bila hatiku berbicara

Ingin bertemu rakan blogger

Posted on: Ogos 28, 2008

Petang semalam hujan turun dengan lebat. Saya kira semua kontraktor yang sedang membaik pulih rumah saya basah kuyup kalau tidak tumpang berteduh di bawah bumbung rumah dan garaj. Semenjak seminggu ini saya berkurung sahaja dalam bilik. Al maklumlah tinggal seorang di rumah nak keluarpun tak manis. Tak menjadi masalah kerana bilik air terdapat di dalam bilik saya. Sepanjang diorang duk wat kerja saya berpuasa, kerana ini menyenangkan saya tak payah keluar makan. Tetapi alhamdulillah diorang ni agak baik…Insya-Allah.

Bila melihat rumah yang agak sarat rasa kepalapun tak habis-habis pening. Nak mengemas seorang diri memang tak larat. Kalau hari minggu suami mengemas buku sedikit demi sedikit untuk masuk kan ke dalam rak atau almari. Lantai tak usah cakap,kotornya. Mungkin sepuluh kali mop baru bersih. Saya hanya mengemop di dalam bilik yang saya duduk saja. Yalah kan dah nama lagi orang tengah buat kerja, kalau mop hari ni, esok kotor lagi. Lebih senang bila dah selesai semuanya baru senang untuk kerja mengemop dan mengemas. Nasib kat rumah tak ada barang sangat, jauh sekali barang hiasan yang mahal-mahal. Aku hanya musafir lalu jadi tak perlu semua itu. Sudah ada tempat berteduh dari hujan panaspun alhamdulillah. Satu hari nanti aku akan pergi lagi. Aku seringkali bedoa bila aku keluar dari rumah ini aku sudah memiliki kediaman sendiri, biarpun sebuah rumah yang kecil.( Waduh korang sebenarnya….kalau ikutkan saya lebih senang beraku bila menulis, tetapi hajat hati nak bersaya…. di blogspot masih beraku lagi, sabar ajelah. Dah blog kita ikut suka hati kitalah kan asalkan tidak menyakiti hati orang lain sudahlah).

Sudah lama saya terfikir, suatu masa nanti saya ingin bersua muka dengan teman-teman di wordpress dan blogspot. Tetapi buat masa sekarang tidak sesuai( hehehe malu tapi mahu). Bagaimana pendapat kalian ek, kalau suatu masa nanti saya ingin menjemput kalian, maukah kalian sudi bertemu dengan insan seperti saya ini? Tetapi entah bila lah gamaknya. Begitulah saya, hati kata mahu tetapi dalam masa yang sama rasa segan pulak. Saya cuma bertemu dengan beberapa orang rakan sahaja. Ks, Epel, Musafir Minda, Keshi, Lissa dan Riza. Ada link diorang kat blog saya ni. Kalau nak ikutkan yang saya jumpa kat grup dah ramai saya jumpa dari komunii oku. Dari jauh Sabah dan Sarawakpun dah. Tetapi tulah kalau jumpa dengan orang yang tak nampak lain ceritanya, sebab dia tak nampak saya, biarpun familynya nampak hehehe. tak lucu langsung, sepatutnya umur-umur begini saya dah lama kikis perasaan-perasaan itu. Saya ni kalau nak jumpa kemain lagi resah gelisah, tetapi kalau dah jumpa hilanglah semua perasaan itu. Agaknya begitulah perasaan orang kurang upaya seperti saya ni. Saya baca cerita Ks dia bersyarat bila di ajak isterinya ke majlis pertunangan. Hehehe lebih kurang macam saya kenakan syarat untuk suami saya kalau nak kesatu tempat, kesian suami saya kena ikut rentak saya. Sebab itulah saya jarang kemana-mana. Apa lagi di majlis keramaian seperti nikah kawen saya segan. Tetapi bab kata Ummul Khair tiada beza di antara mereka dengan kita. Malahan dia tidak pernah mengangap yang dirinya oku. Kuatnya semangat adik ini, kalaulah adik semuda itu terlalu kuat menghadapi semua kekurangan itu kenapa saya tidak? Mungkin faktor pergaulan saya tidak meluas.

Maaf tak ada cerita yang menarik, hanya cerita-cerita yang tak menarik.

Okeylah bersambung lagi………….

Advertisements

2 Respons to "Ingin bertemu rakan blogger"

Assalaamu’alaikum w.b.t… Semoga saudari Nuriman ni sentiasa sihat dan bahagia di samping suami dan keluarga. Aaa saya pn dh lama x jenguk ke sini, biasa la kan masing2 bz dengan kerja dsbnya, x sempat nk jenguk2 belaka hehe. Apa2 pn , mereka2 yang ambe anggap kawan akan ambe ingati sampai bebila. Tak dpt jumpa kat dunia ni , insyaALLAH jumpa di akhirat sana. Semoga semua kawan2 berada di tempat orang2 yang soleh, amiiin.

OKU hanya kurang upaya di dunia yang sementara, tetapi di akhirat insyaALLAH mereka lebih dari orang yang UPAYA skrg, amiin 🙂 Walaubagaimana pn , Allah hanya pandang pada TAQWA, bukan pada rupa, pangkat, harta dsbnya. Maka sama2 lah kita jadi manusia yang bertaqwa. Ma’assalamah ya ukhti 🙂

Salam alaik…yer betui tu hikmatun………doakan moga ambe tabah dalam menempuh liku2 hidup ni..ni pun dah kena perintah berkurung hehehe……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 851,419 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: