat. Buat masa sekarang talian internet di rumah saya rosak. Inipun saya pakai maxis broadband. Tahu ajelah kekadang okey kekadang tak okey. Tika dan saat ini rumah saya di baik pulih. Dari luar hinggalah dalam rumah. Dah rumah ini rumah lama, banyaklah terdapat kerosakannya. Kata diorang siap sebelum raya. Buat masa sekarang rumah saya tak ubah seperti tongkang pecah. Inilah yang membuatkan saya pening. Nampak gayanya saya kena panggil orang cuci rumah.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan yang bakal tiba tak beberapa hari lagi, serta maaf zahir dan batin andai terkasar bahasa biarpun dalam blog. Mudahan segala amal ibadat kita di terima oleh Allah s.w.t. Terima kasih kepada semua yang sudi menyinggah di blog saya. Salam sayang dan salam ukhuwah……….

Untuk makluman agaknya jodoh saya dengan mangkuktingkat.com tak kekal lama. Biarpun saya hendak menjadi pelanggan setia mangkuk tingkat, tetapi di Section 11 ni menurut kata kakak tu hanya saya seorang sahaja, tak berbaloi dia hendak menghantarnya. Dalam bulan ni hanya 1 haribulan sahaja kakak tu menghantar, lepas tu dia hantar sms kata nak hantar..pastu di batalkan hari ini..pastu kata nak hantar esok pulak, pastu kata di hentikan pulak. Aduhai apa nak buat jodohku dengan mangkuktingkat.com tak kekal lama. Nampaknya saya terpaksalah kembali seperti dahulu memasak. Mungkin di masa akan datang saya akan melanggan mangkuktingkat lagi. Kalau nak suruh hantar kat pejabat suami sayapun boleh tetapi tu lah kesian pulak kat dia susah-susah nak bawak mangkuktingkat turun naik LRT. Selamat tinggallah mangkuktingkat.com semoga maju jaya.

Advertisements

8 Respons to "Salam rindu apa khabar semuanya?"

Salam nuriman…emm kat sini semuanya ok…Anti cmner ? Oklah “SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN YG KE-14 ” dari Kalam Abu Musaddad…Semoga sentiasa mendapat rahmat dan kebahagiaan daripada Allah SWT…Ameen…

——————————————–
Kalam Abu Musaddad
http:ibnismail.wordpress.com

salam Musaddad..alhamdulillah ana ok bi khair………belum kesempatan utk menyambung menulis..semoga Allah memberkati hidup semua umat islam di muka bumi ini……….ALLAH HU AKBAR………

salam ziarah.
semoga berbahagia hingga ke syurga..ameen

salam ramadhan karim…..insya Allah moga bahagia selamanya………

Salam Nuriman…

Selamat Ulangtahun perkahwinan yg ke 14 ( harap2 ucapan nie tak terlambat yea)

Semuga rumahtangga kekal hingga kehujung nya, semuga kebahagiaan menjadi milik Nuriman, suami, anak2 serta keluarga tersayang dan semuga sentiasa mendapat keberkatan, keredhaan & keampunan Allah SWT..

salam akak..

Trima kasih atas ucapan itu..salam ramadhan..mudahan kita semua bahagia dan di berkati Allah hendaknya………….

selamat bulan ramadhan al mubarak jugerr..

selamat menyambut bulan ramadhan utk en me…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: