bila hatiku berbicara

niat hati nak belajar buat tat

Posted on: Ogos 29, 2008

‘Kemarau’ tepung lagi



KUALA LUMPUR – Para peniaga kuih terutamanya yang bakal menjalankan perniagaan di bazar Ramadan sekitar Lembah Klang pada bulan puasa minggu depan sudah mula mengeluh kerana kesukaran untuk mendapatkan bekalan tepung gandum.

Menurut mereka, masalah itu mendorong harga tepung meningkat dengan ada mendakwa harga bagi satu guni 25 kilogram naik mencecah RM40 berbanding RM30.

Seorang peniaga kuih, Hayati Alias mengakui kian terhimpit untuk meneruskan perniagaan kerana sering menghadapi kesukaran untuk mendapat bekalan tepung gandum.

“Sudahlah mahal, nak dapat pun susah,” katanya dengan menambah, ia petanda harga kuih termasuk biskut raya juga akan lebih mahal.

Seorang lagi peniaga, Borhanuddin Piai terpaksa melupakan dulu soal keuntungan kerana apa yang lebih penting ialah dapat pulang modal.

“Dulu dalam seminggu bolehlah dapat keuntungan kira-kira RM1,400 tapi sekarang kira-kira RM700 saja,” katanya.

Dalam pada itu, beberapa penjual kuih-muih untuk musim perayaan yang mempromosikan produk di internet semasa dihubungi turut mengeluh ekoran kesulitan mendapatkan bahan mentah termasuk tepung.

Seorang peniaga dari Melaka yang hanya mahu dikenali sebagai Kak Min berkata, harga jualan yang meningkat kerana tekanan bahan-bahan mentah ini menyukarkannya mendapat pelanggan.

“Sekarang makin susah dapat pelanggan, nak cari 30 orang pun tak dapat, tahun lalu tak begini,” ujarnya.

Masalah itu turut diakui sesetengah pemborong runcit sekitar Lembah Klang atas alasan pembekal mengenakan kuota bekalan.

Pemborong di Pasar Chow Kit, Chong Woei Wen memberitahu, beliau kini hanya menerima antara 20 hingga 30 guni tepung gandum sehari berbanding 300 guni sebelum ini.

~Aduhhh semua barang naik melambung ,makanan asasi mahal, itu mahal ini mahal. Niat  di hati nak belajar buat tat kalau rajin, tetapi dah semuanya naik rasanya tak jadilah gamaknya. Jangan lupa menonton bajet 2009 jam 4 petang nanti. Kita tengok apa kata Pak Lah.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

Ogos 2008
I S R K J S A
« Jul   Sep »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Blog Stats

  • 840,937 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: