bila hatiku berbicara

NGO Islam akan demonstrasi jika Konsert Avril diadakan

Posted on: Ogos 28, 2008

Irwan Muhammad Zain
Wed | Aug 27, 08 | 5:07:42 pm MYT
KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) – Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Selangor (Perkid) bersama Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Bukit Bintang membantah keras konsert Avril Lavigne yang mendapat kelulusan Kabinet baru-baru ini.

Konsert penyanyi muda kelahiran Kanada itu yang dijadualkan diadakan Jumaat ini tidak sesuai diadakan kerana ia tidak menghormati kedatangan Ramadan yang akan bermula awal bulan depan.

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perkid, Ustaz Masridzi Sat berkata segala usaha dakwah dan cegah maksiat yang dijalankan oleh Perkid tidak akan berjaya jika kerajaan dan pihak berkuasa terus menganjurkan konsert sebegini.

Beliau menegaskan usaha Perkid akan menjadi sia-sia seumpama satu pihak membaja manakala satu pihak lagi menyiram racun.

Sehubungan dengan itu, Perkid, Pekida Bukit Bintang dan NGO-NGO Islam yang lain akan bergabung secara besar-besaran membantah konsert tersebut.

“Jika perlu kita mengadakan demontrasi aman kita akan lakukan jika kerajaan tetap meneruskan konsert ini,” kata beliau.

Beliau juga menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai membazir dan melalaikan anak muda dari menghayati erti kemerdekaan sebenar dan penghinaan kepada sambutan awal Ramadan yang merupakan bulan tarbiyah untuk umat Islam di negara ini.

Sementara itu, Pengerusi Pekida Bukit Bintang, Roslan Dahaman turut melahirkan kekesalan kerana sambutan awal Ramadan di buat secara bersuka ria dengan program artis barat yang tidak bersesuaian dengan budaya Islam.

“Remaja adan anak muda Islam semakin musnah moral dan akhlak mereka jadi sekiranya konsert itu diteruskan tentunya anak-anak muda kita tidak akan merdeka dan akan terus dijajah dengan pemikiran dan budaya barat,” jelas Roslan.

Justeru itu, beliau memberikan komitmen bahawa ahli-ahli Pekida Bukit Bintang akan membantah konsert yang melalaikan dan menghina umat Islam negara ini dan akan turun padang berdakwah dengan anak-anak muda di malam sambutan Merdeka bersama Perkid dan NGO-NGO Islam yang lain.

Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan pada awalnya dilaporkan menimbangkan untuk menangguhkan konsert itu ke satu tarikh lain yang bersesuaian dengan alasan tidak sesuai dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos dan membawa nilai buruk kepada akhlak rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, kerajaan membenarkan semula konsert setelah menetapkan prasyarat dan peraturan kepada penganjur agar ia tidak menjejaskan budaya dan penerapan nilai yang tidak baik di kalangan anak-anak muda khususnya dalam bulan kemerdekaan ini. – mks. _

~Tak sesuai sungguh, tatkala umat islam ingin menyambut bulan puasa yang hanya tinggal beberapa hari lagi. Hormatilah bulan mulia ini~

Selamat menyambut hari merdeka…merdeka jangan tak merdeka……..tetapi jangan lupa posa slat terawih dan bertadarus Al Quran.

Email from Kak Ros

Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita sepanjang bulan ramadhan ini.

Perbanyakanlah sedekah dan amal jariah sepanjang bulan ramadhan.

Tahun depan belum pasti kita akan diketemukan lagi dengan bulan ramadhan.

Oleh itu ambillah kesempatan yang ada.

Beribadahlah seolah-olah kita akan mati pada esok hari.

Berkerja dan berusahalah seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi.

Advertisements

2 Respons to "NGO Islam akan demonstrasi jika Konsert Avril diadakan"

Apa nak..jadi dgn mereka ni. Ini dikira menghina umat Islam seluruh Malaysia. Kita perlukan lakukan sesuatu agar muda mudi tidak terjerumus dengan keruntuhan yang mana sebelum ini tiak tidak terlintas di benak fikiran kita. Subhanallah…tolonglah…jangan biarkan pengkhianat bangsa dan agama terus mempengaruhi anak2 muda kita…Allahuakbar.

moga2 mereka akan sedar……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 853,974 hits

Shoutbox

%d bloggers like this: