bila hatiku berbicara

Anak bersendirian di rumah

Posted on: Ogos 29, 2008

Keupayaan seorang kanak-kanak dalam mengatasi dan berdepan dengan ketakutan adalah berbeza-beza.

pastikan anak anda cukup matang untuk ditinggalkan bersendirian di rumah.

ADAKAH anak anda cukup matang untuk ditinggalkan bersendirian di rumah? Ini merupakan antara persoalan yang biasa berlegar di minda ibu bapa kepada anak yang sedang membesar.

Sesungguhnya, tidak terdapat satu pun formula atau peraturan khusus untuk memutuskan usia yang sesuai bagi membenarkan anak anda bersendirian di rumah. Tetapi, berikut adalah senarai soalan yang boleh ditanya kepada diri anda serta anak perempuan anda untuk mengetahui lebih lanjut:

* Adakah anda tahu usia minimum seseorang anak yang dibiarkan bersendirian dalam komuniti anda? Di kebanyakan negeri di Amerika Syarikat (AS), mereka yang berusia 12 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan tetapi itu bergantung kepada keadaan. Dapatkan maklumat yang tepat daripada agensi perkhidmatan atau perlindungan kanak-kanak terdekat dengan tempat kediaman anda.

* Sejauh manakah tahap kematangan anak anda? Keupayaan seseorang anak dalam mengatasi dan berdepan dengan ketakutan adalah berbeza-beza. Sesetengah kanak-kanak mampu membuat keputusan yang matang dalam keadaan mencemaskan. Mereka tidak mudah berasa panik dan tahu cara untuk menyelamatkan diri. Jadi, sebagai ibu bapa, anda patut mengetahui tahap keselesaan dan keberanian anak anda.

* Apakah bentuk persediaan yang telah anda lakukan untuk keluarga? Adakah anak anda pernah menjalankan latihan kecemasan untuk malapetaka seperti kebakaran? Adakah anak anda tahu bantuan kecemasan asas? Adakah dia tahu apa yang ingin diperkatakan apabila telefon berdering? Apakah yang akan berlaku jika dia sampai di rumah dengan pintu telah pun terbuka luas? Mengajar anak tentang cara menjaga keselamatan diri adalah langkah pertama.

Meskipun pada mulanya anda mungkin bimbang untuk membiarkan anak keseorangan di rumah, ia sebenarnya penting bagi perkembangan si anak. Ia merupakan satu petanda bahawa ini adalah satu proses tumbesaran semula jadi yang perlu dihadapi oleh anak anda.

PersediaanAnda telah membuat keputusan untuk membiarkan anak berada di rumah? Berikut adalah beberapa garis panduan yang boleh membantu anak dan anda berasa lebih selesa.

* Pastikan anak anda memasuki rumah dengan orang yang boleh dipercayai misalnya ahli keluarga. Jika perlu, letakkan satu sistem khas bagi membolehkan anda menelefon bagi memeriksa kehadirannya.

* Pastikan anak mematuhi senarai peraturan tentang kedatangan pelawat, ulang kaji, penggunaan komputer dan tugasan rumah.

* Sediakan satu senarai nombor-nombor penting untuk panggilan kecemasan termasuk 999 serta nombor saudara-mara dan jiran tetangga yang boleh dipercayai. Jika boleh, pastikan senarai itu dilekatkan berdekatan semua telefon bagi memudahkannya membuat panggilan apabila berlaku sebarang kecemasan.

* Berlatih juga bagaimana untuk bertindak balas apabila seseorang mengetuk pintu. Tunjukkan kepada anak bagaimana pintu dan tingkap berfungsi serta bagaimana menyimpan kunci dengan selamat. Pastikan terdapat pelan tambahan jika dia kehilangan kuncinya.

*Sembunyikan semua senjata, racun atau peralatan berbahaya daripada perhatian anak.

* Pastikan anak selamat tiba di rumah selepas menghadiri aktiviti sekolah. Bincangkan alternatif lain jika terdapat perubahan dalam pelan pada saat-saat terakhir. Ingatkan anak agar tidak menerima pelawaan menaiki kenderaan daripada pelawaan menaiki kenderaan daripada orang tidak dikenali.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.boystown.org.

~Terlalu bising dengan bunyi enjen itu dan ini. Kalau ada tempat yang boleh saya pergi.. mahu saja pergi dari suasana bingit ini…bisinggggg sangat-sangat. Kalau rumah kita berbaloi jugak, ni cantik macam manapun rumah orang jugak, segala almari kita perabut kita biarpun tak mahal  tu tercalar dan rosak jugak di tarik sana sini. Sabar sajalah hati~Nasib baik ada pc dan It kat dalam bilik kalau tidak tak taulah saya~ Comelnya anak kecil tu, mungkin dapat menghilangkan seketika kebingitan bila melihat foto anak comel ini. Maaflah tajuk lari dari topik ini. sekadar untuk mengisi masa tatkala berkurung. Andainya diorang dah siap kerja kat dalam rumah rasa merdeka. Semoga cepat siap~ Ujian bulan ramadhan rumah bagaikan di langgar garuda. Tetapi insya-Allah selepas ini semuanya kembali okey. Tabiat manusia suka merungut, sepatutnya bersyukurlah seadanya~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 848,179 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: