bila hatiku berbicara

susahnya nak balik beraya

Posted on: September 2, 2008

Payah nak balik raya – Syarikat bas masih berdolak-dalik menjual tiket

ORANG ramai bersesak untuk membeli tiket bas untuk balik raya di Pudu Raya semalam.

KUALA LUMPUR – Dalam keadaan umat Islam memulakan ibadah puasa semalam, orang ramai di Hentian Putra dan Puduraya berpeluh dan pulang hampa mengenangkan peluang untuk balik raya masih kabur.

Ada yang merungut kaunter dibuka tetapi masih belum menjual tiket balik raya sementara ada pula sudah kehabisan tiket.

Walaupun sebelum ini ada ura-ura tiket bas raya sudah mula dijual ekoran keputusan kerajaan membenarkan pengusaha mengenakan surcaj 30 peratus, ia hanya membabitkan segelintir pengusaha sahaja.

Pada masa yang sama, masih banyak syarikat bas ekspres ‘menyimpan’ tiket untuk perjalanan 21 hingga 30 September dan dikatakan hanya akan dijual seminggu sebelum tarikh perjalanan dengan harga tinggi.

Melalui satu perbualan ringkas dengan petugas kaunter tiket di Hentian Putra semalam, Kosmo! diberitahu, hanya kaunter tiket di bawah Konsortium Transnasional Berhad (KTB) sahaja yang sudah menjual tiket raya.

Seorang pelajar, Nur Adila Mat Zalami, 20, berkata, dia dan rakannya buntu memikirkan tiket raya setelah dua kali berkunjung ke situ.

“Semalam tiket belum dijual, jadi saya datang semula tapi dah habis pula di beberapa kaunter lain,’’ katanya.

Bagi seorang kakitangan awam, Mohd. Faisal Mustafa, 24, walaupun sudah ‘biasa’ dengan masalah seperti itu, dia tetap berharap tahun ini tiket bas dijual awal bagi mengelak kesesakan pada saat akhir.

“Dari dulu sampai sekarang, bila hendak raya memang ada masalah dengan tiket, letih tetapi hendak buat macam mana, ini saja pilihan yang saya ada,’’ katanya.

Namun, ada kaunter di Hentian Putra, yang menempatkan perkhidmatan bas ke pantai timur, dan Terminal Utama Hentian Duta, untuk perkhidmatan ke utara, bukan sahaja sudah menjual tiket tetapi juga pada harga lama.

Penjual tiket bas ekspres MARA Liner di Hentian Putra yang hanya dikenali sebagai Alias berkata, pengurusan syarikatnya masih belum memutuskan tarikh untuk menjual tiket pada harga baru.

Mohd. Faizul Noor, penjual tiket bas Etika Ekspress di Hentian Duta, pula berkata tiket untuk musim perayaan dengan harga baru hanya akan dijual selepas 15 September ini.

“Bagi perjalanan ke utara tiada masalah kerana bas mencukupi. Tiket untuk musim perayaan hanya akan dijual selepas 15 haribulan (September),’’ katanya.

~Bagiku tak sanggup lagi untuk bersesak-sesak balik kampung untuk menyambut hari raya. Bukannya tak ingat emak dan ayah, tetapi mereka amat memahaminya begitu juga dengan keluarga mertua. Insya-Allah balik di luar musim saja senang criter, tiketpun tak susah nak dapat. Tetapi kesian jugak bila Hafiz bertanya kita tak balik kemana-mana ke raya ni? Apakan daya ibu nak, moga kau mengerti, insya-Allah lepas raya bila keadaan redapun boleh balik. Tetapi biasalah bila sebut sahaja hari raya pastinya hendak bersama keluarga tetapi apakan dayaku hanya Tuhan saja yang Tahu. Sabar ajelah……..

Advertisements

9 Respons to "susahnya nak balik beraya"

kesian mereka2 yg memerlukan tiket tu ..

erm sian tul..peluh2 diorang nak tiket..ala tak yah lah susah2..lepas raya ke..sebelum raya ke baliklah..tp tulah kalu org kelate pendek kata kalu tak balik beraya tak sah..tp sy ni dah biasa..jadinya kalu sedihpun wat2 tak sedihlah..almaklumlah faham2 ajelah…….

tp bila dengar takbir dan lagu raya mmg menitis jugak air mata tu bila ingat mak ayah n family semua hepi beraya di kg….anakpun tanya kita balik beraya di mana tahun ni?tahan sebak di hati hihihih..jiwang lak posa2 nih………

ya sabar itu separuh dari iman..

jomm, saper nak tumpang me.. jb jb sekalang sekalang

en me kita duk kat kelate n kedah le..hehehe..sapa2 nak numpang en me buleh le…

eh kita nak balik ke kelate atau kedah..sapa2 nak balik jb call mhi dapat tiket free..kelate kedah dah habis..ada lagi jb tganu…

Hi sesiapa yg nak balik beraya ke JB,

I dah beli dua tiket bus ke JB tapi tak jadi pi krn berkeputusan nak bawa kereta sendiri. jadi, I nak jual balik. Bas KKKL Sdn Bhd akan mula bertolak dari Bukit Jalil LRT station pada 27hb sept (jam 9pagi Sabtu). Tambang Bas – RM31.20 sekeping tapi i perlu jual dua keping tiket pada satu masa. Sms me at 012-6790362

moga ada yg berminat..tp kalau call mhi dapat free ooo…hanya call aje……..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kalendar

September 2008
I S R K J S A
« Ogo   Okt »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Blog Stats

  • 848,415 hits

Shoutbox

Top Clicks

  • Tiada
%d bloggers like this: